
Teaser 1
T E A S E R 1
“AKU terlantar kat hospital, sikit pun kau tak heran eh?” sergah satu suara.
Aku yang sedang leka berbalas mesej dengan Sir Gibran berkaitan subjek sains jadi terbantut. Mata terjegil luas bila terpandang Abang Zein yang berdiri tegak depan aku. Keadaan fizikalnya sempurna. Sihat belaka. Sejak bila dia keluar dari wad?
“Kenapa? Kau nampak hantu ke? Aku ni punyalah elok kejadian tak macam orang tu. Tak sakit pun masih kekal hod@h.”
Berdesing telingaku. Sah lah, tersedar dari koma pun masih tak sedarkan empunya badan untuk berperangai elok. Masih suka menyakitkan hati aku. Dia fikir aku selemah dahulu ke? Aku dah ada Sir Gibran sebagai pelindungku. Dia takkan mudah buli aku seperti dulu lagi!
“Ingat kan dapat peluang hidup kali kedua, perangai tu jadi malaikat. Tapi, masih macam setan.” Aku sendiri terpegun dengan bicara kasar yang ternoda di lidah sendiri. Keberanian dari mana pun tidak aku ketahui. Mungkin kerana ada Sir Gibran, aku jadi semakin berkeyakinan dan berani. Di kolej pun, aku dah jadi orang yang ceria. Cuma, kawan masih tak dapatlah.
Belum ada rezeki kut. Tidak mengapalah.
“Kau kata perangai aku macam setan?” Naik seoktaf nada suaranya. Mencerlung seperti sebelum ini. Dia mara ke arahku yang sedang duduk di meja makan. Pergelangan tanganku dicengkam erat, sakitnya. Kenapa dia masih nak berkasar dengan aku? Tolonglah buang sikap setan tu! Aku bukan binatang untuk diinjak-injak perasaan. Aku manusia punya perasaan.
“Lepaslah!” Cuba rentap, buatkan tanganku makin sakit.
“Siapa ajar kau jadi kurang ajar macam ni, hah!” jerkah Abang Zein dengan wajahnya penuh kebencian. Aku bosan nak hadap dia. Kalau boleh aku nak lari sekarang juga. Selama dia koma, hidupku dah cukup aman. Sekarang dia pulang, masih nak mengasari aku seperti dulu.
“Apa lagi abang tak puas hati dengan saya!” Satu jelingan aku lemparkan untuk dia, bair dia tahu aku dah cukup sabar selama ini. Apa lagi aku nak buat untuk puaskan hati dia yang hitam legam itu! Asyik membuarkan kebencian kepada insan yang tidak bersalah ini.
“Aku benci kau masih hidup sampai sekarang! Sepatutnya kau yang koma! Bukan aku!” Terpejam mataku menerima herdikan nyaringnya. Perit untuk aku hadap kebencian dia. Puas aku tutup luka lama, dengan teganya Abang Zein mencarik kembali luka berdarah itu.
“Abang nak sangat saya m@ti? Bunuh jelah saya senang. Ambil pisau, tikam saya!” cabarku dengan sisa keberanian yang hampir tenggelam.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro