Chapter 31
Miranda berjalan menuju ke keretanya.
"Boss! "
Miranda menoleh dan melihat Eric yang berlari dengan riangnya sambil menjerit seperti orang tak betul.
"Apa?! " Miranda menayangkan muka garangnya.
"Amaklak! " Eric mengesat peluhnya yang sebenarnya dari tadi dah ada. Mungkin baru berlatih dekat mansion.
"Huh?! Amaklak? Eric, kau nak cakap alamak kan? " Miranda memandang penuh pasrah terhadap orang kanannya yang satu itu.
"Yes! Betul itu boss! " Eric menjawab penuh semangat.
Miranda mengeluh melihat kelurusan orang kanannya dalam hal sebegini. Eric ni memang tak pandai dalam fasih bahasa orang.
"Eric, I'm fucking busy right now. I don't have time for your stupidness! You get it right? " Miranda seperti ingin mencekik Eric sampai orang kanannya koma.
"Hehe, okay okay I get it but where you wanna go, boss? "
Pak!
Eric mengaduh kesakitan apabila kepalanya dipukul oleh kipas kertas besar yang dibuat oleh Miranda sendiri.
Pernah tak korang buat kipas orang cina guna kertas A4? Haa begitulah kipas yang Miranda buat tapi dia punya versi besar lagi dan kertasnya keras. Jadi, sakitlah bila dipukul.
"Why you hit me? " Eric bertanya dengan riak sakit.
Pak! Pak!
Semakin kuat Eric mengaduh. Dapat lagi dua kali. Memang terbaik!
"Who give you permission to speaking?! I told you, only malay right? Are you understand? " Miranda memandang Eric dengan pandangan membunuh.
"Ta--tapi boss, boss baru sahaja berbicara dalam english-- "
"What is it little shit? " Miranda mengangkat tinggi kipasnya, isyarat untuk memukul lagi kepala Eric.
"Arghh! " Eric berlari masuk ke mansion untuk mengelakkan dipukul sekali lagi.
Miranda mengeluh melihat sikap salah seorang orang kanannya yang tidak matang itu. Miranda terus mengeluarkan topengnya apabila dia menghampiri ke kawasan di mana ramai anak buahnya berada.
Dia sudah diberi amaran oleh arwah datuk dan neneknya bahawa dia tidak boleh mendedahkan wajahnya walaupun dengan pekerja sendiri. Pada awalnya, dia sendiri tidak pernah mendedahkan wajahnya terhadap Derick dan Eric tetapi selepas kematian datuk dan neneknya, dia terus mendedahkan wajahnya kepada Derick dan Eric. Baginya, mereka berdualah segala- galanya.
Ingat lagi pekerja- pekerja yang mengisi peluru dan check senjata apinya di syarikatnya dahulu? Ya, dia sudah bunuh mereka semua dalam diam serta memberi pampasan terhadap keluarga mereka. Waktu itu, dia tidak memakai topengnya.
Untuk makan pula, dia perlu makan di biliknya. Yang dia tahu, dia tidak boleh mendedahkan wajahnya kerana wajahnya dan adik perempuannya sama. Untuk memastikan keselamatan adiknya, dia perlu menyembunyikan wajahnya.
Miranda memandu kereta audinya dengan laju menuju ke sebuah tempat. Dia sudah membuat appoiment untuk berjumpa dengan seseorang yang penting.
Benziol's cafe,
Miranda masuk ke cafe itu. Dia pelik apabila suasana di cafe itu hanya sunyi sepi. Dan apabila dia memasuki cafe itu, tiada pelanggan langsung kecuali seorang lelaki berumur 30- an yang memakai suit.
"Good afternoon, sir. My name is Miranda Azriend Alessio-- "
"I know, " lelaki itu berpaling.
"Have a sit, Miss Miranda, " Miranda terus duduk apabila dipelawa oleh lelaki itu.
"Who are you? Where is grandpa? " Miranda menyoal terus.
Lelaki itu meletakkan cawan tehnya di atas meja, "Saya rasa miss tahu untuk berbicara dalam bahasa ibunda kami kan? "
Miranda mengangguk, "Ya, "
Lelaki itu tersenyum, "Minumlah, Miss Miranda, nama saya Helmi, "
"Mana grandpa? " Miranda risau, grandpa sepatutnya jumpa dia, bukannya lelaki ini!
"Bertenang Miss Miranda, saya-- "
Bam!
Miranda menghentak meja lalu bangun, "Saya tanya mana grandpa! Saya tak nak dengar arahan kamu untuk bertenang! "
Helmi mengeluh lalu dia pun memandang Miranda di matanya, "Keselamatan disini tidak dijamin, "
Miranda terdiam lantas mengangguk paham.
Helmi bangun lalu dia pun berjalan menuju ke Miranda. Dia memegang kedua bahu Miranda lalu dia pun menolak dengan perlahan untuk duduk semula di kerusi.
Miranda hanya duduk di kerusi manakala Hemli kembali duduk di tempatnya.
"Seperti yang Miss dengar tadi, tuan tidak boleh keluar atas faktor keselamatan. Jika musuh menyerang, tuan dah tak boleh berlawan atas faktor umur, "
Miranda menunduk namun Helmi pantas bersuara, "Bertenang Miss. Bagaimana miss mahu menjadi peneraju Alessio yang seterusnya kalau miss lemah sebegini? Bagaimana miss mahu menyelamatkan kedua adik miss kalau miss lemah? Ingat Miss Miranda, di luar sana, ramai musuh yang ingin menumbangkan Alessio. Hanya miss saja harapan arwah dan tuan, "
Miranda menyekat air matanya, "I don't know what to do. Sebelum ini, arwah yang banyak bantu saya dan bila mereka pergi, grandpa yang sentiasa menjadi tulang belakang saya. Saya cuma takut kalau grandpa pun akan tinggalkan saya macam mereka, "
Helmi tersenyum pahit, "Kerana itulah saya ada di sini. Saya dah dilatih untuk sentiasa bersedia dan sayalah yang diamanahkan untuk menyokong miss jikalau sesuatu yang buruk berlaku. Bukan saya sahaja malah seluruh Alessio's dan Lion's sentiasa menyokong miss, "
Miranda terkejut lalu dia pun tersenyum tawar.
"Tetapi, saya ada perkara yang lagi penting untuk beritahu miss. Ini arahan daripada tuan, " Hemli kelihatan serius.
Miranda hairan, "Apa? "
"Jauhi kedua adik miss, "
Krik krik, krik krik.
"A--apa maksud kamu? " Miranda terketar- ketar bersuara. Mungkin tak percaya apa yang baru saja didengarnya tadi.
"Jangan cuba dekati mereka berdua dan jangan sesekali cuba dedahkan identiti serta wajah miss, " Helmi kelihatan amat serius.
Miranda kelihatan marah lalu dia pun bangun, " Saya cuma dedahkan identiti dan wajah saya terhadap kedua orang kanan saya. Dan kamu! Kamu tak ada untuk larang saya jumpa kedua adik saya-- "
"Apa?! Kedua orang kanan miss sudah tahu identiti dan wajah miss? " Helmi berdiri drastik. Dia kelihatan terkejut.
"Mereka wajib tahu, merekalah-- "
"Kalau miss nak tahu, antara mereka... "
Miranda terkejut mendengar kata- kata Helmi lalu dia pun menggenggam tangannya penuh amarah.
Baru sahaja dia ingin mengambil secawan teh, tangan dia dipegang erat oleh Helmi. Miranda cuba untuk meleraikan tangannya tetapi dipegang kemas oleh Helmi.
"Let me go! " Miranda melawan.
"Saya tahu tentang masa depan, Miss Miranda. Miss ingin simbah air teh itu di baju saya bukan? "
Miranda terkejut mendengar apa yang diperkatakan oleh Helmi. Tak mungkin, tak mungkin dia tahu tentang masa depan. Ini realiti, mana ada orang tahu pasal masa depan!
"Percaya apa yang saya katakan, saya tahu apa yang terjadi di masa hadapan. Semuanya tidak diingini. Kalau miss mahu ubah, ikut arahan tuan, " Helmi terus melepaskan tangan Miranda.
Miranda hanya berdiri, kehilangan kata- kata. Helmi mengeluh lalu dia pun pergi.
"Sebelum itu, kalau miss mahu berjumpa dengan tuan, datang ke rumah agam utama. Tuan sentiasa ada di sana. Miss perlu memakai topeng seperti biasa jika mahu ke sana, " Helmi sempat memesan sebelum keluar dari cafe.
------
Miranda menghempaskan badannya ke atas katil. Selepas sahaja berjumpa dengan Helmi, dia terus pulang ke rumah.
Miranda mengeluh sambil merenung siling biliknya, "Betul ke apa yang Helmi cakapkan? "
"Antara mereka berdua, ada musuh terselit. Merekalah mata musuh supaya satu hari nanti, mereka dapat jatuhkan miss serta bunuh kedua adik miss, "
Itulah kata- kata yang sentiasa terngiang- ngiang di minda Miranda. Miranda menekup mukanya.
"I can't do it! Grandfather, grandmother. What should I do? I want to meet them very much. Living for years without family is hurt. I grow up without parent's love, "
Miranda menekup mukanya. Dia bingung. Dia nak jumpa sangat keluarga dia. Tapi bila Helmi bagitahu macam tu, mesti grandpa yang arahkan.
Tapi... kenapa tak mention mummy daddy juga? So aku bolehlah jumpa mummy daddy?
------
(Qari P.O.V)
Aku tak tahu nak kesian ke nak gelak sekarang ni. Di depan kami, ZIQHAS kelihatan Zedi diikat oleh Syaz di sebatang pokok manggis.
"Janganlah begini sahabatku Syaz~~ Tidakkah kamu kesian-- "
"DIAM! " Semakin kuat Syaz memperketatkan ikatan Zedi. Zedi menjerit dengan kuat kerana ingin melepaskan diri.
Aku, Hara, Izla dan Aisy hanya berdiri mendiamkan diri. Niat dalam hati memang nak tolong tapi tulah, takut jadi mangsa seterusnya.
"Kalau nak, lepas ni buatlah lagi~ Aku pun suka mengikat kau dekat pokok manggis ni. Senang je~ " Syaz melemparkan senyuman manis.
"Huhuhu, " Zedi hanya menangis sendu.
"Korang berdua tahu tak membazir? Membazir duit je beli tali besar untuk ikat aku, membazir masa korang je untuk ikat aku, " Zedi tetap membela dirinya seperti tidak membuat salah.
"Bagi I, tak membazir pun, "
Kami semua melihat Riss yang datang ke arah kami dengan tangan kanannya si kocek seluar tracksuitnya. Di sebelahnya, kelihatan Mika tersengih.
"Hye guys!! " Mika menyapa kami dengan ceria.
Aku membuat muka, entahlah kenapa. Walaupun dia tak buat salah malah dia yang tolong aku haritu, aku macam menyampah tengok muka dia. Nak je lempar ke dalam laut. Biar lemas.
"Ehh hai Qari!!! " Mika berdiri di hadapanku.
Terkejut aku dibuatnya, macam mana dia tahu nama aku?
"Macam mana kau tahu nama aku? " Aku menayangkan muka garang.
Pak!
Aku mengaduh kesakitan apabila kepalaku dipukul oleh Izla.
"Silly! We're in the same class with him, " Izla menggelengkan kepalanya.
Aku terdiam, ehh haah lah. Mereka yang lain hanya tersengih janggal.
"Memang lah kita sama class. Beside, Zedi also told me your name, " Mika tersenyum manis.
Wait what, "Apa kau cakap? " aku mendekatkan wajahku.
"Err, I cakap, Zedi ada bagitahu nama you dekat I, " Mika agak terkejut apabila aku mendekati secara drastik.
"When? "
"The day I save you from Princes, " Mika menayangkan muka bangganya.
"You mean, I save her. Not you, Princes never scared of you. They even play with you-- "
"Shut up! " Mika terus memotong percakapan Riss.
"Damn! " Hara membuat muka simpatinya walaupun aku tahu yang dia tu sebenarnya mengejek.
Aisy menggeleng dengan senyuman janggalnya manakala Syaz mengeluh.
"Tak naklah lukakan hati kau tapi betullah apa Riss cakap tu, Mika. Aku nampak dengan mata aku sendiri, " Zedi tiba- tiba bersuara, mungkin dah penat kena palau.
Kami semua memandangnya, masih lagi diikat.
"ZEDI? " Mika menjerit terkejut.
"Yes it's me! " Zedi menyahut penuh semangat.
"Is that you Zedi? " Mika menyoal musykil.
"Yeah-- "
"Liar! You moron! " Mika menjerit pantas.
"This bitch-- "
Pak! Pak!
Zedi dan Mika mengaduh kesakitan apabila kepala mereka dipukul kuat oleh Syaz dan Riss.
"Language! "
Mika berdiri di hadapan Zedi, " Why you terikat dekat pokok manggis asrama kita? You tak ada kerja ke? Kalau tak ada, boleh lah tolong I settlekan homework-- "
"Dia ada kerja, Mika, " Syaz berdiri di belakang Mika.
"But why she is here-- "
Syaz meletakkan tangan kanannya di bahu Mika. Mika menoleh melihat Syaz lalu dia pun terkejut melihat ekspresi Syaz.
"I. Said. She. Have. Something. To. Do. Are you clear about that? " Syaz tersenyum jahat.
"Ye--yes madam! " Mika terus melangkah ke belakang dengan pantas lantas berdiri di sebelah kiri Riss. Aku yang berdiri di sebelah kanan Riss hanya tersengih melihat perangai pengecut Mika.
"Good, "
Syaz ni bijak betul. Walaupun dah banyak kali Zedi buat hal, dia tetap ada cara untuk selesaikan masalah tu. Riss terus berjalan ke arah Syaz dan Zedi.
Tiba- tiba,
"ARGHHH! "
Aku dan Mika melihat mereka yang lain.
Zedi menjerit dengan kuat apabila Riss mendekatkan seekor tikus di hadapan mukanya. Syaz hanya berdiri disebelah Riss sambil berpeluk tubuh, Aisy pula cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan Zedi manakala Izla pula cuba untuk menjentik tikus itu jauh dari Zedi tetapi tidak berjaya. Hara pula cuba memujuk Syaz untuk menyuruh Riss berhenti.
Yang aku peliknya, sejak bila Riss ni pegang tikus? Ehh asal tikus dia tu lain macam? Oh tikus mainan.
Punyalah empat ketul lagi tu kalut sampai tak perasan tu tikus mainan. Siapa lagi kalau bukan Zedi, Izla, Aisy dan Hara.
"SYAZ, JAHATNYA KAU! " Izla menjerit.
"I don't care. We are ZIQHAS right? And Qari, " Syaz menoleh ke belakang.
"Yeah? "
"Welcome back to ZIQHAS, " Syaz menyambung.
Aku terkebil- kebil, "Bu--but-- "
"Did I heard something? " Syaz menyoal datar.
"N--no! "
"Good, " Syaz kembali memandang Zedi yang masih lagi menjerit ketakutan.
Phew! Nasib baik.
"ARGH DISGUSTING SHIT! " Zedi menjerit.
Semakin kuat jentikan Izla dekat tikus tu tapi Riss makin dekatkan. Dia nak jentik tapi dia pun takut. Heh lemah! Kalau tikus, aku pun takut.
Aisy pula melindungi Zedi. Dia memeluk kepala Zedi. Tak nak tikus tu dekat dengan Zedi.
Hara pula menepuk lengan Syaz dengan kuat beberapa kali.
"I think you should stop right now, " Mika bersuara tapi suaranya tak didengari.
Yelah, Zedi dah menjerit. Dia pula berdiri sebelah aku. Memanglah diorang tak dengar.
"Dia patut minta maaf, bukannya terpekik lolong, " aku mengeluh lantas memeluk tubuh.
"But isn't it too cruel? " Mika memandangku.
Aku ketawa, "We are ZIQHAS. This punishment is nothing to us, "
Aku mengambil sebiji buah manggis di bawah lalu aku baling ke kepala Riss dengan kuat.
Bap!
Bunyi siot. Nampak tak betapa kuatnya aku baling?
Mereka semua terhenti. Riss berhenti sakat Zedi, Zedi berhenti menjerit, Izla berhenti menjentik tikus dan Hara berhenti memukul lengan Syaz. Cuma Aisy je masih melindungi Zedi. Syaz pula masih memeluk tubuh.
Mereka semua menoleh ke arah aku dan Malik.
Aku terus cangkung, pura- pura betulkan tali kasut.
"Mika... Berani kau baling manggis busuk tu dekat aku?! " Riss melemparkan tikus itu di tepi Izla.
Riss berjalan ke arah Mika. Aku pula masih cangkung.
"Eh? Eh kejap! Bukan aku! " Mika kalut.
Riss mencengkam kolar Mika, "Kau nak aku sumbat manggis dalam mulut kau?! "
"Eh? Excuse me! Aku tak bersalah! Qari yang-- " Mika terus memandangku namun aku sudah berlari ke arah Zedi dan yang lain.
Aku terus berlari sehingga sampai di tepi Zedi. Aku terus membuka ikatan tapi gagal. Aisy, Izla dan Hara juga turut membantu.
Susah siot. Syaz upah orang ikat ke apa ni? Patutlah Syaz diam je bila aku lari ke sini. Tak halang aku langsung. Rupanya susah nak buka ikatan.
"EH QARI! BERANI YOU-- "
"Kau jangan nak menipu. Tak mungkin Qari yang buat, " Riss menguatkan cengkaman.
Mika terus menangis pilu, "Aku rasa dikhianati bila kawan sendiri percaya dekat orang lain berbanding aku, "
"Kau tak payah nak dikhinati sangat. Sini biar aku ikat kau macam Zedi-- "
"HEY! APA YANG KORANG BUAT TU?! "
Kami semua mendongak, melihat gerangan yang menjerit.
Oh shit cikgu disiplin. Dia terus turun ke bawah.
Riss melepaskan cengkaman. Mika pula mengambil nafas, konon macam kena cekik.
"Habislah kita! Kena denda nanti! " Mika menjerit.
"Denda? Teruk sangat ke? " Hara menyoal.
"Halah kalau setakat sapu koridor, apalah sangat. Kitorang dah lali time dekat Gold High dulu-- "
"Siapa cakap sapu koridor? " Mika memintas Zedi.
Ceh Zedi, lali konon. Dia lupa ke dia tengah kena denda sekarang ni?
"Habistu... apa dendanya? " Aisy menyoal.
"Cuci toliet, "
Jawapan Mika membuatkan ZIQHAS hilang semangat nak hidup. Sudah semestinya Syaz terkecuali.
Mika menyambung, "Diorang dahlah lepas berak tak flush, kencing dalam sinki-- "
Kami semua menjerit takut kecuali Syaz dan Riss. Dengan Mika sekali menjerit.
Pak!
Riss memukul kepala Mika, "Tak payah nak merepek! Paling tak pun kena detention je. Tak pernah cuci jamban, "
"And tak pernah pula aku tengok orang kencing dalam sinki. Kalau setakat lupa flush tu, pernahlah sekali, " Syaz menjeling ke arah Izla sedikit.
"Excuse me? Itu time kecemasan tau! Korang yang kononnya buat alarm macam rumah terbakar! Mestilah aku kelam- kabut! " Izla pertahankan dirinya.
Ya, dia pernah lupa flush. Itupun sebab Zedi dan Hara main alarm kebakaran dekat ruang tamu. Kalut Izla dibuatnya.
Syaz tersenyum.
Seseorang berdehem. Kami semua memandangnya.
"Cikgu Man! " kami menunduk hormat. Cikgu Man, guru disiplin sekolah.
"Apa yang korang buat dekat sini? " dia memandang kami seorang demi seorang. Sampai turn Zedi, dia mengecilkan matanya. Mungkin tak percaya Zedi kena ikat.
"Um kami saja nak jumpa, lepak. Tak boleh ke cikgu? " Syaz menyoal mesra.
"Boleh, tapi kenapa lagi sorang tu? " Cikgu Man menunjuk Zedi menggunakan jari telunjuknya.
"Cikgu, kodong jari tu nanti-- "
Pak!
Sebelum Hara sempat menghabiskan ayatnya, dia sudah dipukul oleh Syaz.
"Apa dia? " Cikgu Man memandang Syaz dan Hara.
Syaz ketawa janggal, "Urm tak ada apa- apa cikgu, "
"Sebenarnya kitorang nak uji kekuatan tali ni, " Riss menunjuk tali yang mengikat Zedi.
"Uji? Guna kawan sendiri? " Cikgu Man memandang tidak percaya.
Syaz mengangguk, "Ye, cikgu. Kalau tak, siapa lagi yang boleh kitorang guna? Cikgu? "
"Manfaatkan kawan sendiri selagi boleh-- Auch! " Mika terus mengusap tangannya yang dicubit oleh Riss.
"Lagipun, kawan kitorang yang offer sendiri, " Riss menyambung.
Bapak pandai siak dua orang ni. Pandai kelentong cikgu. Ish ish, ni ke ketua disiplin dengan orang harapan ZIQHAS? Paling tak boleh dicontohi.
Cikgu Man terus memandang Zedi, "Betul ke apa yang mereka bagitahu tu, Zedi? "
"Ta-- Ya! " Zedi terus menukar jawapan apabila Syaz dan Riss memandangnya tajam.
"Saya selaku kawan yang baik antara terbaik di dalam kebaikan yang paling baik, kenalah tolong kawan, " Zedi tersenyum paksa.
Kami semua memandangnya. Apa baik yang dia merepek tadi? Aku tak paham, aku cuma dengar baik baik baik je.
Cikgu Man mengeluh, "Dah, lepas je uji, terus lepaskan dia. Kalau apa- apa jadi dekat dia, siapa lagi nak jadi pelanggan setia bilik cikgu? "
Kami semua ketawa janggal. Ya, kami paham maksud cikgu tu.
Zedi salah seorang yang setia masuk detention room. Baru berapa hari masuk sekolah, dah dua kali kena tahan.
Tapi semuanya sebab hal ringan je. Tapi tetap ditahan. Contohnya macam haritu bergaduh dengan Didi and friends, a.k.a Divers.
Cikgu Man terus meninggalkan kami semua. Kami mengeluh lega.
"Kata semua cikgu graduate dekat universiti top dunia. Kenapa dia boleh tertipu dengan korang berdua? Macam lurus je, " Hara menyoal selamba.
Riss memandangnya, "Dia datang sini sebab nak pastikan takde yang cedera je, "
"Huh? Maksud kau? "
"Kalau you perasan, dia cikgu disiplin and I, ketua disiplin murid. And I je yang selalu jaga detention room, " Riss memandang Zedi.
"Kan Zedi? " Riss tersenyum melihat Zedi. Boleh kata senyuman mengejek.
"Eh kenapa kau tanya aku? " Zedi menyoal hairan.
"Dah you je pelanggan setia bilik I. Takkan nak tanya Syaz pula, " Riss menjawab selamba.
"HUH?! " Zedi membuat bunyi tak puas hati.
"Suspicious bhai. Pelanggan setia bilik? Tadi cikgu, sekarang Riss. Dua- dua bilik kau kebas. Okay paham Zedi, paham, " Izla menepuk bahu Zedi.
"Excuse me? Apa maksud kau suspicious?! " Zedi cuba menendang namun dia masih diikat.
Izla pula menjauhkan diri, dia masih mengejek Zedi.
"So cikgu nak pastikan takde yang cedera... Jadi apa kena mengena dengan detention-- "
Riss memintas Syaz, "Cikgu akan datang ke detention room kalau ada yang cedera. Macam bertumbuk sampai berdarah... Haa dia akan control situation kalau jadi macam tu, "
Kami pun meng-oohkan je. Mika pula hanya menjadi cctv tak berbayar.
Syaz dan Riss terus membuka ikatan Zedi. Akhirnya, dia bebas.
Zedi meregangkan badannya lantas dia memeluk bahu Syaz, "Sorry pasal hal tadi, "
Syaz tersenyum, "Tak apa. Sorry juga sebab ikat kau, "
Zedi ketawa besar, "Setakat ikat tu, apalah sangat. Boleh je aku rentap sampai terputus tapi aku tak buat. Kesian tali yang kau uji tu. Membazir duit kalau putus! "
Kami memandangnya pasrah.
Mark merampas tali di tangan Riss, "Meh sini ikat you balik. I nak you putuskan-- "
"NO! " Zedi memintas Mika lantas berlari ke arah dormnya.
Kami semua ketawa memandangnya. Haih Zedi Zedi. Cakap besar. Konon putus tali lah apalah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro