Chapter 17
Aisy (P.O.V)
Aku, Izla , Hara dan Syaz menuju ke kelas kami. Kami mendapat kelas pertama yang dinamakan Tuah. Kelas pertama? Pandai kan. Tahu! Budak sains ni! Muahahaha. Kelas kedua pula dinamakan Lekir, kelas ketiga pula Kasturi dan kelas terakhir Jebat.
Aku rasa sekolah ni hebat sejarah lah. Tengoklah! Nama kelas pun sejarah. Cubalah letak Taylor Swift ke, Justin Bieber ke, Ariana Grande ke. Sebab setahu aku, sekolah ni terkenal kerana pelajarnya amat berbakat dalam bidang muzik.
Zedi berada di kelas ketiga iaitu kelas aliran sastera. Mesti korang tertanya kenapa dulu kitorang sama kelas, sekarang boleh tercicir seketul tu kan? Sebab dulu Zedi main masuk je kelas dia dapat dari keputusan PT3.
Bila masuk kelas sains masa tingkatan empat baru dia tahu betapa susahnya sains. Tercyduk Zedi masa tu! So, dekat Diamond High, dia pilih nak ambil sastera sebab dia mula minat membaca. Kitorang pun tak nak halang. Dia ada hak nak tentukan masa depan dia. Ecewah! Halah, masa rehat nanti makan setable juga.
"Kau tak risau lepaskan Zedi sorang- sorang? " Izla bertanya terhadap Syaz. Aku dan Hara hanya mendiamkan diri. Mendengar sahaja.
Sejujurnya, walaupun Zedi dan Izla selalu bergaduh, Izla selalu risaukan Zedi jika Zedi tiada bersama kami. Mungkin kerana dia yang paling rapat dengan Zedi.
"Aku tahu dia boleh jaga diri. " Syaz menjawab sambil berjalan.
"Okay, macam mana kalau lima lelaki tu kelas Kasturi tanpa kita sedar? " Kami bertiga terhenti. Ya, betul juga. Apa jadi dekat Zedi nanti.
Aku tergelak sinis. Aku rasa diorang berlima takkan dapat kacau Zedi lagi macam semalam. Percaya cakap aku. Zedi boleh lawan diorang. Kalau fizikal, mesti lima lelaki tu menang. Jadi, kalau mental pula, aku tahu yang Zedi boleh menang macam tu saja. Zedi akan buat mental diorang terseksa.
"Yakin ke diorang boleh kacau Zedi lagi? " Aku memandang mereka. Mereka bertiga terdiam lalu ketawa.
"Yeah! Aku hampir terlupa tentang kegilaan tanpa batas dia. " Hara menggeleng perlahan .
"Tu dia! " Kami bertiga terus melihat kelas di tepi perpustakaan yang ditunjuk oleh Syaz.
Ya, seperti yang anda semua fikirkan, kami berempat nampak Zedi tengah berdiri di luar pintu. Menunggu masa untuk masuk. Okay, jangan salah paham! Zedi bukannya kena denda. Kalau dia kena denda waktu hari pertama sekolah, nahas dia kena dengan kitorang!
Yang aku tahu, pengetua ada cakap bila ada pelajar baru, pelajar tersebut kena berdiri di luar kelas sehinggalah guru kelas itu memberi kebenaran untuk masuk. Sebab guru kelas tu nak bagitahu pelajarnya yang lain tentang kehadiran budak baru.
Korang paham kan? Kalau tak paham juga, korang lagi pembaris dari Aisy dan lagi bangang dari Zedi yang tak ada otak!
Kami berdiri di hadapan kelas Tuah. Wah! Dari luar kelas, aku dah nampak keselesaan kelas. Kasut letak luar! Pintu sliding!
Lagi satu, mesti korang pelikkan! Kenapa kitorang boleh masuk ke kelas yang sama? Sebab sekali lagi kitorang guna cable. Actually, kitorang bukanlah nak guna cable sangat tapi dah rezeki. Nak buat macam mana? Takkan nak tolak! Lagipun kitorang dari awal ambil aliran sains.
Kalau lah kitorang kena masuk kelas akhir, Zedi, Hara dengan Izla bercadang nak bawa kes ni ke mahkamah. Lepastu viral kan dekat twitter, instagram, facebook dengan wechat. Wechat tu mestilah Izla dah conquer dulu.
Tapi acah je semua tu. Kau tengoklah! Kes mahkamah ke mana! Viral ke mana! Zedi nya ke mana! Kalau ikutkan hati, nak je kitorang pijak Zedi sama- sama. Haha!
Kami pun masuk ke dalam kelas apabila dipanggil. Aku harap kelas Kasturi akan baik- baik saja. Aku tak nak budak kelas tu masuk tanjung rambutan selepas kehadiran Zedi. Serius aku tak nak!
------
Zedi (P.O.V)
Aku berdiri di hadapan mereka semua. Setahu aku, sebelum aku masuk kelas ni, ada 28 pelajar. Jadi, bila aku masuk jumlahnya 29.
Aku tersenyum manis. Semanis gula prai. Haha! Jangan jealous!
"Awak boleh kenalkan diri dekat kawan- kawan awak. " Cikgu Fira tersenyum.
Aku baru berkenalan dengannya di pejabat tadi. Sebelum ke kelas, kitorang berlima perlu ke pejabat. Dan semasa ke kelas dengan Cikgu Fira, cikgu nak pergi tandas. Cikgu suruh aku pergi ke kelas terus sebab dia tak nak aku berdiri saja tunggu dia. Tapi korang tahukan yang seorang Zedi takkan mendengar kata!
Jadi, aku sempat pergi kooperasi beli sepeket gula- gula Hacks dan setin air milo di vanding machine. Aku terkejut bila ada snack vanding machine! Aku ingatkan ada air punya saja. Aku pun berpakat nak beli masa rehat saja. Aku takut kalau lama- lama merayap, cikgu dah sampai kelas dulu sebelum aku.
Lepastu nak jadikan ceritalah kan, dalam perjalanan ke kelas Kasturi, aku nampak Qari gaduh. Aku lalu sebelah Qari dengan tiga orang perempuan tu. Qari langsung tak hiraukan aku. Seronok sangat pandang musuh dia tu. Aku ingatkan nak tengok je dari belakang. Tapi bila perempuan tu pukul belakang badan Qari, aku terus baling gula- gula Hacks.
Rugi lah juga. Kalau aku tak baling, aku tak perlu nak bagi lagi dua biji. Aku dah habiskan tiga biji dekat situ. Aku ingatkan nak bagi semua kawan sekelas aku sorang sebiji gula- gula Hacks. Tapi bila tengok jumlahnya, aku terus batalkan niat. Lepas gaduh dengan budak yang cari pasal dengan Qari tu, aku dah makan sebiji. Sepeket ada 10 biji je. Jadi, tinggallah enam biji.
Takkan aku nak pecahkan enam biji tu jadi kecil supaya semua dapat. Astaga! Apa yang aku fikirkan ni! Aku sepatutnya kenalkan diri.
"Hai, assalamualaikum semua. Nama saya Zedi! Saya dari Gold High! " Aku tersenyum.
"Apa nama penuh awak? " Seorang pelajar perempuan bertocang mengangkat tangan kanannya.
"Zedi! Jadi, panggil saja saya Ze. " aku kekalkan senyuman. Aku tak boleh dan tak suka bila orang tahu nama penuh aku. Begitu juga ahli ZIQHAS yang lain. Kami berenam langsung tak bagitahu nama penuh kami dekat orang lain. Termasuk Qari. Aku pasti yang dia tak bagitahu nama penuh dia.
Kenapa kami rahsiakan? Cukuplah sesuatu berlaku dalam hidup seseorang antara kami berenam. Sebenarnya dia dan keluarganya yang nak lupakan datuk, nenek serta kakaknya. Tapi kitorang tak nak musuh datuk dan neneknya akan dapat tahu tentang kewujudannya serta keluarganya. Jadi, kami berpakat nak rahsiakan nama penuh kami dari semua orang. Semua ni berlaku kerana kami berlima tak nak dia rasa kekok!
Siapa dia yang ingin lupakan semua tu? Cukuplah korang semua tahu yang dia ahli ZIQHAS. Cukuplah korang semua tahu yang dia nak berubah dan lupakan sejarah hitam. Dan yang paling penting, dia dan keluarganya nak hidup bahagia dan bebas dari musuh.
Mari kita kembali ke realiti di mana seorang gadis idaman Asia yang baik hati serta sopan santun sedang berdiri di hadapan kelas. Haha!
Kelas menjadi senyap. Aku tahu yang diorang semua pelik dengan jawapan aku. Yelah, walau apa yang terjadi, aku takkan bagitahu nama penuh aku.
"Baiklah, kamu boleh duduk di sebelah Khai. Khai, angkat tangan. " Cikgu Fira mengarah.
Aku rasa aku tahu mana tempat duduk aku. Sebab dalam kelas ni ada satu je tempat kosong. Barisan kedua terakhir dari belakang. Aku pasti tempat kosong tu aku punya. Yelah, takkan aku nak share dengan orang lain. Share meja dengan kerusi? Aku boleh je. Lagi- lagi kalau dengan lelaki. Okay, gurau saja. Haha! Aku tak gatal ye.
Seorang lelaki mengangkat tangan kanannya. Okay, nama lelaki tu Khai. Boleh buat jadi member ni. Mana tahu, aku kena buli, boleh dia back up! Haha! Acah je semua tu. Hari pertama dah back up orang lain.
Aku terus bergerak ke tempat duduk di sebelah Khai. Untuk pengetahuan korang semua, aku punya barisan kedua terakhir dan dalam barisan tu, aku tengah- tengah. Paham tak? Tolonglah paham ayat aku.
Aku hanya duduk dengan kekok. Kenapa semua tengok aku tho.
"Dia tu kan yang dalam video tu. " Aku terdengar perempuan depan aku ni berbisik dengan kawan dia.
"Video apa, Khai? " aku terus bertanya terhadap lelaki sebelah aku tu.
Terkejut semua orang dalam kelas. Dengan Khai sekali terkejut. Aku pun ikut terkejut sebab semua terkejut.
"Video you gaduh dengan Medina. " Khai menjawab teragak- agak. Buat pengetahuan korang, Cikgu Fira tadi sempat bagitahu aku sesuatu sebelum dia pergi tandas. Katanya, kebanyakan pelajar dekat sini akan guna I-you bila bercakap.
Aku pula takkan gunalah. Berbelit lidah aku nanti. Diorang berempat pun sama. Kalau Qari, aku rasa dia pun takkan guna walaupun aku tak tahu. Come on lah. Hidup kena sentiasa yakin!
Aku terdiam. Medina? Siapa ehh? Lupa pula! Haduii! Yang pasti, aku tak nampak Didi and friends dekat sini. Maksud aku, dia dengan kawan dia. Nampaknya aku kena cari dia waktu rehat nanti.
"Medina? Ohh Didi tu! " Aku terus mengucapkan terima kasih. Aku terlupa pula nama sebenar Didi tu. Haha!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro