Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 28

(Hara P.O.V)

Pada keesokan harinya, aku dan Aisy berjalan- jalan keliling sekolah pada waktu rehat.

"So, Aisy? " Aku memandang Aisy. Aisy menjongketkan keningnya.

"Pengajaran untuk kes semalam, kau tahu kan? Aku sebenarnya malas nak membebel tapi aku risau kalau kes semalam tu berlaku lagi. Tak naklah pisang berbuah dua-- "

"Yeah yeah, I know, Hara. I'm just scared. I feel like he's gonna hurt-- "

Aku ketawa lalu Aisy pun berhenti berbicara, "Kenapa kau ketawa? It's not funny! "

"It is, " aku menjawab dengan senyuman mengejek.

"Bayangkan ye, Aisy. Kau ada seorang kawan yang suka buat benda memalukan diri dan selamba bernama Zedi, seorang yang ganas bernama Izla, seorang yang mulut lepas bernama Hara dan seorang yang garang bernama Syaz. Berani ke lelaki tu nak apa- apakan kitorang kalau kau bagitahu kitorang? " Aku menjongketkan keningku. Aisy terdiam, cuba memproses penerangan ringkasku.

"How about Qari? She is my friend too, " Aisy menyoal naif.

Aku terdiam, aku ingat apa yang Syaz pesan semalam dekat kitorang masa Aisy dah tidur sebab penat menangis.

"Jangan cuba bangkitkan hal Qari, sebut nama Qari dan bagitahu masalah ZIQHAS dekat sesiapa. Pastikan tak ada siapa pun yang tahu sebab kita pindah ke Diamond High! "

Itu yang dipesan oleh Syaz semalam. Aku rasa Aisy tak perlu tahu sebab dia ni pendiam. Dia bukannya friendly sangat dengan pelajar lain. Kemungkinan untuk dia bagitahu masalah ZIQHAS ataupun pasal Qari sangat tipis.

Apa- apapun, "Syaz kata, jangan cuba bangkitkan nama Qari. Boleh? "

Aisy memandang pelik terhadapku, "Kenapa pula? "

Aku tersenyum sambil mengangkat bahu, "Entah lah tapi kau tahu kan, kalau Syaz suruh tu, mesti ada sebab. Lainlah kalau Zedi, kau langgar pun arahan dia tak apa. Dia tu bukannya boleh percaya sangat, perdajal orang saja 24 jam, "

Aisy ketawa kecil mendengar ayatku, "Kau pun sama saja, jangan nak mengutuk Zedi sangat, "

"Betul tu, aku pun banyak juga perdajal orang tapi tak expert macam Zedi ye. Kalau Zedi tu PHD dalam bab perdajal orang ni, aku masih lagi ijazah muda tau! "

"Cannot disagree anymore, "

Kami berjalan di tepi dewan untuk membeli minuman di vending machine.

"Kau nak air apa? " aku melihat air- air yang ada.

"Milo, " Aisy menyerahkan dua ringgit kepadaku. Kami pun membeli minuman pilihan. Straw yang disediakan di tepi vending machine diambil.

"Hebat betul sekolah ni. Straw pun disediakan, " Aisy bersuara.

Aku tersenyum, betul lah tu. Kalau dekat Gold High dulu, straw hanya disediakan di kaunter makcik kantin saja. Ya, kami hanya ada kantin di Gold High, kafeteria tak ada ye. Masa tu juga, ZIQHAS suka beli air di vending machine.

Untuk dapatkan straw pun bukannya percuma. Kena kalahkan makcik kantin dalam beberapa permainan. Zedi berlawan main uno card dengan makcik kantin dan pakcik cleaner, Izla berlawan wrestling arm dengan akak kantin dan aku pula berlawan congkak dengan akak kantin yang lain. Ada lah juga main tipu lepas pernah kalah first round. Zedi dengan Izla yang ajar aku untuk main tipu.

Qari duduk di tepi untuk jadi pengadil untuk memastikan tiada siapa main tipu dalam permainan uno card. Masalahnya Qari ni tolong Zedi dalam diam. Aisy pula duduk di tepi dengan perangai pembarisnya. Nasib baik masa tu Syaz tak ada, pergi ke tandas. Pelajar- pelajar lain boleh pula berkerumun dekat tepi sambil bersorak. Semuanya kerana menginginkan enam batang straw.

Nak dijadikan cerita, Syaz cepat pula buang hajat. Dia boleh pula gerak hati nak pergi kantin terus. Padahal aku baru saja nak gunakan skill mengelat yang diajar oleh Zedi dan Izla. Aku ingatkan dia nak marah kitorang sebab dia punya raut wajah itu memang menakutkan betul. Makcik kantin pun sampai terketar- ketar nak keluarkan kad uno dia. Rupa- rupanya dia suruh aku ketepi, aku pun ikutlah saja lah arahan dia. Dia pula boleh ganti aku lawan akak tu main congkak! 5 round dia kalahkan akak tu berturut- turut.

Terkejut kitorang semua. Dengan kebodohan dan perangai tak malunya, haih. Zedi dan Izla minta satu paket straw terus. Katanya Syaz dah kalahkan akak kantin tu dengan padu lagikan hangat pada tahun 2019. Jangan risau, ini peristiwa tahun lepas. Dan yang paling penting, jangan lupa Izla kalah dalam wrestling arm dengan akak kantin satu lagi. Dia punya alasan tu padu, ada ke patut dia cakap akak tu setiap hujung minggu pergi gym. Cakap jelah kau lembik! Yang paling bangangnya, Zedi boleh pula kalah dengan makcik kantin dan pakcik cleaner. Walaupun Zedi main tipu dan ditolong Qari, dia tetap kalah. Si dungu itu memang susah nak bawa bincang.

Lepastu dia kena denda dengan Syaz, sapukan kawasan taman bunga. Gantikan pakcik cleaner sementara pakcik cleaner pergi lepak mamak dengan makcik kantin. Katanya, Syaz bagi amanah dekat Zedi untuk awasi kitorang, memandangkan dia orang kedua yang paling tua selepas Syaz. Tapi Syaz pun salah juga sebab bagi amanah itu dekat Zedi. Haih, tinggi betul harapan Syaz. Menangis tak berlagu Zedi sapu taman bunga tu.

Ada khabar mengatakan pakcik cleaner dengan makcik kantin tu sebenarnya bercinta. Punyalah betul, bulan disember 2019, diorang boleh kahwin. Kitorang lagi terkejut bila ZIQHAS dapat meja VVIP. Katanya, masa lawan dengan ZIQHAS itulah bermulanya kisah mereka berdua. Tercyduk kitorang dengar. Pakcik cleaner dengan makcik kantin kitorang memang terbaik!

Cukuplah dengan flashback itu ye kawan- kawan. Marilah kita kembali ke realiti. Aku dan Aisy pun berjalan sambil minum air tin kami. Aku menyedut air itu dengan laju, haus sangat.

"Tapi apa- apapun, aku bersyukur sangat semalam Zedi tu rajin nak pergi tawaf satu sekolah. Kalau tak, aku tak tahu apa yang jadi dekat aku dengan-- HEY HARA! " Aisy menjerit melihatku.

Aku menjongketkan kening lalu aku pun tersedak. Aisy menepuk belakang badanku dengan perlahan berkali- kali, "Itulah, minum tak ingat dunia. Lain kali, minum lah perlahan- lahan, kau memang dari dulu lagi tak boleh ubah perangai kau bila dapat air masa haus kan? "

Aku berdehem berkali- kali, "Apa jadi uhuk uhuk! Dekat budak lelaki yang selamatkan kau tu? Uhuk uhuk! "

"Haish, diam jelah dulu. Baru tersedak tapi pikir pasal orang lain. Pikir diri sendiri dulu, " Aisy masih lagi menepuk belakang badanku. Aku cuba berdehem, aduhai! Sakit betul tekak ni!

Pak! Pak! Pak!

Aku mengaduh, "AISY, APAHAL KAU TEPUK BADAN AKU KUAT- KUAT! "

"Aku tengok kau tak baik- baik dari tadi. Aku cuba lah tepuk kuat sikit. Alhamdulillah, boleh menjerit terus, " Aisy menayangkan muka innocent nya.

Aku menangis berlagu tanpa air mata, this girl memang lah!

Kami terus membuang tin air yang sudah kosong dalam tong sampah di tepi dewan. Setelah itu, kami berdua berjalan di tepi padang bola sepak sekolah.

"Budak lelaki yang selamatkan aku itu dah okay. Dia kata cuma lebam sikit saja. Tapi aku tetap rasa serba salah lah. Dia kata lebam sikit tapi masalahnya aku nampak banyak lebam dekat badan dia, "

Aku mengeluh, "Listen here carefully, Aisy. If I were him, I will do the same thing. Kau pikir aku akan biarkan seorang perempuan dibuli? Bukan suka sama jenis tapi sifat kemanusiaan ada dalam diri, "

Aisy tersenyum, "Apahal lah korang ni dari semalam matang bila bangkit kes aku ni, "

Pak! Aisy mengaduh apabila bahunya ditepuk oleh aku.

"Mestilah kena matang! Puteri manja kitorang kena buli, "

"Aku lagi tua dari kau tau, Hara, "

"Don't care! Kau lagi hati tisu dari aku, " Aku melihat padang bola sepak. Ada beberapa pemain bola sepak sedang bermain. Semangat betul, masa rehat pun nak main.

Tiba- tiba aku nampak ada seorang lelaki kacak menendang boleh dengan tidak sengaja ke arah kami. Aku boleh nampak bola dilangit melayang ke arah kami atau lebih spesifiknya, ke arah Aisy.

Aku dengan tindakan refleks, berdiri di hadapan Aisy sambil menghalakan kepalaku ke arah bola itu.

"HEY HARA, WHAT ARE DOING-- "

Buk! Krik krik, krik krik.

Aku jatuh terduduk. Aku pening tapi aku dengar banyak bunyi tapak kasut ke tempat aku duduk.

"Hara, kau okay? " Aku dengar Aisy bersuara risau.

"A-- aku okay, "

"Hey girl, are you okay? "

"Do you need some help? "

"You nak I teman you pergi klinik sekolah? "

Macam- macam soalan diorang tanya. Aku hanya mengangkat tangan kananku untuk menunjukkan aku okay.

"Khai! Say sorry to her, " seorang lelaki bersuara.

"Not my fault! "

Aku terkejut mendengar balasan lelaki bernama Khai itu lalu aku pun bangun dengan pantas, "Excuse me? "

"What? " Khai menayangkan muka malasnya.

"Kau tendang bola kena kepala aku tau! Lepas tu kau tak nak minta maaf? Mana adab kau? " Aku menolak- nolak badannya.

Khai semakin ke belakang akibat ditolak olehku, "Just like I said, that's not my fault! You yang pergi tadah kepala you kan? "

"KEPALA ONGEK KAU! "

"What? Excuse me, girl. This is all your fault. You boleh saja tarik kawan you supaya bola yang I tendang takkan kena dia. Ataupun you boleh saja biarkan, yang sakit nanti kawan you, bukan you pun! " Khai cuba mempertahankan dirinya. Makin berasap aku dibuatnya.

"ITU TINDAKAN REFLEKS NAMANYA! KAU TAK PERNAH BELAJAR DALAM KELAS KE? ITULAH! MASA FORM 4, KELAS BIOLOGI, CIKGU AJAR KAU PASAL TINDAKAN REFLEKS, KAU BOLEH TIDUR! " Aku menjerit. Hati aku ni geram betul. Nak saja aku siat daging dia buat gulai, bagi jiran sebelah rumah punya anjing makan.

"Sorry not sorry, I'm not science student. I ambil course sastera! " Khai membalas pandanganku.

"Budak kasturi rupanya kau ni, " aku membuat muka jahat.

"Yeah, you got any problem with that? " Khai menyoal sinis terhadapku. Pemain bola yang lain cuba untuk meleraikan pergaduhan tenang yang menyeramkan antara aku dan Khai.

Aku ketawa sinis, "Nothing, I'm just want to say, you will regret soon. You better apologize now or you will suffer after this! "

"Nah, don't wanna~ "

Aku mengetap bibirku, "Kau ni! "

"Guys, "

Aku, Khai dan kesemua pemain memandang ke Aisy, "Yeah Aisy? Don't worry, Aisy. You just have to sit back and relax, I will settle this, "

"No! I just want to say something, " Aisy kelihatan agak malu nak cakap.

"What is it? " kami semua menyoalnya.

"Urmm, kalau boleh lah kan, janganlah gaduh. Saya tak nak masuk ke detention room buat kali ketiga. Saya baru saja masuk ke sekolah ni dalam bulan ini, " Aisy terus tersenyum manis setelah selesai berbicara.

Aku dah agak, dia malu nak cakap yang dia pernah masuk detention room dua kali.

"Jadi, kita akhiri kes ini dengan bermaaf- maafan degan ikhlas ye? " Aisy cuba untuk meleraikan tanpa mendekati kami berdua.

"Tak nak! "

"Okay~ "

Aku dan Khai terus berpandangan.

"What's wrong with you girl? Just end this, you apologize to me, " Khai memasukkan kedua tangannya di dalam seluar tracknya.

"Ngeh! Kau ingat-- "

"Kalau awak berdua tak nak berhenti, saya panggil Riss dan Syaz! "

Aku dan Khai terus terdiam mendengar ugutan Aisy yang kedengaran agak kejam.

"Who is Syaz? And please not Riss, " Khai membuat muka simpatinya.

"Dan awak akan minta maaf dengan Hara? " Aisy menyoal.

"I-- but-- This is not my fault-- "

"Saya ada nombor Riss, " Aisy baru sahaja ingin mengeluarkan Iphone X nya.

"Okay okay fine, girl. I will apologize to your friend, Hara right? " Khai mengaku kalah.

Aisy tersenyum sambil mengangguk lalu dia pun memandangku, "Ngek! "

"Haih, perlu ke libatkan Syaz dalam hal ini? " Aku menyoal dengan berat hati.

"Perlu, " Aisy kelihatan seperti mak tiri yang ingin memaksa anak tirinya membuat sesuatu yang tak disukai.

"Ugh, fine! Hey-- "

"Khai, nama I Khai, " Khai memandangku seperti meminta aku membalas.

"Hara, "

"Ohh, Haha, I'm sorry for-- "

"It's Hara, " aku geram betul dengan dia ni. Dia boleh main- mainkan nama aku.

"Ohh maaflah, sengaja~ " Khai melayang- layangkan badannya kiri dan kanan.

"You little shit-- "

"Ehem! Ehem! " Aisy membuat muka.

"Sorry! " aku dan Khai meminta maaf sesama sendiri dengan nada tidak ikhlas.

Aisy tersenyum, "Itu saja, jom Hara, "

Aku pun mengikuti Aisy. Sebelum pergi, aku sempat menjelir lidah terhadap Khai tanpa Aisy perasan. Khai dibelakang geram denganku. Aku ketawa bak iblis betina.

"Tadi itu, betul ke kau nak call Riss? " Aku menyoal Aisy sambil berjalan.

"Yeah, "

"Wait, you have his number phone? How? Did both of you are-- "

"No Hara! Nombor dia ada dalam group whatsApp 5 Tuah! " Aisy memandang kosong terhadapku.

Aku mengangguk, "Lupa, "

"Waktu rehat dah nak habis ni, jom lah masuk kelas, " Aisy berjalan dengan pantas.

"Hey wait for me! " aku menjerit. Haih, Aisy ini memang dari dulu lagi semangat nak belajar. I is malas nak belajar actually.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro