Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

3 : Let's Spend Some Time

Melrysa Mikayla termenung dihadapan komputer riba miliknya. Paparan skrin yang masih menyala tidak dihiraukan olehnya.

Dia masih termenung dan memikirkan kejadian semalam. Tangan kirinya naik lalu menyentuh kesan gigitan pada leher yang dibuat oleh lelaki yang di anggap sebagai seorang abang.

Melrysa Mikayla mengambil sekeping gambar bersaiz kecil di dalam tote beg bersebelahan dengan komputer riba. Gambar dia dan ahli keluarga kandungnya.

"Rysa rindu mummy. Mummy sihat kan kat rumah tu? Nanti kalau ada masa, Rysa pergi melawat mummy."

"Daddy, Rysa rindu nak jumpa daddy. Daddy pergi mana? Daddy sihat ke? Tolong kembali. Rysa nak keluarga kita bersatu semula."

Air mata jernih mengalir membasahi pipi dan satu kucupan rindu dilabuhkan pada gambar itu.

🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷

Zayyan Zayden mengukir senyuman sinis sambil diperhatikan secara pelik oleh Zafran Adam dan Adryan Daniel.

Bauan honeydew milik Melrysa Mikayla masih lagi dapat dirasai oleh hidung mancungnya. Sungguh, dia tak sangka dirinya akan berbuat begitu. Hanya kerana amaran pertama.

"Zayyan, kau okay tak ni? Macam orang dilamun cinta je kami tengok."

"Tu lah! Kau dah angau dekat perempuan mana ni? Tak pernah kami nampak kau keluar dating dengan mana-mana perempuan."

Zayyan Zayden memandang ke dua-dua rakan baiknya.

"Buat apa aku nak keluar pergi dating dekat luar sedangkan perempuan yang aku cinta dah ada dalam rumah aku?"

Mata Zafran Adam membulat terkejut. Begitu juga dengan Adryan Daniel.

"Kau... maksudkan, Rysa ke? Melrysa Mikayla?"

"Siapa lagi kalau bukan dia." Balas Zayyan Zayden.

"Kau dah gila ke apa? Rysa tu adik kau lah! Kau dengan dia mana boleh bercinta, apa lagi nak bersatu nanti! Jangan nak mengarut, Zayyan!"

"Ya, dia memang adik aku. Tapi bukan adik kandung yang sedarah, dia adik angkat. Aku rasa takde salah kalau satu hari nanti kami berkahwin. Aku tak pernah anggap dia hanya sebagai seorang adik. Aku akan pastikan satu hari nanti, Mika semestinya akan jadi hak milik aku yang sah."

"Kau jangan cakap yang kau dah tanda leher dia."

Ayat yang berbunyi seakan pertanyaan oleh Adryan Daniel membuatkan Zayyan Zayden memandangnya. Zafran Adam juga memerhati tingkah laku pemimpin Dark Luna itu.

"Macam mana kau dapat tahu?"

"Tu, si botak tu!"

Serentak ketiga-tiga jejaka kacak memandang Johan. Johan yang berasa dirinya diperhatikan terus berjalan pergi dari situ sambil bernyanyi.

"Semut berkawad satu-satu, hora horey

Semut berkawad satu-satu, hora horey

Semut berkawad satu-satu, Didi kutip gula batu

Dan semut berkawad pulang ke busut berjumpa ratu semut!"

"Sah dia pergi tengok Didi and Friends lagi ni. Aku pun keliru Didi, Nana dengan Jojo tu sebenarnya ayam atau itik. Dahlah warna-warni!"

🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷

"Ermm...kita nak pergi mana ni?" Soal Melrysa Mikayla apabila dia dan Zayyan Zayden berada di dalam kereta yang sedang bergerak.

Secara tiba-tiba, Zayyan Zayden menariknya masuk ke dalam kenderaan Mercedes Benz berwarna emas metalik lelaki itu.

Dia melihat sekeliling jalan yang dilalui mereka. Hutan! Tiada sebarang kawasan perumahan melainkan pokok-pokok hutan dan lampu jalan yang mengelilingi sepanjang jalan itu

Namun soalannya hanya dibiarkan sepi bagaikan angin yang hanya sekadar berlalu oleh Zayyan Zayden. Melrysa Mikayla masih lagi berasa terkejut, siapa yang tak terkejut kalau sedang berehat tiba-tiba kena tarik bawa keluar dari rumah lepas tu pergi ke tempat yang langsung dia tak tahu.

"Abang Zayyan, Rysa tanya ni! Abang tak dengar ke soalan Rysa?" Melrysa Mikayla mencuit lengan kiri Zayyan Zayden selepas lelaki itu langsung tidak memberikan sebarang respon.

"Shh, kau duduk situ diam-diam. Jangan banyak bunyi." balas suara garau lelaki itu

"Tapi, mana abang nak bawa Rysa ni? Dahlah sekeliling jalan penuh dengan hutan!"

"Lagi sekali aku kata jangan banyak tanya, Mika honey. Mulut kau tu jangan asyik nak berbunyi je."

Melrysa Mikayla tetap Melrysa Mikayla, dia takkan jadi orang lain dan dia terus nak bertanya. Dia takkan diam selagi dia tak dapat jawapan.

"Abang tak culik Rysa, kan?" Soalan itu hanya dibiarkan oleh Zayyan Zayden

"Abang! Jawablah! Abang sebenarnya nak culik Rysa, kan?? Hantar Rysa balik rumah mama papa sekarang! Hantar Rysa balik rumahlah!"

"I said shut up, Mikayla!" Jerkahan Zayyan Zayden membuatkan dia terdiam. Ayatnya tadi tidak diteruskan selepas lelaki yang sedang memandu itu memarahinya.

Dia pula terkejut apabila Zayyan Zayden menggunakan nama Mikayla menandakan bahawa lelaki itu betul-betul memarahinya. Diam mula menguasai dirinya beserta rasa mengantuk yang baru datang.

Zayden Mansion...

Zayyan Zayden menghentikan keretanya di tempat parking berhadapan kawasan rumah yang tersergam indah yang ditujunya.

Dia memandang sebelah dan terlihat wajah mulus dan polos Melrysa Mikayla sedang tidur nyenyak. Jari jemari Zayyan Zayden mula mengelus perlahan pipi gadis itu namun Melrysa Mikayla tetap tidak berasa terganggu dan masih meneruskan lena.

Pintu rumah itu telah dibuka oleh dua orang pengawal yang menjaga kawasan luar rumah. Badan setinggi 165 cm di cempung secara berhati-hati di dalam dakapan dan kaki Zayyan Zayden mula melangkah masuk ke dalam rumah selepas salah seorang pengawal peribadi menutup pintu kereta.

"Master Zayden!" Semua pengawal dan beberapa orang pembantu rumah segera menunduk hormat apabila tuan besar mereka kembali ke rumah itu.

"Go back to your works. Jangan curi tulang." Semua kembali membuat kerja masing-masing selepas mendengar arahan dari Zayyan Zayden.

Selepas Zayyan Zayden dan Melrysa Mikayla berlalu ke ruangan atas...

"Wehh siapa yang Master bawa balik tu?" Soal seorang pembantu rumah yang dari tadi memandang Melrysa Mikayla yang sedang lena dalam pegangan Zayyan Zayden.

"Entah! Nampak macam perempuan dia." kata salah seorang pembantu rumah lagi.

"Jangan-jangan perempuan simpanan!" Pembantu rumah ketiga mencelah percakapan dua pembantu tadi. Terus lengannya dilibas dengan tuala kecil dari pembantu pertama, Wina.

"Mulut kau tu jaga baik-baik sikit! Kalau Master dengar nanti, habis hidup kau, Laila! Silap hari bulan, kau kena buang kerja!"

"Buang kerja okey lagi, Laila boleh cari kerja lain, tapi jangan kena buang nyawa, itu memang tak sanggup aku!" Balas pembantu rumah kedua, Munira.

🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷🩷

Selepas Zayyan Zayden meletakkan Melrysa Mikayla di atas katil dalam sebuah bilik mewah, dia terus membaringkan diri bersebelahan dengan gadis itu.

Masih lagi dalam lena, sedikit pun tidak terganggu walaupun jejaka dingin itu membelai halus mukanya. Namun saat lelaki itu ingin menariknya ke dalam dakapan, Melrysa Mikayla mula bangun.

Matanya dibuka dan memandang sekeliling. Ini bukan bilik dia dan dekorasi bilik ni pun bukan pilihan dia. Zayyan Zayden hanya memerhati tingkah lakunya. Melrysa Mikayla melihat ruangan bilik itu sebelum kepalanya beralih ke arah Zayyan Zayden yang sedang merenung dia.

Mata masing-masing saling berpandangan dan tidak mengeluarkan sebarang kata sebelum---

"ARRGHHHH!!"

Terus Zayyan Zayden bangun dari baring dan mendekati Melrysa Mikayla yang menjerit terkejut. Dia memegang kedua-dua tangan adiknya namun segera ditepis oleh gadis itu. Bibir merah alami Melrysa Mikayla juga ditekup oleh tangan kanannya.

"Humphh?! Humph?!!"

"Shh diam, Mika honey."

Tangan kanan melepaskan mulut itu secara perlahan-lahan.

"Eihh lepas! Lepaskan Rysa!" Tangannya masih lagi cuba digenggam oleh abangnya dan lajunya dia menghalang. Zayyan Zayden pula tidak berhenti menenangkan dia memandangkan gadis itu hanya menjerit tanpa henti.

"Lepaslah! Abang dah gila ke?!" Soal Melrysa Mikayla dengan nada marah.

"Apahal kau kata aku gila?" Mata Zayyan Zayden tajam ke arah mata Melrysa Mikayla. Muka kacak gitu ada dikata gila?

"Betul lah Rysa cakap! Abang ni gila lah! Kenapa culik Rysa?!"

"Shh honey, aku tak culik kau. Aku---

"Habis kalau tak culik, kenapa Rysa boleh ada kat sini? Rumah siapa ni?!" Kali ini Melrysa Mikayla bangun dan berdiri di tepi katil. Zayyan Zayden juga bangun dan berhadapan dengan gadis itu.

"Rumah persendirian aku. I just want to spend some time with you, Mika honey. Aku tak culik kau pun."

"Jangan nak tipu! Lagi satu, please stop calling me honey! Rysa memang Mika tapi Rysa bukan honey! Ingat Rysa ni madu lebah ke?!"

"Tapi kau bau honeydew."

"Itu lain! Jangan nak samakan Rysa dengan buah tembikai susu! Rysa tak suka abang panggil Rysa honey!"

"Don't talking nonsense, Mikayla! You're my honey! My one and only Mika honey!"

Segara lelaki itu menolak adik angkatnya ke katil semula. Melrysa Mikayla cuba bangun dari katil dan berlari ke pintu, namun Zayyan Zayden pantas menghalangnya. Dia mengambil sesuatu di dalam laci meja kecil sebelah katil dan menekan satu butang.

Muncul sebuah dinding lutsinar di hadapan pintu sekali gus menghalang Melrysa Mikayla dari membuka pintu bilik itu. Terkejut dia apabila melihat pagar yang muncul secara tiba-tiba. Dinding itu memang jernih seperti kaca.

Dinding yang tidak dapat dilihat oleh pandangan mata kasar manusia namun dapat dirasai apabila Melrysa Mikayla cuba melanggar dinding tersebut berkali-kali.

Zayyan Zayden perlahan berjalan mendekatinya. Alat kawalan tadi sudah disimpan terlebih dulu. Bibirnya memaparkan senyuman sinis khusus untuk Melrysa Mikayla yang sedang cemas.

"To...tolong lepaskan Rysa.. please! Tolong--arrghh!" Rayunya namun hanya dihiraukan oleh lelaki itu. Pantas tangan kekar itu menarik tangan mulusnya dan menolaknya semula ke katil.

Lantas dia menindih tubuh kecil itu. Walaupun Melrysa Mikayla kelihatan tinggi tetapi tetap nampak pendek apabila berada dengannya. Kedua-dua tangan gadis itu digenggam dengan tangan kanan manakala tangan kiri menampung badan agar tidak menimpa Melrysa Mikayla.

Mata berwarna biru gelap itu memandang tepat pada mata berwarna coklat cerah. Melrysa Mikayla terus terkedu bila Zayyan Zayden mula mendekatkan muka pada dahinya dan diberi satu kucupan kecil di situ. Zayyan Zayden kembali mengangkat mukanya dan melihat air mata kesayangannya mengalir.

Dia menukarkan posisi daripada menindih ke posisi mengiring sebelah Melrysa Mikayla dan jarinya mengelus air mata yang keluar.

"Shh don't cry, Mikayla. I feel hurt when I see you cry." Dia bersuara perlahan seraya menarik gadis itu ke dalam pelukkan namun segera di tolak jauh oleh Melrysa Mikayla.

"Don't touch me! Jangan buat benda yang Rysa tak suka!" Matanya tajam menikam mata Zayyan Zayden. Lelaki itu kembali merentap tangannya dan sekali lagi dia ditindih.

"I already touch you, honey. What you going do if I really 'touch' you? Hurmm~" Leher putihnya dihidu oleh lelaki itu. Bau yang unik darinya menggamit deria bau lelaki itu. Honeydew!

"Jangan, abang! Tolong jangan! Please don't do anything to me!" Air mata Melrysa Mikayla kembali mengalir.

"Aku kata jangan menangis. Sakit hati aku tengok kau menangis, sayang. Now, sleep."

Mata Melrysa Mikayla tidak mahu lena. Tapi suara Zayyan Zayden membuatkan matanya pantas lena.

"Tidur sebelum aku buat sesuatu yang tak baik dekat kau."

'Aku takkan sentuh kau sampai kau sah jadi milik aku sepenuhnya, Mikayla' hati lelaki itu berbisik lembut tatkala diri mereka sudah pun mulai lena pada malam itu.

Selama seminggu, dia berada di rumah persendirian itu bersama Zayyan Zayden sebelum lelaki itu menghantarnya pulang ke rumah semula.




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro