Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Chapter 13

Afiz (P.O.V)

Kami berlima berdiri di luar pejabat. Ini semua arahan Syaz.

"Afiz, betul ke antara diorang berlima tu ada budak yang kita cari? " Izzudin memandangku meminta jawapan.

Aku mengangguk, " Mula- mula Qari dah datang. Sekarang mereka yang lain dah sampai. "

"Misi ni penting. Melibatkan nyawa. " Irham memejam matanya.

"So Afiz, kau tak boleh jatuh cinta dengan diorang terutama sekali Zedi. " Alexander memandang tajam ke arahku.

Ya, kitorang tahu nama diorang berlima dan seorang lagi kawan mereka yang baru sahaja pindah ke Gold High.

"Kenapa tak boleh? Kau suka dia? " aku memandang sinis terhadapnya.

Alexander mengetap bibirnya, "Fucking you Afiz! We're on a mission. Kita sentiasa kena perhatikan diorang berenam. Kau ingat tak arahan boss ? Never fall in love with ZIQHAS! Especially-- "

"Especially Romanov's grandchild. She's the one we've been looking for. " Danish memotong ayat Alexander.

"Tapi kita tak tahu siapa lagi cucu perempuan Romanov yang hilang itu. Jadi, bukan salah aku kalau aku terjatuh cinta dekat salah seorang dari diorang berenam! " aku masih lagi mempertahankan diri ku.

"Kau nak kena bunuh dengan bos? Okay, fine! Kau boleh jatuh cinta lepas kita dapat tahu siapa cucu Romanov tu. Paham? " Alexander memandangku.

Aku terdiam. Dia ingat cinta ni boleh ditunggu- tunggu ke? Aku cuma mengangguk sahaja. Aku tak nak lah besar kan hal.

"Jadi, macam mana dengan Zedi? Kita akan dating dengan dia sebab kita dah tolong diorang tunjuk pejabat. " Irham memandang Alexander.

Alexander mengeluh, " kita tetap akan dating dengan dia. "

Aku ketawa sinis, "Looks like you fall in love with her. "

Alexander menjelingku, "No, it just aku dah lama tak mainkan perasaan perempuan. "

Kami ketawa mendengar ayatnya.

Kami pun berbincang tentang perjanjian ZIQHAS dan Princes.

Ya, kami nak gunakan Zedi, hancurkan ZIQHAS. Bila seorang dah hancur, yang lain akan perlahan- lahan ikut hancur.

------

Aisy (P.O.V)

Kami keluar dari pejabat dengan senyuman. Kini, kami tahu di mana Qari bersekolah. Haha!

Zedi ketawa besar, "Qari takkan boleh lari lagi dari kita. Muahahaha! "

Kami mengangguk yakin. Aku tahu yang keyakinan Zedi dah berjangkit dengan kitorang.

Seseorang berdehem. Kami menoleh. Zedi mengeluh. Aku tersenyum janggal.

"Jadi, 30 minit korang berdiri macam tak ada function depan pejabat? " Hara menyoal terkejut.

Mereka berlima hanya mengangguk.

"Macam perjanjian kita tadi. Kitorang dah tolong dan kitorang dah berbincang
tentang habuan yang kitorang dapat kalau kitorang tolong korang. " Afiz bersuara yakin.

Zedi mengeluh. Kami berempat mengangguk.

"Korang tak buat lagi apa yang kitorang minta. " Aku bersuara tenang. Setenang- tenang lautan Pasifik. Ketahuilah anda bahawa pasifik bermaksud tenang dalam bahasa Sepanyol. Tak percaya, pergi google.

Zedi dan lima lelaki itu memandang kami pelik.

Kami berempat tersenyum senget. Heh! Ini ZIQHAS lah.

"Bukan ke korang suruh kitorang bawa korang ke pejabat? " Izzudin teragak- agak meneka. Mereka yang lain sudah tercengang manakala Zedi sudah tersenyum gembira.

Takkan lah kitorang senang- senang bagi lelaki keluar dengan Zedi. Kitorang risau sesuatu benda yang tak diingini berlaku. Kitorang bukannya risau pasal Zedi. Kitorang risau pasal lelaki yang keluar dengan dia. Zedi tu siapa kitorang nak risaukan? Haha! Gurau je.

Kitorang takut perangai pelik Zedi tu. Nanti macam- macam benda yang memalukan dia buat. Boleh naik gila lelaki tu layan perangai tak betul dia.

Okay, ini bukan topik kita. Kita sekarang dalam misi menyelamatkan Zedi.

"Ya! Memang kitorang minta tolong tunjukkan pejabat tapi yang tu kitorang minta tolong secara free. Tak ada ganjaran. " Izla tersenyum manis. Nampak sangat fake sebab dia tengah tahan ketawa.

Yelah, siapa suruh percaya kitorang bulat- bulat. ZIQHAS hidup penuh helah dan semua ahlinya licik- licik belaka. Detektif Conan pun tak boleh tandingi. Heh! Tipu je tu.

Mereka berlima tercengang sekali lagi manakala Zedi sudah menangis kegembiraan memeluk Izla.

"Aku sayang kau ketat- ketat!!! "

Aku tengok Izla tu macam nak hentak kepala Zedi dekat pintu pejabat. Tapi aku rasa Izla tengah tahan nafsu mendera tu sehabis baik.

"Lepaskan aku kalau kau nak aku tolong kau! " Izla berbisik perlahan. Zedi terus melepaskan Izla.

"Jadi korang tipu kitorang lah! " Alexander memandang tajam ke aku dan Izla. Menggeletar lutut. Eceh! Tipu je.

"Kitorang tak tipu. Sekarang ni baru kitorang nak minta tolong korang. Di mana korang akan dapat ganjaran keluar bersama Zedi. " Syaz mara ke depan. Menghalang mereka berlima melihat kami.

"Dan jangan pandang kawan aku macam tu. Kalau kau nak tulang kau patah, pandanglah macam tu lagi! " Syaz bersuara keras.

Aku terharu.

"Wahh! Garang! " Hara mengejek.

"I like! " Izla juga menambah perisa.

"Rawr!! " Zedi juga sibuk. Ehh kejap! Hahaha! Dasar tidak kenang budi ini anak! Syaz tengah tolong dia.

Syaz menggenggam penumbuk menahan marah. Aku hanya tersengih janggal.

Aku datang ke Syaz lalu aku pun letak tanganku ke bahunya, "Sabar Syaz. Dah takdir kita dapat kawan sewel macam tiga ketul tu. Kita kena terima qada' dan qadar. "

Syaz mengeluh.

"Fakta ZIQHAS pertama, mereka suka membuli Zedi. Fakta ZIQHAS kedua, Zedi seorang yang naif. "

Aku, Syaz, Hara dan Izla tercengang mendengar kata- kata Afiz. Kami berempat ketawa terbahak- bahak. Zedi menepuk dahinya.

"Zedi naif? Seriously? Pftt! " Aku menahan ketawa.

"Correction! Zedi yang selalu buli kitorang. So, hari ni, kitorang balas dendam! " Hara mengelap air matanya yang keluar akibat ketawa.

Syaz pula elok menggeleng, "Esok jumpa kitorang dekat cafeteria pukul 7.30 pagi! "

"Kitorang selalu datang ke sekolah pukul 10.30 pagi. Tepat- tepat waktu rehat! " Danish bersuara menentang Syaz.

"Aduh! Macam mana nak buat Qari jumpa kita! " aku terdengar Hara merungut.

"Kan. Kalau diorang tolong, mungkin kita dapat jumpa Qari. Diorang kan badboy dekat sini. " Izla pula menyampuk.

"Wait a minute! Macam mana korang tahu diorang ni badboy? " Zedi menyoal kehairanan. Aku dan Syaz terus menoleh ke belakang melihat mereka bertiga.

Astaga! Diorang punya berbual tu macam lima ketul lelaki ni tak ada je.

"Tengok pun dah tahu lah, lembab! " Izla meluku kepala Zedi.

"Eii. Lembik! Nak luku kepala orang pun perlahan! " Zedi mengejek Izla.

Lekuk! Lekuk! Lekuk!

"Adoiiii! Sakitlah! " Zedi menjerit kesakitan.

Ya! Aku, Syaz dan Hara yang luku kepala Zedi. Dia kata tak sakit. Kitorang cuma nak bagi dia rasa sakit tu macam mana.

Kalau boleh, aku nak jelajah satu sekolah ni cari Qari supaya dia boleh luku kepala Zedi sekali. Kalau boleh lah. Tapi aku takut sesat je. Nanti keluar berita 'budak cantik tersesat di sekolah barunya'. Aku tak nak lah macam tu. Takut bertambah famous. Susah hidup kalau ramai yang kenal. Takut ada yang menaruh harapan.

Hashtag doneberangan.

Muahahahaha!

"Baiklah kalau macam tu, kitorang boleh minta tolong pelajar lain. Dan siapa yang tolong tu baru lah boleh keluar dengan Zedi. Bye! " Syaz pun pergi Di ikuti aku, Zedi, Hara dan akhir sekali Izla.

"Dasar badboy pengumpul maklumat! " Hara mengejek. Izla dan Zedi ketawa lepas. Aku menggeleng manakala Syaz menepuk dahinya. Kenakalan Zedi, Hara dan Izla ni memang tak ada batasnya.

"FINE! KITORANG DATANG PUKUL 7 DEKAT CAFETERIA!"

Kami menoleh. Uish, awal setengah jam! Semangat! Bukannya Qari datang awal nanti. Tak apalah! Biar diorang berlima tunggu. Muahahaha!

"Okay! "

Kami terus melangkah tanpa menoleh ke belakang. Kejap! Aku baru perasan sesuatu. Tadi masa Afiz cakap tentang fakta ZIQHAS, dia sebut nama kumpulan kitorang dan nama Zedi.

Persoalannya, macam mana dia tahu nama kumpulan kitorang dan nama Zedi? Kitorang tak cerita apa- apa pun dekat diorang. Sedikit pun tak!

Pasal nama Zedi, macam mana dia tahu? Sebangang- bangang Zedi pun, dia takkan bagitahu nama dia dekat orang lain. Lagi- lagi orang yang dia tak suka. Kami berlima tak pakai baju sekolah. So, kami tak pakai name tag. Macam mana dia tahu!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro