Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 24

(Zedi P.O.V)

Aku memandang geram terhadap Riss. Kalau korang dah lupa Riss ni siapa, mari aku ingatkan! Riss ni kawan Mika, orang yang selamatkan Qari daripada kena buli dengan Princes!

Ingat? Riss ni sebenarnya ketua disiplin sekolah. Aku rasa korang tahu tapi saja nak ingatkan. Yelah, takut korang lupa. Update story pun dua minggu sekali. Ehem ehem!

"Why you look at me like that? " Riss menyoal ku dengan sengaja.

Aku tahu yang dia nak buat aku panas!

Aku menghulur tangan kananku ke hadapannya.

"What? " Riss menyoal.

"Ishh, give me my phone back! " Aku meminta dengan keadaan marah. Medina, Sally dan Rabby terkejut.

"Hey Zedi! Don't talk like that to Riss or-- "

"Or what? " Aku memotong ayat Medina dengan pantas.

"Or you'll regret it. " seorang lelaki berambut brown menjawab dengan bersahaja. Kata- katanya disokong oleh semua penghuni di bilik itu kecuali Aisy, Hara, Izla dan Riss. Aku apatah lagi!

Dalam bilik ni, boleh dikatakan ada 15 orang. Aku, Aisy, Hara, Izla, Riss, Medina, Sally, Rabby dan selebihnya semua badboy di sekolah yang buat masalah pada hari ini.

"Ngeh! Macam aku takut! " Aku membalas tanpa nada lalu aku pun terus berdiri berhadapan dengan Riss.

Kalau korang masih tak paham, kitorang dalam Detention room! Dalam bilik maut ni, ada 30 buah meja dan kerusi yang kemas dan cantik! Okay, I have to admit that Riss is the one who always clean up this room!

Tak tanya orang pun dah tahu yang dia selalu kemas bilik ni. Siapa yang berani nak masuk bilik maut ni? Siapa yang rajin nak menyumbang tenaga untuk membersihkan bilik maut ni? Cuba cakap dengan aku!

Ataupun budak- budak yang kena denda duduk bilik disiplin ni, ada denda lagi! Denda nya kena bersihkan bilik maut ni! Dalam diam, Riss dah gunakan semua pelajar yang bermasalah! Hoho, bijak!

"Bagi balik phone aku! " Aku memberi pandangan tajam terhadap Riss.

"Kalau tak nak? " Riss bersahaja menjawab. Membalas kembali perbuatan ku tadi.

Aku mengetap gigi. Ini anak memang mencabar kesabaran luaran dan dalamanku! Panas hati makcik!

"Kalau kau tak nak, aku belasah kau SE-KA-RANG JUGA! " Aku menjerit dengan kuat.

Riss menutup telinganya.

"Kau ingat kau bagus sangat ke hah?Setakat ketua disiplin, heh! Guna lutut pun boleh settle lah! " Izla mengejek Riss sambil membuat muka menyampah.

Hara menggendang mejanya dengan kuat berkali- kali tanpa henti. Bunyi bisisng memenuhi bilik maut ini.

Aku tersenyum manakala Aisy menggelengkan kepalanya. Mungkin pening dengan situasi ini.

Riss membuat muka berang dengan kami bertiga, tidak termasuk Aisy ye.

"Kau ingat ni jail ke apa? Sampai nak kena ikat jamin bagai! " Aku membuat muka menyampah dengannya.

"Well, itu memang peraturan Diamond High. Kalau you berempat nak tahu-- "

"TAK NAK! " Kami berempat membalas dengan kuat termasuklah Aisy. Mungkin sebab dia pun dah tak tahan kena duduk lama dekat sini.

"Kalau you berempat tak nak tahu sekalipun, I tetap nak bagitahu! Sesiapa yang buat masalah akan kena tangkap dengan I and then they have to stay in this sweet room! If they want to get free, someone have to come here and help. " Riss memberikan senyuman yang manis.

Tapi aku tahu yang dia tu saja nak ejek kitorang. Eleh, kitorang dah biasa lah bagi senyuman manis yang fake dekat orang! MUAHAHAHA!

"Tolong macam mana?" Aisy menyoal.

"Well, diorang cuma perlu datang sini dan ikat jamin kawan diorang yang bermasalah. " Riss menjawab dengan tenang.

"That's all? " Kami berempat bertanya serentak dengan bengang.

"Yup! " balas Riss.

Pak! Aku menepuk bahu Medina yang duduk di meja sebelahku.

"Ini bukan penjara nak ada ikat jamin bagai! " Aku mengulang sekali lagi. Mereka bertiga menyokongku.

Medina pula mengaduh kesakitan. Urmm, aku rasa dia tak berlakon. Aku terpukul kuat. Hehehe.

"Are you okay, babe? " Sally menyoal diikuti dengan Rabby.

"I'm sorry, Didi. " Aku meminta maaf.

"Itu memang peraturan! " Riss membalas dengan mendatar.

Izla mara ke hadapan lalu dia pun menolakku ke tepi.

"EYY! " Aku menjerit refleks tetapi Izla tetap mara berhadapan dengan Riss.

" Kau pikir kawan kitorang yang kena ikat jamin kitorang tu ada masa nak layan peraturan kanak- kanak ni? " Izla menyoal mendatar.

Riss tersenyum senget, "Then , why you berempat nak buat masalah? "

Dang! Setepek kitorang kena!

Aku meraup muka dengan stress! Hara menyentuh dadanya, kononnya terkesan lah! Izla pula terus bergerak ke penjuru bilik dan dia terus menundukkan pandangan. Dan Aisy pula berdiri seperti tadi dengan riak kehairanannya.

"Kenapa dengan korang ni se-- "

"JANGAN TANYA! " Kitorang bertiga terus memotong pertanyaan Aisy dengan pantas.

Krik krik, krik krik.

"Aku penat nak layan perangai pembaris kau harini, Aisy. Esok- esok boleh? Kita tengah ada masalah ni. " Aku berkata dengan lembut.

Kang aku termarah dia, menangis pula. Tambah lagi satu masalah. Aku ni dah lah banyak masalah. Contohnya, masalah kena friendzone! Ceh, gurau je.

"Tak, yang pelik sekarang ni, yang lain semua diam tau. You berempat ni banyak ragam pula kenapa? Lagi untung, you berempat je ada orang yang akan datang ikat jamin tau! You berempat boleh balik kelas, diorang ni semua kena tunggu sampai waktu sekolah tamat tau! " Riss membuat isyarat untuk kami berhenti membuat kecoh.

Aku mengembungkan pipi, Izla terus kembali ke tempat duduknya, Hara pula terus duduk. Begitu juga dengan Aisy.

"You tak nak duduk? " Riss menyoalku.

"My phone? " Aku menyoalnya kembali.

"Kawan you datang baru I bagi semula phone you! " Riss memberikan kata putus.

Aku terus duduk dengan perasaan yang geram.

"Tapi, kalau nak difikirkan, untung lah orang yang tak ada siapa nak ikat jamin diorang! " Hara memulakan perbualan semula.

Kini, semua orang memandangnya. Riss meraup mukanya dengan wajah yang stress teramat.

"Ya tuhan, kau tariklah nyawa ku. " Riss berdoa dengan agak kuat.

"Why you said like that? " Aku bertanya dengan pelik. Kepala bana dia untung! Siapa je nak terperap lama- lama dalam bilik maut ni? SIAPA?

"Yelah, kalau kena duduk dalam bilik ni sampai waktu sekolah tamat, tak payah lah belajar! Kan?" Hara membuat muka teruja.

Aku dan Izla membuat muka gembira setelah mendengar kata- kata Hara. Aisy ada jugalah nampak gembira tapi dia sorok sikit.

Untuk pengetahuan semua, ZIQHAS sangat pemalas. Nak belajar agak payah. Kecuali Syaz. Dia jenis try hard belajar untuk dapat nombor 1 tapi kalah dengan Aisy. Aisy yang jarang belajar tapi otak genius.

Haha tapi alhamdulillah bila dah naik form 4, Syaz dah dapat nombor 1. Sampailah sekarang. Aisy pula makin pemalas, liat nak belajar. Tu yang Syaz ada peluang.

Kalau kitorang berempat yang lain, sekolah je. Lulus atau gagal, lantaklah. Janji kitorang sekolah. Family kitorang pun tak terlalu beratkan pelajaran.

"Hey hey, keluarkan phone kau cepat! Izla! Hara! Aisy! Sesiapa ada topup, keluarkan! Suruh Syaz tak payah ambil kita! " Aku menyuruh dengan teruja.

"AKU TAK ADA TOPUP! " Mereka bertiga menjawab dengan serentak.

"Apalah! Memasing pakai Iphone X tapi tak ada topup! Lepasni pakai jelah telefon Nokia tekan- tekan tu! Tengok aku! Pakai Samsung tapi sentiasa ada topup 24 jam! " Aku mengutuk mereka.

Hara menanggalkan kasut kanannya lalu dia pun terus baling ke arah ku.

Pak! Nice girl, sis tak sempat nak mengelak!Aku terus membaling kembali kasut Hara kepadanya semula.

"What the fuck was that for?!" Aku menyoal dengan berang.

"LANGUAGE ZEDI! " Riss menegurku.

"Kitorang ni sentiasa ada topup! Kau ingat tak semalam, kau punya Samsung kesayangan tu hilang! Time tulah tak buka data! Kalau kau buka data, boleh lah kitorang call whatsApp je! Lepastu kau pergi terjah dorm kitorang semata- mata nak pergi cari Samsung kau tu! The end, tertinggal dalam tandas! Buang masa aku dengan topup aku je! Bukan aku je, Izla, Aisy dengan Syaz sekali! Habis topup kitorang kau kerjakan! " Hara membebel panjang lebar.

Aku tersengih. Tak sengaja, lagipun aku cuak semalam. Tak tahu nak buat apa! Itu first time phone aku hilang!

Tok tok! Tok tok!

Kami semua memandang pintu.

"Hello? Ada sesiapa dekat dalam tak?" Kedengaran suara seseorang. Yang pastinya perempuan, dan yang paling pastinya itu,

"SYAAAAAZZZZZZ ! " kami berempat menjerit girang.

"Hold up, girls. Stay here! Biar I yang pergi! " Riss menahan kami dari menuju ke pintu. Riss pun menuju ke pintu.

Pintu dikuak dari dalam oleh Riss. Kami gembira melihat Syaz. Syaz melemparkan senyuman manis.

"Boleh saya masuk? " Syaz meminta.

"Apa hajat you nak masuk? " Riss menyoal tegas.

"Umm-- "

"Kan kitorang dah jerit nama Syaz tadi, " aku bersuara malas.

"Haah! Jaga orang pun tak fokus, " Izla menyokong.

"Buat kerja tak ikhlas, " Hara menambah perisa.

"Do your work properly, all teacher trust you with this job, " Aisy terus bermain dengan kukunya.

Kami bertiga menjerit bangga. Gepak siot Aisy. Diam macam hawau tapi kalau berbunyi, pedas macam cili padi.

"What? " Riss kelihatan seperti geram tapi kitorang tak kesah. MUAHAHA!

Syaz datang dan berdiri di sebelah kerusiku manakala Riss pula berdiri di tempatnya.

"Zediiii~~~ " Syaz melarut.

Gulp! Aku terus diam tidak bersuara. Syaz menakutkan.

"Maaf atas perbuatan kawan- kawan saya yang sudah menyusahkan awak. Urmm, diorang ada buat hal ke? " Syaz menyoal.

"Memang lah kitorang ada buat hal! Sebab tu kitorang stuck dalam bilik ni! " Hara menjawab dengan pantas.

"Betul tu, betul tu! " Aku menyokong Hara. Apa jenis soalan lah Syaz ni!

"Kalau kitorang tak buat hal, dah lama kitorang ada dekat kelas! " Izla juga menyokong Hara. Aisy mengangguk.

Shh, Syaz membuat isyarat senyap dengan meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Kami berempat terus terdiam. The power she hold!

"Sekali lagi saya minta maaf bagi pihak mereka. Saya dah boleh bawa mereka keluar kan? " Syaz menyoal dengan sopan.

"Munafik! " Aku, Izla dan Hara mengutuk Syaz.

Pak! Pak! Pak!

Kami bertiga mengaduh kesakitan. Syaz punya tamparan badan belakang tu, pergh! Sakit geng.

"Maaf, saya nak tanya awak, urmm-- "

"Riss, you can call me Riss. " Riss terus memperkenalkan dirinya.

"Baiklah, Riss. Semua yang kena tahan dalam bilik ni ada kena mengena dengan kes mereka berempat ke? " Syaz menyoal.

Gulp! Aku menelan air liur. Seram betul kawan aku sorang ni.

"Tak tak! Hanya tiga orang daripada mereka sahaja yang terlibat. Mereka ialah Medina, Sally dan Rabby. " Riss menjawab soalan Syaz.

Syaz mengangguk paham, " Jadi, sampai bila mereka yang lain akan ditahan dalam bilik ni? "

"Sampai waktu sekolah tamat, "

Kami berempat hanya menunggu di tempat duduk masing- masing.

"Baguslah tak payah belajar, " aku tersenyum, macam nak halau Syaz balik. Tak payah nak ikat jamin kitorang.

Syaz menjeling aku manakala Riss hanya memandang.

"Mereka tak belajar? Awak ke yang akan teman mereka sampai waktu sekolah tamat? Awak pun tak belajar? " Syaz menyoal bertubi- tubi.

"SYAZ SABAR SYAZ! " Hara menggosok belakang badan Syaz.

Pak pak pak, Izla pula menepuk bahu Syaz dengan perlahan.

"Ya, mereka tak belajar harini dan saya takkan teman mereka. Saya akan kunci bilik ni dari luar. " Riss menjawab dengan tenang.

"Kejam! " Hara bersuara.

"Itu peraturan sekolah ni, Hara. " Syaz memberikan pandangan menakutkan.

Aku tahu yang Syaz dah geram dengan kitorang. Mungkin masa dalam perjalanan ke sini, dia dah mencarut dalam semua bahasa di dunia ni.

"Fine! " Hara mengangkat kedua tangannya pasrah.

"Kalau macam tu, saya jamin semua sekali dalam bilik ini. " Syaz tiba- tiba merepek.

"HAA? " Kami berempat menjerit.

10 minit kemudian, kami semua ehem tahanan yang Riss berjaya dapatkan pada hari ini, sudah berdiri di luar bilik maut itu.

"Terima kasih kerana sudi jamin mereka semua. " Riss berterima kasih terhadap Syaz.

"Well, aku yang suruh Syaz jamin diorang. " Aku saja bercakap begitu.

Nak tengok, Riss ni percaya ke tak. Mana tahu yang dia pun pembaris kan? Bertambah lagi ahli kelab Aisy. Tapi tak mungkin ketua disiplin ni pembaris. Riss memandang aku seperti sudah pasrah denganku.

Okay, dia langsung tak percaya.

"Kau tak payah pandang aku macam aku ni hina sangat! " Aku terus bersedia untuk pergi ke kelas.

"ZEDI, YOUR PHONE! " Riss menjerit tapi masalahnya sekarang ni, aku sebelah Syaz je tau. Syaz pun berdiri depan dia. Tak perlu jerit rasanya.

"Aku belum pergi lagi. Kau kenapa nak menjerit- jerit? " Aku menyoal. Syaz cuba untuk mencubitku di pinggang kerana ayatku agak kasar namun tidak berjaya. Aku sempat elak! MUAHAHAHA!

Aku terus mengambil handphone ku dari Riss lalu aku pun berlari mengikuti mereka semua, meninggalkan Syaz berdua- duaan dengan Riss.

Syaz tersenyum, "Terima kasih sekali lagi, Riss, "

Riss menganggukkan kepalanya.

Kcik, kcik.

Syaz dan Riss terdiam.

"Siapa tu? Jangan- jangan, " Syaz terus berlari.

"SYAAAZZZ ! " Riss menjerit.

------

Gold High

Teacher Irene berjalan menuju ke studio. Dia runsing, tidak tahu ingin ke mana lagi. Pergi ke kantin, di jeling, pergi ke tandas, terdengar dirinya diumpat oleh guru lain. Ke mana- mana sahaja yang dia pergi, mesti ada yang buruk dalam dirinya diperkatakan.

Pintu studio di buka lalu dia pun masuk. Teacher Irene terkejut melihat seseorang yang berdiri di hujung studio sambil melihat gambar ZIQHAS dan Teacher Irene bersama. Memang mereka kelihatan gembira di dalam gambar itu.

Gambar mereka di taman bunga. Mereka semua memekai gaun paras buku lali berwarna putih. Zedi meletakkan sekuntum bunga di tepi telinganya dan berdiri bak puteri, Izla pula berdiri dengan bergayanya, Qama memgang sekuntum bunga buatannya yang kelihatan agak.. hahaha paham sendiri jelah ye, Hara pula mengembangkan gaunnya, Aisy pula tersenyum manis manakala Syaz pula kelihatan seperti memarahi kawan- kawannya yang agak tak betul. Teacher Irene pula ditepi mereka hanya tersenyum gembira.

"Pengetua? " Teacher Irene memanggil.

Pengetua menoleh, "There you are, teacher. I'm looking for you, " Pengetua berjalan menuju ke Teacher Irene.

"Why? " Teacher Irene menyoal.

"Ada sesuatu yang saya nak bincang dengan kamu, teacher, " Pengetua menjawab dengan serius.

Teacher Irene mengetap bibirnya, "About ZIQHAS right? "

Pengetua mengangguk.

Teacher Irene tersenyum tawar, "Mari kita pergi ke ruang rehat, "

Mereka berdua pun terus pergi dan duduk di sofa. Pengetua duduk berhadapan dengan Teacher Irene.

"Pengetua nak air? " Teacher Irene mempelawa.

Pengetua menggeleng, "Tak mengapa, saya datang sini kerana hal kamu dengan ZIQHAS, "

Teacher Irene mengangguk, "Pengetua nak tanya apa ya? "

Pengetua mengeluh, " Saya tahu yang kamu sayang sangat dengan ZIQHAS, "

Teacher Irene menunduk memandang lantai, "Mereka selalu dengan saya. Mereka setiap hari buat saya ketawa dan tersenyum. Mana mungkin saya tidak sayang. Saya dah anggap mereka macam adik- adik saya-- "

" Jadi kenapa? " Pengetua terus bertanya.

"Apa maksud pengetua? " Teacher Irene terus memandang Pengetua.

"Kenapa kamu buat macam tu? Kenapa kamu buang mereka secara tiba- tiba? " Pengetua memandang Teacher Irene, menginginkan jawapan.

"Sebab ada pelapis-- "

"Jangan tipu saya, teacher! Mungkin kamu boleh tipu semua orang, tipu ZIQHAS tapi kamu tak boleh tipu saya! There's something wrong! Saya tahu kamu tak nak buang ZIQHAS! Kamu sayang sangat dengan mereka. Kamu tahu tak, dekat Gold High, ramai guru yang mahukan pelajar yang rapat dengan mereka. Dan juga ramai pelajar yang ingin rapat dengan guru. Mereka semua cemburu dengan hubungan kamu dengan ZIQHAS. Dan tiba- tiba kami dapat berita yang kamu buang ZIQHAS sebab pelapis baru! Siapa yang tak marah? " Pengetua membebel.

"Pengetua tak kenal saya. Memang disebabkan pelapis baru, saya buang ZIQHAS. Tak ada sebab lain. Pengetua kata ZIQHAS mungkin ditipu oleh saya. Dalam hidup saya, saya lebih rapat dengan ZIQHAS berbanding pengetua. Kalau betullah saya tipu semua orang, kenapa ZIQHAS tak perasan? Sedangkan mereka yang selama ini lebih cepat memahami saya. Dan kenapa pula pengetua yang perasan? Jadi, kesimpulannya saya langsung tak sembunyikan apa- apa, " Teacher Irene terus keluar dari studio. Mungkin kelihatan biadap tapi itu cara paling terbaik untuk mengelakkan keadaan jadi lebih teruk.

Di dalam studio, pengetua menggeleng, "Ego, ego, "

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro