Chapter 11
Izla (P.O.V)
Aku tak paham? Hari ni sepatutnya kitorang sekolah. Tapi kenapa kitorang dekat sekolah lain?
"Ze, kita buat apa dekat sini? " aku menyoal kehairanan. Mana tahu dia nak cari lima lelaki semalam kan? Zedi ni bukannya betul.
Zedi hanya tersenyum sinis. Oh shit! That creepy smile.
"Kita kan nak cari Qari. " Zedi terus pergi ke pondok pengawal keselamatan.
"Ni sekolah baru Qari ke? " Aisy menyoal.
"Cepat betul Iblis betina tu buat kerja. " sempat juga Syaz mengutuk Zedi.
Zedi menepuk belakang Syaz dengan kuat, " Biadap ya kamu, Syaz. Semalam syaitan, hari ini Iblis betina. "
Syaz membuat muka kosongnya. Kami pun sampai di pondok pengawal. Ya Allah. Buruknya pondok pengawal sekolah ni. Bukan ke private school?
"Buruknya. " Aisy yang paling pantas memberi kutukan terhadap pondok pengawal itu.
"Kotor! " Hara membuat muka terkejutnya.
Syaz menggelengkan kepalaku. Terkejut aku. Aku memandangnya, " Kau asal gelengkan kepala aku? Kau ada kepala sendiri kan? "
Aku memandangnya pelik. Aku tengok kepala dia elok je melekat. Tak ada pun hilang.
"Saja je. Kau tak ada dialog kan? So, aku gelengkan lah kepala kau! Nampaklah sikit kewujudan kau dekat sini. " Syaz menjawab selamba.
Panas aku dengar, "Excuse me, ni pov aku. Takkan aku boleh tiba- tiba tak ada sekali. Logik lah kalau ye pun. "
Aku rasa lepas ni Syaz tak boleh selalu sangat dengan Zedi. Mesti kegilaan Zedi dah melekat dekat Syaz. Aku bukan tak suka diorang rapat. Aku suka cuma aku takut gelap masa depan ZIQHAS. Syaz je harapan kitorang berenam sebab dia je yang masih waras. Ehh berenam? Haha! Maaf kerana gelak tak ikhlas.
"Assalamualaikum, pak cik. Maafkan saya kerana mengganggu. " Zedi mempamerkan senyuman manis.
Kami tercengang. Serius lah ni Zedi? Zedi ZIQHAS? Zedi kawan kitorang tu? Sopannya!
"Waalaikumussalam-- "
Pang!
Terkejut kami apabila Hara menampar Zedi. Zedi apatah lagi.
"Hei, kenapa kamu lempang kawan kamu? " Terkocoh- kocoh pak cik itu mendapatkan kami.
"Tak apa, pak cik. Kami memang bergurau kasar. " Syaz tertawa janggal.
Zedi meluku kepala Hara.
"Adoi sakitlah Ze! " Hara menjerit.
Makin kuat Zedi meluku kepala Hara, "Itu sebab kau tampar aku! "
"Aku ingatkan aku mimpi tadi. Sopan noh! " Hara membalas dengan jeritan.
"Kepala nenek punya belah mak cik kau! "
"Kepala ongek kau! "
Aku segera meleraikan pergelutan itu. Zedi terus pergi ke pak cik itu manakala Hara pula masih dengan lakonannya.
"Sakitlah Ze! Lepaskan kepala aku! " Hara menjerit secara tiba- tiba. Terkejut kami berempat dengan jeritannya . Pak cik itu terkebil- kebil melihat kami berlima. Kini, semua pelajar berdekatan berhenti berjalan. Tumpuan mereka beralih kepada kami.
Pak cik itu terkejut apabila semua pelajar memandang ke arah pondok pengawalnya ataupun lebih tepat memandangnya dan ZIQHAS.
Aku, Aisy serta Syaz terus mengalihkan pandangan terhadap Zedi.
"What? " Zedi menjongketkan keningnya.
"Pergi suruh dia berhenti. Malu aku. " Syaz mengarah Zedi. Zedi membuat muka.
"Kenapa aku? " Zedi menyoal dengan menyampah.
"ARGHHH!! " sekali lagi kami terkejut mendengar jeritan nyaring Hara. Aku rasa dia tak perasan ramai dah tengok dia. Nak sangat berlakon kan.
"Sebab kau mulakan dulu tadi. " aku tersenyum apabila Zedi mengaku kalah. Buat pertama kali dalam tahun 2020, Zedi mengikut kata. Haha!
Zedi mendekati Hara yang masih lagi dengan lakonannya. Aku nampak Zedi macam nak belasah Hara. Zedi terus mengheret Hara dengan muka tak ada perasaannya.
Hara melawan. Kini, Zedi dan Hara bergelut.
"Look around you. " Hara terus melihat sekelilingnya apabila mendengar kata- kata Zedi. Merah terus mukanya apabila semua pelajar memandangnya.
Hara terus berlari ke aku, Aisy dan Syaz. Zedi ditinggalkan. Terkebil- kebil Zedi apabila ditinggalkan.
"HEI! BERANI KAU TINGGALKAN GADIS IDAMAN ASIA NI!!! " Zedi menjerit lantang.
Terkejut kami. Aduhai diorang berdua ni. Nak bagi kitorang terkejut berapa kali ehh.
"Maafkan kami kerana buat kacau pak cik. " aku, Aisy dan Syaz. Menunduk hormat.
"Tak apa. Kamu berlima ni budak teater ke? "
Kami memandang pak cik itu. Budak teater? Aku rasa dia cakap macam tu sebab cara kitorang berkawan lain macam. Haha!
"Kami bukan budak teater, pak cik. " Syaz tersenyum manis. Dasar fake ini anak! Zedi melangkah ke kami.
"Kami pun sebenarnya bukan pelajar sekolah ni. " Aisy turut meng'fake'kan dirinya. Senyuman manis itu tetap terukir di bibir mereka.
"Patutlah pak cik tak pernah nampak kamu berlima. Baiklah, ada apa pak cik boleh bantu? " Pak cik itu menyoal.
Kami berpandangan sesama sendiri. Kitorang pun tak tahu kenapa kitorang datang ke sekolah ni kecuali Zedi.
Zedi melangkah ke depan, "Sebenarnya pak cik, kami nak berjumpa dengan pengetua di sekolah ni. "
Terkejut kitorang mendengar jawapan Zedi. Nak jumpa pengetua? Nak buat apa?
"Ohh begitu. Sebenarnya kamu semua tak boleh jumpa pengetua sesuka hati. Kena buat appointment dahulu. " pak cik itu berkata lembut. Mungkin tidak ingin melukakan hati kami kerana tidak dapat berjumpa dengan pengetua sekolah ini.
Zedi tersenyum, " Sebenarnya pak cik, pengetua sekolah kami yang hantar kami ke sini. Pengetua kami dah buat appointment itu. "
Kami mengerutkan dahi. Sejak bila pula Zedi buat appointment dengan pengetua sekolah kami. Pantas ini anak buat kerja.
Pak cik itu terus menelefon. Aku tak tahu dia call siapa. Mungkin isteri di rumah. Tapi sekarang ni kitorang depan mata dia kot.
Ehh jangan salah paham. Aku bukannya nak cakap yang aku nak dia curang dengan isteri dia sebab kitorang. Bukan ye anak- anak sekalian. Aku cuma nak cakap, yang kitorang datang ada hal nak jumpa pengetua. Bukan masanya untuk dia telefon isteri dekat rumah. Aku pun tak tahu isteri dia kerja atau tak.
Ehh, tu bukannya penting pun!
Pak cik itu berjalan ke kami berlima, "Baiklah. Pak cik dah telefon pejabat, betullah kamu kata. Pengetua kata masuk terus biliknya. Pejabat di bangunan berwarna putih biru itu. Tingkat 2 ye. "
Terkejut aku. Nampaknya aku dah bersangka buruk. Padahal dalam ZIQHAS, aku yang paling suka sindir orang supaya sentiasa husnudzon. Haha! Tak guna betul aku ni.
Kami mengucapkan terima kasih dan menunduk hormat.
"Kita nak buat apa dekat sini? " aku menyoal sekali lagi.
"Kau akan tahu. Dan kau mesti terkejut. Betapa merepeknya idea Zedi nak cari Qari. " Syaz menjawab dengan mendatar.
"Apa- apa yang terjadi, ingat satu je. Ini idea Zedi. Bukan ZIQHAS! " Syaz memberi amaran terhadap aku, Aisy dan Hara.
"Hina sangat ke idea tu? " Aisy memandang pelik terhadap Syaz.
Syaz menggeleng, "Lebih teruk dari hina. "
"Merepek sangat? " Hara menyoal pula.
Syaz mengangguk. Aku dah agak. Zedi pula aku tengok dah merah muka menahan marah.
Pak!
Belakang badan Syaz dipukul kuat oleh Zedi.
"Let's go ma prens! " Zedi bersorak kuat.
------
Qari (P.O.V)
Aku duduk berseorangan. Aku di sekolah baruku. Diamond High. Aku masih lagi tak ada kawan. Ramai nak kawan dengan aku tapi aku yang tak nak.
Hashtag akakhot. Ahaks!
Aku memerhati sekeliling kelas ku. Terkejut aku bila mereka memandangku. Aku terus menundukkan pandanganku. Buku biologi aku keluarkan lalu aku pun berpura- pura belajar.
Zedi pernah ajar aku tips ni. Kalau kau alone or awkward dalam kelas, ambil je buku lepastu acah- acah belajar. Beberapa saat selepas itu, aku melihat mereka kembali. Nampaknya tak ada sesiapa tengok aku lagi.
Ya Allah. Berguna juga tips Zedi ni. Walaupun di ajar oleh orang yang tak berguna. Haha! Ampun Zedi!
Aku melihat buku biologi kembali. Tiba- tiba aku teringat detik- detik Zedi ingin memukul Aisy guna buku biologi tapi sempat di tahan oleh Izla. Hari itu juga, aku dan Zedi hampir tolak Aisy dari tingkat tiga.
Gosh, I miss them very much but I can't meet them.
Kringgg.
Sudah masuk waktu rehat. Aku mengemas barang milikku. Aku pun bangun. Seorang gadis berambut hijau muda datang ke aku. The hell! Hijau muda? Mengarut betul author ni.
"You nak join kitorang rehat tak? " dia memintal rambutnya.
Aku terdiam. Aku terus pergi tanpa membalas kata- katanya. Susahlah jadi akak hot ni. Semua nak kawan dengan aku.
"Eiiiii. Sombongnya! " gadis itu menjerit. Aku tak kesah apa orang kata. Aku tak nak kawan dengan diorang sebab aku anggap yang aku akan khianat ZIQHAS. Cukuplah aku tinggalkan diorang dulu. Hanya ZIQHAS saja kawanku sampai bila- bila.
------
Zedi (P.O.V)
Kini, kami duduk di salah satu meja di cafeteria. Mereka berempat memandangku tajam. Aku tahu sebab apa. Sebab ini sekolah yang ke lima kitorang pergi. Idea aku lah ni. Bangga kejap. Haha!
"Idea kau memang merepek! " Izla menjelingku. Aku menjongket keningku. Berani betul ini anak ya!
"Dan memenatkan. " Aisy menambah.
Syaz menggeleng manakala Hara sudah habis meneguk gelas fresh orange yang ketiga. Penat betul tu.
"Pergi ke semua sekolah. Jumpa pengetua sekolah lepastu buat announcement. Sebut nama panjang Qari. Dan ini sekolah yang ke lima kita pergi. Are you kidding me Zedi? " Aisy membebel panjang.
"Better daripada korang. Korang ada idea ke? " Aku tahu yang diorang tak ada idea.
Mereka terdiam. Hanya bunyi air disedut kedengaran di meja kami. Kami melihat Hara.
"Bila kau beli air lagi tak guna! " Izla menyoal pelik dan kedengaran agak kasar bagi orang lain tapi bagi ZIQHAS, biasa je.
Hara tersengih, " Aku haus. "
Aku menggeleng kepala sambil berpeluk tubuh, "Bagus betul sekolah ni. Senyap je semua orang masa makan. "
"Aku rasa diorang senyap sebab kita. " Aisy bersuara. Kami memandangnya.
"What do you mean? " Syaz menyoal kehairanan.
Kami terus memandang sekeliling apabila Aisy membuat isyarat supaya melihat sekeliling.
"Again. We got attention! " Syaz bersuara mendatar. Mungkin tak suka apabila mendapatkan perhatian dari semua penghuni cafeteria. Ada yang jatuh bila tengok kitorang. Halamak! Susah lah jadi gadis idaman Asia ni. Ehek!
"Jom bla! Dah kenyang kan? Kita terus pergi bilik pengetua! " aku terus bangun di ikuti mereka yang lain.
Buk!
Aku terlanggar seseorang.
"Hey, baby doll! We meet again. " lelaki itu bersuara. Aku mendongak.
What the--
Aku terlanggar salah seorang dari kawan lelaki yang belanja aku novel lautan Hindi tu. Aku tak baca pun buku tu. Aku sedekahkan dekat anak jiran sebelah rumah. Budaknya rajin membaca novel yang cliche. Gembira betul budak tu bila aku bagi dia novel tu. Aku pun tumpang gembira bila novel tu dah tak hadir dalam hidup aku. Alhamdulillah.
Aku tersengih janggal. Aku lebih rela duduk dekat cafeteria walaupun semua pandang aku daripada jumpa diorang berlima ni.
I'm dead.
"Ze, who's this? " Izla menyoal.
Aku seperti mayat hidup yang boleh berdiri. Diam tidak berkutik. Diorang sekolah dekat sini? Mengapa? Bagaimana? Dimana? Apakah? Ehh apa aku merepek ni!
Aku harap Qari tak sekolah di sini. Kalau Qari sekolah sini, aku boleh pitam nak hadap lima ketul ni.
Or I should pretend I don't know them. Wait a minute, that's not helping at all. Sebab diorang takkan percaya. Reaksi aku terserempak dengan diorang pun dah nampak yang aku kenal diorang.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro