Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

8 : Be My Wife

Angin malam bertiup sedikit pun tidak menganggu seorang Melrysa Mikayla yang sedang duduk ditepi kolam renang. Cukup tenang dan mendamaikan tanpa gangguan nyamuk.

Tenang sehinggalah...

"Mikayla."

"Heishh siapa yang kacau ni?!" Terus dipalingkan wajah ke belakang. Mendadak bangun dia apabila Zayyan Zayden berada di depannya. Senyuman lelaki itu terukir sinis!

"A..bang Zayyan buat apa kat sini?" Soalnya takut-takut. Dia tak berani nak bertentangan mata dengan si pemilik iris biru gelap itu.

"Aku ade sesuatu nak cakap dengan kau." Kening Melrysa Mikayla ternaik sedikit selepas mendengar apa yang dikata oleh Zayyan Zayden

"Apa?"

"Tentang apa yang aku cakap seminggu lalu tu."

Damn!

Sungguh dia tak sangka jejaka itu akan ingat lagi tentang itu. Langkah kakinya mula berundur kebelakang apabila melihat langkah kaki Zayyan Zayden mula melangkah kedepan menuju dirinya.

Langkah demi langkah dibuat sehingga dia rasakan tapak kaki sudah memijak tepi kolam renang. Tapi demi nak elak dari lelaki di depannya, dia rela jatuh dalam kolam.

Tapi, belum sempat dia nak mengundur lagi, pinggangnya pantas disambar oleh Zayyan Zayden dan dirinya ditarik dalam pelukkan jejaka itu. Terkejut dia bila dirinya begitu dekat dengan Zayyan Zayden

"Dah tahu belakang tu kolam renang, kau pergi berundur lagi tu dah kenapa? Tak takut jatuh ke?" Suara garau lelaki itu betul-betul didengar tepat disebelah telinganya.

"Err Rysa..Rysa terlupa.. ermm boleh lepaskan Rysa?" Soalan dibalas dengan sengihan sinis sebelum pinggangnya semakin erat dipeluk.

"Aku dah lama tak buat macam ni, jadi bagi aku peluk kau dulu."

"Tapi, kita bukan muhrim." Makan dalam. Terus dilepaskan pelukkan itu. Tapi tangannya tetap digenggam oleh Zayyan Zayden.

"Kisah apa aku?"

Pandangannya jatuh pada diri Melrysa Mikayla yang sedang mengalami kemerahan pada kedua belah pipi.

"Apa yang abang Zayyan nak?" Tanpa basa basi, dia terus menyoal. Mahu menghalang jejaka itu daripada terus merapu basi lagi.

"Aku nak kita kahwin. Aku nak kau jadi isteri aku. Be my wife." Zayyan Zayden menjungkit kening sikit ke atas. Melrysa Mikayla menggulingkan mata, nak main-main pula lelaki ni!

"Hehh ajak kahwin macam ajak pergi beli ikan dengan ayam dekat Pasar Tani! Jangan nak merepek boleh tak?" Melrysa Mikayla cuba bersarkastik tapi dia sendiri pun tak rasa itu kelakar.

Terus rasa detak jantungnya bagai terhenti seketika. Mata memandang tetap mata jejaka itu bagi mencari jawapan.

Seakan faham, Zayyan Zayden mengangguk dengan mengatakan

"I'm serious, Melrysa Mikayla."

"Jangan jadi gila! Kita ni adik-beradik! Jangan nak mengarut!"

Terus dia membantah kuat didepan Zayyan Zayden. Gila ke ajak adik sendiri kahwin? Buang tebiat?

"We're not, Mika honey. Kau cuma adik angkat aku dan takde istilah aku mengarut kalau pasal ni, sayang. Kita masih boleh berkahwin dan lagi pun, kau bukannya adik susuan aku." datar saja balasan Zayyan Zayden.

Memang mereka sama-sama tahu yang adik beradik angkat boleh berkahwin tapi bagi Melrysa Mikayla, dia anggap Zayyan Zayden tidak lebih dari seorang abang padanya.

"Kalau Rysa taknak dan tak setuju, abang nak buat apa?" Soalan yang dirasakan seakan mencabar dirinya membuatkan Zayyan Zayden ketawa sinis!

"You already know who I am, honey. Kau rasa apa aku boleh buat kalau kau menolak? Lagipun, aku lamar kau cara baik. Kau nak kalau aku lamar kau cara kasar?"

"Guna cara baik atau kasar, Rysa tetap taknak! Jangan paksa Rysa, kalau tak..."

"Kalau tak, apa? Kau nak buat apa?"

"Rysa akan pergi selamanya dari hidup abang Zayyan dan abang takkan jumpa Rysa lagi!"

"Don't you dare, Mikayla! Jangan kau cabar aku, sayang!"  Tegasnya.

🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷

"Aku nak korang bertiga ikut ke mana diorang pergi. Jangan tinggal jejak walau selangkah! Kalau diorang terlepas dari pandangan korang, korang akan jadi makanan Felix. Faham?!"

"Faham, Master Zayden!"

"Aku tetap akan cari tahu siapa sebenarnya kau, Mikayla!"

Bukk!

Sebuah fail di bagi ehh tak dibaling tepat kena pada muka Zayyan Zayden. Terus matanya tajam menikam orang yang membaling.

"Memang dah tak reti nak bagi elok-elok ke? Nak aku potong tangan tu baru sedar cara guna tangan yang betul?"

"Sabar, orang kacak tak boleh marah-marah. Nanti muka jadi hodoh mengalahkan Shrek dengan Hulk. Ni sambungan dia."

"Sambungan apa?" Dahinya berkerut. Zayn Zayren menepuk dahi.

"Haritu kan kau suruh aku dengan Zayn siasat pasal adik angkat korang tu." Balas seseorang membuat Zayn Zayren tersepak muka Zayyan Zayden.

"Dah lama hidup?"

"Bukan salah aku, salah Zafran. Kau pun Zaf, kalau nak masuk tu bagi salamlah! Islam atau kafir kau ni?"

"Kau tak payah nak mengata Zafran, kau sendiri pun tadi tak bagi salam!"

"Assalamualaikum wahai ahli syurga sekalian! Entah yakin ke tak masing-masing masuk Syurga nanti. Dah lah kerja asyik tamatkan riwayat orang je!"

Suara seseorang memberi salam mengundang pandangan serentak dari Tengku Zayyan Zayden, Tengku Zayn Zayren dan Megat Zafran Adam ke arahnya.

"Jawab salam dulu lepas tu suka hatilah nak buat apa. Ingat dosa tahu kalau tak jawab salam. Bagi salam hukumnya sunat dan menjawab salam hukumnya wajib."

"Waalaikumussalam, Raja Adryan Daniel!" Jawab mereka.

"Kau kenapa tiba-tiba hari ni bagi salam? Selalunya kau tendang pintu sampai nak roboh. Nak sebut kalimah assalamualaikum tu boleh dikira sekali dua je." soal Zayn Zayren.

"Aku dah insaf. Korang bertiga bile nak insaf dari menjahanamkan barang? Kesian aku tengok pintu ni." Balas Adryan Daniel sambil duduk bersila atas sofa.

"Pintu bilik aku ni dah tumbang sebanyak 200 kali dan penyebabnya hanya kau sorang, Adryan." Zayyan Zayden mengurut kepalanya perlahan, pening dengan rakannya yang suka jahanamkan barang.

"Jahanamkan barang takpe, itu benda. Jangan jahanamkan hati orang, itu minta elak."

Uhukkkss!

Semua tersedak selepas mendengar ayat dari jejaka terpaling beku, Zafran Adam.

"Sakit tekak? Makan strepsil. Ubat batuk cap ibu dan anak, cap Hurix's dengan Woods pun ada."

🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷

"Hai sayang~" dirinya terus gugup bila telinga menangkap suara jejaka itu. Dia yang baru selesai mandi berasa terkejut kerana mendapati jejaka itu berbaring santai di atas katilnya.

'Kenapa aku lupa nak bawa baju masuk sebelum nak mandi tadi? Ni aku cuma bawa keluar dengan pakaian dalam je. Macam mana nak keluar ni?' Bebelnya sendiri.

"Lama lagi ke Mika nak bertapa dalam bilik mandi tu? I wonder how soft and smooth your body are, darling." Jejaka itu ketawa sinis dengan kata-katanya.

"Boleh tolong keluar tak? Rysa nak pakai baju lah."

"Bagi aku fikir jap....hurrmmm tak bolehlah sayang. Keluar jelah pakai baju depan aku. Tak lama lagi kau akan hari-hari pakai baju depan aku."

"Manusia sorang ni kalau aku sepak muka dia, memang penyek terus!"

"Berani ke? Ehh cepatlah keluar, kau nak mati kejung sebab sejuk dalam tu ke?"

Dengan terpaksanya, sebabkan bathrobe dia basuh dan sedang dikeringkan dibawah sinaran cahaya matahari, dia ambil tuala dan ditutup badannya bahagian atas, sebab bawah dia dah siap pakai seluar.

"Wow! So sexy! I like! Eh tak, I love!" Zayyan Zayden terus bangun dan mendekati Melrysa Mikayla. Dia senyum sinis melihat gadis kesayangannya menggenggam erat tuala dibadannya. Tak lupa juga mata kanan di kenyit buat wink untuk gadis pujaan.

Terus di lingkarkan tangan erat pada pinggang Melrysa Mikayla. Erat...rapat dan tiada sebarang ruang atau jarak walau se inchi. Deruan nafas juga terasa pada leher masing-masing.

"Le... lepaslah! Rysa nak pakai baju!" sambil sebelah tangan memegang tuala, sebelah tangan lagi cuba meleraikan pelukkan Zayyan Zayden

"Taknak.. sampai hati kau suruh aku lepaskan tubuh kau yang wangi ni, sayang."

"Wangi apanya kalau dah dua hari straight tak mandi." terus dilepaskan tubuh itu dan kaki Zayyan Zayden melangkah ke arah wardrobe. Diambil sehelai baju tidur lengan panjang dan diberikan pada Melrysa Mikayla

"Aku bagi seminit untuk kau pakai baju dalam bilik air. Lebih, aku masuk dalam sana."

Se...

Se ape tadi?

Dia sebut seminit kan?

Seminit wehh...

Okay lah tu dari sesaat je

"Dah siap. Jadi sila keluar dari bilik ni sebab Rysa nak tidur."

Ada rasa Zayyan Zayden akan dengar arahan Melrysa Mikayla??

Kalau ya, malangnya tidak

Makin dia buat katil orang tu  macam katil dia

"Tunggu apa lagi? Keluarlah! Kenapa? Nak tidur sini juga ke?" Soal Melrysa Mikayla geram sambil tangan mencekak pinggang

"Betul lah, memang aku nak tidur sini. Nak tidur sambil peluk badan kau yang kurus tapi nampak gebu!"  Balas Zayyan Zayden dengan tangannya sudah peluk teddy bear Melrysa Mikayla

"Pernah rasa kena sepak dengan tapak kaki tak? Kita ni memanglah adik-beradik tapi hanya adik-beradik angkat! Jangan lupa kita bukan mahram!"

"Jadi, nak kena tunggu kau setuju kahwin dengan aku, baru kita berdua jadi mahram? Jadi halal, macam tu ke maksud kau, Mika honey?"

"Tak habis-habis dengan permintaan merepek tu! Rysa dah bagitahu kan Rysa taknak dan takkan kahwin dengan abang! Rysa memang dah betul-betul anggap seorang Zayyan Zayden hanya sebagai abang dan tak lebih dari tu!"

"Kau ingat semudah itu tu nak tolak permintaan aku? It's not easy, Mika honey! Remember and bear this in your mind, you are mine! If I can't get you, that mean anyone else also can't get you!"

Terus Zayyan Zayden keluar dari bilik itu dengan hati yang hampir mencetus rasa marah. Melrysa Mikayla melepas keluhan lega kerana dia tak perlu hadap muka jejaka itu sepanjang malam. Tapi dia terdetik rasa bersalah kerana menolak hasrat Zayyan Zayden.

Takde siapa sangka, ada seseorang mendengar perbalahan kecil mereka, Zayn Zayren. Dia tahu abang kembarnya suka adik angkat mereka. Dia sendiri tahu Zayyan Zayden ada caranya sendiri untuk dapatkan yang dia nak.

"Kawal diri kau, Zayyan."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro