
Bab 9
"Hai, Shark." Zen melambai-lambaikan tangannya. Syed mengeleng perlahan melihat perwatakan Zen yang langsung tidak serius itu. Lelaki itu tidak tahu yang dia terpaksa mengugut Shark dengan menggunakan senjata api untuk membawa lelaki itu ke sini.
"Kau, siapa?" kata Shark perlahan. Dia tidak pernah melihat lelaki berambut perang itu. Zen tersenyum lalu menanggalkan topeng muka dan topi besbolnya. Saat melihat wajah Zen, kornea mata Shark serta-merta membesar.
"Kau!" jerit Shark sambil mengacukan jari telunjuk kanannya. Hampir terlompat Syed melihat reaksi Shark yang tiba-tiba berubah itu. Dia segera menjauhkan diri daripada Shark. Kedua-duanya diperhatikan dari jauh. Enggan mahu masuk campur.
"Hmm? Kau ingat aku?" tanya Zen. Sebelah keningnya diangkat. Dia masih mahu menguji lelaki bermata runcing itu.
"Memang betullah apa yang budak spek tu cakap. Dalam banyak-banyak orang yang aku kenal kau je yang tak ada identiti. Tapi, kenapa kau cari aku?" soal Shark sambil bercekak pinggang. Dia teringat bahawa Syed ada memberitahu tentang FBI dan Interpol.
"Aku..." belum sempat Zen menghabiskan kata-katanya, Shark segera menyampuk.
"Kau... FBI?" soal Shark rawak. Zen mendengus kasar lalu tersengih. Dia melompat turun daripada mejanya lalu berjalan perlahan mendekati Shark.
"Kau... silap." Kata Zen sambil menyentuh bahu Shark.
"Shark, kau diperlukan untuk menjayakan rancangan kami," maklum Zen sambil mengukir senyuman.
"Err, maksud kau?"
"Kau masih ingat tak janji kau 10 tahun lepas?" soal Zen. Shark meneguk air liurnya yang tiba-tiba terasa pahit. Jika peristiwa 10 tahun itu yang Zen maksudkan, sudah tentu dia ingat. Tak mungkin dia lupa untuk selama-lamanya. Syed yang mendengar mula berkerut dahi. Nampaknya,Zen belum menceritakan semuanya tentang Shark.
"A... aku ingat. Ba... baiklah, aku akan tolong kau. Lagipun, aku sangat berterima kasih," ujar Shark lalu menundukkan kepalanya. Emosinya menjadi tidak stabil. Peristiwa mengenai pembunuhan datuk bandar turut terngiang-ngiang di kotak memorinya. Terbayang wajah dua orang kanak-kanak itu. Ren dan Rissa... kisah mereka mirip sekali dengan kisahnya 10 tahun yang lalu. Jika waktu itu Zen tiada... sudah tentu hidupnya sudah lama berakhir.
"Bagus Shark. Mulai hari ini, panggil aku Zen," kata lelaki berambut perang itu sambil menepuk-nepuk bahu Shark mesra.
"Zen..." ucap Shark perlahan. Entah mengapa, pandangannya mula berbalam-balam. Dunia terasa seperti berpusing-pusing saat itu. Dia hilang kestabilan dan tubuhnya kian longlai. Zen pantas memaut tubuh berotot milik Shark sebelum sempat jasad itu rebah mencium lantai.
"Shark!" jerit Zen. Syed tersentak daripada lamunannya. Dia segera berlari ke arah Zen dan Shark. Tubuh lelaki bermata runcing itu dipapah menuju ke arah katil.
"Shark mungkin letih," kata Syed perlahan. Zen terdiam. Sudah tentu dia letih setelah 'bermain kejar-kejar' dengan pihak polis selama 3 hari berturut-turut.
"Biarkan dia berehat. Syed, kau mungkin tahu apa yang patut dilakukan." Syed mengagguk pantas lalu segera berlalu. Zen tersandar lemah di kerusinya sambil melihat Shark yang ketiduran seperti anak kecil. Dia tersenyum nipis.
"Shark, kau boneka aku yang kedua...," bisik Zen perlahan. Satu senyuman hambar diberikan. Akhirnya, dia turut terlelap di kerusi itu sambil menemani Shark.
***
Imbas kembali: 10 tahun lalu
"Budak kurang ajar!" Sehelai kain batik yang basah dilibas kuat mengenai tubuh kurusnya. Remaja itu rebah mencium lantai. Terasa perit badannya saat itu. Kesan lebam semalam masih belum hilang, kini ditambah pula calar akibat dilibas kain basah. Insan yang amat dihormatinya itu dipandang dengan pandangan ketakutan.
"Sha... Shakir tak salah. Abang tu, dia guna barang Shakir tanpa kebenaran." Perlahan Shark bersuara. Menurut hematnya, mungkin jika dia berterus terang, ayahnya akan reda sedikit.
Ayahnya, Sharif mula terdiam sambil mengeleng kecewa. Dia mencampakkan kain batik itu ke tepi lalu masuk ke dalam bilik. Shark menangis teresak-esak. Dia tahu, saat itu ayahnya sangat kecewa dengan dirinya. Entah apa salahnya, dia pun tak tahu. Abangnya yang sedari tadi membisu dipandang tajam.
"Sebab kaulah, ayah marah aku! Kaulah puncanya! Dari semalam, kau selalu sakitkan hati aku! Kenapa kau balik hah?" jerit Shark pada wajah abangnya, Syamil. Abangnya mengetap bibir perlahan.
"Shakir, kau tu yang bermasalah. Kenapa kau cakap macam tu? Aku tak sengaja. Aku akan ganti balik kasut kau yang haus tu!" Abangnya turut membalas geram. Yalah, sudah diberitahu berkali-kali kepada adiknya itu yang dia akan ganti. Lagipun, dia tidak sengaja. Shakir kecewa dengan jawapan abangnya itu.
"Kau... kenapa tak pernah faham aku? Abang apa kau ni?" Shark mencemuh lalu membawa diri ke dalam kamarnya. Tanpa dia sedari, kata-katanya didengar oleh ayahnya.
"Sudahlah Syamil! Jangan dilayan adik kau tu! Dia memang begitu, semua benda hendak berkira. Kalau barang orang, dia buat biasa aja. Tak mengapa, nanti ayah ganti kasut dia tu!" sengaja Syarif menguatkan suaranya agar didengari oleh Shakir. Pedih hati Shark saat disindir bapa sendiri. Adakah kerana marah kasutnya diguna tanpa kebenaran, dia dikatakan berkira? Kasutnya itu dibeli dengan wangnya sendiri, langsung tidak mengemis dengan sesiapa. Lantas, wajarkah dia dicop sebagai manusia berkira?
"Tak... aku bukannya berkira...," keluh Shark perlahan. Setitis mutiara jernih jatuh dari tubir matanya. Tidak mampu menahan perasaan, wajahnya disembamkan ke bantal. Meskipun dia lelaki, dia masih punya emosi. Apabila merasa seperti dibenci oleh keluarga sendiri, perasaan ini menjadi-jadi.
Shark redha. Biarlah kasutnya haus sebelum sempat digunakan untuk ujibakat sukan parkour esok. Dia tidak mahu dicop sebagai manusia berkira. Malam itu, dia menangis dan menangis sehingga kantuknya membenih. Akhirnya, dia terlelap dalam linangan air mata.
Keesokan harinya, ayahnya sudahpun menggantikan kasut Shark yang telah haus. Dia memandang kasut itu tanpa perasaan. Perasaan sebak mula berbuku di hati. Abangnya Syamil tersenyum mesra sambil mengangguk perlahan. Dia memberi isyarat kepada Shark untuk mengambil kasut itu. Remaja itu mendengus kasar. Langsung diabaikan isyarat tersebut. Dia segera menyarung kasutnya yang sudah haus itu.
"Aku bukannya manusia berkira! Ambillah semula kasut ni. Kau pakai. Kau kan tak ada kasut," ujar Shark dingin sebelum melangkah ke arah basikalnya. Dia harus segera ke tempat uji bakat. Ayahnya yang memerhati hanya mengetap bibir kegeraman.
"Syakir, kau memang anak yang biadap!" Syarif mengambil kasut baharu yang dibelikan untuk Shark lalu dicampak ke tempat pembakaran sampah. Syamil yang melihat situasi tersebut mula rasa bersalah. Dia tahu, punca perbalahan dua beranak itu adalah kerananya.
Syakir mengesat air matanya yang tumpah secara tiba-tiba. 'Sah, semua orang benci aku!' desis hati Shark. Kayuhan basikalnya dilajukan sehinggalah dia terlihat seorang lelaki remaja berambut perang yang tersenyum sinis ke arahnya. Lelaki itu langsung tidak dikenalinya lantas dia mengabaikan. Sesampainya di tempat uji bakat, dia mendapat giliran yang pertama untuk menujukkan bakatnya dalam sukan parkour.
Sambil menarik nafas panjang, dia memandang ke arah setiap check point. Ada yang memerlukannya untuk melompat dinding yang tinggi, bergayut dengan menggunakan satu tangan, dan melakukan aksi bebas. Semua itu tidak ubah seperti latihan untuk melakukan filem aksi. Debaran kian terasa. Penonton-penonton sudah pun bersorak di luar gelanggang. Semakin bertambah debarnya saat itu. Ini ialah satu perlumbaan!
"Bismillah...." Shark segera melompat dengan tangkas ke arah penghadang-penghadang besi. Saat memijak batang besi yang sedikit basah itu, dia hampir sahaja terelincir kerana tapak kasutnya tidak mencengkam permukaan pada batang besi itu. Stesen ujian pertama, dia lulus dengan jayanya. Dalam meraikan kegembiraannya itu, matanya tertancap pada kelibat lelaki tadi. Lelaki itu mencabut topinya perlahan lalu tersenyum ke arahnya. Shark mula berasa tidak selesa apabila diperhatikan sebegitu. Dia membuat keputusan untuk mengabaikan sahaja lelaki berambut perang gelap itu.
Pada ujian di stesen yang kedua, Shark juga lulus dengan jayanya. Kini, pada aksi bebas, kesemua peserta dihendaki berlumba ke suatu tempat sambil melakukan aksi yang menarik perhatian, menunjukkan kekuatan stamina dan kreativiti mereka. Shark sudah bersedia. Tapak kasutnya yang sudah botak dipandang hampa. Semoga, kasut ini masih mampu bertahan sehingga ke akhir perlawanan.
Picu pistol angin ditekan. Semua peserta mula berlari dan melepasi penghalang-penghalang yang disediakan. Shark masih lagi di hadapan. Namun, kasutnya terpijak lumpur ketika berlari menunju sebatang tiang besi yang bertingkat-tingkat. Saat kakinya memijak besi yang paling atas, lumpur yang melekat pada tapak kasut menjadi bala buat dirinya. Kakinya tergelincir dari batang besi, lantas tangannya segera memaut penghadang yang tergantung. Peserta-peserta yang lain mula melepasinya.
"Ti... tidak..." Tangannya cuba digagahkan. Jika dia terjatuh kali ini, bukan sahaja dia akan tersingkir, malah dia mungkin akan tercedera. Kalau diikutkan, sebagai atlit sukan parkour, dia juga mestilah mahir mendarat dari tempat yang tinggi, namun kakinya saat itu sudah pun terseliuh. Dia mula putus asa. Mungkin uji bakat mencari atlit sukan parker itu terpaksa dilupakan.
"Woi, terjun!" sergah satu suara. Shark memandang ke bawah. Lelaki berambut perang itu!
"Ta... tak boleh. Kaki aku terseliuh," ujar Syakir sambl mengetap bibirnya. Tangannya tidak mampu bertahan lama di situ.
"Dengar cakap aku, terjun!" kata lelaki itu. Shark mengeleng laju. Tidak, dia tidak mahu patah kaki.
"Aku, akan tolong kau!" kata lelaki misteri itu lagi. Baru sahaja Shark hendak mengelengkan kepalanya sekali lagi, tangannya mula berdenyut. Pegangannya pada penghadang yang tergantung itu terlepas.
"Argh!" Shark menjerit. Fikirannya mula mmbayangkan kesakitan yang terpaksa ditempuhi nanti. Namun, sepasang tangan menyambut tubuhnya kemas sebelum sama-sama tumbang ke tanah. Tubuh Shark bergolek ke sisi lelaki misteri itu.
Sambil mengaduh kesakitan, dia mencelikkan matanya perlahan-lahan. Lelaki itu tersenyum mesra sebelum bangkit. Beberapa ahli pasukan bulan sabit merah mula berlari-lari ke arah mereka sambil membawa kotak kecemasan.
'Ceh, baru sekarang mereka nak datang?' Shark mencemuh dalam hati. Matanya tertancap pada lelaki misteri yang baru sahaja menyelamatkannya.
"Tunggu! Kau siapa?"soal Syakir. Lelaki itu tersenyum.
"Aku... tiada nama yang tetap," kata lelaki itu. Shark mula mengerutkan dahinya.
"Ke... kenapa kau selamatkan aku? Kau kenal aku?"
"Shark... kau ni istimewa. Aku peminat kau dalam sukan parkour ni. Sebab tu, aku datang tengok uji bakat kali ni. Tapi, malang sekali, kau pakai kasut yang haus," kata lelaki itu.
"Hmph, bukan aku yang nak semua ni berlaku! Dan, aku tak sangka pula aku ada peminat. Bukannya hebat sangat pun." Shark merendah diri.
"Eh, kau panggil aku Shark! Macam mana kau tahu orang panggil aku Shark?" soal Shark lagi.
"Well, peminat mestilah tahu semua tentang idolanya. Oh ya, kau patut terima kasut yang ayah kau belikan tu. Selamat berjaya untuk pertandingan seterusnya. Cherrio!" lelaki itu segera berlalu. Setiap panggilan Shark langsung tidak diendahkan. Namun, saat itu, dia terasa seperti hidupnya baru sahaja bermula. Motivasinya meningkat kembali. Sambil membiarkan pasukan kecemasan membalut kakinya yang terseliuh,dia tersenyum sendiri.
Tekadnya, dia akan berlatih bersungguh-sungguh untuk menyertai pertandingan sukan parkour yang seterusnya, iaitu pada tahun yang akan datang. Pertandingan ini hanya diadakan setahun sekali. Namun, sejak itu, kelibat lelaki misteri itu langsung tidak terlihat lagi.
"Lelaki tanpa nama, di mana kau?" bisik Shark perlahan setelah kekalahannya yang kelima dalam pertandingan sukan parkour itu
#Maaf jika ada sebarang kekeliruan dari segi ejaan. Sukan Parkour ialah ejaan yang sebenar, bukan 'Sukan Parker' Harap maaf atas kekeliruan di bab yang sebelumnya ya!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro