Chapter 16
Qari (P.O.V)
Alhamdulillah, Qari kembali semua! Setelah tiga bab aku tak diwujudkan, kurang ajar punya author! Aku kembali dengan pov aku sendiri.
Aku berjalan ke sekolah. Sekarang pukul 7.40 pagi.Pembelajaran Diamond High bermula pada pukul 8 pagi. Halah, asrama tingkatan lima sebelah kanan sekolah saja. Sekangkang monyet saja jaraknya.
Kalau malas nak jalan, boleh saja panjat tembok asrama lepastu lompat ke sebarang. Maksud aku, bila aku lompat, terus masuk kawasan sekolah.
Tapi tu lah! Aku selalu buat kerja pelik macam tu dengan ZIQHAS saja. Atau lebih tepat, dengan Zedi, Izla dan Hara saja. Tiga ketul tu je nak buat. Kitorang selalu buat dekat Gold High. Kekadang kitorang berempat adalah ternampak budak lelaki buang hajat dalam tandas.
Aip! Bukan salah kitorang. Siapa suruh tandas betul- betul sebelah tembok. Kitorang kalau boleh tak nak lah tengok tapi dah rezeki. Tengok je lah. Ehh tak lah! Aku gurau je. Mahunya kena belasah dengan Syaz dan Aisy. Walaupun aku, Zedi dengan Izla lagi tua berapa bulan dari Aisy, percayalah yang Aisy tu lagi matang dari kitorang.
Mari sini aku bagi turutan umur kitorang. Sebelum ni, walaupun diorang berlima lagi banyak dapat pov dari aku, mesti diorang langsung tak bagitahu korang urutan umur kan?
Aku dah agak! Diorang tu bukannya berguna pun! Haha!
Okay lah. Yang paling tua, Syaz si matang. Dia lahir 9 Januari. Jadi, tak hairanlah kalau Syaz ni bagaikan mak angkat tak berbayar kitorang dari dulu sampai sekarang.Tapi aku dah keluar dari ZIQHAS, jadi mak tak berbayar diorang berempat saja lah. Hmm.
Yang kedua, Zedi si sewel, mesti korang tak percaya dia tu lagi tua dari kitorang berempat kan? Tapi tu lah hakikatnya. Zedi lahir pada 9 April. Tarikh sama dengan Syaz, cuma bulan je lain.
Ketiga pula aku si cantik, ehh gurau je haha! Aku lahir pada 3 Jun. Macam sifir tiga kan? Apa- apa pun, tolong wish ye anak- anak! Ingat tarikh lahir aku sampai bila- bila.
Keempat pula Izla. Si hantu k-drama. Dia ni lahir pada 13 Ogos. Kau ingat tarikh Malaysia merdeka, lepastu, kau terbalikkan tarikh 31 tu. Tapi tak perlu ingat pun tak apa. Ingat tarikh lahir aku saja. Muahahaha. Gurau je.
Kelima pula, Aisy. Si comel. Kot. Aku tak nak lah puji sangat sebab benda bukan betul pun. Haha! Aisy lahir pada 16 Oktober. Ingat ye!
Akhir sekali, Hara si mulut laser, lahir pada 31 Oktober. Bulan yang sama dengan Aisy tapi perangai yang terlalu beza.
Okay, cukup sampai di sini saja. Tiba- tiba aku rasa author ni saja tulis tentang umur kitorang supaya chapter kali ni nampak panjang. Aku rasa author dah kering idea. Mungkin sebab setiap hari update.
Astaga! Husnudzon Qari!
Punya lah cakap pasal umur, aku dah sampai depan sekolah. Aku pun terus pergi ke bangunan sekolah aku. Tingkat tiga. Sama macam di Gold High dahulu.
Tengah aku jalan, aku ada dengar pelajar- pelajar sekeliling cakap pasal aku.
"Dia ni ke Qari yang Princes cari? "
"Ye tho! Lepastu Princes mengamuk sebab tak jumpa dia. "
Aku terdiam. Apahal Princes cari aku? Aku tak kenal langsung diorang. Aku pun tak ada buat masalah dekat diorang. Tengah aku fikir, tiba- tiba aku terlanggar seseorang.
Aku pun mendongak. Aku mengerutkan dahi. Kenapa Divers ni pandang tajam dekat aku? Aku tak buat apa- apa pun. Setakat kena langgar pun tak payah lah nak berdrama. Cliche sangatlah.
Aku kekalkan muka kosongku, " Boleh ke tepi? " Nak aku minta maaf? Cium tumit aku dulu lah. Aku tak nak lah tapak kaki. Geli tho.
Lagipun, bukan salah aku. Siapa suruh diorang bertiga berdiri tengah jalan. Menempah maut namanya. Dasar pendek akal!
"Hey, stupid! " perempuan yang berada di tengah- tengah menegurku.
What did she say? Stupid! Heh! Berani betul ehh! Dia tak kenal aku siapa! Aku ni pernah kawan dengan ZIQHAS 5 tahun tau! So, aku dah belajar macam- macam ajaran sesat dari diorang berlima. Haha!
Aku terus berjalan melanggarnya. Aku dah suruh dia ke tepi, lepastu boleh pula dia panggil aku bodoh! Kurang ajar punya perempuan!
Pap!
"Hey! I'm talking to you! "
Aku mengetap bibir. Sakit tho dia pukul belakang badan aku. Berani dia pukul aku dari belakang.
Aku berpaling, "What is your problem! "
"Are you mad? " perempuan itu menayangkan muka mengejek. Serius, hodoh gila. Lagi cantik makcik cleaner Gold High.
"You-- "
Belum sempat aku membalas kata- katanya, ada sebiji gula- gula Hacks terkena dahinya. Perempuan itu mengaduh. Siapa yang baling? Aku berpaling ke belakang. Terkejut aku sampai nak terkentut. Tapi aku sempat menahan kentutku dari terkeluar.
Aku takut jadi bahan lawak satu sekolah nanti. Okay, ini tak penting sekarang. Kentut, tak kentut kena tolak tepi. Yang penting sekarang ni, aku nampak Zedi dekat belakang aku. Jauh sikitlah. Tapi dia ke yang baling?
"Haduh! Aku ingatkan terus masuk dalam mulut dia. Kena dahi je rupanya. " Zedi mengeluh lalu dia pun berdiri di sebelahku.
Sah! Dia yang baling!
"How dare you! " Perempuan itu menggenggam gula- gula Hacks itu dengan kuat.
"Kenapa? Tak cukup? Nak lagi? Aku boleh belikan tapi duit sendiri. Ehh kejap! Tak nak aku! Aku bukan kuli kau, perempuan ! " Zedi berpeluk tubuh. Aku memandang Zedi.
"I have a name! My name is Medina! Don't call me 'perempuan'! " Medina berasap. Haha! Lawak gila muka dia tho. Dengan make up sepuluh inci tu. Astaga!
"Huh! Then why you call her stupid? She have her own name too. Mak bapak dia bagi nama sedap- sedap untuk dia, kau boleh sesuka hati panggil dia 'stupid'! Otak dekat mana? Lutut? Ke tak ada? Cukuplah aku seorang je yang tak ada otak dalam cerita ni! KAU TAK PERLU NAK SIBUK- SIBUK!! "
Okay, aku terharu bila Zedi datang nak back up aku tapi kenapa dia ni macam bangga je bila orang cakap dia ni tak ada otak? Zedi ni memang tak berubah dari dulu sampai sekarang.
Eceh! Aku cakap macam dah bertahun- tahun aku lari. Padahal aku baru tiga hari lari dari diorang berlima. Hahaha!
"Suka hati I lah nak panggil dia ni siapa! You tak payah nak sibuk! " Medina menjerit. Terkejut aku. Aku rasa kitorang ni betul- betul berdiri depan dia. Bukannya jauh sebatu pun.
Zedi mengangguk sambil mengusap dagunya lalu dia pun pandang Medina. Zedi tersenyum, "If that so, can I call you Didi? "
Aku pelik. Begitu juga Medina dan dua orang kawannya yang berdiri di kiri dan kanannya. Aku kesian dekat dua orang kawannya. Berdiri je dari tadi dekat situ tanpa dialog. Tak apalah. Mungkin chapter akan datang diorang berdua dapat dialog. Kita doa- doakan je lah supaya author lembut hati nak bagi diorang dialog.
Ehh ni tak penting! Diorang tak ada dialog ke, ada dialog ke. Lantak kau lah dekat situ! Kau bukannya kawan aku! Yang penting sekarang ni, asal Zedi nak panggil Medina ni Didi?
"Why Didi? " Medina menyoal kehairanan.
"Jangan tunjuk muka keliru kau dekat aku. Makcik cleaner sekolah lama aku lagi cantik dari kau! " Zedi membalas selamba.
Good! Ini kebetulan atau memang semua pelajar Gold High fikir yang makcik cleaner kitorang cantik. Aku ada juga terfikir, makcik tu suntik botox ke apa. Astaga! Aku kena sentiasa husnudzon!
Aku baru je nak bersuara sebab setuju dengan Zedi, tapi aku ambil keputusan untuk diam. Aku masih malu dengan dia sebab aku baru je tinggalkan diorang sebab kes pembuangan itu. Tapi kenapa aku masih berat hati nak pergi ke kelas?
Ohh mungkin sebab aku risau Zedi dengan tiga perempuan ni. Aku bukannya risau pasal Zedi sebab aku tahu Zedi ni pandai jaga diri. Aku cuma risau pasal tiga perempuan ni. Buatnya diorang kena hentam teruk dengan Zedi.
Aku bukannya kesah sangat pasal diorang bertiga. Aku cuma tak nak Zedi dalam masalah. Nanti ada yang kena masuk bilik disiplin. Dah lah diorang bertiga cari pasal dengan aku dulu. Lepastu Zedi datang tolong aku. Last- last Zedi pula kena denda. Aku tak nak hal macam tu berlaku!
Haha! Kuat betul imaginasi aku!
"Ohh tentang nama kau! Kau tak tengok kartun ehh? Ke tak support kartun Malaysia? Teruknya kau! Support local please! Walaupun aku selalu tengok anime, aku tetap support local! Apa nak jadi dengan anak zaman sekarang. Tak nak-- "
Medina terus memotong ayat Zedi, " I support local okay! I selalu tengok Ejen Ali, Boboiboy, Upin Ipin, Didi-- "
"Yes! That's it! Nama kau! Nak aku nyanyi? " Zedi terus berdehem.
"Mari semua, bergembira, bersama Didi and frienddssss! " Yang aku tak tahan tu, Zedi siap tarik highnote. Suara? Hey! Lupa ke yang kitorang ni dulu singer Gold High? Of course lah merdu.
Medina mengetap bibir, "You ni-- "
Kringgg.
Zedi tersenyum mengejek, "Kelas dah nak mula. Hari ni aku first day. So, aku tak nak lah lambat. Nanti jadi bahan satu sekolah. Penat lah hidup selalu dapat attention je! "
Aku tahu yang Zedi sengaja nak buat diorang bertiga geram.
"Haa! Nah! " Zedi terus mengambil tangan kanan kedua kawan Medina lalu sebiji gula- gula Hacks diberi seorang satu.
"Aku takut korang kempunan je nanti dalam kelas. Remember me, Miss sugar! Sebab aku baru je bagi korang gula- gula. " Zedi tersenyum manis. Lagaknya, baru buat kebaikan. Tapi dia bagi gula- gula tu maksudnya dia sedekahlah kan? Cuma ada nada mengejek sedikit dekat situ.
"Urmm. Sorry, but-- "
"Want some more? " Zedi terus memotong kata- kata Medina.
"No but, sugar is not gula- gula in english! " Medina teragak- agak memberitahu.
Zedi terdiam lalu dia pun mengangguk. Menyedar tentang kebodohan dia. Tulah! Yakin teramat ini anak!
"Tak apa! Panggil aku Miss sugar- sugar! "Zedi tersenyum. Ya Allah. Yakinnya!
"Gula- gula called candy in english. " Medina memberitahu sekali lagi.
Zedi termenung, "Okay, call me Miss Candy! "
Medina tersedar, "Hey! I'm not your friend! You ingat I nak sangat ke gula- gula Hacks ni? Huh! "
Medina terus pergi bersama dua orang kawannya yang tiada dialog itu. Dan mereka pergi bersama gula- gula Hacks seorang sebiji.
"Ambil juga gula- gula tu! Dasar! Aku kena minta sorang 20 sen dekat diorang bertiga nanti. Urmm, maybe waktu rehat aku minta! Pandai- pandailah aku cari diorang bertiga. " Zedi mula hendak membuat perangai pelik dan memalukan itu.
Aku hanya tersengih. Zedi memandangku lalu aku pun terdiam. Zedi mendekatkan mulutnya ke telingaku, " Kau tak boleh hidup tanpa kitorang. First day aku sekolah, aku dah selamatkan kau! See? Anyway, bye Qari! "
Zedi pun pergi. Aku terdiam. Betul juga apa yang dia cakap. Kitorang dari dulu lagi hidup saling memerlukan antara satu sama lain.
But now I'll prove that she's wrong! Aku akan cuba berdikari. Kalau boleh lah! Haha! But I'll try!
Apa- apa pun, aku gembira bila satu chapter ni hanya pov aku saja. Haha! Rasa macam character aku ni diperlukan lah pula. Aku terharu. Aku terus bergerak ke kelas ku.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro