Chapter 10
Wanita itu termenung. Dua hari lagi dia akan bertolak ke Malaysia. Mengenangkan nasib keluarganya membuatkan dia runsing. Dia sudah hilang jejak keluarganya. Bagaimana dia ingin berjumpa dengan keluarganya yang sudah lama tidak di temu.
"Mother, father, brother, sister. " Wanita itu menutup matanya untuk menghalang air matanya keluar. Wanita itu menoleh ke belakang di mana gambar keluarganya ketika dia masih lagi kanak- kanak.
Di tepi gambar keluarga, terdapat gambar arwah datuk dan neneknya. Mereka lah menjaganya selama ini. Setelah peristiwa hitam itu berlaku, orang- orang suruhan datuk dan neneknya cuba menjejaki keluarganya namun tidak berjaya. Hanya dia sahaja yang di temui.
"Grandfather, grandmother. I promise I'll find them. And bring back our family like before. "
Teringat akan orang yang membuatkan keluarganya berpisah, dia berasa marah dan dendam. Dia tahu siapa dalang semua itu. Dan dia berjanji bahawa orang itu akan menerima balasan yang setimpal daripadanya. I'll find my parents and siblings.
------
KLCC
Zedi (P.O.V)
Aku dan Syaz berjalan- jalan untuk menenangkan fikiran.
"Let's be honest. Your idea to find Qari is totally terrible. " Syaz memandangku.
Aku menjongketkan keningku. Amboi amboi ini anak. Kemain lagi dia cakap idea aku teruk. Aku menumbuk bahu Syaz dengan kuat.
"Sakitlah syaitan! " Syaz mengadu. Adalah terselit sedikit carutan yang sesuai buatku.
"Ini makannya. " Aku mengetap bibir kegeraman.
Syaz menjelingku, "Aku jujur. "
"Tapi better daripada duduk diam tunggu Qari kembali. Am I right? " Aku menjongketkan keningku buat kali kedua.
"Fine! You win. Amik masuk kubur! "
Aku membuat muka kemenangan. Kami berhenti di depan kedai Watson.
"Aku nak masuk sini sekejap. Kau pergi lah mana- mana dulu. " Syaz terus masuk tanpa menunggu balasanku.
Aku mengeluh, " Syaz ni kalau pergi Watson, dia punya sekejap tu sempat aku jumpa sekolah baru Qari! " Aku membebel seorang diri. Okay tipu je tapi serius aku cakap kalau Syaz pergi Watson, memang lama betul.
Aku memang tak tahan. Kalau aku ikut dia masuk tadi,boleh tercyduk aku tunggu dia pilih barang. Ambil je lah semua yang dia nak. Tak perlu pilih- pilih.
Ada satu hari tu, aku hampir hempuk Syaz guna bakul Watson. Nasib baik akak cashier dekat situ sempat lari ala- ala Naruto untuk hentikan aku. Dia sendiri kata bakul tu tak kuat sangat. Lain kali ambil lah botol syampu nak hempuk. Lepastu, Syaz terus tarik aku dari akak cashier tu. Katanya akak tu macam gila. Aku pun ikut je Syaz yang ingin segera keluar dari Watson tanpa beli apa- apa.
Aku pergi ke kedai buku Popular. Aku pergi ke rak novel. Aku tak minat sangat novel cinta- cinta ni. Kebanyakannya cliche. Kalau kahwin pilihan keluarga, mesti ada orang ketiga. Kalau kahwin atas dasar cinta, mesti mertua ada menantu pilihan sendiri. Ya Allah. Banyak dah aku jumpa plot macam tu. Sampaikan kekadang aku dah dapat agak ending dia macam mana.
Aku melihat novel paling atas sekali. Aku menjengket. Cuba ingin mengambil novel itu. Aku bukannya nak baca pun. Tengok tajuk pun dah tahu cerita tu cliche teramat, 'Cinta dasar lautan'.
The heck! Author ingat cerita kitorang ni apa. Dasar lautan? Ingat ni cerita Aquaman ke apa? Dasar otak udang punya author!
Aku cuma nak ambil novel yang tinggi itu walaupun aku tahu yang aku takkan sampai. Aku ada satu sebab je nak capai novel tu. Aku nak tengok ada tak orang tolong. Biasanya dalam cerita budak sekolah macam cerita kitorang ni, kalau perempuan tak sampai nak ambil buku or anything else, akan ada lelaki yang tolong. Hehe.
Aku tak gatal okay! Aku cuma nak cuba. Mana tahu jodoh yang tolong. Ehek! Sekali lagi aku nak cakap dengan korang yang aku tak gatal!
Aku menjengket- jengketkan kaki aku supaya aku semakin tinggi. The hell! Tak ada sesiapa tolong ke? Aku penat berjengket ni. Tangan aku pun dah lenguh.
Haih! Nampaknya tak berjaya. Baru je aku nak turunkan tangan aku, ada satu tangan mencapai novel itu. Aku menoleh ke sebelah kananku. Seorang lelaki menjongketkan keningnya. Novel itu dia serahkan kepada ku.
"How sweet am I? "
Kawan- kawannya bersorak. Aku melihat belakangnya. Empat orang lelaki. Aku boleh agak yang diorang ni highschooler macam aku. Aku yakin!
"Ohh thank you. " aku menjawab teragak- agak. Tiba- tiba aku rasa menyesal cuba tips tadi. Kalau aku tahu yang diorang tolong, aku takkan buat. Serius aku cakap!
Aku bukan tergoda dengan lima ketul ni. Aku cuma rasa yang diorang ni menyeramkan. Okay, aku jujur. Diorang nampak handsome. Memang type semua perempuan. But not my type. Aku rasa diorang ni badboy. Sebab cara diorang pandang perempuan tu agak menakutkan. Selain menakutkan, bagi aku diorang ni annoying. Aku kena pergi dari sini dengan cepat.
Aku tersengih bila diorang tenung aku macam nak makan aku. Aku meletakkan novel itu di tingkat separas pinggang aku. Nanti pandai- pandailah pekerja kedai tu letak balik dekat tempat sepatutnya. Aku tersenyum janggal lalu aku pun jalan melepasinya tanpa berkata apa- apa.
Tiba- tiba tanganku dicengkam dari belakang. Aku terhenti. Aku tahu siapa yang cengkam tangan aku. Lelaki yang tolong aku ambil buku tadi.
'Mampus aku. Astaga! Diorang ni menakutkan! ' Aku berpusing seraya cuba merungkaikan cengkaman itu. Namun, tak berjaya. Makin aku cuba lepaskan tangan aku, makin kuat cengkaman itu.
"Can you let me go? "aku pinta sambil tersenyum manis. Dalam hati, macam- macam doa aku baca. Doa makan, iftitah, Al-Fatihah, ayat kursi. Kalau dia tak nak lepaskan juga, aku terpaksa baca surah Yassin.
"Kenapa you letak balik novel tu? Penat I ambilkan. " Lelaki itu menyoal sambil tersenyum. Senyuman gatal tu.
Shit! Gelinya aku dengar I-you. Guna aku-kau je dah lah. Aku ketawa janggal.
"Tiba- tiba saya teringat yang saya lupa bawa duit. So, I will buy the novel tomorrow. " Tak guna betul lelaki ni, sebabkan dia, gadis baik seperti aku terpaksa menipu. Haha!
Lelaki itu tersenyum sinis. Aku tak sedap hati. Boleh tak aku guna buku tebal dekat sebelah aku ni untuk hempuk dia sampai pengsan. Ehh tak boleh! Lagi empat ketul kawan dia tu macam mana.
Lelaki itu mengambil novel tadi lalu dia pun menarik tanganku ke kaunter bayaran. Kawan- kawannya mengekori dari belakang. Peluang aku nak larikan amat tipis. Cengkaman dan empat orang di belakang. Memang tak boleh lari punya. Dasar penakut punya jantan! One by one lah! Hehe gurau je. Aku kalah juga nanti. Diorang lelaki lagi kuat. Tapi kalau aku tendang dia punya anu tu mungkin aku boleh menang.
Astaga! Ini bukan masa nak fikir one by one! Sampai sahaja di kaunter, lelaki itu letak novel itu di atas meja kaunter.
Aku terkejut. Aku kan dah tipu dia yang aku lupa bawa duit. Kalau aku bayar nanti diorang tahu aku tipu. Kalau aku tak bayar nanti manager Popular ni suruh aku ambil part time sehari untuk bayar harga novel tu. Aku tak nak!
"Hey! I said-- "
"It's okay! My treat, dear. " Lelaki itu mengenyit mata kanannya.
Aku terdiam. Dia nak belanja? Aku boleh je tapi aku tak nak novel merepek tu. Boleh tak aku minta nak tukar beli komik? Nak try?
Ya Allah. Aku tak patut fikir macam tu. Aku nak balik cepat!
Selesai sahaja sesi pembayaran, lelaki itu terus beri plastik novel itu kepada ku.
"Thank you tapi saya tak nak. " aku menolak mentah- mentah. Bukan nak sombong. Aku cuma takut nanti dia minta balasan.
Lelaki itu hanya membalas dengan senyuman manis.
"Urmm. Saya pergi dulu. " Aku terus pergi tanpa menunggu balasan mereka.
Aku terus pergi ke Watson untuk cari Syaz. See? Just like I said before. Dia tak beli apa- apa lagi. Aku tak paham betul dengan taste dia. Aku terus tarik Syaz untuk balik rumah. Aku tak nak terserempak dengan diorang berlima lagi. I hate badboy!
"Hey! " Syaz menjerit tapi aku hanya hiraukan. Aku tahu yang sekarang ni muka aku kosong sahaja. Orang sekeliling memerhati kami. Seorang mengheret manakala seorang lagi melawan. Aku tahu yang balik banglo nanti diorang akan gelakkan aku bila tengok novel yang aku beli ni.
------
Mereka berempat ketawa terbahak- bahak. Tengok! Aku dah cakap.
"Buku apa kau beli ni? " Izla menyeka air matanya. Dia punya gelak tu sampai menangis.
"Cinta dasar lautan kepala ongek dia lah! " Hara menekan perutnya. Menahan kesakitan akibat ketawa tak ingat dunia.
"Buku cinta? " Syaz menekup mulutnya untuk menahan ketawa. Dia tak tahu ke yang obvious sangat dah tu. Nampak sangat dia ketawa.
"Kau nak mati ke apa sampai beli buku cinta? " Aisy membaca sinopsis lalu dia pun sambung ketawa. Dasar tak guna punya kawan!
"Actually bukan beli guna duit aku pun. " aku berlaku jujur. Come on guys. Seketul Zedi sangat jujur orangnya. Fakta ye anak- anak sekalian.
Mereka berhenti ketawa lalu mereka memandangku. Aku mengeluh lalu aku pun menceritakan perkara yang berlaku di Popular tadi.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro