Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 4

Zedi menggalas beg sekolah nya lalu dia pun membetulkan blazer nya buat kali terakhir. Zedi menuju ke pintu biliknya. Tombol pintu dipulas,

BAMM !!

Terkebil- kebil Zedi melihat pintunya yang sudah tertanggal, " Urghhh ! Shit! "

"Dasar Qari! Kalau nak pujuk pun tak payah lah ketuk pintu aku kuat- kuat! " desis Zedi perlahan.

"Dah kau yang tak sahut bila aku panggil. Benda boleh berkasar takkan nak berlembut. " Qari mencelah dari belakang.

Zedi terkejut, " Ya! Kau je yang betul"

"Well " Qari membuat muka riaknya yang sudah bersedia meminta penampar jepun 2.0.

Zedi menggulingkan matanya. Menyampah mak!

"Zedi... " Qari mencuit bahu kanan Zedi.

"Hmm. "

" Look... I'm sorry about yesterday. I shouldn't talk about your late mom. I'm trully sorry about that. I promise that I would never say like that again "

Zedi memandang Qari. " It's okay, lah. Aku tak ambil hati. Eh tak! Aku ada lah juga ambil hati mula- mula. Now , aku dah maafkan kau ler. Rilek lah. "

Qari tersenyum, "Thanks sebab maafkan aku. "

Zedi tersenyum. Memang aku terasa tapi malas nak panjangkan hal. So, I decided to forgive her. Simple right? Baikkan aku? Ya ya! I know . Gadis idaman Asia ni.

Hashtag doneriak.

Zedi meneruskan langkahnya ke tangga. Yelah, takkan aku nak buat drama pagi dengan Qari, and then lambat nak breakfast, "Minta maaf- minta maaf jugak. Pintu aku tu jangan lupa ganti. "

Terkebil- kebil Qari mendengar arahan Zedi. Oh god!

Zedi menghentikan langkahnya, "And one more thing. "

Qari menjongketkan keningnya.

Zedi menoleh, "Aku belum boleh maafkan kau! "

Qari tercengang.

"Tapi tadi kau baru kata kat aku yang kau dah-- "

"Yeah yeah! Tapi tu tadi. Ni sekarang! "

"What? " Qari mengeluh.

"Kau nak aku maafkan kau tak? " Zedi menjongketkan keningnya. Muka memang dah ready nak kena tampar.

"Of course! Kau nak aku buat apa? " Qari memandang Zedi penuh sabar.

Zedi tersenyum jahat.

'Shit! Aku berjanji yang aku akan jual kau dekat dark web Zedi! Dasar! ' Qari tahu yang dia akan dibuli. Tahu sangat. Perangai celaka Zedi tu bukannya betul.

Zedi kan. Otak senget, ehh! Zedi ada otak ke? Ahh abaikan. Dear readers, ketahuilah anda semua bahawa Zedi ni akan ambil kesempatan dalam kesempitan.

******

Qari (P.O.V)

Zedi tersenyum gembira. Gembira sebab dah dapat apa yang dia nak. Aku menggemam bibir. Geramnya! Dasar pembuli tak ada lesen punya Zedi.

Aircond dalam kelas ni tak mampu nak sejukkan hati aku yang dah nak meletup ni.

"Asal korang ni? Sorang tersengih macam orang tak betul. Yang sorang lagi dah berasap kereta api, " Syaz menegur.

Obvious sangat ke? Kalau Syaz yang tegur, aku rasa ya!

"Tak ada apalah! " aku menjawab kasar. Bukan nak biadap tapi aku masih geram lagi dengan Zedi.

Zedi tersengih, "Biasalah tu. Bendera Jepun. "

Aku tercengang. Kepala hotak dia lah bendera Jepun! Aku baru je solat subuh berjemaah dengan diorang tadi.

"Cerita dia macam ni--"

"Haa? Bendera Jepun? Kau nak pergi Jepun ke Qari? " Aisy menyoal penuh keterujaan.

Aku memandang geram terhadap Aisy. Selamba je dia potong ayat aku. Dia ingat senang ke nak dapat spotlight even sekarang ni POV aku. Dengan ZIQHAS, memang susah dapat spotlight. Semua nak perhatian.

Tapi tak bermakna kami kurang kasih sayang ye.

"Aduh! Pembaris betul lah dia ni! " Zedi merungut.

"Pembaris? Aku ni manusia. " Aisy mempamerkan muka naifnya.

Zedi meraup mukanya. Aku tahu yang Zedi tengah tahan diri nak selamkan muka Aisy dalam air. Aku tahu! Aku pasti!

"Ya Allah. Kau berikanlah aku kekuatan nak lalui semua dugaan dunia ini. Sesungguhnya aku sedang sengsara mendapat kawan- kawan yang lembab nak mati nih! "

Kami memandang geram terhadap Zedi. Doa perlahan- lahan dah lah. Nak juga kuat- kuat. Nak bagi kitorang dengar lah tu. Zedi ni, dasar attention seeker! Haha!

"Lembab lah kau ni Aisy. Zedi yang tak ada otak ni pun lagi pandai dari kau! " Hara sempat mengutuk Zedi.

Yang aku tak paham sekarang ni, kenapa ramai sangat suka cakap Zedi tak ada otak. Adakah itu benar? Zedi tak ada otak?

Zedi menjeling Hara.

"What? Dah aku tak paham. Nak buat macam mana! " Aisy menyuarakan tidak puas hati.

"Dasar lembab tahap langit ketujuh! " Zedi mengutuk dengan muka kosongnya. Nampak sangat yang dia tu dah pasrah dengan kebodohan Aisy.

Aisy menjeling Zedi setajam- tajam pisau belati.

"Wah! Makin lama makin celaka tho mulut kau, Zedi! " Izla menyorak gembira.

Aku tak paham! Asal Izla sorak? Bukan ke Zedi baru je mengutuk Aisy? Bukan ke Zedi tu baru je buat dosa?

Astaga. Cara aku ni macam tak buat dosa. Haha! Ampun semua!

"Tak sekarang ni, kau paham tak maksud pembaris tu? " Zedi menyoal.

"Urmm. Let me guess! Berguna? Sebab setiap pelajar perlukan pembaris . Am I right? " Aisy tersenyum selepas menjawab.

Ya Allah. Yakinnya. Kawan siapa ni? Dia bukan ahli ZIQHAS kan? Yakin dia tu memang tak boleh bawa bincang dah. Serius aku cakap.

Kami semua mengeluh kesal. Zedi bangun dengan pantas sambil memegang buku teks biologi yang tebal itu. Tunggu masa je buku tu Zedi nak baling ke Aisy. Nasib Izla sempat tahan. Kalau tak, perghh. Kena dahi, benjol terus! Buku biologi kan tebal. Macam ada maklumat sulit dunia je tebalnya. Astaga. Maafkan saya cikgu biologi.

"Haa? Salah ke? " Aisy menggigit jari telunjuk kirinya.

"Aisy, kalau ye pun, gigit lah yang kanan punya. Yang guna untuk cebok tu juga kau pilih! " Aku menegur.

Aku bukan apa, takut nanti aura tangan kiri tu membuatkan dia bertambah lembab. Kitorang boleh kemurungan kalau lembab dia makin naik level.

Aisy terus menarik tangannya, " Ohh! Sorry! "

"Aisy, maksud pembaris yang aku cakap tu, lurus. Slow. Lurus maksudnya bengap. Get it? " Zedi menerangkan penuh sabar. Aku dah nampak sifat keibuan dia kat situ. Dah boleh kahwin ni.

Tapi siapa je yang nak kahwin dengan orang yang tak ada otak? Astaga! Jahatnya aku! Lepas POV ni, aku kena minta maaf dengan Zedi.

Aisy menganggukkan kepalanya.

"Bendera Jepun? " sekali lagi Aisy menyoal.

Kami menepuk dahi. Zedi terus bangun lalu dia pun menarik Aisy ke tepi tingkap. Langsir di selak lalu Zedi pun membuka tingkap. Kepala Aisy ditolak keluar.

"WOI! LEPASKAN AKU! SHIT YOU ZEDI! "Aisy menjerit nyaring. Kitorang nak tolong tapi bila ingat soalan Aisy tadi, terus hilang semangat nak tolong. Biar je lah Zedi settle sendiri.

"KALAU KAU NAK TAHU! BENDERA JEPUN TU UNTUK ORANG PERIOD! PAHAM KE IDOK? " Zedi membalas dengan kejam.

Nampaklah dekat situ yang diorang tengah bergelut. Aisy nak lepas dari Zedi. Zedi pula tahan kepala Aisy dekat luar kelas. Kalau korang nak tahu sesuatu...

Alhamdulillah, kelas kitorang tingkat 3. Kalau jatuh, bersepai buah pinggang. Ataupun beralih ginjal. Paling teruk pun mungkin boleh membawa maut.

Tak lah teruk sangat kan? Setakat melibatkan nyawa apalah sangat.

"WHY BENDERA JEPUN?! " Aisy menjerit walaupun tengah bertarung nyawa sekarang.

Sekali lagi kami menepuk dahi. Nasib baik sekarang waktu rehat. Ada ZIQHAS je dalam ni.

Aku pergi ke Zedi dan Aisy lalu aku pun membantu. Jangan salah paham! Aku bukannya tolong Aisy. Aku tolong Zedi untuk tolak Aisy makin kuat. Aku bukan apa, soalan dia tu yang buat dia bertemu dengan ajal dia sendiri. Jadi, salahkan soalan dia. Bukan kitorang. End of discussion!

"Matilah kau! "

"Woi!! "

Okay, lepas je aku tolak Aisy, baru aku lelong Zedi dalam dark web. 2 dah settle. Lagi 3 ketul tu nanti pandai- pandailah aku settlekan. Haha!

Okay geng. Gurau je. Aku takkan nak bunuh sahabat- sahabat aku yang baik itu. Urmm baik? Entahlah. Sahabat yang malang? Mungkin itu yang paling tepat.

Astaga! Jahanamnya aku!

(End Qari P.O.V)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro