Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 18

Izla (P.O.V)

Aku menoleh ke kananku. Aku duduk di sebelah Hara. Kami berdua duduk di barisan belakang kanan kelas. Syaz dan Aisy pula elok duduk di depan sekali. Dasar noob! Haha.

"Jom rehat. " Aku mengemas barang milikku. Begitu juga dengan Hara.

Kami berdua bangun lalu pergi ke Syaz dan Aisy.

"Zedi mana? " Aku menyoal.

Syaz menjelingku, "Dalam poket blazer aku! "

Aku tersengih manakala Aisy menggeleng melihat kebodohan ku. Hara pula membuat muka terharu dengan kemajuan menyindir Syaz.

Astaga. Kenapa kawan aku semua tak betul! Belum fikir yang sorang lagi tu. Parah kalau dia ada sekali. Aku yakin yang korang tahu siapa lagi sorang tu. Jangan nak tipu!

Kami berempat terus keluar dari kelas menuju ke kelas Kasturi.

"Dasar noob Zedi ambil sastera! " Hara mengutuk selamba.

"Aku terfikir, dia tu boleh ke ambil kelas sastera? Bahasa pun berterabur! " Aisy pula mengutuk Zedi.

Aku tersengih janggal. Asal sekarang ramai kutuk Zedi tho. Apa salah dia? Eceh!

Kami pun sampai di kelas Kasturi.

"Asal kelas dia lagi lawa tho! Ni yang nak kena tukar kelas ni! " Aku merungut. Serius! Kelas Kasturi lagi cantik, kemas, teratur dan ceria dari kelas Tuah.

Kelas Kasturi ada mini rak buku, sudut bacaan dekat belakang penjuru belah kiri, karpet, sofa, dan meja kopi. Kelas Tuah? Heh! Aku tahu lah kelas sains tapi tak perlu lah nak letak rangka manusia belakang kelas. Aku risau je nanti ada yang pengsan bila datang sekolah awal- awal pagi. Puncanya terkejut nampak rangka tu.

Aduh! Kuat betul imaginasi aku.

" Jangan merepek! Jom cari si sewel tu. " Syaz terus menekan loceng kelas mereka.

Pintu dibuka, seorang gadis berambut kuning terang menyapa kami, " Ya? Awak semua cari apa? "

Kami berempat tersenyum. Aduhmak! Fakenya.

"Ini kelas Kasturi kan? " Syaz menyoal. Heh! Dasar Syaz! Aku tahu yang dia tak ada ayat nak tanya.

Apa? Dia ingat Zedi yang buka pintu? Zedi tu budak baru, mesti malu. Ehh kejap! Malu? Haha! Auta je tu.

"Ya! Ini kelas Kasturi. Kenapa ye? " aku melihat tanda nama gadis itu di blazernya, Dania.

"Kami cari si sewel. Dia ada? " Hara terus menyoal. Mungkin dia dah lapar sangat. Zedi pun satu! Dia ingat dia tu puteri ke sampai nak orang datang jemput.

"Si-- Si sewel? " Dania terkejut melihat kami berempat.

Aku, Syaz dan Aisy terus belasah Hara.

"SAKITLAH ANJIR!! " Hara menjerit kesakitan. Kami terus lepaskannya.

"Duduk diam- diam! " Syaz memandang tajam ke arah kami. Terdiam kami bertiga dibuatnya. Aku sampai nak terkencing. Nasib baik Aisy tepuk peha aku. Kuat juga. Sampai terlupa nak terkencing dalam skirt.

Syaz memalingkan mukanya menghadap Dania yang berdiri di dalam kelas Kasturi. Pergh! Sejuknya kelas dia. Actually, kelas kitorang sama je sejuk dengan kelas Zedi. Cuma tu lah, saja nak bagi nampak kelas Zedi lagi gempak! Hihi jangan marah. Aku saja nak merepek sebab jarang dapat pov.

"Maafkan kawan saya. Dia tu saja bergurau. " Syaz tersenyum manis. Kami bertiga membuat muka menyampah.

"Dasar hipokrit! " Kami bertiga mengutuk.

Lekuk! Lekuk! Dush!

Kami bertiga mengaduh. Yang aku tak boleh terima tu, asal Aisy dengan Hara tu kena luku dekat kepala je? Sampai aku, hambik kau! Kena tumbuk dekat bahu kuat- kuat. Ni yang tak puas hati ni! Kena bawa kes ni ke mesyuarat ZIQHAS malam ni.

"Asal aku kena tumbuk! " Aku menjerit geram.

"Sebab ni pov kau. Aku bagi lebih sikit. " Syaz menjawab bersahaja.

Aku terdiam. Ya anak- anak, inilah jawapan paling cerdas di dunia.

"Maaf ye. Zedi dah keluar pergi cafe. "

Kami berempat terdiam mendengar ayat Diana. Kami pun ketawa janggal. Okay, ini Zedi yang ajar. Kalau janggal, kita kena ketawa untuk hilang rasa janggal tu.

Kami memandang Diana. Semakin pelik pandangannya terhadap kami.

Dasar Zedi! Ajaran sesat yang kau ajar dekat kitorang! Dah lah pergi cafeteria tak ajak!

Ssup!

"Terima kasih! " aku terus menarik Aisy dan Hara. Syaz pula dah jauh larikan diri. Kurang ajar punya Syaz! Tahulah dia kejap lagi kena dengan kitorang.



------


Zedi (P.O.V)

Aku berjalan menuju ke kelas sambil tersenyum. Makanan ringan di tanganku sudah habis di makan. Mana taknya, kelas Kasturi jauh sangat dengan kedudukan vanding machine. Lain kali letaklah dekat- dekat sikit dengan kelas Kasturi.

Dekat cafeteria pun tak banyak makanan ringan. Yang ada gula- gula Hacks dengan coki- coki je. Kalau aku beli gula- gula Hacks, ada lagi scene menderma gula- gula Hacks. Kalau aku beli coki- coki pula, ada kang aku hareudang hareudang nanti dalam tiktok. Lepastu viral. Famous kau.

Okay, aku rasa nanti aku nak abang aku bawa kes ni dalam mesyuarat PIBG. Tapi tu lah! Dah masuk bulan februari. Jadi, PIBG baru saja lepas. Jangan risau guys, abang aku pun otak senget macam aku. Kalau aku minta dia bawa kes ni, dia akan bawa.
Hashtag kamisukabuatbendapelik.

Tiba- tiba pergerakanku terhenti. Korang rasa aku nampak apa? Syaz? Izla? Aisy? Hara? Qari? Lelaki lima ketul tu? Jodoh?

Kalau itu yang korang fikir, korang salah lagi dipersalahkan kerana sesuatu yang salah dah dipersalahkan oleh orang yang salah macam korang.

" Apa yang author tak guna ni merepek! " aku mencarut.

Okay, back to our topic! Aku nampak Didi and friends! Haha, gembiranya!

Aku menarik nafas lalu, "HEI! DIDI AND FRIENDS! MANA GULA- GULA HACKS AKU!! "

Medina dari jauh terkejut. Begitu juga dua pengikut setianya. Haha, bilalah diorang nak dapat dialog.

Aku terus membuka langkah seperti Husain Bolt. Matlamat aku satu je. Kejar diorang sampai dapat. Aku harap cikgu rumah sukan aku nampak aku lari laju macam ni. Mana tahu boleh masuk lumba lari ke. Dapatlah sumbang pingat daripada jadi ahli tak berguna.

Ehem! Author tercyduk! Haha!

Dari jauh, aku nampak Medina baling plastik makanan ringan dia lalu dia pun lari diikuti dua orang kawannya.

Astaga! Macam tak ada life je ikut telunjuk orang. Haha! Ni yang nak kena minta maaf sebelum SPM ni.

Bila sampai dekat tempat Medina buang plastik makanan ringannya tadi, aku terus menunduk untuk mengutip sampah dan buang dekat tong sampah yang berdekatan. Aku tahu yang tadi Medina nak baling masuk terus tong sampah tapi tak jadi.

Haha! Dasar noob!

Dan yang paling penting, aku tahu ada yang rakam. Nak viralkan macam pagi tadi punya lah. Tak apalah, biar satu dunia nampak kebaikan seorang Zedi. Biar ramai mak cik yang berebut nak buat jadi menantu. Ehek! Jauh betul imaginasi aku. Padahal viral sekolah je. Bukannya dunia.

Halah! Setakat Medina dengan dua kawan dia tu. Lari guna tangan pun aku dapat kejar lah!
Hashtag doneriak.

Aku terus berlari mengejar. Okay, lagi sikit je aku nak dapat potong diorang bertiga.

Heh come on lah! Ni Zedi anak---

Dushh!

Great! Aku dilanggar. Astaga! Ini cerita banyak cliche lah. Aku macam nak resign jadi main character cerita ni je. Penatlah kena berlakon jadi orang pelik. Haha! Gurau je semua.





Sudah lama author tak update. Eceh! Baru berapa hari je padahal. Haha!

Okay, sebenarnya author nak minta tolong dekat siapa yang baca, tolong komen dekat soalan author yang ni.

Author tahu ada yang pening baca cerita ni sebab banyak sangat pov and pov selalu bertukar. Ya ya I know.

So, author nak korang comment, siapa yang boleh jadi watak utama yang betul- betul utama lah senang cerita. Author pun tak tahu nak terangkan macam mana.

Haha maaf ye. Author agak dungu sikit bila dapat tahu dah nak sekolah.

Jadi, sila comment yang mana ahli ZIQHAS paling sesuai dapat pov sampai bila- bila. Ahli yang lain pun akan dapat tapi jarang sebab author akan fokus dekat ahli ZIQHAS yang korang pilih.

Author sebenarnya pening juga jadi pilihlah ahli favourite korang.

1) Zedi si dungu dan kelakar
2) Izla si drama korea
3) Hara si mulut laser
4) Aisy si pendiam lah sangat
5) Syaz si matang

Qari akan dapat pov tapi kurang dari watak yang akan korang pilih nanti and Qari akan dapat lebih banyak pov dari ahli yang selebihnya.

Paham tak? Okay tu je. Pilihlah watak favourite korang.

Kalau nak banyak scene lawak, pilih Zedi. Kalau nak banyak scene gaduh, pilih Izla. Kalau nak banyak scene mulut celupar, pilih Hara. Kalau nak scene tenang pilih Aisy. Kalau nak scene keibuan angkat, pilih Syaz.

Baiklah, itu saja.

Bye semua!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro