Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5 : Mr Micheal's Lost Daughter

"Setakat ni masih belum ada maklumat tentang anak perempuan Malik. Tapi, apa yang aku dapat kenal pasti, anak dia memang hilang 20 tahun lalu."

Zafran Adam bersuara. Zayyan Zayden terdiam sejenak.

"Zayyan."

Zayyan Zayden memandang Adryan Daniel yang memanggil namanya.

"Apa?"

"Macam mana Rysa boleh jadi adik angkat kau?"

"Papa bawa balik. Dia kata dia ambik Mika dari rumah anak-anak yatim dekat yayasan. Pengasas rumah tu kata, ada seseorang letak Mika masa umur dia tiga tahun di depan pintu rumah kebajikan tu. Kebetulan papa memang nak tunaikan hasrat mama untuk ada anak perempuan."

"Pengasas rumah tu tak bagitahu tentang maklumat Rysa?"

"Macam ada. Nama ibu bapa kandung dia, Maisarah dan Malik."

Zafran Adam terus bersuara.

"Malik? Mr Micheal?"

Zayyan Zayden menggeleng kepalanya.

"Tak, tak. Bukan Mr Micheal. Ramai orang nama Malik. Tapi aku tak pasti Mr Micheal adalah Malik, ayah kandung yang dimaksudkan."

🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷

"Rysa, kau okay tak?" Alya Aralyn bertanya hairan kerana Melrysa Mikayla memakai concealer di leher.

"Okay. Kenapa kau tanya?"

"Takde lah, sebelum ini kau tak pernah pakai concealer dekat leher. Kenapa dengan leher kau?"

Nak bagitahu ke? Macam tak elok pula menipu kawan sedangkan dia memang akan boleh agak apa yang dah berlaku.

"Takda apa-apa lah."

"Jangan tipu aku, Rysa. Zayyan ada buat sesuatu pada kau ke?"

"Ehh tak. Mana ada. Dia takde buat apa-apa."

"Kau lupa ke dia seorang yang obses dengan kau? Ni mesti memang sah dia ada buat sesuatu dekat leher kau. Baik kau cakap dengan aku betul-betul."

"Alya, aku rasa macam diri aku kotor."

"Hey Rysa, kenapa menangis ni?"

Dia mula menitiskan air mata. Alya Aralyn terus menarik tubuh rakan baiknya ke dalam pelukan.

"Bagitahu aku, apa yang Zayyan dan buat pada kau."

"Aku rasa diri aku hampir kotor, Alya..."

"Cakap, Melrysa Mikayla. Nah, guna kapas dengan micellar water aku ni. Aku nak kau tunjuk apa sebenarnya yang berlaku pada leher kau."

Melrysa Mikayla mengambil sekeping kapas muka dan meletakkan beberapa titis micellar water di atasnya lalu dia mula menyapu pada bahagian leher.

Selepas beberapa kali menghapus kesan concealer, terlihatlah kesan lebam dari bekas gigitan gigi manusia.

Alya Aralyn terus terkesima melihat leher Melrysa Mikayla.

"Dia buat apa dengan kau?!"

"Dia...dia tanda aku..!"

"Apa?!"

🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷

"Macam mana? Dah dapat maklumat anak dia?" Soal Zafran Adam pada anak-anak buah Dark Luna yang sedang mencari maklumat tentang anak kandung Mr Michael alias Encik Malik yang hilang dahulu.

"Sekejap Tuan Megat. Dah dapat, Tuan!"

Zayyan Zayden, Zafran Adam dan Adryan Daniel segera menghampiri Johan apabila dia mengatakan sudah menjumpai maklumat yang dicari.

Butiran tentang anak kandung Mr Michael.

"Tak...tak mungkin... Tak mungkin dia..."

"Betul ke dia anak Malik?"

Soal Adryan Daniel pada Johan.

"Betul Ku Raja. Dia memang anak kandung Mr Michael yang hilang."

"Cari maklumat tentang dia lagi. Ahli keluarga dengan adik-adik dia yang lain."

"Baik, Master Zayden!"


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro