Chapter 21
KLIA 2
Eric menjerit girang.
"Finally! Malaysia! I'm-- "
"Melayu! " Wanita itu memberikan pandangan membunuh terhadap salah seorang orang kanannya.
Eric terdiam lalu dia pun tersengih.
"A-- akhirnya! Saya sudah sampai di Malaysia! " Eric membuat muka bangganya.
"Apa? Kau hanya berkata sepatah sahaja tetapi sudah berlagak? " Derick memukul belakang badan adiknya.
Eric mengaduh. Wanita itu menggelengkan kepalanya.
"Mari. "
Mereka bertiga pun bergerak keluar dari lapangan terbang itu.
"Maafkan saya, Puan Miranda Azriend Alessio-- "
"Fuck you Eric! Don't you dare say my fucking full name again! " Miranda menjeling tajam ke arah Eric.
Eric hanya ketawa.
"You should told us your family name first! And then your handsome assistant will help you to find them! " Eric membuat muka riaknya. Tah datang mana handsome nya.
"Excuse you me? Who's told you that you're my assistant? You are my SLAVES! Remember that! My assistant only Derick! " Miranda menjongketkan keningnya.
Eric mengetap bibir.
"Such a demon boss! "
"What?! " Miranda menjerit.
"Nothing. "
"You don't even remember my family members name? " Miranda memandang Eric.
Eric hanya tersengih.
Miranda mengeluh lalu dia pun mencabut kasutnya. Dia terus mengejar Eric. Eric pula lari, selamatkan diri. Derick hanya mengeluh melihat telatah bos dan adiknya itu.
******
Aku menyeluh poket blazerku untuk mengambil telefon pintarku. Telefon berjenama Samsung Galaxy S20. Whatsapp dibuka dan aku mula membaca chat di group ZIQHAS.
Ohh, saja nak bagitahu, Qari dah lama left. Aku nak add dia semula tapi tulah. Dia boleh block aku. Agak sendu di situ.
Senang cerita lah kan, kitorang berlima di block berjemaah dari Qari. Qari sebenarnya nampak agak dungu sedikit di situ. Yelah, kitorang boleh je jumpa dia. Dia punya cara nak jauhkan diri dari kitorang berlima tu gigih betul. Ni yang kena bagi anugerah 'Ahli yang paling kuat berusaha' masa akhir tahun nanti.
Tapi bila ingat semula, start akhir tahun tu, ZIQHAS akan berpisah. Jujur aku cakap, aku tak bersedia nak berpisah dengan diorang. Banyak benda yang aku nak buat sama- sama dengan diorang. Terlampau banyak! Kalau nak bagi setahun tu, tak cukuplah! Baiklah, cukuplah feeling sedih- sedih ni.
Okay, hari ni, tak ada benda yang di rancang dengan ZIQHAS yang lain. Jadi, aku sendiri akan cuba cari kelab unit beruniform dan kelab sukan.
Korang patut tahu, masuk Diamond High, semua kena buat sendiri. Hantar kehadiran, masuk kelab, unit beruniform semua. Kejam bukan? Tapi itulah realiti yang tak dapat di ubah.
Okay, kembali ke alam dunia ya semua. Aku terus menoleh ke arah Khai yang duduk di sebelahku.
"Oit Khai! " aku memanggilnya.
Khai menoleh lalu dia pun menjongketkan keningnya.
Amboi, sombongnya. Kau pikir kau artis nak buat macam tu dekat aku? Takpe, takpe. Aku dah biasa kena macam tu.
"Kau kelab apa? Unit apa? " aku menyoal.
"Bola sepak and polis. " Khai menjawab.
Aku mengangguk, "Ada perempuan tak dalam kelab kau? Unit kau? "
"Unit I already full and kelab wait what? " Khai memberikan pandangan terkejut kepadaku.
"Relax dude! I'm just kidding. " Aku terus bersandar di kerusiku.
Kelab apa yang aku nak masuk? Macam mana nak cari? Unit? Astaga, payahnya sekolah ni. Dia punya berdikari tu, boleh botak kepala aku dibuatnya!
"What's wrong Zedi? " Khai menyoal.
Aku menoleh ke arahnya, "Nothing! "
Aku nak cari kelab apa ni? Wajar tak aku pindah semula ke Gold High? Aku pening betul dengan peraturan sekolah ni.
Aku patut jumpa guru kelas aku, tanya dia macam mana nak masuk kelab dan unit beruniform yang tak cukup ahli.
"You tengah cari kelab and unit yang tak full members ke? You tak masuk mana- mana kelab and unit lagi? " Khai menyoal kehairanan.
Aku memandang kosong terhadap Khai. Seriously Khai! Kalau aku dah masuk, aku takkan buang masa tanya kau. Baik aku layan anime dekat Netflix.
"Yup! " aku hanya menjawab sepatah. Sejak aku masuk Diamond High ni, dah ramai geng Aisy aku jumpa. Aku rasa cukup untuk buat satu group macam ZIQHAS.
And nama yang sesuai untuk group diorang, 'Pembaris Generations! ".
Teramat sesuai.
"Ohh nanti I'll try ask my friends for you. " Khai cuba membantuku.
"Thank you tapi aku tak rasa yang aku akan datang setiap kali perjumpaan. " aku berlaku jujur.
Khai membuat muka toya, "You memang jujur sangat ni. "
"Thank you for that, kau tak cakap pun aku dah tahu. Anyways, aku nak tanya kau sesuatu yang penting ni. " Aku terus memandang Khai dengan serius.
Khai terkejut melihat raut wajah seriusku lantas dia pun membalas pandanganku dengan muka seriusnya, "Apa dia? "
Agak lama kami berlawan muka serius. Aku tak nak kalah. Seorang Zedi takkan kalah dengan budak yang obses dengan bola sepak. Kau bayangkan, hari ni, dah masuk hari ketiga aku sekolah dekat sini. Kali ketiga juga aku nampak dia timbang bola pagi- pagi buta dekat tempat parkir kereta pengetua.
Aku macam, the heck that boy! Aku kena berguru dengan dia untuk buat hal macam tu. Siapa sangka mungkin masa dalam tandas pun dia pernah timbang bola. Aku kata siapa sangka ye. Bukannya aku nampak.
And, kalau aku nampak sekalipun, aku takkan bagitahu. Kantoi nanti aku masuk tandas lelaki. Ehem ehem,
Bam!!
Terkejut beruk aku dengan Khai. Aku melihat seorang gadis berambut oren yang berdiri di hadapanku. Aku terus melihat buku di atas mejaku.
Aik, tadi tak ada buku sejarah dekat sini. Kenapa boleh ada pula? Sejak bila aku rajin baca buku sejarah ni? Dan yang paling penting, kenapa bila perempuan rambut oren ni muncul, buku tu pun muncul sekali. Kejadian aneh apakah yang berlaku terhadap diriku ini? Adakah aku diganggu oleh makhluk--
"Maafkan saya sebab buat awak dan Khai terkejut. Tapi tadi saya dah panggil banyak kali nama awak, Zedi. Awak yang tak sahut. " Gadis itu bersuara sopan setelah melihat muka terkejutku dan Khai.
"Oh, tak apa. Kenapa awak panggil saya ye? " Aku menyoal sopan.
Jangan terkejut, aku tak sampai hati nak berkasar dan guna 'aku-kau' dengan dia, yang aku maksudkan gadis berambut oren ni.
Nama dia Arianna Gran-- ehh gurau je. Nama betul dia Ariyana Firsyaa.
"Saya nak bagi awak buku sejarah dekat atas meja tu. Tadi ada seorang pustakawan bagi. Dia suruh saya tolong passkan dekat awak. " Ariyana bersuara lembut.
Halah halah comelnya. Aku macam nak try bersuara lembut macam dia tapi tak apalah. Lupakan hasrat tu. Ada nanti kena bahan sampai tua.
"Hey Ariyana, you ke yang hempas buku dekat meja Zedi tadi? " Khai bertanya.
Ya ya, thank you Khai. Aku pun sebenarnya tertanya- tanya. Mustahil Ariyana yang sopan santun tu boleh ganas apabila dipalau. Memanglah ada orang kata, don't judge a book by it's cover.
Aku dengan Khai ni tak adalah bodoh sangat sampai tak tahu pepatah tu. Walaupun kitorang ni budak sastera tapi bila berbicara di khalayak ramai, kitorang paling perfect gituww. Kalah budak sains tulen, budak akaun, budak sains sukan, budak sains komputer, budak ekonomi dan budak seni. Haaa, nampak tak kehebatan budak sastera di situ. NAMPAK TAK?
Tapi masalahnya, walaupun aku baru tiga hari sekolah dekat sini, aku tak pernah nampak Ariyana ni menjerit dan marah orang. Yang dia buat, senyum, senyum, senyum.
Jadi, adalah kepelikkan di situ. Yang paling penting, kita lupakan tentang kemusykilan kehadiran buku tadi. Aku tahu aku ni agak bengap sikit. Tahu dah, tak payah cakap! Tapi sikit je, yang banyak tu kepintaran! Facts.
"Ohh itu aku yang hempas, tengok sakit tapak tangan aku. Merah terus warna. " Malik yang berada si sebelah kiri aku bersuara. Kami bertiga memandangnya. Malik ni satu- satunya lelaki yang guna 'aku-kau' bila bercakap dengan orang lain. Tak kesah lah lelaki ke perempuan. Jadi, aku selesa bila berbual dengan dia.
Malik menunjukkan tapak tangannya yang merah terhadapku. Aku dan Khai mengangguk paham, tapi sebelum tu,
"Ehh Lik! Kau dyed rambut kau ke tho?! Semalam brown, harini blonde?!! " Aku membuat muka teruja. Gila ini anak. Amat berani.
Malik memandang kosong terhadapku. Ehh? Aku ada buat salah ke?
"Sekarang dah nak habis waktu rehat dan dah pukul 11 pagi. Kau baru perasan? Aku agak kecewa. Tak tak, aku teramat kecewa. " Malik membuat muka sedihnya.
"Ehh ehh mamat ni aku siku kang. " Aku memberi pandangan menyampah terhadapnya.
"Ehh berani betul? Aku ni termasuk dalam badboy sekolah tau! " Malik membuat muka riaknya.
"Ehh mesti berani. Dulu Shark dalam KL Gangster tu jadi member aku tau! Setakat kau, heh! Aku ketis guna jari telunjuk je lah. And the most important is, aku ni watak utama tau. Tak ada aku, tak jadi cerita ni. " Aku membuat muka riak.
"Jangan lah break 4th wall! " Khai menyampuk.
Nampak? Kitorang bertiga memang share braincells yang sama.
Ehh kejap, aku rasa yang kitorang terlupa sesuatu. Tapi tak penting! Sekarang ni, aku nak lanyak si Malik tu. Khai jadi pengadil!
"Ehh, jangan lupa eah. Dekat ending nanti, kau tu-- "
"JANGANLAH SPOIL KAN STORYLINE!! " Terkejut aku, Khai dengan Malik. Malik lagi terkejutlah, dia baru nak jadi spoiller , terus kena marah.
Ketua kelas kami, Firdaus menggeleng. Pening jadi ayah angkat, " Sejak Zedi masuk sini, makin bingit mulut you berdua kan? Malik? Khai? "
Kami hanya diam sahaja, tahu yang Firdaus tu dah nak pitam dengan kekecohan yang melanda di kelas 5 Kasturi ini.
Hik hik.
Aku, Khai dan Malik terdiam sekali lagi lantas kami bertiga pun memandang seseorang di depan mejaku.
Terdiam kami bertiga, Ariyana MENANGIS!! Ohh jadi kitorang lupa pasal dia tadi. Haha, baru ingat.
"Saya minta maaf, hik sebab saya nak hik pass buku sejarah ni dekat Zedi, Malik hik tangan merah sebab kena panggilkan Zedi untuk hik saya. Lepas tu, hik Malik dan Zedi bergaduh. Dan kamu bertiga kena marah dengan yang lain. Saya minta maaf, kalau saya hik panggil Zedi sendiri, semua ni hik takkan berlaku. " Ariyana menutup muka dengan kedua tapak tangannya.
Satu kelas terdiam.
"HUWAAAAAAAA!!!!!!!" Ariyana menangis dengan kuat.
"ARGHHHHH!!! HEI, PUJUK!! PUJUK ARIYANA CEPAT!!!!! " Firdaus menjerit gelisah. Mungkin tidak pernah alami situasi ini.
"ZEDIIIIIII!!!! INI BUKAN MASANYA NAK RECORD LAH!!!!! " Khai pula menjerit melihat perbuatanku.
"APA? BOLEH BUAT KENANGAN NI! JARANG ARIYANA MENANGIS!! " Aku membalas dengan jeritan juga.
"HUWAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!! " Semakin kuat tangisan Ariyana.
"YA TUHAN!!! TOLONGLAH TARIK NYAWA AKUUUUU!!!!!! " Firdaus menjerit dengan muka pasrahnya.
"ZEDIIII, JANGAN LUPA SHARE VIDEO YANG KAU RECORD TU. " Malik pula menjerit.
Tak! Yang aku pelik sekarang ni, kenapa semua orang nak menjerit- jerit? Tapi apa- apa pun, " Boleh Lik, SIAPA- SIAPA NAK RAKAMAN, BOLEH PM AKUU!!! BAYARAN NANTI KITA SETTLE- SETTLE!! "
Maka dengan itu, aku telah menjadi recorder girl dalam kelas. Ehh betul ke panggilan tu? Ahh lantaklah! Kalau salah, kecam author, bukan aku. Author yang type .
"Tapi dalam ZIQHAS, kalau ada yang nangis macam Ariyana sekarang ni, kitorang abaikan je. Lain lah kalau betul- betul nangis. Yang tu baru kitorang caring gituw. "Aku memberitahu Khai dengan tenang.
"Series lah? You semua memang kejam. By the way, who is ZIQHAS ?" Khai menyoal dengan tenang juga. Kami menghiraukan situasi yang berlaku di hadapan kami. Situasi yang berpuncanya daripada kami dan juga Malik.
"Nanti aku bawa kau jumpa diorang. " Aku membalas.
Mana tahu, lekat sorang member aku dengan dia. Boleh aku jadi shipper. Fans berat ni. Buat logo gambar sweet diorang, banner, poster. Jual dekat fans Khai, dapat untung banyak. Muahahahaha!
"ZEDIIIII, KHAIIII, MALIKKKKK!!!!! PUJUK ARIYANA SEKARANG!!! ZEDI AND KHAI, INI BUKAN MASANYA UNTUK BERBUAL!!!! MALIK, AKU NAK KAU BANGUN SEKARANG!! TAK PAYAH NAK TIDUR!!!!! THREE OF YOU, PUJUK ARIYANA SEKARANG!!! " Bergema kelas 5 Kasturi dengan jeritan Firdaus. Musnah dah tatabahasa dia, tak nampak macam budak sastera. Memang cikai punya ketua kelas.
"EHH? "
"WHUT? "
"WHY ME THO? "
Kami bertiga mengeluh.
"NOW!!! " Firdaus menjerit.
"HUWAAAAAAAAA!!! "
Dengan itu, terkenal lah kelas kami, 5 Kasturi yang teramat bising bersebelahan dengan perpustakaan yang teramat senyap.
Dan kerana itulah juga, kami berlima perlu berdiri di hadapan semua pelajar pada hari ahad semasa perhimpunan di jalankan.
Kami berlima itulah aku, Khai, Malik, Firdaus dan Ariyana. Kami berlima berdiri dengan ekspresi yang berlainan.
Aku dengan muka bangga teramat, Khai dengan muka temboknya, Malik dengan muka nak tidurnya, Firdaus dengan mukanya yang dah bersedia nak belasah kami bertiga. Mungkin dia bengang sebab dia pun kena denda. And the last, Ariyana dengan muka nak menangisnya.
Dan aku juga nampak Izla dengan Hara rakam dan ambil gambar. Syaz pula buat nampak manakala Aisy pula buat macam dia tak kenal aku. Dasar semua!
Tapi aku terharu apabila Qari memandang aku. Aku ada nampak dia menggeleng sambil tersenyum.
Aku tahu yang dia masih ingat lagi kejadian di mana kami berenam, ZIQHAS pernah kena denda berdiri semasa perhimpunan sebab tertidur. Ter okay! Dekat Gold High dulu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro