Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 7

DI hadapan tetamu berbau mahal, Keisha mengukir senyuman manis walaupun jejaka tampan di sebelahnya hanya mengukir riak wajah serius.

Malam di dewan milik hotel mewah, Qushairy telah mengadakan majlis pertunangan anak gadis kesayangan seperti yang diarahkan oleh Zavian. Dia menjemput rakan-rakan perniagaan dan teman rapat mereka ke majlis tersebut.

"Happy?" Soal Zayn ketika para manusia tidak henti mengambil gambarnya bersama si tunang.

Sebenarnya Zayn tidak tahu malam itu akan diadakan majlis pertunangannya, dia hanya ingatkan majlis makan malam biasa.
Sekarang Zayn sudah tahu kenapa beberapa ahli keluarganya turut menghadiri majlis tersebut, terutamanya abang kandung.

Zayn hanya mampu mencarut dalam hati kerana mereka semua itu bersepakat tidak memberitahunya.

Rosella menegur Zayn yang mempamerkan wajah serius. Mana mungkin Zayn ingin tersenyum gembira kerana dia masih terkejut dengan pertunangan yang dirancang tanpa pengetahuannya.

"Ada orang akan happy jika bertunang dengan you?" Keisha menyoal kembali bersama senyuman menawan yang dipamerkan buat tetamu.

Zayn merenung tajam si Keisha, dia seperti hendak membunuh gadis itu.

ARGHHH GADIS INI!

Zayn menarik lengan yang dipeluk erat oleh Keisha seraya berlalu pergi meninggalkan gadis itu bersama emosi merampang. Zayn mendekati abangnya yang sedang menikmati minuman itu.

"Sial!" Zayn merampas gelas yang dipegang oleh abangnya, lalu dia meneguk rakus.

"Korang semua tahu tapi tak beritahu aku?!" Zayn bengang.

"Aku baru tahu tadi petang." Beritahu Zach.

"Kenapa kau tak beritahu aku?" Zayn mengetap rahang.

"Aku tak ada plan nak hentikan perkahwinan kau." Zach membalas, matanya asyik melihat seseorang sejak tadi.

"Kau sepatutnya mati dalam ribut salji." Ujar Zayn geram seraya berlalu pergi meninggalkan Zach yang tidak ingin membantunya itu.

Dari jauh Keisha memerhati Zayn yang berwajah tidak puas hati itu, lalu dia menunduk wajah melihat cincin bertatah berlian yang tersarung di jari manisnya.

Keisha tidak tahu adakah dia gembira atau tidak dengan pertunangan tersebut, dia sememangnya tiada jawapan bagi soalan Zayn seketika tadi.

Keisha bersetuju menerima perkahwinan tersebut di atas sebab tertentu, bukannya sebab ingin gembira.
Keisha merenung Zayn dari jauh, dia tidak tahu kenapa jejaka itu ingat dia wanita paling gembira pada malam itu sedangkan emosinya hanya rasa kosong.

Walau bagaimanapun, langkah pertama Keisha telah berjaya pada malam itu. Mereka berdua telah bertunang dan tidak lama lagi perkahwinan yang diaturkan bakal menjadi nyata.

Keisha mulai melangkah untuk mencari udara segar di luar dewan tetapi langkah dia terhenti saat mata bertamu mata dengan seseorang.

Keisha membalas renungan sayu dari Mateen, dia dapat melihat jelas kekecewaan yang terukir di wajah jejaka tampan itu.

Setelah beberapa minit renungan tanpa bicara, Mateen memaling tubuh berlalu pergi bersama hati yang tersayat.

Keisha mengeluh perlahan, inilah emosi yang Mateen perlu rasai kerana degil ingin mencintainya walaupun sudah beberapa kali dia menolak cinta jejaka itu.

Zayn meneguk air kosong bagi melegakan jiwa yang sedang kacau bilau. Mereka yang menegurnya untuk mengucapkan tahniah, dia hanya mengangguk tanpa bicara.

Zayn berada di meja bulat bersama sepupunya yang sedang berbual dan pada masa yang sama mengusiknya.

"Kalau tak suka pun, cuba kawal sikit emosi itu. Wajah kau nampak sangat seperti nak bunuh tunang kau." Jaymond membisik, dia tahu masalah yang melanda sepupu rapatnya itu.

"Sial korang semua tak beritahu aku. Kalau aku tahu dari awal, aku akan bersembunyi." Zayn membisik geram.

"Kami semua tahu yang kau akan bersembunyilah sebab itu kami tak beritahu kau. Lagipun daddy kau minta kami semua tutup mulut." Beritahu Jaymond yang tiada dari mereka yang berani melawan arahan Zavian.

Zayn merengus geram.

"Relaks okey. Kau kan anak daddy, kau kenalah dengar cakap daddy kau." Jaymond menyindir Zayn seraya mengurut belakang sepupunya supaya jejaka itu tenang.

"Bastard." Zayn mencarut pada Jaymond yang mengukir senyuman lebar.

"Aku rasa kau patut dengar cakap Jay. Ikut saja cakap daddy kau." Hariz yang memerhati teman baik sejak tadi mula bersuara.

"Kau kawan baik aku atau daddy aku?!" Di antara semua orang di situ, Zayn paling bengang terhadap Hariz.

"Aku akan bunuh kau selepas majlis ini tamat!" Zayn melemparkan renungan membunuh kepada Hariz yang berani sekongkol bersama mereka semua itu.

"Kau tahu aku takut dengan daddy kau, kan?" Hariz menjeling Zayn.

Zayn mengetap gigi tanda geram.

"Malas layan kau. Aku nak pergi pada kekasih aku." Hariz bangun dari duduknya bersama wajah bahagia.

"Aku ikut kau." Zayn turut bangun.

"Perlukah?" Hariz rasa Zayn ini melecehkan betul.

"Disebabkan kau tak beritahu aku rancangan gila ini, jadi kau kena teman aku healing sehingga ke subuh!" Zayn menarik lengan Hariz untuk berlalu pergi dari situ.

"Kau kena fikirkan rancangan untuk aku. Jangan beri rancangan bodoh kau yang tak jadi seperti di Langkawi." Ujar Zayn geram.

"Chill dude, sebenarnya aku dah fikir rancangan untuk kau lepaskan diri dari semua ini." Balas Hariz.

"Apa?"

"Nanti aku beritahu, sekarang aku nak ajak Aileen ikut aku pulang ke rumah aku dulu." Hariz berwajah teruja.

"Dalam mimpi kau! Aku tak akan lepaskan kau malam ini!" Zayn bengang kerana Hariz berjaya memikat hati Aileen kembali dan dia pula masih terperangkap di dalam rancangan gila!

"Menyusahkan betul kau ini kecil-kecil tak nak mampus." Hariz menjeling Zayn yang memeluk lengannya erat.

"Diam setan!" Marah Zayn.

"Si permata Rubi?" Hariz menegur gadis jelita yang sedang berbual bersama Aileen.

Di dalam tidak ketenangan tiba-tiba mata Zayn tertancap ke arah gadis yang di tegur oleh Hariz, drastik dia terpukau sesaat.

Zayn dapat merasai jantungnya berdebar kencang, sudah lama dia tidak mengalami momen sebegitu rupa. Zayn melihat gadis jelita itu menghadiahi senyuman manis kepadanya dan Hariz.

Zayn tidak berkelip mata dan terkelu lidah kerana gadis itu benar-benar jelita seperti bak bidadari, gadis jelita itu yang dia bertemu di kafe bersama Hariz. Bezanya pada malam itu wajah tersebut tidak lagi pucat dan kelihatan semakin jelita kerana solekan nipis.

"You look different but yet beautiful." Hariz turut terpukau melihat wajah teman baik kepada Aileen yang berwarna pada malam itu.

"Zayn." Tidak membuang masa Zayn memperkenalkan diri.

"Rubi, congrats for your engagement." Gadis jelita menyambut tangan yang dihulurkan oleh Zayn bersama senyuman bidadari.

Zayn berubah riak, di dalam hati menyumpah takdir yang menemui dia dengan gadis jelita di majlis pertunangannya.

Hariz sinis melihat sikap Zayn yang gatal walaupun baru sahaja bertunang seketika tadi. Dia lihat jejaka itu seperti berminat dengan teman baik kekasih hatinya. Kejadian ajaib bagi Hariz.

Gadis yang bernama Rubiena itu meminta diri dahulu, Aileen turut berlalu pergi apabila terlihat salah seorang temannya melambai memanggilnya.

Zayn ingin melangkah mengikuti gadis jelita tetapi dihalang oleh Hariz.

"Kau boleh kawal nafsu kau itu tak? Nanti tunang kau nampak." Hariz menggeleng.

"Baguslah kalau dia nampak. Aku tak hairan dengan dia." Zayn pun sudah tidak tahu ke mana tunangnya itu pergi.

"Daddy kau?" Hariz menaikkan sebelah kening.

"Shit." Zayn mencarut kerana masak dirinya jika Zavian melihatnya memikat gadis lain di majlis pertunangan sendiri.

"Aku nak nombor telefon dia." Zayn meminta kepada Hariz.

"Dapatkan sendiri. Be a gentleman." Hariz mengukir sinis.

Zayn menjeling Hariz yang menunggu hari untuk dia buang dari senarai menjadi teman baiknya.
Walau bagaimanapun di dalam kesakitan hati yang Zayn mengalami pada malam itu, ada juga manusia yang mampu membuatkan sakit hatinya reda.

Zayn tidak tahu siapa gadis jelita tersebut tetapi gadis itu seperti mempunyai kuasa magis yang mampu membuatkan dia terpukau dan hatinya bergetar seperti pertama kali dia bertemu Sophie.
Zayn mengukir senyuman lebar kerana akhirnya ada juga gadis yang mampu menawan hatinya yang sudah lama sepi sejak Sophie pergi meninggalkannya.

Di majlis pertunangan, Zayn menemui gadis yang sepatutnya menjadi tunangannya dan bukannya gadis yang sedang merenungnya dari jauh itu.
Zayn menjeling Keisha seraya berlalu pergi bersama sebal hati.

*****

SEMINGGU telah berlalu jejaka kacukan Romania menghilangkan diri ke luar negara untuk merawat hati yang kecewa kerana telah menjadi tunangan si gadis bersikap pelik.

Zayn melihat panorama berlandskap sawah padi teres yang indah, dia menarik udara segar dan menghembus perlahan kerana sudah lama dia tidak menjejak kaki ke tempat kegemarannya.

Di atas gunung bertindih Zayn berlari laju seraya melompat terjun dari gunung, dia ingin membunuh dirinya. Di ruang udara Zayn terbang tinggi dengan bantuan layar udara yang mempunyai enjin bermotor yang membawanya terbang ke udara.

Pada pagi itu Zayn bersukan lasak paragliding, dia mempunyai lesen profesional bagi mengawal payung terjun.

Zayn menjerit bersama ketawa gembira kerana dia benar-benar rindu akan keindahan wilayah Mu Cang Chai yang terletak di Vietnam barat laut dari langit yang begitu mempersonakan.

Zayn meluncur di langit seperti seekor burung yang bebas berterbangan tanpa ada yang mengawalnya seperti di daratan. Dari atas Zayn melihat beberapa manusia sedang mengerjakan kerja mereka di sawah padi yang hijau kuning keemasan.

Panorama yang terukir indah seperti dalam kanvas lukisan itu membuatkan Zayn tenang sesaat.
Zayn menikmati momennya tanpa gangguan sesiapa, segala masalah hilang seketika bersama hati kecewa dibawa pergi oleh angin.

Setelah puas terbang di langit, Zayn mendarat di atas daratan kembali. Dia mendongak melihat langit biru yang di mana dia melepaskan segala masalah dan rasa kecewa seketika tadi.

Zayn membuka payung terjun dan segala peralatan ditubuhnya, dia melihat seorang jejaka mendekati dirinya.

"Kenapa tak tunggu aku?" Sam mendekati teman rapat di universiti yang sudah lama dia tidak bertemu.

"Kau lambat." Zayn mengerling Sam sekilas.

"Aku main sehingga pagi tadi." Beritahu Sam bersama senyuman nakal.

Zayn menjeling meluat kerana memahami bicara sebenar jejaka Vietnam itu.

"Jangan cemburu kawan, tak lama lagi kau akan berkahwin. Sabar." Sam memeluk bahu Zayn yang sedang meneguk air dari botol mineral.

Zayn tersembur air, lalu dia mengelap tepi bibir yang basah.

"Jika aku nak sekarang pun aku boleh dapat. Tak perlu tunggu selepas kahwin." Zayn membuang botol air mineral bersama wajah bengang.

Seketika di atas langit jiwa Zayn begitu tenang tetapi sekarang di atas daratan, jiwa dia kacau bilau kembali.

"Relaks kawan. Mari ikut aku ke rumah bà nội." Sam mengajak Zayn yang kelihatan tiada emosi sejak tiba di negaranya itu.

Zayn mengangguk seraya mengekori Sam merentasi sawah padi teres sambil berbual sehinggalah mereka tiba di sebuah rumah kampung yang terletak di kawasan lembah tersebut.

"Chào buổi sáng bà ngoại." Zayn menegur wanita tua yang sedang menyapu halaman luar rumah. (Selamat pagi nenek)

"My boyfriend!" Nenek Chi teruja saat melihat teman rapat kepada cucunya itu muncul.

"Kenapa teman wanita saya makin cantik ini?" Zayn menyoal nakal seraya memeluk nenek Chi yang sudah dianggap seperti neneknya.

"Amalan traditional." Balas nenek Chi bersama ketawa kuat kerana dia sememangnya mengamalkan amalan traditional untuk membuatkan wajahnya tidak menua.

"I want that magic!" Zayn mengeyit sebelah mata bersama senyuman tampan.

"Nanti bà nội beritahu. Sekarang mari masuk dalam dulu." Ajak nenek Chi yang tidak menegur cucunya kerana adanya Zayn di situ, kelibat orang lain hanyalah halimunan baginya walaupun cucu sendiri. (Nenek)

"Kenapa datang tak beritahu, jika tak bà nội akan sediakan sarapan buat kamu." Nenek Chi menyoal.

"Saya tak nak susahkan bà nội. Lagipun saya paragliding awal pagi tadi." Beritahu Zayn seraya duduk di atas lantai kayu.

"Tak ada susah pun. Kamu itu dah seperti cucu bà nội sendiri. Lagipun kamu dah lama tak datang sini." Ujar Nenek Chi seraya menjerit memanggil pembantu rumah bagi menyediakan minuman buat Zayn.

"Maaf bà nội. Sejak beberapa tahun ini saya sibuk tapi bà nội tetap dalam hati." Zayn menyentuh tangan tua yang duduk di atas sofa itu.

"Kamu itu sama saja dengan cucu bà nội yang perasan kacak itu. Susah nak nampak muka. Sehingga bà nội kena tipu yang bà nội sakit nak mati baru dia pulang." Nenek Chi menjeling cucunya yang jarang pulang ke rumahnya kerana menetap di kota.

Sam menjuih bibir apabila neneknya mula mengadu tentang dirinya.

"Aku lempar kau dalam kolam tahi nanti Sam. Kota dengan kampung jarak 2 jam saja, itu pun susah kau nak pulang melawat bà nội setiap hujung minggu!" Zayn memarahi Sam.

Sam memekakkan telinga, dia kan anak muda. Mana ada masa nak pulang ke kampung halaman setiap hujung minggu!

"Aku nak masuk bilik dulu. Aku mengantuk." Sam menguap besar seraya berlari masuk ke dalam bilik kerana dia tidak mahu mendengar bebelan nenek dan Zayn. Mereka berdua itu apabila bergabung, boleh bernanah telinganya mendengar.

"Lihat itu!" Nenek Chi menjerit geram.

Manakala Zayn menggeleng.

"Biarkan dia. Mari teman bà nội ke sawah padi." Nenek Chi mengajak Zayn yang selalu menemani dirinya ke sawah padi jika jejaka itu bercuti di kampungnya.

Zayn mengangguk seraya keluar dari rumah sementara menunggu nenek Chi bersiap, dia menghubungi Isma untuk menyoal di mana keberadaan jejaka itu yang disuruhnya memgambil pakaian miliknya di hotel kerana dia akan bermalam di rumah kampung milik nenek Chi.

Zayn mematikan talian saat mata menangkap kelibat kereta yang dipandu oleh Isma memasuki kawasan rumah kampung nenek Chi.

Kereta berhenti di halaman depan rumah, lalu Isma cemas keluar dari kereta bersama wajah pucat. Dia mendekati Zayn sambil menyusun kata bicaranya.

Zayn berkerut dahi melihat Isma yang kelihatan cemas dan pucat itu, jarang sekali melihat keadaan jejaka itu sebegitu rupa.

"Tuan—" Isma berdebar jantung, tidak tahu bagaimana ingin memberitahu Zayn.

"Kenapa dengan kau?" Zayn menaikkan sebelah kening ke atas.

"Sebenarnya—" Tidak sempat Isma ingin bicara, kelihatan seseorang keluar dari perut kereta bahagian belakang.

"Hai Zayn." Gadis menawan itu menegur Zayn bersama senyuman manis.

Zayn membulat mata besar, dia terjeda saat melihat gadis yang keluar dari perut kereta itu.

Kemudian Zayn menoleh melihat Isma yang cemas, dia seperti hendak menampar jejaka itu tetapi dia masih mampu menahan diri untuk mendengar perjelasan dari jejaka yang sudah lama berkhidmat dengannya.

"Semasa perjalanan dari hotel tadi saya menerima panggilan dari tuan besar. Tuan besar minta saya ke lapangan terbang menjemput seseorang." Isma cuba menjelas kerana dia dapat melihat tuannya seperti ingin meletup dan lebih parah ingin membunuhnya.

"Tuan tahukan apa yang akan terjadi pada saya jika saya ingkar arahan tuan besar." Isma mengeluh berat.

"Selepas percutian ini berakhir, aku akan bunuh kau." Zayn mengetap rahang melangkah mendekati gadis yang sedang tersenyum manis kepadanya yang kelihatan palsu.

Isma menelan air liur seraya mengelap air peluh di dahinya.

"Kau buat apa di sini?!" Zayn menyoal seperti samseng.

"Daddy yang minta I ke sini." Keisha masih tetap mengukir senyuman manis.

"Daddy?" Zayn mengukir sinis.

"Kalau daddy minta kau telan racun, maknanya kau akan telan racun?!" Zayn bengang.

"Daddy tak akan minta I buat perkara begitu." Keisha melihat wajah Zayn memerah geram.

"Aku nak kau berhambus dari sini. Jangan nak merosakan percutian aku!" Zayn ingin lari dari masalahnya tetapi nampaknya masalahnya masih mendekati dirinya.

"I tak ada niat nak ganggu percutian you. Daddy beritahu selepas majlis pertunangan, you menghilangkan diri. Jadi dia minta I ke sini untuk jemput you pulang sebab minggu depan ada projek penting yang memerlukan you." Terang Keisha.

"Ingat aku budak kecil?" Zayn menaikkan sebelah kening ke atas.

"Aku tahulah bila yang aku nak pulang!" Jerit Zayn kuat.

"Kalau rasa diri itu bukan budak kecil, tolong jawab panggilan dari daddy." Keisha tidak lagi mengukir senyuman manis.

Sebenarnya Keisha tidak ingin pun terbang ke Vietnam untuk menjemput Zayn yang menghilangkan diri sejak majlis pertunangan mereka tetapi dia terpaksa kerana Zavian telah mengarahnya untuk membawa anak lelakinya itu pulang kembali.

Keisha tidak mahu tetapi siapalah Keisha untuk mengingkari arahan Zavian, sedangkan anak kandung jejaka itu sendiri pun tidak berani mengingkarinya.

"Aku nak jawab atau tak, kau tak perlu sibuk! Sekarang aku nak kau berhambus!" Zayn menunjal bahu Keisha sehingga tubuh gadis itu tersandar di kereta.

"Ikut I pulang." Ujar Keisha tanpa emosi.

"Jadi true color kau dah keluar?" Zayn memeluk tubuhnya seraya mengukir sinis.

Keisha berkerut dahi, dia hanya ingin mengajak Zayn pulang sahaja kerana tidak mahu Zavian murka. Apa yang true color?

"Walaupun kita dah bertunang, kau ingat kau boleh kongkong dan kawal hidup aku?!" Zayn tidak sangka sikap Keisha sungguh menjengkelkan, berani gadis pelik itu ingin mengawal hidupnya. Cukuplah ayahnya seorang sahaja yang memegang butang hidupnya.

Keisha melepaskan ketawa saat mendengar bicara Zayn, sungguh dia berasa geli hati kerana jejaka itu sememangnya seorang yang perasan.

Zayn semakin bengang.

"Penting sangatkah you sehingga I perlu kongkong dan kawal hidup you?" Keisha menyoal sinis bersama sisaan ketawa.

Zayn mencarut sial di dalam hati.

"I ke sini sebab daddy yang suruh. Kita semua tahu apa yang akan terjadi jika ada yang berani ingkari arahannya. I hanya tak mahu jadi mangsa disebabkan you. Jadi tolong ikut I pulang." Bicara Keisha serius.

"Jadi—daddy akan lakukan sesuatu pada kau jika aku tak pulang?" Zayn mengukir senyuman sinis.

Keisha diam merenung jejaka yang memberinya masalah baru.

"Agaknya apa yang daddy akan lakukan pada kau jika aku tak pulang?" Zayn mendekati Keisha, dia pasti Zavian tidak akan melepaskan Keisha jika gadis itu tidak berjaya di dalam misi yang diberikan kerana dia sangat kenal dan memahami ayahnya itu.
Zayn rasa situasi tersebut telah memberikannya peluang untuk mengenakan gadis bersikap pelik.

"Tak perlu soal banyak. Ikut I pulang sekarang." Keisha membuka pintu kereta, mempersilakan Zayn untuk masuk ke dalam kereta.

"Penting sangatkah aku dengar cakap kau? Lagipun siapa kau nak beri aku arahan?" Zayn menyoal sinis, lalu dia menjeling seraya melangkah untuk masuk ke dalam rumah.

Keisha memegang pintu kereta bersama perasaan merampang, Zayn benar-benar menguji emosinya pada ketika itu.

Keisha tahu Zayn tidak mahu mengikutnya pulang kerana ingin melihatnya dimarahi oleh Zavian.
Keisha menghempas kuat pintu kereta, dia melihat Zayn masuk ke dalam rumah kampung yang cantik. Dia bersumpah akan pastikan jejaka itu pulang bersamanya walau dengan apa cara sekali pun.

Keisha melangkah masuk ke dalam rumah berdinding kayu, dia melihat Zayn duduk berduduk santai di atas sofa bersama wajah jengkel melihatnya.

Keisha mengecilkan anak mata merenung Zayn, jika boleh dia ingin mencekik leher jejaka itu.
Kemudian Keisha duduk di atas lantai kayu tanpa sebarang bicara. Wajahnya hanya mempamerkan riak kosong.

Zayn di dalam hati mengutuk Keisha yang tidak mahu berhambus dari situ, besar kecil besar kecil sahaja dia melihat gadis itu.

"Siapa anak ini?" Nenek Chi hairan melihat ada seorang gadis menawan di ruang tamu rumahnya.

"Penyamun." Zayn mengukir sinis.

"Bukan!" Keisha bangun dari duduknya saat melihat wanita tua yang menegurnya.

"Saya kawan king." Keisha mengukir senyuman manis kepada wanita tua yang sudah separuh abad itu.

"King?" Nenek Chi berkerut hairan.

Zayn juga berkerut hairan memikirkan siapa si king itu.

"King—" Keisha menunjuk Zayn.

"Kong." Keisha mengukir senyuman paling menawan.

Zayn mengetap gigi.

Nenek Chi berkerut hairan, lalu dia melepaskan ketawa besar apabila berjaya memahami siapakah king kong itu.

"Sebenarnya Zayn beritahu dia nak healing di sini, jadi saya datang nak teman dia." Tipu Keisha kepada wanita tua yang kelihatan polos.

"Bagus!" Nenek Chi teruja.

"Dah lama tak ada gadis cantik datang ke rumah bà nội. Kamu tidur sini ya?" Nenek Chi mendekati gadis cantik itu bersama senyuman teruja kerana dia tidak mempunyai cucu perempuan, kesemua cucunya adalah lelaki.

Senyuman menawan Keisha semakin pudar memikirkan dia tidur di rumah kampung berstruktur dinding kayu. Selama hidup, dia tidak pernah ke desa atau tidur di rumah kayu. Jadi dia tidak begitu selesa dengan situasi tersebut.

"Dia tak akan tidur sini." Zayn bersuara.

"Ya betul!" Senyuman Keisha mekar kembali kerana Zayn memahami dirinya.

"Petang ini dia akan pulang semula ke negara asal, Uganda." Zayn mengukir sinis.

Keisha seperti hendak mencekik Zayn.

"Hmm...sayang sekali." Nenek Chi bernada kecewa.

"Sebenarnya, saya tak jadi pulang ke Uganda petang ini. Saya nak bermalam di sini." Keisha mendekati Zayn, lalu dia duduk di atas lantai sambil melihat wanita tua yang kelihatan kecewa itu.

Zayn seperti hendak menjijak Keisha sehingga menjadi lempeng.

Nenek Chi mengukir senyuman, dia rasa mereka berdua itu ada sesuatu yang disembunyikan darinya.

"Begitu bà nội akan minta pembantu rumah sediakan tempat tidur buat kamu." Ujar nenek Chi.

Keisha mengangguk bersama senyuman manis.

"Kamu berdua tunggu sekejap. Bà nội nak pergi ambil sesuatu." Nenek Chi menghilangkan diri seketika.

"Kau boleh berhambus tak?" Zayn menolak bahu Keisha yang duduk di lantai itu.

"I tak akan berhambus selagi you tak ikut I pulang." Keisha tetap berkeras.

"Menyusahkan!" Tempelak Zayn.

"Siapa yang menyusahkan? You itu yang menyusahkan I!" Lawan Keisha kembali.

"Siapa yang suruh kau datang sini?!" Zayn naik angin.

Keisha mengeluarkan telefon pintar, lalu mendial nombor seseorang. Setelah itu dia menghulurkan telefon pintar tersebut kepada Zayn.

"Tanya sendiri pada orang yang suruh I datang sini."
Zayn melihat nama ayahnya terpamer di skrin telefon pintar milik Keisha, lalu dia merampas dan mematikan panggilan bersama debaran kecang.

"Kau—!" Zayn mengetap rahangnya.

Zayn benar-benar bengang kerana berani Keisha menghubungi Zavian, lalu bersama emosi merampang dia membaling telefon pintar milik gadis itu ke luar melalui jendela rumah kampung.

Keisha membulat mata besar saat melihat telefon pintar miliknya begitu cantik sekali terbang ke udara sehingga mendarat ke tanah.

"My phone!!!" Keisha menjenguk telefon pintar melalui jendela, dia melihat anak-anak ayam mendekati dan mematuk telefon pintarnya.

Keisha berlari keluar dari rumah, dia menghalau geli anak-anak ayam yang sedang mematuk telefon pintarnya yang diingatkan dedak.

"Eeeei!" Keisha mengambil telefon pintarnya dan melihat skrinnya telah retak.

"You memang dah melampau!" Keisha mendongak melihat Zayn di jendela yang sedang tersenyum sinis kepadanya tanpa rasa bersalah.

"Serve you right!" Ujar Zayn seraya menutup kuat pintu jendela. 

Keisha mengetap gigi menahan geram.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro