Chapter 38
(Zedi P.O.V)
Aku berjalan menuju ke tandas. Semalam, baru saja aku bergaduh dengan Khai. Mula- mula aku plan nak gaduh serius sebab hal ni melibatkan Hara. Tapi bila teringat yang dia makan cadburry aku, terus aku nak bantai dia.
Lepastu penyapu boleh patah pula, haduh! Nasib baik aku sempat lari daripada Firdaus. Khai pula tak sempat, halah dia tu. Pandai- pandailah selamatkan diri. Hal aku dengan dia tak settle lagi, apa yang dia buat dekat Hara memang tak boleh dimaafkan.
"Haih, kenapalah aku tak boleh serius sepanjang hari walaupun sekali! " aku menepuk dahiku.
Kadang- kadang rasa penat jadi bangang tapi mungkin ini takdir aku. Ehh kejap, asal aku fikir yang aku ni bangang. Ngeh! Aku ni pandai sebenarnya, pandai teramat!
Aku masuk ke tandas sambil menyanyi lagi Didi and friends, haha. Tiba- tiba rindu nak gaduh dengan tiga ketul tu.
Aku terhenti apabila aku baru sahaja melangkah masuk ke tandas. Guess who I meet?
Yup! Panjang umur, Divers!
"Ohh hello! " aku melambaikan tanganku.
"Hye Zedi! " Medina melemparkan senyuman manisnya buatku.
"Hai! " Rabby dan Sally membalas sapaanku walaupun mereka tidak memandangku.
Jangan salah faham, diorang bukannya benci aku. Sebenarnya, diorang tengah basuh tangan dekat sinki.
"So how? " aku sebenarnya niat nak buang air kecil, tapi niat nak gossip fasal hubungan Medina dengan Afiz lagi kuat.
'Maafkan aku, pundi. Sila bertahan, ' aku berdesis dalam hati. Halah, tak lama pun. Medina ni mungkin agak malu bila cakap tentang hubungannya. Mungkin!
"How? Ohh my relay? " Medina ketawa kecil.
"Wah! Mesti happy ni! Dah masuk hari ketiga kan? " aku menyoal gembira. Aku semakin dekat dengan Medina.
"Of course she happy, Zedi. Thanks to you, " Rabby menepuk bahuku.
Aku tersenyum, well. Kalau orang lain tengok sisi Divers yang ni, mesti ramai yang akan berkawan dengan diorang. They just like ZIQHAS, always help and care each other.
"Even I tahu yang dia masih lagi belum cintakan I, dia tetap layan I lebih baik dari sebelum ni, " Medina tersenyum manis.
"Not just that, Zedi. Afiz also wait for her in front of the classroom when school end, " Sally menambah perisa.
Aku menjerit teruja, "Waaa, seriouslah?! "
Medina mengangguk malu.
"Oh my god! Waaaa! I ship tho! " aku, Sally dan Rabby melompat gembira bersama.
Medina mengeluh secara tiba- tiba.
Kami terdiam apabila mendengarnya mengeluh.
"Medina, what's wrong? " aku menyoal hairan.
"Babe, are you okay? " Sally kelihatan risau.
Rabby pula diam tapi nampak jelas yang dia risau akan Medina.
Medina memandangku, "I tak tahu nak balas apa untuk you. Even I panggil you perampas, cari nahas dengan you, you tetap tolong I. I-- I just feel like a stupid! I rasa, I patut balas budi you, "
Kami bertiga terdiam mendengar kata- katanya.
Aku mengeluh, " Look Medina, you don't need to-- "
"YES I NEED! " Medina mencantasku.
Aku mengeluh sekali lagi, "Okay but how? Kau nak balas budi aku dengan apa? "
Medina mengambil nafas, "I would do the same like you did to me and Afiz. My mean, I akan tolong you and Lutfi until you both couple-- "
"WHAT? " aku terkebil- kebil.
Aduh! Aku dahlah tipu dia yang aku ni suka dekat Lutfi. Actually excuse tu just untuk Medina percaya yang aku boleh buatkan dia dengan Afiz couple.
"I rasa apa yang Medina cadang tu, ada betulnya. You'll be happy Zedi, " Sally memandangku.
Aku menggelengkan kepalaku, "A big no! "
"But you love Lutfi right? Biar kami tolong you pula, " Rabby mendekatiku.
"Okay enough! Listen here Divers! Thanks for your help and effort to think about the plan but I don't want it, I already move on, guys, " aku terus bergerak menuju ke pintu tandas, melepasi mereka.
Baik aku lari dulu. Kang naya kalau diorang betul- betul plan.
"Ehh where are you going? " Medina menghalangku.
"Kalau korang nak aku jujur, aku dah tak tahan sangat nak terkencing. Nak kita sambung balik hal tadi? Tapi kalau aku terkencing, korang cucikan nak? " aku menjongketkan keningku.
"Zedi! " Medina memukul lenganku perlahan.
Aku ketawa perlahan sambil berlari masuk ke tandas, "BYE GUYS! TAK PERLU BALAS BUDI! "
Divers terdiam.
"Guess we can't force her? " Medina memandang kedua kawannya.
Sally dan Rabby mengangguk setuju. Mereka pun keluar dari tandas, menuju ke kelas.
5 minit kemudian,
Aku keluar dari tandas sambil menyanyi. Koridor yang sunyi itu lagi membuatkan aku bertambah semangat nak menyanyi.
Baru sahaja aku ingin masuk ke kawasan tangga,
Lutfi muncul di depanku, "Hai Zedi, "
"MAAAAAKKKK! " aku menjerit bagaikan tiada hari esok.
"Err, Zedi. Ni I, Lutfi, " Lutfi memandangku pelik.
Aku berdehem, "Janganlah terkejutkan aku lagi macam tu, "
Lutfi mengangguk faham.
"Haa, why? Do you have anything with me? " aku bercekak pinggang.
Aku tak faham betul. Kenapa kalau melibatkan someone yang kita tak nak jumpa, asyik bertembung je nanti. Kalau dengan orang kita suka, takde pula bertembung.
Haish! Tak guna!
"Urm, I nak tanya, kenapa you dah tak datang library? I tahu you baru datang library dua kali but-- "
"Just that Lutfi? " aku mengeluh sambil memicit kepalaku.
"Lutfi, listen here. I have something important to do and it is study even my teacher absent so-- "
"Why you call me Lutfi? " Lutfi memotong percakapanku.
Aku pelik, "Because that is your name, Lutfi. Are you lost your memory? "
"Lut, " Lutfi bersuara perlahan.
"Huh? " serius aku tak dengar. Dia cakap dengan aku atau dengan diri sendiri?
"Nama panggilan I yang you selalu guna is Lut. You never call me Lutfi, " Lutfi menunduk.
Aku tercengang, kepala abah dia lah! Tolonglah, aku maleh nak layan dia ni.
Aku mengeluh, "Lutfi! Ini bukan sinetron mahupun drama pukul 7 ye. Jadi, kalau kau nak bersweet sour, cari orang lain please? "
Aku terus berjalan. Baru sahaja aku ingin menaiki anak tangga, lenganku direntap perlahan. Aku terhenti lantas memandang Lutfi.
"What actually do you want, Lutfi? I have something to do! " aku cuba untuk merentap lenganku kembali tetapi tidak berjaya.
"I ada sesuatu nak tanya you. Boleh? "
Aku baru saja nak tolak mentah- mentah tapi bila nampak Lutfi serius, aku terus setuju walaupun terpaksa dalam diam.
Kami memilih taman bunga bersebelahan dengan bangunan tingakatan 5. Aku terus duduk di kerusi batu yang disediakan. Lutfi pula duduk di hadapanku.
"So what do you want? " aku terus memulakan. Aku memandang kiri dan kanan.
"You macam jauhkan diri you dari I, " Lutfi bersuara.
Aku terkedu lalu aku perlahan- lahan memandangnya, "Apa maksud kau? "
Lutfi memandangku, "You dah tak jumpa I. Last sekali kita berbual, dalam library. Haritu, I bagitahu you pasal hidup I and my first love, Marine. Lepas you bagi nasihat dekat I, I dah tak jumpa you. Start that day, you dah tak datang library. May I ask you, why? "
Aku mengeluh lalu aku pun bangun menuju ke bunga raya yang berwarna merah terang. Aku melutut, bunga itu disentuh.
"Zedi, answer my question. Why you avoid me? " Lutfi bangun lalu dia pun berdiri di belakangku.
"I don't, "
"Yes you do, Zedi,"
Aku mengeluh, "Aku just rasa yang kita macam tak ada benda nak dibualkan. Ada sesuatu yang buat aku-- "
"Liar! " Lutfi menjerit.
Aku terdiam. Tanganku yang menyentuh bunga juga terhenti.
"You avoid I sebab you ni Marine Azriendz Alessio right? "
Aku ketawa sinis. Aku bangun lalu aku pun menghadap Lutfi.
"So you already know huh? Kau tahu sebab kau dengar perbualan aku dengan Khai kan? " aku memeluk tubuhku.
Lutfi mengangguk, "How would you know? "
Aku menggoyangkan kepalaku kiri dan kanan, "Macam mana aku tak tahu? Aku nampak kau berdiri macam tengah menyanyi lagu negaraku dan paling penting, muka kau macam orang tak ada hala tuju. Why? Kau terkejut bila dapat tahu aku ni Marine? "
Lutfi terdiam seketika, "Why you didn't tell me? "
"Maybe because I want to give you suprise? " aku menjawab dengan suara ragu- ragu.
"Jadi, sebelum ni, I cakap dengan you yang I suka Marine. And I cakap depan orangnya sendiri? " Lutfi memandangku, tepat di anak mataku.
"Yeah, if that so, what are you gonna do? "
Lutfi menggenggam bahuku, "Marine, I'm sorry sebab I cakap yang you ni reason my parents died. You already forgive me, right? "
"Let me go Lutfi! And don't call me Marine. My name is Zedi! Zedilya! " aku bergelut dengannya.
"No no! You're my Marine! You're not Zedi! Now Marine, please say that you already forgive me. I tak tahu apa yang I pikir sebelum ni. Lepas you nasihat I, I terus ubah pikiran. Yes, it's not your fault. Now-- "
Pak!
Aku menampar Lutfi. Ya, aku berjaya lepaskan genggaman bahuku daripadanya. Lutfi tergamam.
"Can you please shut up? " aku menutup mataku buat seketika, menenangkan diri.
"But you love me right? " Lutfi menyoal perlahan.
Aku mengeluh, "Stop disturb me! "
Lutfi menggelengkan kepalanya, "Why? "
"Lupakan aku Lutfi, kau boleh dapat orang yang lebih baik dan sempurna daripada aku. Trust me, " astaga cliche bhai ayat. Macam takde ayat lain.
"Ze-- Zedi-- "
"Simpan jelah perasaan cinta kau untuk orang lain, " aku memetik sekuntum bunga raya berwarna merah.
"Bu-- but-- "
"Shh! Luka yang kau buat tanpa sengaja dekat hati aku ni, masih ada lagi tau! " aku memotong percakapannya, langsung tidak memberi peluang untuk dia bercakap.
"That's why you suruh I lupakan dendam I. Sebab you Marine-- "
"Kalau aku bukan Marine sekalipun, aku tetap akan suruh kau lupakan dendam kau, " aku memotong percakapannya.
Aku memberi bunga raya itu kepadanya. Lutfi memandang pelik terhadapku.
"This is tanda persahabatan kita. Thank you untuk semua ni Lutfi. Yes, I can't deny it. You're one of my bestfriend. But I feel awkward after your confession tanpa sengaja tu. So please lepas ni, just anggap aku ni schoolmate kau, "
Lutfi hanya memandang bunga yang aku bagi itu.
Aku berdehem, "Anyways please move on. Find someone who can make you happy, "
Aku berlalu pergi tanpa mendengar balasan Lutfi bagaikan selebriti. Ohooo!
"SOMEONE WATCHING US! " aku menjerit terhadap Lutfi.
"HUH? " Lutfi keliru.
Aku tersenyum. Nampaknya pengendap tu berapi. Jealous...
------
Aku memandang surat di atas mejaku. Aku memandang kiri dan kananku.
Di kanan, Khai! Dia tengah lap bola dia. What the.. Okay, nampaknya aku tak boleh kacau. Lagipun, aku tengah ada perang dingin dengan dia. Even satu kelas perasan sebab kitorang langsung tak berbual apatah lagi perdajal orang.
Di kiri aku, Malik! Dia nampak macam orang dah tak ada semangat nak hidup. Kepala atas meja. Tapi aku tengok macam dia baca jampi, haha! Mana taknya, aku dengar dia ulang ayat yang sama dengan laju dan banyak kali. Aku mendekatkan diriku.
"She don't love me, " Yeah, itulah ayat jampi yang disebut ulang kali oleh Malik.
Aku menepuk dahiku, "Dua- dua tak boleh pakai! "
Aku terus duduk. Surat itu diambil lalu aku pun duduk. Aku membuka surat itu lalu isinya dibaca.
'Meet me at cafeteria now if you want your friends safe! Table number 5! "
Ya, itulah isinya.
Aku mengeluh, "Aku baru je masuk kelas. Ini ke namanya excersice yang kejam. Jumpa bekas crush, naik tangga, masuk kelas, dapat surat maut, kena turun pergi cafeteria balik. Oh god, please help me, "
Apa- apapun, aku terus bangun lalu aku pun keluar dari kelas. Sebelum keluar, sempat aku memberitahu Firdaus yang aku ada hal.
Aku turun menuju ke cafeteria. Apabila sampai, aku nampak ada seorang lelaki di meja nombor 5. Dia membelakangi aku.
"Asal aku macam kenal je malaun tu? " aku bersuara sambil berjalan menuju ke meja itu.
Sampai sahaja, aku terkejut. Aku dah berada di belakangnya tetapi aku hanya berdiri tegak, mendiamkan diri.
Danny terasa dirinya diperhatikan lantas menoleh kebelakang. Danny memandangku lalu dia pun tersenyum, "Hai Zedi, "
Aku hanya berdiri tegak, "Kau ke yang bagi surat dekat aku? "
Danny tersenyum, mengiyakan jawapan, "You tak nak duduk? "
Aku teragak- agak pada mulanya tapi duduk jelah. Penat aku berjalan. Tadi dah naik lepastu turun balik semata- mata surat yang dia bagi aku tu.
"Why? And about my friends? " aku menyoal tanpa semangat.
"I heard you argue with Khai and when Lutfi meet you at school garden, "
Aku menganggukkan kepalaku, "So kau yang ngendap aku dengan Lutfi. And bila aku bergaduh dengan Khai, aku tak perasan kau! So, aku kena asah skill aku? "
"Yeah, you patut asah skill you, "
"Okay, jadi apa masalah sampai nak kena jumpa dekat sini? " aku menyoal dengan malas.
Danny tersenyum, "I just takut kalau diorang berdua kacau you-- "
"Seriously Danny? Lepas kau avoid aku, kau nak tunjuk perangai caring kau? "
Danny terkejut, "Zedi, listen here. I langsung tak ada niat nak avoid you. I just terpaksa sebab-- "
"Sebab apa? Aku punyalah happy bila nampak kau jadi new student beberapa hari lepas. Tup tup kau buat aku ni macam tak wujud, " aku menundukkan pandanganku.
"I... I'm sorry, I know you're hurt because of me. You know, it's hurt me too. But I have to do it, no matter what! " Danny berdiri.
"Is it because of-- "
"NAK MINUM APA? " Makcik Alia datang di meja kami. Dengan suara lantangnya, satu sekolah boleh dengar.
Senyap- senyap je dahlah kalau nak tanya. Kantoi nanti aku turun ke kafeteria time waktu belajar. Nanti jumpa lagi Riss dekat penjara, Syaz mengamuk sebab kena jamin aku.
"Urm, saya nak air milo satu cawan ikat tepi, " aku memesan. Kering tekak aku sebab bergaduh dengan Danny.
Krik krik, krik krik.
Makcik Alia dan Danny terkebil- kebil memandangku.
Aku berdehem, "Saya gurau je, saya nak milo ais ye, "
"Saya tak nak apa- apa, " Danny memberi senyuman terhadap Makcik Alia.
Makcik Alia berlalu pergi. Aku dan Danny kembali berpandangan.
"Okay, can we continue? " Danny menyoalku.
Aku mengangguk setuju. Keadaan menjadi hening. Danny memandangku, aku memandangnya.
"What? " aku menjongketkan keningku.
"You bukannnya nak tanya something ke tadi? "
"Nothing, just forget about it, "
Danny mengeluh, "I know it's crazy but you have to believe me, please bear it for a while. Lepas semua masalah settle, I promise that both of us-- "
"Okay, "
Danny memandangku sayu apabila aku layan dia acuh tak acuh. Aku juga memotong percakapannya.
Bam! Bam! Bam!
Terkejut aku dengan Danny apabila Makcik Alia datang mengelap meja dengan kain lap. Kasar betul cara dia lap. Makcik Alia mengambil clorox lalu dia pun menuangkan di atas meja kami. Sekali lagi, Makcik Alia mengelap meja dengan kasar.
Terbeliak mata aku dengan Danny bila nampak dia tuang clorox. Tak ada benda lain ke yang boleh disembur? Febrez?
Makcik Alia berlalu pergi. Mata kami mengekori pemergiannya. Haha, ayat macam orangnya dah arwah.
Aku bersuara perlahan, "Aku rasa kafe ni patutnya kena bakar jelah. Apalah Makcik Alia ni, "
Danny ketawa kecil, "Ada satu hari, I nampak Makcik Alia buat tepung putih melekat yang kena baling baling tu, " Danny memandangku.
"Haa? " aku confuse. Tepung putih melekat kena baling- baling? Dalam otak aku sekarang, satu jenis makanan je yang aku dapat fikirkan.
"Kejap ye, " Danny menyelok poket blazernya. Iphone X nya dikeluarkan.
Kenapa semua dalam ni mesti nak pakai Iphone X? Kenapa aku je yang pakai Samsung? Kenapa? Huhu.
Danny memberi Iphone X nya kepadaku.
"Kau bagi aku phone kau? Nak lelong ke? Sorry, walaupun Iphone X menjadi pilihan masyarakat, samsung tetap dihatiku. Datanglah setuja Iphone X sekalipun, aku tetap pilih samsung-- "
"No Zedi, I nak you tengok video tu, video yang Makcik Alia baling tepung putih melekat, " Danny memotong percakapanku.
Aku menepuk dahi, "Kau sempat record? "
"Haah, " Danny mengangguk.
Baru sahaja video itu bermula, aku dah tepuk dahi. Aku dah agak dah, makanan ni rupanya yang dipanggil sebagai tepung putih melekat.
"What's wrong Zedi? " Danny melihatku.
"Danny you moron! " aku terus membaling Iphone X nya dihadapannya.
Danny terus menangkap, "Why? "
"Itu bukan tepung putih melekat lah bangang! Itu roti canai! " aku mengurut dahiku.
Haih, inilah susah bila kawan bukan warganegara Malaysia!
"Ro-- roti canai? " Danny tergagap- gagap menyebut.
Aku mengangguk, "Ya, roti canai! And apahal Makcik Alia buat roti canai tu kasar gila eh? Aku rasa macam dia lanyak roti canai tu, "
Danny terdiam. Ya, memang kasar.
"Tapi aku rasa memang itu cara Makcik Alia buat. Husnudzon, " saja nak tunjuk baik. Haha, gurau saja.
"Huszon? " Danny menyoal.
"Forget about it, Danny, " aku pasrah nak terangkan benda yang dia tak faham.
Makcik Alia datang dengan membawa secawan milo ais untukku, "Ini dia milo ais ikat tepi kamu ye, Zedi, "
Aku memberi Makcik Alia duit sebanyak RM3. Makcik Alia berlalu pergi. Milo air itu disedut perlahan.
"So apa hal sebenar yang kau panggil aku ni? " aku tak tahu dah berapa kali aku soal benda ni. Takdelah banyak mana tapi cukup banyak untuk seketul Zedi.
Danny memandangku, "I ada sesuatu nak bagitahu you. Sangat penting, "
"Hal dunia? "
"No! Lagi penting dari hal dunia and I nak minta tolong you, " Danny mmemandangku serius.
"Okay what is it? "
Aku mendengar penjelasan Danny yang teramat penting. Tapi aku rasa aku ada terlupa sesuatu yang penting.
Apa dia eh?
-----
Selepas selesai mendengar penjelasan Danny, aku pun pulang ke kelas berseorangan. Even aku sama kelas dengan Danny, kitorang tak boleh jalan bersama. Nanti kantoi dengan pengintip papa dia. Ya, seperti yang semua orang tahu, Danny anak kepada mafia yang memburuku.
Aku berjalan sambil berfikir. Hmm, apa yang Danny cakap semua, susah aku nak hadam dalam kepala otak aku yang sempit ni. Haha!
Danny ada bagitahu sesuatu pasal Teacher Irene. Is that true, teacher kena kawal? Dia dalam masalah? Sebab tu ke time kitorang jumpa pengetua, aku nampak dia kekok je bergerak. Macam kena kawal pun ada.
Halah time ZIQHAS nak pindah ke Diamond High, dalam pejabat pengetua tu. Takkan tak ingat...
And paling penting, Danny minta tolong aku... Nak buat misi tu senang, guna kaki je boleh settle. Tapi misi tu melibatkan Syaz, tu yang payah tu. Nak kena bagitahu Syaz something yang teramat penting lagikan important.
Misi ni melibatkan kepercayaan. Aku ni dahlah banyak kelentong si Syaz. Boleh dikatakan dia mangsa number 1 aku dalam buat kerja haram. Takde lah haram mana, cuma banyak prank je.
Kang dia tak percaya apa yang aku cakap, gagallah misi aku. Naya je...
Aku menarik nafas yang panjang apabila sudah berdiri di depan 5 kasturi. Baru je nak buka pintu, aku dah nak pengsan. Oh lupa nak hembus nafas. Patutlah rasa macam nak mati je tadi.
Dengan penuh ayu, aku menghembus nafas. Aku masuk ke kelas. Baru saja nak duduk,
"ZEDI! KAU TIPU AKU EH! "
Aku menoleh ke belakang. Khai? Dia pun baru masuk kelas macam aku.
"What? " celah mana aku tipu dia siot. Kenapa dia nampak tercungap- cungap ni?
"SEMALAM KAU KATA NAK JUMPA AKU DEKAT KAFE! AKU DATANG, AKU TAK NAMPAK KAU PUN! "
Aku terdiam, haahlah! Itu rupanya hal yang aku lupa. Punyalah aku fikir masa aku dengan Danny tadi.
Tapi apa- apapun, "Aku dekat kafe jugalah tak guna! Kau tak nampak ke! Aku cuma berbual dengan orang lain! "
"Kau fikir aku tengok semua meja dekat kafe ke hah! " Khai menjerit.
Firdaus bangun, "Guys bertenang, "
"Lain kali buka lah mata besar- besar sikit! " aku membaling botol air masak yang Malik beli di vending machine.
Malik segera bangun dari tempatnya, "Wei wei, botol aku! Walaupun seringgit je aku beli, aku sayang botol tu! " Malik menjerit tetapi dah terlambat. Aku dah baling pun.
Khai mengelak maka botol itu terkena kepala, Firdaus!
Aku, Khai dan Malik terdiam. Shit!
Firdaus pula kelihatan seperti ingin meletup!
"Zedi, " Firdaus memanggilku.
"Yes! " aku berdiri tegak.
"Malik, "
"Ya! " Malik kelihatan segar bugar terus. Tangan siap buat tabik hormat terhadap Firdaus.
"Khai, "
"Janganlah bocorkan bola aku macam tahun lepas. Kau pukul jelah aku, " Khai memohon.
"Three of you, " Firdaus tersenyum jahat.
"Ekk! " Kami bertiga mengundur kebelakang.
"GO TO THE HELL! "
"AMPUN WEY! " aku menjerit.
"JANGAN APA- APAKAN BOLA AKU WEY! " Khai segera mengambil bolanya lalu dipeluk.
"AKU HANYA NAK SELAMATKAN BOTOL AIR AKU JE! ASAL AKU KENA SEKALI WEY! " Malik masih ingin mencari botol airnya tetapi tak berjaya kerana Firdaus sudah memandang tajam terhadapnya.
"Hik, " Ariyana ingin menangis.
Kami sekelas memandangnya.
"Janganlah apa- apakan diorang bertiga, Firdaus, " Ariyana kembali menangis.
"Ah, dejavu, " aku memeluk tubuh sambil tersenyum. Khai dan Malik pun kelihatan tenang.
Bam!
Terhinjut bahu kami bertiga lalu kami pun memandang Firdaus.
"SIAP KAU BERTIGA! " Firdaus menjerit.
"ARGHHH! "
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro