Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 3



Wanita yang lengkap dengan uniform berlambang sekuntum bunga berwarna hitam, berjalan perlahan di hadapan 10 orang pegawainya. Masing-masing diam tidak berkutik menanti bicara daripada empunya badan. Saat itu, situasi begitu tegang sekali. Hanya simpati yang mampu menyelamatkan mereka sekarang.

Mata Asyley mencerlung memandang 10 orang lelaki itu. Mereka semua dipaksa untuk melutut dengan tangan yang masih terikat ke belakang.

"Cik muda! Maafkanlah kami!" jerit salah seorang lelaki di situ. Langkah Asyley yang sejak tadi ke hulu ke hilir terhenti.

"Kau... berani bersuara? Nak mati cepat ke?" sinis Asyley berkata. Meskipun jawatannya cumalah komander Kumpulan Black Tosa di Wilayah Munich, iaitu wilayah paling hujung dalam Negara Jerman, namun pengaruhnya lebih kuat daripada semua komander di 13 wilayah yang lain. Sedikit demi sedikit, mereka akan kembali menguasai seluruh Jerman.

"Ampun!" Lelaki tersebut bertindak untuk bersujud di kaki Asley. Wanita itu mengetap bibirnya yang munggil. Wajah pucatnya itu jelas sekali tidak senang dengan perbuatan lelaki itu. Lantas, tanpa belas kasihan, kakinya menendang kasar tubuh lelaki itu.

"Berani betul kau! Pancung mereka semua!" tempelak Asyley. 10 orang lelaki yang bersalah tadi mula mengangkat wajah. Masing-masing meronta dan merayu agar diberi belas kasihan. Kesalahan mereka cuma satu. Mabuk ketika menjalankan tugas. Pantang bagi komander wanita itu, jika ada yang mempersendakan tugas dalam organisasi Black Tosa. Dia tidak akan sesekali memberi muka kepada mereka.

"Cik muda! Kasihanilah kami! Cik muda..." Suara mereka yang merayu agar diberi belas kasihan semakin menghilang. Sayup-sayup kedengaran jeritan penuh seksa daripada mereka saat mata pedang yang tajam lagi berkilat mula melibas tengkuk. Yang lain terdiam, tidak mahu melawan. Bimbang terkena nasib yang sama.

"Dengar sini semua! Walaupun aku perempuan, jangan sesekali melihat aku sebagai perempuan! Jika kau semua tidak mahu mati dengan mudah!" Asyley bersuara lantang sebelum berlalu pergi meninggalkan ruang utama markas tersebut.

Gadis itu hanya cantik pada wajah, namun tiada siapa yang menyangka, di sebalik kecantikan tersembunyi hati yang hitam dan kejam. Wanita itu, tidak akan sesekali bersimpati, meskipun pada kaumnya sendiri!

***

"Asyley... Asyley... Aku dapat tahu kau bagi hukuman pancung kepada 10 orang pegawai semalam. Betul ke?" Jeneral James menghempas tubuhnya di atas sofa empuk di dalam ruang pejabat Asyley. Wanita itu hanya bermasam muka.

"James, walaupun kau Jeneral Black Tosa, jangan fikir aku takut dengan kau. Kau lelaki paling keji dalam dunia ni." Selamba wanita itu membalas. James hanya tersenyum. Gadis itu memang lain daripada yang lain.

"Asyley, kau masih tak boleh lupa peristiwa 17 tahun yang lalu?" soal Jeneral James. Wanita itu mendengus kasar. Geram betul dia apabila lelaki itu membuka topik yang paling sensitif.

"Huh, buat apa aku ingat. Benda lama. Aku tak boleh terus maju kalau asyik di takuk yang lama." Yakin sekali Asyley menjawab. Semakin lebar senyuman Jeneral James. Kalau wanita itu tersilap cakap tadi, di situ juga dia akan bunuh Asyley.

"06. Kau masih ingat dia? Hmm, mungkin 04? Oh, tak, tak! 03...." Jeneral James cuba menguji kesabaran Asyley.

Bang!

Satu tembakan dilepaskan. Sipi-sipi sahaja peluru itu untuk mengenai kepala Jeneral James. Lelaki separuh umur itu kaget sebentar. Dia memandang ke arah Asley dengan pandangan kurang percaya.

"Berani kau...." Terketar-ketar suara Jeneral James menahan amarah. Wanita itu hanya tersenyum sinis.

"Maafkan aku James. Dari tadi kau asyik merepek. Aku rasa, benda ni boleh sedarkan kau sekejap." Asyley tersengih sambil meniup hujung pucuk pistolnya.

"Hmph... Aku balik dulu." Lelaki itu mula bangkit. Dia langsung tidak ambil hati dengan kata-kata Asyley. Gadis itu tidak akan berani membunuhnya. Tanpa dia, siapalah Asyley sekarang.

"Oh ya...," kata Jeneral James sambil berpaling ke belakang.

"... kau patut hati-hati dengan pistol tu. Kau sepatutnya tidak lupa, siapa yang selamatkan kau daripada kematian 17 tahun yang lalu Asyley. Jika mereka tahu siapa kau yang sebenarnya... semua pengaruh kau sudah tiada gunanya. Kalau bukan aku, kau bukan diri kau yang sekarang." Usai memberi pesanan ringkas itu, lelaki itu segera memulas tombol pintu dan berlalu pergi.

Asyley terkesima. Dia akhirnya jatuh terjelopok di lantai. Air matanya mula bergenang. Saat itu, semua memori silam menerpa ke dalam kotak mindanya.

"Maafkan aku... maafkan aku Syahid...." Gadis itu mula menangis teresak-esak. Hampir 10 minit dia menghamburkan segala isi hatinya. Bunyi ketukan di pintu segera menghentikan tangisan. Pantas dia mengesat air matanya.

"Cik muda Asyley, Tuan James hantar seorang tetamu di sini." Kata pembantunya.

"Benarkan dia masuk!" Asley memberi arahan. Dia segera mengambil tempat di mejanya. Seorang lelaki dalam lingkungan hujung 50-an melangkah masuk. Asyley menjongketkan sebelah keningnya. Dia tidak kenal lelaki itu.

"Silakan duduk," jemput Asyley. Lelaki itu mengangguk perlahan lalu mengambil tempatnya di sofa yang berdekatan. Wanita itu turut mengambil tempat berhadapan dengan lelaki itu.

"Kenalkan diri kau dan tujuan kau datang ke sini."

"Ehem. Nama aku Daichi. Kawan James. Aku ke sini untuk mendapatkan perlindungan daripada BlackTosa.

"Jadi, kau kenal James?"

"Ya, lebih kurang." Daichi mula menggeliat.

"Dan, kenapa pula kau perlukan perlindungan? Siapa yang kejar kau?"

"Cik muda Asyley, aku ni bukan calang-calang penjenayah. Sekarang FBI dan Interpol tengah buru aku. Aku tak boleh keluar daripada negara ni untuk melarikan diri. Black Tosa pernah berjanji untuk memberi perlindungan kepada aku sekiranya aku berada di Jerman dan sekarang aku nak tuntut janji itu." Daichi tersengih memandang Asyley. Wanita itu masih lagi dengan wajah seriusnya. Entah mengapa, dia terasa kurang senang dengan lelaki bermata sepet itu.

"Hmm, aku pernah dengar pasal kau Daichi. Tak sangka, kau hanyalah seorang pakcik yang dah beruban." Selamba Asyley mengutuk. Lelaki tua itu hanya mampu mengetap bibirnya menahan geram.

"Aku tak minta semua ni percuma. Pastilah akan ada bayarannya." Nasib baik Daichi masih mampu mengawal emosinya. Wanita itu mula fokus terhadap apa yang Daichi ingin katakan.

"Kau... mampu ke bayar? Heh, di sini, kalau kau tersalah cakap, hukumannya hanya satu, iaitu mati. Sama ada kau ingin menempah maut yang mudah atau tidak, bergantung pada apa yang kau katakan." Asyley tersenyum lebar dengan mata yang sengaja dicelik luas.

'Kau memang seperti yang James katakan!'getus hati Daichi. Dia menarik nafasnya panjang.

"Aku, akan tolong kau kuasai Jerman!" serius, dan yakin sekali lelaki tua itu berkata. Wanita itu semakin tidak senang duduk. Dia termenung seketika memikirkan tawaran daripada Daichi.

"Kau akan dapat apa yang kau mahu." Kata Asyley.

***

Zen mencampakkan beberapa keping foto seorang lelaki di atas meja kaca itu. Syed segera mengambil foto-foto tersebut.

"Siapa lelaki ni?" soal Syed. Zen hanya tersenyum mendengar lelaki itu.

"Lelaki ni, kenalan aku semasa sekolah dahulu."

"Kau... kawan dengan budak gangster? No wonder..." Syed mula mengurut-urut dagunya sambil memandang ke arah Zen.

"Dia bukan gangster. Bukan pembuli atau budak jahat. Kenapalah kau ni tiba-tiba serkap jarang?" marah Zen lalu merampas gambar-gambar tersebut.

"Err, maaf. Aku tak bermaksud nak tuduh. Aku ingatkan..."

"Hmm, takpe. Memang selalu begini. Orang akan salah faham pada rupa dan fizikal. Orangnya baik dan jujur. Sangat sesuai untuk sertai kita."

"Apa yang buat kau fikir dia nak sertai kita?" Zen tersengih mendengar kata-kata Syed.

"Aku ada plan aku sendiri tetapi, aku tak tahulah aku patut gunakannya atau tidak." Zen mengeluh perlahan. Mana mungkin Syed akan bersetuju dengan caranya.

"Apa plan kau?" soal Syed. Zen terdiam sejenak.

"Hmm? Aku dah lupa. Hahaha." Zen tertawa besar. Remaja itu hanya mampu tepuk dahi sahaja.

"Jadi, macam mana ni?"

"Buat masa ni, lupakan dulu lelaki ni. Aku perlukan kau untuk buat sesuatu," ujar Zen. Sengaja dia mengalih topik. Hatinya amat yakin sekali yang Syed tidak akan sesekali bersetuju dengan caranya, namun, dia ialah Zen. Caranya, tidak akan berubah. Menyeleweng orang lain merupakan kepakarannya.

"Siasat kehidupan harian lelaki ni dan berikan maklumatnya kepada aku. Kau kena intip dia."

"Habis tu, siapa nak jaga kau?" soal Syed lagi.

"Hei, aku bukan budaklah! Kau tu yang budak, faham! Hesy, tak boleh ke dengar cakap orang yang lebih tua daripada kau sikit?" Zen sempat menyekeh kepala Syed. Banyak tanya pula budak ni, marah Zen dalam hati.

"Aduh! Yelah! Yelah! Apa sahajalah orang tua!" Syed mendengus kasar.

"Hmm... bagus, sedar pun diri. Aku ni dah macam abang kau tahu tak. Kau sepatutnya panggil aku abang. Hmph!" Terdiam sebentar Syed. Benarkah lelaki itu hendak dia menggelarnya abang?

"A... abang..." Tergagap-gagap Syed bersuara.

"Hah? Eii, kenapalah kau ni bendul sangat. Siapa nak kau panggil aku abang? Aku melawak jelah. Gurau!" Sekali lagi Zen menyekeh kepala Syed. Lantas dia mula ketawa berdekah-dekah.

Wajah pemuda berkaca mata itu kian mencuka. Hampa benar dia apabila Zen hanya bergurau tadi. Namun hatinya mula tersenyum sedikit. Entah mengapa, dia juga terasa gembira dengan situasi itu.

"Jadi, boleh bagi aku maklumat ringkas lelaki ni?" Syed menyoal tanpa menghiraukan gelak ketawa Zen yang tak berkesudahan.

"Ehem. Hehe, Nama dia ialah Syakir bin Syarif. Orang menggelarnya Shark!"

#dah baca sampai sini? Apa macam? kalau best...huhu malulah pula.... te..tekanlah gambar star tu...*blushing

#Kalau baca Read or Die, ada sikit penjelasan tentang Shakir ni.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro