Chapter 12
Syaz (P.O.V)
Zedi ketawa janggal. Ingin memecahkan suasana janggal itu. Yang janggal dia sorang saja. Kitorang berempat ni masih dalam suasana kekeliruan. Yang lima lelaki dekat depan kitorang ni susah nak teka. Semuanya tersenyum sinis sambil memandang Zedi.
Okay, I fed up. Malas nak teka. Kejap lagi kita tahu lah apa hubungan Zedi dengan lima lelaki itu.
"Dahsyat kau, Ze. Terus kaut lima- lima ehh. Tak nak share pula tu. " Hara memandang nakal terhadap Zedi.
Zedi bengang manakala lelaki- lelaki di hadapan kami bertukar senyuman. Daripada senyuman sinis ke senyuman mengejek. Izla dan Aisy sudah ketawa. Hara pula dengan muka selambanya.
Aku menggeleng melihat keberanian Hara. Aku mendekatkan mulutku ke telinga Hara lalu aku pun berbisik, " Aku rasa kita boleh gunakan Ze dengan lima lelaki tu kalau nak tahu Qari ada dekat sekolah ni ke tak. "
Aku terus menjarakkan diriku dari Hara. Bukan apa, aku cuma takut nanti ada orang ingat kitorang berdua ni lesbian sebab dekat- dekat.
Aku bukan macam Zedi. Aku masih ada perasaan malu. Jujur okay!
Hara terus memandangku. Aku menjongketkan keningku. Hara tersenyum gembira.
"Oh my god! Aku rasa aku tahu apa yang kau fikir! " Hara menepuk tangan dengan gembira. Aku tersenyum gembira. Aku mengajak Hara, Izla dan Aisy berbincang. Aku ada rancangan baru di mana Zedi terpaksa menjadi korban.
Habislah kau Zedi. Kitorang terpaksa korbankan kau untuk kali ini. Tu lah. Siapa suruh kau kenal diorang.
Muahahaha!
Aku terus memandang Zedi dan lima lelaki itu selepas selesai berbincang. Kami berdiri seperti biasa semula. Seorang lelaki cuba menyentuh dagu Zedi tetapi ditepis kasar oleh Zedi.
"Wow! Ganas! I like, baby! " lelaki itu menjilat bibirnya. Kawan- kawannya sudah bersorak. Aku tengok muka Zedi dah merah. Bukan malu tapi aku nampak yang Zedi tengah tahan marah.
Aku rasa lelaki yang sentuh Zedi ni ketua diorang lah. Aku terus melihat tanda namanya, Afiz.
Euwww, nama kampung. Haha! Gurau je. Tak adalah, cara dia nak sentuh- sentuh Zedi tu macam orang barat. Nama melayu. Entah- entah dekat rumah makan sambal belacan. Mana tahu kan? Hahaha. Gurau je ye.
Seorang lelaki berambut coklat gelap ketawa kecil. Comel tho! Tapi aku tak tergoda. Langsung!
"Your face turn red, babygirl. It's so cute. " lelaki itu bersuara. Aku melihat tanda namanya, Danish.
Aku melihat lagi tiga. Alexander berambut hitam. Sama seperti Irham dan Izzudin.
"You-- "
Aku terus menarik Zedi ke belakang. Aku tersenyum apabila lelaki- lelaki itu memandangku pelik.
Zedi pun tak membantah. Mungkin dia gembira bila aku tarik dia dari lelaki- lelaki ini. Kalau betul lah, menyampah betul tu. Haha! Zedi, Zedi. Kalau aku jadi Zedi sebab menyampah nak hadap muka lelaki- lelaki ni, aku dah lari awal- awal. Tapi mungkin diorang akan kejar.
"I'm sorry. Sebenarnya kitorang ada hal yang mustahak. Kitorang tak boleh lama- lama dekat sekolah orang. Takut sesat. " aku tersenyum. Aku harap lelaki- lelaki ni sanggup bantu kitorang.
"If that so, you may go but first. Give me my babygirl and four of you can go. " Afiz bersuara. Uishh, nampak sangat badboy dia tu.
Tapi jujur aku cakap yang ni pertama kali aku jumpa badboy pakai name tag. Hahaha!
Zedi mara ke depan sambil memegang hanger. The heck! Dekat mana dia jumpa hanger tu tho. Takkan lah dia bawa dari banglo.
Astaga! Kenapa semua kawan aku pelik- pelik belaka.
Baru sahaja hanger tu dah nak kena dekat tangan Afiz, Aisy sudah menghentikan Zedi. Aisy dan Hara menarik Zedi manakala Izla pula elok berdiri di antara Zedi dan Afiz. Bermakna Izla berdiri di hadapan Zedi. Zedi pula elok meronta- ronta minta dilepaskan.
Ehh kejap. Tadi aku tarik Zedi ke belakang jadi aku automatic berdiri di hadapan Zedi. Sekarang ni Izla berdiri di hadapan Zedi. Dan aku nampak pergelutan diorang berempat dengan jelas dari tepi.
Wait, Hahaha! Aku baru perasan yang aku ditolak. Lembabnya aku.
Afiz dan empat orang lagi kawannya ketawa sinis melihat mereka. Aku menepuk dahi ku. Walau di mana jua, ZIQHAS always be ZIQHAS.
Lekuk! Pak! Pak! Buk!
Mereka berempat mengaduh kesakitan. Hanger Zedi yang jatuh itu sudah dikutip oleh Afiz. Dasar pengutip! Hanger macam tu pun nak kutip ke?
Hanger macam tu boleh beli dekat kedai Eco lah. Kedai eco tu kedai RM2 ye. Bukan nombor ekor ye.
Izla dan Aisy mendapat tepukan kuat dibelakang badan, Zedi mendapat tumbukan kuat di bahu manakala Hara mendapat lukukan di kepala. Aku tersenyum senang selepas memberi sedikit pengajaran untuk mereka.
"Awal pagi tadi, Zedi luku kepala aku. Sekarang kau pula. " Hara menjelingku.
"Baguslah. Biar kau jadi bodoh sikit! " aku menjawab penuh selamba.
Hara mencarut.
"Okay, boys. Actually we need your help. Please! " Aku memandang penuh pengharapan.
"Kitorang sibuk! " Alexander memandang dingin terhadap ku. Mungkin malas nak tolong orang.
But I don't care! Tengok lepas diorang dengar ganjaran kalau sesiapa tolong kitorang, mesti diorang tolong.
"Alah! Zedi cakap kalau korang nak tolong kitorang, dia akan dating dengan korang selama empat jam. " Aisy bersuara semangat. Tercengang Zedi.
"Hey hey! Apa kau merepek ni! " Zedi berbisik keras terhadap Aisy. Masalahnya sekarang ni, kitorang nak umpan lelaki- lelaki ni saja tau. Lepas diorang tolong, kitorang ingat nak lari kan Zedi tapi macam gagal je. Sebab Zedi sendiri boleh bisik kuat- kuat. Ohh lupa! Dia seorang saja yang tak berbincang dengan kitorang tadi.
Afiz menjongketkan keningnya bersama senyuman sinis.
"Look. Semua orang dengar apa yang Zedi cakap. So, that's mean-- "
"Sabar sabar! Zedi tu cuma malu! " aku terus memotong kata- kata Irham.
Zedi memandangku pelik. Aku pun rasa pelik dengan ayat aku sebenarnya. Yelah, sejak bila seorang Zedi ada sifat kemaluan. Opss. Sifat malu.
"Ya betul! Sebab, yelah! She never go to date before. So, if you guys help us, it will be her first time. So, did you guys want to help us? " Izla terus menyoal.
Aku terkejut mendengar penjelasan yang bijak dari Izla. Aku rasa sebenarnya Izla ni tengah balas dendam dekat Zedi ataupun dia tengah carikan Zedi partner.
"Okay, we will help you. " Afiz dan kawan- kawannya bersetuju terus tanpa berfikir. Haha! Nampaknya diorang tak kenal ZIQHAS lagi. Ingat senang ke kitorang nak bagi orang dating dengan Zedi.
"Good! Sekarang bawa kitorang pergi pejabat. " Aku mengarah dengan suara mendatar.
"Syaz, Hei! Kalau nak cari pejabat, kita boleh tanya random dekat pelajar lain lah! Kenapa boleh buat macam ni pula!! " Zedi meronta- ronta. Afiz melangkah ke arahnya. Aku tengok hanger tu masih di tangan dia.
Kalau dia nak pukul Zedi dengan hanger tu, aku akan belasah dia. Serius aku cakap! Dia takkan boleh cederakan kawan aku! Jangan sampai akak idola mengamuk! Ehek!
Afiz menundukkan sedikit badannya separas Zedi lalu dia pun berbisik di telinga Zedi, " I can't wait to go date with you, darling. " selepas itu, dia menghembuskan nafasnya dengan perlahan di telinga Zedi.
Zedi menggengam penumbuk.
Hara terus menarik Zedi ke belakangnya, " Easy there little boy. "
"NOW, SHOW US WHERE IS YOUR OFFICE! " Aku mengarah sekali lagi dengan lantang. Afiz tersenyum sinis.
"Xander, pergi tunjuk dekat diorang mana pejabat. " Afiz mengarah. Amboi, dia pun sibuk nak mengarah. Aku seorang je yang mengarah dah lah.
"Kenapa aku? " Alexander memandang bosan.
Kami semua memandangnya menyampah. Yang aku tak tahan, kawan- kawan dia pun pandang menyampah dekat dia.
"Okay but nanti aku yang akan date dengan sweetie! " Alexander terus berjalan ke depan. Kami semua mengikutnya.
Afiz setia berjalan di sebelah Zedi. Zedi curi- curi memandangnya, 'Dia ni handsome tapi sayang. Otak cetek. Nak dating dengan perempuan sewel macam aku. ' Zedi mendesis dalam hati.
" Curi pandang? Kalau you nak tengok muka I, tengoklah. I'm yours, pretty. " Afiz memasukkan kedua tangannya ke dalam kocek seluarnya.
Zedi ketawa sinis, "Aku cuma pelik. Ada juga badboy pakai name tag. "
Afiz ketawa sinis, "First meet, you use saya-awak. Second meet, you terus guna aku-kau. After this, what? Dinda-kanda? " Afiz memandang Zedi. Zedi terus menjeling Afiz lalu dia pun berlari ke Aisy.
Kedengaran Afiz ketawa sinis. Aku melihat sekeliling. Kenapa ramai tengok kitorang. Yang perempuan siap jeling- jeling. Kitorang jalan macam orang normal kot.
Aku terus pandang Zedi. Okay, Zedi pun biasa je. Tak ada buat benda yang memalukan. Aku pandang Hara dan Izla. Okay, tak ada benda pelik yang diorang buat. Akhir sekali, aku pandang Aisy. Lagilah okay.
Aku terus berjalan mengendahkan pandangan orang sekeliling. Aku ada tips untuk korang. Kalau korang berjalan dengan ZIQHAS lepastu ramai tengok, korang pergi check Zedi dulu. Lepastu Hara dan Izla. And then baru Aisy. Ikut turutan ni. Di jamin berjaya di dunia.
Dunia je. Bukan akhirat. Haha!
------
Qari (P.O.V)
Aku mengetap bibir. Aku terus masuk ke kelas dan duduk di tempat dudukku. Punggungku dihempas kuat.
Ramai memandangku akibat bunyi yang terhasil apabila aku menghempas pungggungku.
Aku abaikan pandangan mereka. Aku rasa pelarian aku dari ZIQHAS tak membuahkan hasil.
Membazirkan duit dan menyusahkan mama papa aku.
You know why? Because ZIQHAS is here! Aku baru je nampak lima sahabat pelikku. Mereka pergi ke pejabat bersama Princes.
Cliche kan nama group badboy tu. Sebenarnya peminat diorang yang bagi nama tu. Jadi, sebagai orang yang mengasihani peminatnya, diorang ikut je. Itu yang aku dengar dari pengetua.
Mengasihani kepala bana dia. Yang aku peliknya, apa function pengetua tu cerita dekat aku. Tak penting pun.
Ehh itu tak penting sekarang! Yang penting sekarang ni, kenapa ZIQHAS boleh ada dekat sini? Apa yang diorang buat dekat sini?
Kejap!
Adakah ZIQHAS akan menjalankan kehidupan pelajar mereka di Diamond High?
Adakah ZIQHAS akan membuat perkara yang pelik- pelik di sini seperti di Gold High dahulu?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro