Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 23

Aisy (P.O.V)

Aku, Zedi, Hara dan Izla berjalan bersama- sama selepas kami offline.

"Mati lah kau lepas ni, Zedi! " Hara berkata tanpa nada, saja nak menakut- nakutkan Zedi.

"Syaz akan buru kau! " Izla pula menambah perisa.

Aku hanya diam saja. Tak adalah hina sangat perbuatan Zedi. Cuma heret kitorang ponteng kelas je.

"Hell yeah! I don't care! Why should I scare with her? Guna lutut pun boleh settle lah dengan Syaz tu! " Zedi berkata dengan riak.

Kami bertiga hanya menggelengkan kepala sahaja. Zedi ni memang tak makan saman.

"Asal tak guna tapak kaki je terus? " Izla bertanya dengan nada mengejek.

Aku mengeluh. Haih, here we go again. Kalau Syaz tak ada, bukan main memasing. Cuba kalau Syaz depan mata, terketar- ketar lutut. Cehh, tipu je. Tak adalah sampai terketar lutut, mungkin terkencing dalam skirt je. Tak adalah teruk sangat kan?

"Hormat, kalau dia lebih muda dari aku, bukan tapak kaki je, lebih dari tu aku buat!! MUAHAHAHAHA!! " Zedi ketawa besar.

Kami bertiga hanya menggelengkan kepala. Zedi Zedi.

"Ohh looks guys, it's attention seeker! "

Kami berempat terdiam lalu kami pun memandang orang- orang di hadapan kami.

"Ehh kejap, kenapa aku macam pernah nampak perempuan ni ehh? " Izla menyoal kehairanan.

"Same. " Hara juga menyokong kata- kata Izla.

" Dia tu perempuan yang bergaduh dengan Zedi masa Zedi nak selamatkan Qari. " Aku memberitahu mereka berdua.

Mereka berdua hanya meng-oookan saja. Kami bertiga terus memandang ke hadapan di mana Zedi bercekak pinggang, berdiri dengan bangga apabila berhadapan dengan musuhnya.

"Yeah, it's me but not attention seeker okay! I'm your miss candy! " Zedi tersenyum manis tetapi ada terselit senyuman minta penampar tu.

"Heh? Do I care? " gadis yang mulakan perbualan itu membalas dengan sinis. Dia bersama dua orang rakannya.

"WOOOOOOO!!!! " Aku terkejut, begitu juga dengan Zedi dan tiga orang gadis itu.

"Pehal kau berdua ni? Diam! " Zedi menjerit.

"Oppsss! " Hara dan Izla menekup mulut gaya seorang diva.

Aku menggelengkan kepalaku. Tiba- tiba Zedi tersenyum sambil menunjukkan simbol 'terbaik' kepada Izla dan Hara.

"Bagus, buat lagi gaya begitu. Imma proud friend! " Zedi tersenyum bangga. Aku tercengang, dasar bangang punya Zedi.

"Urmm, by the way, siapa diorang ni Zedi? Kawan kau ke? " Aku bertanya.

Aku tahu yang diorang musuh, tengok gaya Zedi pun dah tahu. Tapi tulah, itu saja cara nak akhiri situasi kebangangan ini. Nak harapkan Syaz, Syaz tak ada. Jadi, aku jelah harapan terakhir.

"Friends? Ohh come on! This idiot is not my friends! " gadis itu tadi menjawab dengan nada mengejek.

Aku rasa terbakar hati! Sedap mak bapak dia punya anak perempuan je nak cakap Zedi ni bangang. Aku tahu yang kitorang selalu bergurau tapi kalau orang lain yang cakap, aku memang tak boleh maafkan. Takkan sesekali!

"Excuse me-- " belum sempat Zedi membalas, aku terus menyuruh Zedi diam dengan isyarat jari telunjuk di bibir.

Shhh.

Zedi terdiam. Aku melangkah ke hadapan. Zedi mengundur, bagitu juga dengan Hara dan Izla.

"Hai, saya Aisy. Sebenarnya saya agak ME-NYAM-PAH bila ada orang sesuka hati cakap kawan saya bodoh! Paham? " Aku berkata dengan nada mendatar dan muka yang teramat serius.

Gadis itu berdehem.

" Haha, she's a little bit scary, " Zedi terus bergerak ke hadapan menghadap gadis itu dan dua orang rakannya.

"Ohh totally forgot about our great friendship, Didi! I'm so so sorry, I should introduce you and your bestfriends to my beloved friends, right ? " Zedi tersenyum manis.

Gadis itu kegeraman. Begitu juga dengan dua orang rakannya.

"Baiklah, Aisy, Hara dan Izla, kenalkan inilah Didi and friends!! " Zedi memperkenalkan musuhnya dengan nada gembira.

Krik krik, krik krik.

"BWAHAHAHHAHAHA! " Hara dan Izla ketawa besar.

"Tak ada nama lagi proper ke? " Hara bertanya sambil ketawa.

"Memang paling win !!! " Izla menambah perisa.

"Didi and friends? I'm pretty sure that is not her names? Right Zedi? " Aku terus memandang Zedi dengan panahan mata.

Zedi terus memandang ke arah lain.

"You are really scary gurl! " Hara bersuara. Selepas itu, dia sambung ketawa semula.

Aku tersenyum, "can you keep your laugh now? "

Krik krik, krik krik.

Hara dan Izla terus kembali normal.

"Good, again Zedi, I ask you, what is her name? " Aku menyoal.

" Lupa! Tapi yang aku ingat, aku memang betul- betul panggil dia Didi. Dan aku panggil gang dia Didi and friends! " Zedi menjawab bersahaja tapi aku tahu yang dia jujur.

Aku mengeluh lalu aku pun bergerak ke gadis itu yang dipanggil 'Didi' oleh Zedi.

"Hye, what is your name? " Aku menyoal dengan senyuman manis. Aku pasti yang Didi tu bukan nama dia. Teramat pasti.

"My name is Medina. " Gadis itu menjawab.

See? Nama dia Medina. Bukannya Didi!

"How about rest of you? " Aku menyoal dua orang gadis di sebelah Medina.

"My name is Sally. "

"Mine is Rabby. "

Aku mengangguk manakala Zedi membuat muka terharu.

"Nama saya, Aisy. Selamat berkenalan. " Aku tersenyum manis bak bidadari.

Muka Medina, Sally dan Rabby kemerah- merahan.

"Damn, lesbian! Stay away from Aisy! " Zedi menarikku jauh dari mereka bertiga.

"Hey! I'm not lesbian! " Medina menghentakkan kakinya.

"Tapi asal muka kau merah bila Aisy intro-- "

Aisy memintas Hara, "Dari tadi memang muka diorang merah, "

"Makeup tebal sepuluh inci, " Izla bersuara selamba.

Zedi dan Hara ketawa kecil. Bukan hina orang bermakeup. Just diorang pakai makeup yang heavy sangat. Kan pergi sekolah, tak payahlah maskara, blusher bagai.

"Aisy, tadi kau kata nak pergi tandas kan? " Zedi menyoal.

Aku mengangguk.

"Kau pergi tandas dulu, hey tandas dekat mana? " Zedi menyoal Sally.

" Tingkat atas. " Sally menjawab.

" Go go! " Hara menolak aku menuju ke arah tangga.

"Ta-- tapi. " baru saja aku nak berkata- kata,

"Tak ada tapi- tapi, pergi je dulu. Hal ni, kitorang boleh settle! " Izla pun menolakku.

Aku terus pergi tanpa menoleh ke belakang. Pandai- pandailah diorang settle kan sendiri.

Pap pap pap!

Medina, Sally, Rabby, Hara dan Izla memandang Zedi. Ya, Zedi yang menepuk tangan.

"Tahniah buat Sally dan Rabby! Setelah berbab- bab korang muncul tapi tak ada dialog, akhirnya korang dapat juga dialog! Huwaaa, sis happy for both of you!! " Zedi menepuk tangan kegembiraan.

"Haah, baru aku teringat, video yang korang bergaduh dengan Zedi haritu, Medina je bercakap, korang berdua diam macam patung! " Izla menganggukkan kepalanya.

" Aku ingatkan korang ni bisu! " Hara pula berkata- kata.

Krik krik, krik krik.

Zedi dan Izla memandang Hara dengan pasrah.

"What?" Hara menyoal. Sayangnya, dia diabaikan.

"Haa, macam mana korang dapat dialog? Korang buat apa dekat author? " Zedi menyoal kembali.

"Huh? " Sally dan Rabby kehairanan.

"DON'T BREAK THE 4TH WALL LAH! " Medina menjerit.

Kup, Zedi terus menekup mulut Medina dengan pantas.

Umphh umphh, bergelut Zedi dengan Medina. Seorang menekup, seorang lagi nak lepaskan diri. Memang scene friendship gituww.

"Jangan lah menjerit. Kalau korang nak tahu, haritu aku kena denda berdiri masa perhimpunan sebab kes macam ni lah. Hampir sama, korang nak kena denda ke? Aku tak kesah, aku on je! " Zedi memberitahu dengan serius.

"Whut? " Medina menyoal dengan takut.

"What happen? " Sally menyoal.

Zedi melepaskan tekupan mulut Medina.

"Sebenarnya haritu, aku, Khai dengan Malik ada gaduh- gaduh member! Gurau- gurau je, bukannya gaduh betul pun! Lepastu kitorang terbreak 4th wall. And then the whole class marah kitorang bertiga. Suddenly, Ariyana was cried! Katanya kitorang kena marah disebabkan dia, mungkin sebab dia tegur kitorang tadi. So, the whole class were panicked! Because she'd never cried before! Jadi, kitorang pun menjerit takut! That's all, sounds nonsence but that is the fact! " Zedi bercerita dengan teliti.

Izla dan Hara menahan ketawa melihat Medina, Sally dan Rabby yang fokus mendengar cerita Zedi.

Aku pun datang ke arah Izla dan Hara. Aku hairan melihat Zedi yang agak rapat kedudukannya dengan Medina, Sally dan Rabby. Gaya tengah mengumpat pun ada tapi sejak bila diorang rapat?

"Kenapa tu? " Aku menyoal kehairanan.

"Tengah seronok dengar cerita fantasy dari Zedi. " Izla jawab bersahaja.

"Huh? " Aku hairan.

Izla dan Hara mengeluh.

"Kau ni macam musim lah. Musim loading, musim menakutkan! " Hara berkata bersahaja.

"True tho! Not gonna lie! " Izla menyokong Hara.

Aku hanya diam sahaja. Sejujurnya aku memang tak paham, apahal pula aku macam musim? Aku ni manusia! Tapi aku tak tanya pun, tak nak ruin mood!

"But Ariyana is not here! So, no one's gonna cry-- " Medina berkata dengan yakin.

"OHOHOHO! Yakinnya kamu! Kalau kau nak tahu, ada yang lagi teruk dari Ariyana. Dia punya hati tu, lembut macam marshmallow! Senang menangis tapi kekadang boleh jadi amat menakutkan! " Zedi berkata dengan serius tapi aku tak dengar langsung. Suara Zedi tu perlahan.

Macam mana aku tahu Zedi serius? Tengok riak wajah dia pun dah tahu!

"Siapa orang tu? " Rabby menyoal.

Zedi tidak menjawab malah dia secara tiba- tiba melihatku. Diikuti dengan Medina, Sally dan Rabby. Mereka pun melihatku. Aku pelik tetapi langsung tidak bertanya.

"Why you all stare at Aisy like that tho? " Hara menyoal dengan kasar. Mungkin dia tahu yang aku tak selesa.

"Aisy tu lagi mudah tersentuh dari Ariyana. " Zedi bersuara.

"Ohhh! " Medina, Sally dan Rabby membalas.

"Urmm, maaf sebab saya menyelit mahupun merosakkan situasi ini tetapi bukan ke korang musuh? Sejak bila kau kawan dengan diorang bertiga, Zedi? " Aku terus menyoal. Sakit kepala aku sebab asyik pikir je. Baik aku tanya terus! Dapat jawapan.

"Ehh? " Zedi dan Medina bersuara dalam masa yang sama. Mereka berdua memandang sesama sendiri.

Mereka terus menjarakkan sesama sendiri. Gaya macam jijik sangat tu! Nampak sangat tak suka!

"Huh? Memang lah aku musuh dengan penyelam- penyelam ni! Sejak bila pula aku berkawan! " Zedi bersuara penuh menyampah terhadap Medina, Sally dan Rabby.

"EXCUSE ME?! WHO IS 'PENYELAM!' " Medina nampak seperti ingin meletup akibat menyimpan banyak kemarahan.

"Classmates aku bagitahu, nama group korang ni 'DIVERS '. Diver tu maksudnya penyelam. Kan ada 's' dekat situ, so dekat situlah aku gandakan penyelam! Bijak kan? HOHOHO! I KNOW I KNOW !! " Zedi nampak bahagia selepas menerangkan penjelasannya.

Aku mengeluh, penat lah macam ni! Bila lah aku dapat satu hari yang normal bersama ZIQHAS. Itu semua mimpi saja.

"You! How dare you!!" Medina terus menarik rambut paras pinggang Zedi yang diikat ponytail.

"ARGHHHH!!! " Zedi menjerit kesakitan namun dia pun menarik semula rambut Medina. Medina juga menjerit kesakitan. Memasing tidak mahu melepaskan.

Aku, Izla dan Hara terus mendekati untuk menolong Zedi manakala Sally dan Rabby cuba untuk menolong Medina.

"HEY ENOUGH!! " aku cuba untuk meleraikan tarikan rambut mereka tapi tidak berjaya.

"OIII!! INGAT NI TARIK TALI KE?! " Izla menjerit kegeraman.

"JOM TARIK KUAT- KUAT. KITA TENGOK SIAPA YANG MENANG! " Hara menjerit penuh semangat.

"YES! " Izla terus membantu dengan sepenuh tenaga.

Aku menepuk dahi. Kalau menang sekalipun, boleh tercabut semua rambut Zedi ditariknya nanti.

Medina dan Zedi menjerit- jerit di situ. Nasib baik laluan itu agak sunyi, kalau tak, perghh. Ada yang record video lagi!

"ALL OF YOU!! DETENTION ROOM NOW!!! "

Kami semua terdiam. Begitu juga dengan Medina dan Zedi. Medina nampak ketakutan, begitu juga dengan Sally dan Rabby. Tetapi aku, Zedi, Izla dan Hara kebingungan.

What is this? Ohh shoot, wait a damn minute! DETENTION ROOM?!

AKU TAK BERSALAH!!!


------

(Syaz P.O.V)

Haih, apa yang lama sangat diorang bertiga ni? Diorang dengan Zedi ke? Aku patut call Zedi untuk tanya pasal diorang.

Yeah you makin' me a boy with love
Oh my my my, oh my my my

Satu kelas memandangku terutama sekali army. Aku terus mengeluarkan Iphone X ku kembali. Siapa pula yang call ni? Ohh Zedi. panjang umur!

Aku terus menjawab, "Hello! "

"SYAZ, TOLONG AKUUUU!!! "

Aku terus menjarakkan Iphone X ku dari telinga, pekak cukkk.

"Pehal? Kaki termasuk dalam lubang jamban? " Aku menyoal dengan sengaja.

"SYAZ, NOT NOW LAH! THIS IS SERIOUS MATTER!!! " Zedi menjerit.

Okayy, this is really really serious matter! Jarang Zedi guna tone suara macam ni!

"Kenapa? Apa yang terjadi? " Aku bertanya dengan tenang. Dah kalau aku pun menjerit, sampai bila- bila pun masalah takkan habis. Akhirnya, sama- sama pekak nanti!

"TOLONG IKAT JAMIN KITORANG DEKAT DETENTION ROOM!! " Zedi seperti ingin menangis.

"Huh? Apa benda hanat yang korang berempat buat sampai kena tahan dekat bilik tu? Tak nak aku, pandai buat, pandai tanggung! Are you clear that? " Aku baru je nak matikan talian,

"SYAAAAAZZZ!!! PLEASE LAH!! KITORANG TAKUT THOOOO!!! DEKAT BILIK NI, RAMAI LELAKIIII, SEMUA MUKA MACAM... ARGHHHHHH. SERIOUS KITORANG CAKAP!!! DATANGLAH CEPAT!! " Zedi seperti ingin menangis.

"First, tell me what happen! " aku terus mengawal keadaan. Aku tak nak salah seorang kawan aku menangis.

"MULA- MULA KITORANG JALAN- JALAN DEKAT KAWASAN SEKOLAH, PASTU ADA PENYELAM- PENYELAM NI KACAU KITORANG!! JADI KITORANG GADUH LAH! PASTU KENA TANGKAP DENGAN keRiss tu!!!! " Zedi bercerita dengan penuh semangat tapi ada sedikit nada dia nak menangis tu.

"HEY! WE ARE DIVERS, NOT 'PENYELAM'! "

Aku ada terdengar suara seorang budak perempuan yang sepertinya sedang marah Zedi. Yelah, Zedi yang sebut 'penyelam' tadi. Aku pun ada dengar yang Izla, Hara dan Aisy back up Zedi.

Aku juga ada dengar suara seorang lelaki yang suruh diorang diam dengan suara tanpa nada.

"Keris?" Aku menyoal.

"Nama dia apatah tapi kitorang panggil Riss! Dia yang tahan kitorang!! " Zedi berkata seperti ingin menyalahkan Riss.

"Hey, it's not my fault! You semua yang bergaduh kan? Inilah padahnya! "

Aku rasa itu keris-- maksud aku, Riss. Sebab ayat dia tu dah tunjukkan yang dia tu penyebab diorang kena tahan.

"Shut up! " Zedi memarahi lelaki itu.

"SYAZ, SYAAAAAZ, ARJNZKLZBNS, TOLONG SJHSJSKSBSJJ . "

Aku membuat muka kosong. Aku tahu yang diorang tengah berebut telefon Zedi untuk bercakap dengan aku.

"Aku datang, tunggu! " Aku terus mematikan talian tanpa mendengar balasan Zedi. Kalau Zedi tak dengar pun tak apa, nanti jumpa juga.

Aku terus keluar dari kelas dengan Iphone X aku saja.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro