Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 27

(Syaz P.O.V)

Aku dan Fiyaz berjalan menuju ke 5 Kasturi. Tiba- tiba deringan telefon kedengaran. Aku terus keluarkan Iphone X aku. Aku mengeluh apabila melihat gerangan yang menelefonku.

"Something bad happen! " aku terus menjawab panggilan.

"SYAZ, TOLONG KITORANG! " Zedi menjerit dengan lantang di corong telefon. Terkejut aku, adalah mencarut sikit.

"What happen? " aku menyoal dengan serius.

"Aku dengan Aisy kena tahan dalam detention room, " Zedi menjawab dengan suara perlahan.

Aku mengeluh, "again Zedi? Why? Why you do this to me? " aku menyoal di corong telefon.

"Yeah, aku dengan Aisy tak bersalah, kitorang mangsa keadaan! " sekali lagi Zedi menjerit di corong telefon. Aku menjauhkan telefonku dari telinga.

"PEKAK AKU WOI! Haih, yelah. Aku datang sekarang, " kalau tak ambil, ada kang dua- dua meroyan macam baru putus dengan pakwe. Ehh tapi, diorang pernah ke rasa ada pakwe? Opss!

"Thank you, Syaz! Kau memang kawan yang baik. Tanpa kau, siapalah aku dengan Aisy sekarang. Bagi kitorang, kaulah penyelamat yang sentiasa di-- "

"Hah, sembang! Gerak luu, pape roger! " aku terus mematikan talian.

"I'm sorry Fiyaz tapi awak kena teman saya hari ni, " aku memandang Fiyaz, agak serba salah bila dah bagi harapan palsu dekat orang. Tapi kalau dipikirkan, dia nak confess dekat siapa kalau Zedi kena tahan?

"Bu--but I want to confess my feeling to Zedi, you even promised me ri-- "

"This is about Zedi! " aku terus memotong percakapannya.

Fiyaz terkebil- kebil memandangku, "Did you just say Zedi? "

Aku mengangguk, nampaknya mangsa dah kena jerat! Woohoo~~

"Okay, that's it! We are going now! " Fiyaz dengan bersemangatnya bersuara. Aku mengelengkan kepalaku, dasar simps betul lah budak penakut ni!

(End Syaz P.O V)

------

(Zedi P.O.V)

Aku dan Aisy terus duduk. Tempat yang sama kami pilih seperti ditahan dahulu. Kes dimana berlakunya pergaduhan antara ZIQHAS dengan Divers!

"Sekali lagi Zedi? Aisy? " Riss mengeluh memandang kami berdua.

Aisy menundukkan pandangannya manakala aku membalas pandangan Riss, dah fade up dengan situasi sekarang.

"Just like I say earlier, aku sebagai rakan yang sejati lagikan terbaik, ingin menolong-- "

"Haa sudah! I tak percaya apa yang you cakap! " Riss memotong percakapanku.

Aku membuat muka geram, "dasar! "

"Ini kali kedua tau you berdua buat hal dan kali kedua, Syaz kena datang sini tolong you berdua, " Riss mengeluh memandang kami.

"Halah halah kau ni Riss. Budak lain dah banyak kali duduk dalam bilik maut ni. Aku dengan Aisy baru kali kedua, tho! Are you kidding me? " Aku membalas percakapan Riss dengan berani.

"You-- seriously-- haih! I'm done with this, " Riss terus bergerak ke mejanya.

"Wow girl! Who are you? You betul- betul buat ketua disiplin kita mengalah! " Seorang daripada badboy- badboy itu bersuara dengan terkejut dan teruja.

"Ngeh! Kemonlah bajoi! This is Zedi lah, tak lari gunung dikejar! " Aku sempat riak di situ.

"Ehh betul ke peribahasanya? Kenapa macam lain je? " Aisy menyoal dengan hairan.

Aku terkebil- kebil. Begitu juga dengan badboy itu tadi. Riss pula mengeluh mendengar perbualan kanak- kanak kami.

Riss terus mengambil file nya di atas meja.
Pennya yang berwarna biru diambil lalu dia pun bergerak ke semua penghuni di bilik ini dengan sebuah buku.

Aku dengan Aisy tak paham, apa yang dia buat?

"Dia ambil nama ke? Kenapa sebelum ni, dia tak ambil masa kita bergaduh dengan Divers tu? " Aisy menyoalku.

Aku memandangnya, "Entahlah, aku dah penat nak pikir, " Aku kembali memandang ke depan.

"Aku nak minta maaf, "

Aku terus memandang Aisy sekali lagi. Aisy menundukkan pandangannya, memandang mejanya.

"Kenapa pula kau nak minta maaf? Aku lama lagi hidup, cara kau macam aku dah nak innalillah, " Aku memberikan pandangan pelik.

Aisy tersentak lalu dia pun memandangku, "sebab kau kena masuk bilik ni hanya untuk selamatkan aku, aku rasa kau tak patut pun-- "

"I dare you to finish your words, Aisy, " aku terus memandang ke depan.

Aisy tersentak lalu dia pun memandangku. Aku tahu yang dia pandang aku, aku mengeluh.

"Kenapa? Kau tak suka aku tolong selamatkan kau? " aku bersuara kecewa.

"Ehh tak tak! Aku cuma tak nak kau terlibat dengan masalah aku, " Aisy kalut menjawab.

Aku menggeleng kepalaku, "No matter what you say, I will help you if you get trouble, Aisy. Even they also will help you-- "

"ZIQHAS? " Aisy menyoal.

Aku menepuk dahi, "Yelah cik oii, siapa lagi. ZIQHAS always together right? " aku tersenyum sambil bersandar. Kedua tanganku dimasukkan dalam kocek blazer.

Aisy terkejut lalu dia pun tersenyum manis setelah mendengar motto ZIQHAS.

"Yeah, you're right, "

"Ehem! "

Aku dan Aisy mendongak melihat gerangan di depan kami. Ini budak lelaki yang pegang Aisy tadi.

"Kau nak apa? " Aku menyoal dengan nada kasar.

"Tulis nama kau dalam kertas ni! " Dia mengarahku.

"Eh eh kau, sesuka hati kau je mengarah aku. Kau apahal nak nama aku dengan Aisy? Peminat kitorang ke? Oppss sorry, tak perasan pun, " Aku membalas ayatnya. Jujur aku cakap, sampai sekarang aku tak puas hati dengan jembalang ni.

"Kau ni-- "

Pak! Terkejut aku dengan Aisy apabila melihat Riss menampar belakang badan lelaki itu.

"Tulis nama korang cepat sikit! " Riss mengarah dengan muka kosongnya.

Aku meneguk liur, apahal aku takut sikit dengan dia ni. Macam lain je Riss ni.

Aisy terus menulis namanya dan namaku, "Nah, dah tulis, "

Riss terus mengambil kertas itu manakala lelaki itu terus duduk ke tempat asalnya.

"Riss tu macam menakutkan je, " Aisy berbisik terhadapku.

Aku mengangguk, not gonna lie, he's scary! Meremang bulu ketiak aku. Ehh ehh gurau je, ketiak aku bersih tanpa sebarang bulu.

Tok tok!

"Masuk! " Riss melaung dengan kuat.

Kesemua penghuni melihat gerangan yang datang, aku berharap Syaz yang datang tapi, haih.

"Hey everybody! " Mika dengan ceria nya menyapa semua penghuni di dalam bilik maut ini.

"Ini saja jumlah yang buat dosa harini? " Mika menyoal Riss dengan selamba.

Aku tercyduk mendengar ayatnya, amboi main kasar betul si lembik ni.

"Eh Zedi! How are you? What are you doing here? " Mika menyapa aku dengan ceria seperti tadi.

"I'm good and aku salah seorang daripada gerangan membuat dosa harini, " aku sempat memerlinya.

Mika tersengih, "Sorry Zedi, eh hi! What is you name? " Mika menyapa Aisy.

"Huh? " Aisy kelihatan keliru.

"Tak penting untuk kau tahu, itu saja! " Aku terus memotong. Aku cuma nak lindungi Aisy saja. Tengok Mika pun dah tahu yang dia ni buaya darat!

"Ehh kejap! Bukan ke kau satu kelas dengan dia, Mika? Apesal kau boleh tak tahu pula nama dia? " Aku menyoal dengan hairan. Pelik betul ni.

"Hehehe, I kenallah. Aisy kan? Saja je nak buat ada dialog, " Mika tersengih.

"JANGANLAH NAK BREAK 4TH WALL! "

Bukan Mika je terkejut, dengan aku sekali terkejut. Aisy apatah lagi, menggigil. Bukan apa, semua penghuni dalam bilik ni kecuali aku, Aisy dan Mika menjerit. Jadi,yang menjerit termasuklah Riss. Agak mengejutkan.

Tok tok! Kami semua memandang pintu.

"Aku harap orang yang datang kali ini ada kegunaan dan manfaat untuk kita, " Aku memandang Aisy. Aisy pula ketawa kecil, mungkin paham maksud tersirat aku tadi.

"Heart broken so many times~~ " Mika memegang dadanya, berpura- pura seperti kecil hati dengan bicaraku.

Aku hanya membuat tidak tahu sahaja, mana taknya, aku berharap Syaz yang datang. Alih- alih, malaun tak guna ni juga yang muncul.

Riss bergerak menuju ke pintu lalu pintu dibuka. Muncullah Syaz bersama seorang lelaki dibelakangnya.

"Siapa tu? " Aku menyoal.

"FIYAZ? " Mika, Riss serta badboy- badboy itu menyoal terkejut.

"Syaz, you tangkap Fiyaz sebab you ada nampak dia buat hal ke? " Mika menyoal Syaz terus.

"Siapa Fiyaz? " Aku menyoal.

Aisy memandangku, "Dia salah seorang badboy dekat kelas kitorang, "

Aku mengangguk paham.

"Masuklah, Syaz and Fiyaz, " Riss mempelawa.

"Perghh, dia pelawa macam rumah dia siot! Bilik maut ni-- "

Syaz terus berdehem apabila dia mendengar bisikan aku dengan Aisy. Terdiam terus kami berdua.

"Sorry, saya datang dengan Fiyaz bukan sebab dia ada buat masalah tapi-- "

"Tapi? " Mika terus memotong percakapan Syaz.

Pak! Mika mengaduh kesakitan apabila belakang badannya dipukul oleh Riss.

"Can you calm down? Let Syaz finish first!"

"Geez, fine fine! " Mika mengalah.

"Tapi apa Syaz? Kau ni dah couple dengan dia ke? " Aku menyoal kehairanan. Boleh masukkan dalam diari ZIQHAS ni. Kemonlah! ZIQHAS bukannya cuma ada mesyuarat je tau, kitorang pun ada satu diari bersama! Sweet bukan?

"Kepala bana kau! " Syaz ingin menumbukku tetapi dihalang olehku.

"Jangan, nanti kau yang kena tahan dalam bilik ni! Niat nak selamatkan orang tapi diri sendiri yang terkorban, " aku sempat membuat lawak namun tiada siapa pun yang ketawa. Tiba- tiba,

"Hahahahaha, " Mika ketawa.

"You ni kelakar lah Zedi, be my friend please? " Mika menjongketkan keningnya.

Aku terharu apabila lawak ku disambut seseorang. Ni yang nak menangis terharu ni!

"Sure why not, " aku membalas.

"Kau kenapa jeling aku Fiyaz? " Mika menyoal secara tiba- tiba.

Kami semua tertumpu ke arah Fiyaz, aku perasan bila aku pandang dia, dia terus pandang lantai. Telinga dia pun merah.

"Kau pehal merah- merah ni? Dah nak mati ke? " Aku menyoal dengan muka selamba.

Pap! Aku mengaduh apabila lenganku ditampar oleh Syaz.

"Jaga mulut, Zedi. Jangan disebabkan mulut laser kau, kau jadi penghuni tetap bilik ni, " Syaz memberikan pandangan 'aku tak nak ikat jamin kau lagi' terhadapku.

"Okay fine! " Syaz tersenyum apabila melihatku.

"Ehem! Back to my topic, saya datang ke sini dengan Fiyaz sebab saya yang minta dia teman, " Syaz berlaku jujur.

Semua tercengang, "ITU JE?" aku soal dengan nada geram.

"Itu jelah! " Syaz kelihatan pelik.

"Aku ingatkan korang ni ada affair! Baru je nak buat hot news dalam web sekolah, dapat duit tau! " aku sudah memberikan cadangan gilaku.

"Aku bantai kau karang! " Syaz memberi pandangan maut terhadapku.

"There's no way Fiyaz loves someone-- " Salah seorang badboy itu bersuara.

"I love someone, " Ayat Fiyaz membuatkan semua penghuni kecuali Syaz tercengang.

"Are you fucking serious dude? " lelaki yang memegang Aisy tadi menyoal Fiyaz. Aku nampak macam Fiyaz ni berkawan dengan semua badboy dalan bilik maut ini.

"I'm serious, Zery! And she's in this room, " sekali lagi kami tercengang.

Aku pelik, siapa je perempuan dalam bilik ni? Selain kitorang? Jangan cakap, kitorang bertiga salah seorang daripada perempuan yang dia suka. Ohh hell no!

"Siapa yang kau suka? " Riss menyoal serius.

"Ohoo~~ someone jealous~~ " aku tahu yang Riss ni macam ada hati dengan Syaz. Mungkin dia pikir yang Fiyaz ni suka Syaz.

"You should confess to her right now! " Syaz mengarah mendatar.

"Yeah, you're right, "

Krik krik, krik krik. Semua terdiam apabila melihat Fiyaz mendengar kata seseorang.

"Buat pertama kali depan mata aku, Fiyaz ikut cakap orang, " Mika bersuara. Aku dan Aisy memandangnya.

"Amboi, teruk sangat tu.Biar betul Ka? " aku menyoal terkejut. Sedegil- degil aku sekali pun, tak adalah macam tu. Mungkin untuk upgrade kan lagi tahap kedegilan aku, aku patut berguru dengan Fiyaz ni.

"Betul lah! I tak pernah nampak dia dengar cakap orang. Dulu I pernah suruh dia jawab soalan dekat white board, you tahu tak dia jawab apa? " Mika memandangku.

"Apa dia? " Aku menyoal Mika teruja.

"Dia boleh balas answer my ass, "

Mereka semua di bilik itu tercengang manakala Riss menepuk dahi.

"Diorang ni berbual macam Fiyaz ni tak ada dekat sini, " Syaz menggelengkan kepalanya.

Fiyaz berdehem. Semua mata tertumpu ke arahnya. Fiyaz bergerak menuju ke arah ku. Aku pelik, kenapa ni?

"Zedi, " Fiyaz memandangku.

"Ya? "

Fiyaz mengambil nafas seketika lalu dia pun berkata, "I love you so much, Zedi. I started to fall in love with you when you came to my class. The way you talk, you laugh, you smile. I love to see it. It's hard to say it but will you be my girlfriend? "

Aku dan mereka yang lain tercengang. Syaz pula tersenyum bangga.

"ARGHHH SHIP SHIP SHIP! ZEYAZ SHIP! " Mika menjerit dengan gembiranya.

Ze--zeyaz? What the..

Kini, mereka yang lain menunggu jawapan dariku.

"Zedi? " Aisy memanggil.

"Ze, what is your answer? " Syaz menyoalku. Aku mengetap bibir lalu aku pun memandang Fiyaz yang berdiri menghadapku, menunggu jawapan.

Kini, giliran aku pula menarik nafas, "Say sike right now, "

Krik krik, krik krik.

Fiyaz dan kawan- kawannya terdiam. Mika tercengang manakala Aisy pula terkebil- kebil. Hanya Riss dan Syaz sahaja yang diam sambil menayangkan muka seriusnya.

Aku pula hilang arah. Apa aku patut buat?

5 minit berlalu namun keadaan masih sama. Syaz mengeluh lalu dia pun menarik aku dan Aisy, "Thank you sebab jagakan diorang berdua, Riss. And for Fiyaz, I'm sorry, I don't know it will turn out like this, "

"Zedi! " Aku menoleh ke belakang. Fiyaz memandangku.

"That's not the answer, I'll waiting for you. Take your time to think about it, "

Itu saja yang aku dengar sebelum Syaz menutup pintu detention room. Syaz mengeluh lalu dia pun memandang aku dan Aisy. Terkejut kami berdua apabila dipandang sebegitu oleh Syaz.

"Both of you have a lot explanation to do! " Syaz bersuara tegas. Kami berdua mengangguk.

(End Zedi P.O.V)

------

Selepas balik sahaja dari sekolah, kami bersiap- siap untuk pergi ke dorm Syaz dan Aisy. Kami berlima berkumpul untuk mendengar masalah Aisy.

Katanya, hari semasa Zedi ingin memberi iklan 'kebaikan kelas kasturi' kepada pelajar tingkatan 3, dia ada pergi ke tandas dan sewaktu itu dia dikacau oleh Zery. Zery tak benarkan dia cerita kepada sesiapa terutamanya kepada kami berempat. Kami berlima sudah terkenal di sekolah. Aisy takut dan dia pun memendam masalah itu berseorangan.

Aisy juga menceritakan bagaimana dia dan Zedi boleh di tahan di dalam detention room sekali lagi. Syaz, Hara dan Izla mengeluh.

"I'm the hero in this story! " Zedi cuba untuk membuat lawak.

"You are a girl, " Izla memandang pelik terhadapnya.

"I don't care! " Zedi menjelirkan lidahnya.

"Aisy, after this if you have any problems, told us! " Syaz memandang sayu terhadap Aisy.

"Don't face it alone! " Izla cuba menaikkan semangat Aisy.

"We are ZIQHAS right? ZIQHAS always together and help each other, " Hara memberikan senyuman manis.

"If you hide your problem again, you have to treat us until our last breath! " Zedi terus membuat senyuman gembira dan ada sedikit mengejek di situ.

Aisy menghamburkan tangisannya, kami berempat terkejut.

"Aisy? Kenapa Aisy? " Kami panik.

"Guys, tha--thank you very much because you guys always stand beside me, protect me. Thank you so much, " Aisy terus menangis. Kami berpelukan.

ZIQHAS takkan berpisah melainkan ajal yang mendatang.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro