BAB 6
ZAYN memeluk tubuh merenung jejaka yang sedang merenung luar melalui jendela bilik wad hospital.
"Kau nak apa?" Soal jejaka itu kepada Zayn yang membisu sejak tadi.
"Aku nak pastikan yang kau adalah Zach dan bukan klon dia." Zayn masih merenung abangnya yang berjaya ditemui setelah beberapa hari terperangkap di dalam ribut salji.
Zach cedera parah apabila mereka menemui jejaka itu kerana digigit oleh binatang buas. Disebabkan Zach kehilangan banyak darah, jadi jejaka itu terlantar lama di atas katil sehingga mereka ingatkan abangnya akan mati tidak lama lagi.
"Kau diam saja. Aku pelik." Zayn mendekati abangnya yang masih panjang umur.
"Pernahkah aku bising seperti kau?" Zach mengerling adiknya.
Zayn ketawa kerana betullah itu abangnya.
"Kau mesti sedihkan." Ujar Zach kepada Zayn yang berkerut bingung.
"Sebab aku masih lagi hidup." Zach mengukir sinis, mempamerkan wajah yang menyakiti hati adiknya seperti selalu.
"Mulanya aku gembira." Zayn duduk di birai katil.
"Tapi bila aku fikir tentang sangkar, terus aku sedih. Aku takut kematian kau buat aku masuk ke dalam sangkar." Bicara Zayn takut.
"Selepas aku bukan kau tapi Jay." Zach tersenyum nipis.
"Patutlah dia paling gelabah sekali bila tahu kau hilang." Zayn ketawa suka jika Jaymond iaitu sepupunya itu masuk ke dalam sangkar kerana antara kebanyakkan sepupunya, jejaka itu paling penakut sekali sebab itu jejaka itu tidak pernah menyertai mereka apabila melakukan keganasan.
"By the way, welcome back my bro." Zayn memeluk abangnya kerana rasa risau mereka kepada abangnya sudah hilang.
"Memandangkan kau masih lagi hidup, jadi kau kena tolong aku keluar dari perkahwinan gila yang daddy aturkan."
"Aku dah cakap tapi daddy tak nak dengar. Dia risau dan takut sesuatu terjadi pada kau sebab aku tak masuk ke dalam sangkar semula." Zach mengeluh perlahan kerana adiknya tidak akan membiarkan dia rehat dengan tenang.
"Aku tak akan masuk ke dalam sangkar kembali. Aku mahukan hidup aku kembali." Setelah Zach terperangkap di dalam ribut salji, lagi membuatkan dia tidak mahu masuk ke dalam sangkar dan meninggalkan keluarganya.
"Jika begitu aku ada cara sendiri nak hentikan perkahwinan ini." Zayn bangun dari duduknya.
"Kau tak akan berjaya sebab ada aku yang akan menghalang kau."
"Kau patut mati saja." Zayn menjeling abangnya seraya keluar dari bilik wad hospital. Di luar bilik wad Zayn bermasam wajah kerana abangnya hidup atau tidak tetap menyakitkan hati.
Suasana restoran mewah yang kelihatan begitu tenang bersama alunan bunyi muzik Instrumental indah berkumandang lembut membuatkan para pelanggan yang sedang menikmati makanan berasa aman sesaat apabila mendengar. Hanya seorang sahaja pelanggan yang tidak aman sedang menunggu seseorang yang masih tidak munculkan diri.
Mata tertancap ke arah gadis yang sedang berjalan cat walk menuju ke mejanya, membuatkan riak wajahnya berubah menjadi bengis.
"Maaf, I lewat." Ujar Keisha kepada Zayn, lalu dia berterima kasih kepada pelayan yang menarik kerusi buatnya. Nak tunggu jejaka itu menarik kerusi, memang tidaklah sehingga kiamat menjelma.
"Are you okay? Why you're looking serious?" Soal Keisha setelah memesan jenis makanan yang dia ingini.
"Aku tak suka dengan orang yang tak tepati masa." Sindir Zayn seraya melihat jam tangan mewahnya.
Berubah wajah ceria milik Keisha apabila di sindir oleh bakal suami.
"I lewat sebab—" Ayat Keisha tergantung apabila pelayan menghantar minuman yang dipesan.
"Aku tak nak tahu." Zayn berkata setelah pelayan berlalu pergi.
"By the way, how about abang Zach?" Soal Keisha kerana sudah lama dia tidak nampak Zach sejak kejadian ngeri yang menimpa diri jejaka itu.
"We straight to the main subject." Zayn tidak membalas pertanyaan Keisha kerana malas ingin berbual dengan gadis itu.
"Batalkan perkahwinan." Zayn selamba mengatakan hasratnya.
"Tapi kenapa?" Keisha tergamam seketika.
"Kau jangan tanya soalan yang kau tahu jawapan ia. Dasar bodoh." Kutuk Zayn.
"Aku tak suka kau." Selamba Zayn berkata.
Ayat yang meluncur keluar dari bibir Zayn merentap hati Keisha. Dia tahu bahawa Zayn tidak pernah menyukai dia tetapi tidak menyangka bahawa jejaka itu akan mengeluarkan ayat sebegitu kepadanya secara langsung.
"I hanya ikut apa yang ibu bapa kita mahukan." Keisha bersuara seperti tidak kisah dengan kata Zayn, walaupun hatinya terluka.
"Aku ada terfikir, bagaimana kau boleh bersetuju untuk berkahwin dengan aku?" Tajam Zayn melihat Keisha.
"Papa yang suruh." Ujar Keisha bersahaja menutup rasa kecewa di dalam hati.
Zayn ketawa sinis.
"Nampak seperti kau tak akan cakap tidak untuk perkahwinan bodoh ini." Zayn bengis kembali.
"Kenapa you tak bantah?" Soal Keisha. Jika Zayn tidak suka akan rancangan perkahwinan yang diaturkan, jadi kenapa jejaka itu tidak berterus terang kepada keluarganya sahaja.
"Kau tak faham." Keras intonasi Zayn. Siapa dia untuk berkata tidak kepada Zavian kerana ayahnya itu tidak pernah mendengar luahan isi hatinya.
"I tak akan cakap tidak kepada ibu bapa I. I sayangkan mereka. I tak mahu mereka kecewa dengan keputusan yang I lakukan." Beritahu Keisha.
Mungkin Keisha nampak seperti seorang yang penting diri tetapi itu adalah salah satu cara baginya untuk memiliki jejaka itu walaupun dia tahu Zayn seorang kaki perempuan dan sukar untuk jejaka itu membuang sikap buruknya.
"Nerdy." Kutuk Zayn. Padahal dia pun sama juga terpaksa mengikut rentak orang tuanya.
"I tetap dengan keputusan I." Keras Keisha.
"Jadi bersedia untuk hidup bersama aku, tapi yang pasti aku tak akan tinggalkan kehidupan aku yang sekarang ini." Zayn tersenyum sinis kepada Keisha. Rasanya dia tidak perlu menerangkan tentang maksud kehidupannya itu.
"Hidup kau yang indah akan berubah menjadi neraka." Zayn mengukir senyuman jahat.
"My treat." Zayn bangun dari duduk sambil membuntangkan kot yang tersarung ditubuhnya semula. Tidak guna dia bercakap dengan Keisha jika itu jawapan yang dia terima.
Zayn mula merangka rancangan di dalam kepalanya. Kemungkinan besar dia akan menggunakan idea Hariz yang dianggap cukup gila itu untuk mengenakan gadis tersebut.
Keisha mengeluh perlahan melihat Zayn berlalu pergi meninggalkannya seorangan diri. Bermatian dia ingat bahawa jejaka itu ingin mengajaknya keluar temu janji dan ingin berbaik dengannya tetapi rupanya ada agenda lain yang jejaka itu ingin menyampaikan.
Keisha berfikir mungkin dia perlu melakukan sesuatu untuk menambat hati Zayn yang kelihatan beku dengannya agar rancangan dia selepas mereka berkahwin berjalan lancar.
Langit biru, awan berarak tenang sepertinya gadis menawan yang sedang menikmati percutian di tepi pantai persendirian dengan tenang tanpa sebarang gangguan.
Keisha baring di atas kerusi santai mengenakan kaca mata hitam menikmati vitamin D di pagi hari.
Hujung minggu itu Keisha menikmati percutian bersama ibu bapanya yang turut bersamanya. Mereka memilih bercuti di pulau Langkawi Ememandangkan mereka sekeluarga sudah lama tidak ke pulau yang turut dikenali sebagai archipelago itu.
Setelah puas bersantai di tepi pantai, Keisha mengemas barangan miliknya untuk pulang ke bilik kerana pada tengahari itu dia bersama ibu bapanya akan ke pekan Kuah untuk membeli belah.
Keisha masuk ke dalam bilik yang merupakan sebuah chalet di atas air. Sebenarnya bilik itu adalah sesuai untuk pasangan yang ingin berbulan madu menghabiskan masa bersama berdua tanpa gangguan sesiapa.
Keisha melompat ke atas katil, dia merenung siling sambil menahan rasa cemburu terhadap ibu bapanya yang tidak keluar dari bilik chalet sejak dari semalam. Dia pasti pasangan itu sedang berbulan madu sehingga melupai kewujudan dirinya.
Keisha turut mahu merasai situasi tersebut bersama jejaka yang dia cintai tetapi dia tahu perkara itu tidak mungkin akan terjadi kerana dia perlu berkahwin dengan jejaka yang membencinya.
Keisha mengeluh perlahan, lalu dia menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri kerana tidak mahu ingatan tentang bakal suami dia merosakkan emosinya ketika bercuti.
Di pekan Kuah, Keisha membuntuti langkah pasangan yang sedang kelihatan bahagia itu. Dia melihat ibunya senyum sehingga ke telinga apabila ayahnya membisik sesuatu. Kemudian mereka berdua itu melepaskan ketawa seolah dunia hanya milik mereka berdua sahaja.
"Ahem." Keisha terpaksa berdehem kerana diri seperti tidak wujud sejak mereka tiba di pulau Langkawi.
"Kenapa sayang?" Melinda melihat wajah masam anak gadisnya.
"Kita bercuti bertiga, kan? Bukan mama dan papa saja, kan?" Keisha memeluk tubuh tidak berpuas hati.
Kedengaran pasangan romantis itu melepaskan ketawa kuat apabila mendengar soalan dari anak mereka.
"Maafkan kami sayang. Sebenarnya pulau Langkawi ini buat kami teringat akan momen lepas. Waktu pertama kali kami bertemu." Ujar Qushairy seraya memeluk bahu Keisha bersama senyuman yang masih kelihatan tampan.
"Serius?" Keisha membulat mata terkejut.
"Cepatlah cerita bagaimana papa dan mama boleh bertemu?!" Keisha bicara teruja.
Kemudian Qushairy menceritakan momen lepas dia bertemu dengan wanita yang berjaya mencuri hatinya.
Qushairy dan Melinda ke pulau Langkawi membawa emosi yang kecewa kerana putus cinta dengan kekasih mereka. Di saat masing-masing sedang berduka lara di atas kapal untuk melihat matahari terbenam, mereka bertemu ketika Melinda terjatuh di dalam lautan. Qushairy yang ternampak kejadian itu telah menyelamatkan Melinda yang terjatuh akibat kapal mereka dihempas ombak kuat.
Sejak itu mereka berdua berkenalan dan menghabiskan masa bersama di pulau Langkawi sehinggalah mereka pulang ke negeri masing-masing tetapi ingatan mereka masih berada di pulau Langkawi. Saat itu mereka mulai sedar bahawa mereka telah jatuh cinta dan rasa kecewa mereka terhadap pasangan mereka yang lepas telah hilang, digantikan dengan kasih sayang yang baru.
"Auwww so sweet." Kedua tangan Keisha mendongak dagu melihat pasangan di depannya yang sedang tersenyum cinta.
"Jadi Keisha akan berikan kami berdua peluang dating?" Soal Qushairy nakal.
"Parents I'm so jealous. Keisha tak akan halang dengan syarat papa belanja makan tengahari." Keisha mengukir senyuman lebar seraya mengambil buku menu untuk memesan makanan tengahari memandangkan perutnya sedang berbunyi.
Qushairy dan Melinda tertawa melihat satu-satunya tanda cinta mereka itu.
Setelah menikmati makanan tengahari, Keisha membeli belah bersama ibu bapanya. Dia membantu Melinda memilih pinggan mangkuk yang cantik dan untuk dirinya hanya membeli coklat sahaja. Tanpa Keisha sedari ada yang mengekori mereka bertiga sejak dari awal bersama lensa kamera.
Malam menjelma, Keisha menikmati coklat sambil merenung lautan Andaman yang gelap di beranda bilik chalet.
Jam sudah menunjukkan 11 malam tetapi Keisha masih tidak dapat melelapkan mata seperti selalu.
Keisha geram terhadap diri kerana seharian dia melakukan aktiviti bersama ibu bapanya, sepatutnya dia berasa letih dan tidur tetapi matanya masih lagi segar.
Apabila bunyi cengkerik hutan semakin kuat kerana kawasan chalet itu terletak di teluk Burau bersebelahan gunung Mat Chinchang, Keisha masuk ke dalam semula setelah mengunci pintu beranda.
Keisha menelan pil tidur bagi memudahkan dirinya terlelap pada malam itu.
Kemudian Keisha membaringkan tubuh di atas katil setelah mematikan segala lampu, dia memejam mata yang kian berat menandakan pil tidur yang baru dia menelan itu berjaya memberikan reaksi yang bagus. Halwa telinga hanya mendengari bunyi ombak yang tenang menghempas.
Setengah jam kemudian, kedengaran bunyi pintu bilik chalet di buka dari arah luar. Terlihat seorang jejaka masuk ke dalam bilik yang gelap.
Jejaka itu melangkah perlahan sehingga ke katil bersaiz raja, dia merenung gadis yang sedang ketiduran itu. Jejaka itu mengukir sinis kerana malam itu dia akan kenakan gadis itu yang membuatkan esok pagi hidup gadis tersebut musnah.
Zayn merentap kuat selimut yang menutupi tubuh bakal isterinya itu, malam itu dia akan membuat kerja gila seperti rancangan Hariz di mana dia akan membogelkan tubuh Keisha dan merakam tubuh bogel itu, kemudian tunjukkan kepada orang tua mereka yang bakal isterinya seorang gadis liar.
Zayn tidak sabar menunggu saat gadis itu dimarahi dan perkahwinan mereka dibatalkan tanpa dia sendiri membatalkan.
Zayn melihat Keisha mengenakan baju tidur bertali halus yang memudahkan kerjanya untuk membogelkan tubuh gadis itu.
"Kalau kau bukan bakal isteri aku, mungkin aku dah bang kau." Bicara Zayn seraya mengukir sinis, lalu tangannya ingin menarik tali halus baju tidur Keisha.
Tingkah jahat Zayn terhenti apabila tangan Keisha menyentuh tangannya, dia menelan air liur.
Keisha membuka mata sedikit, dia melihat seperti seseorang yang dia kenali sedang berada di depannya.
Keisha yang lali dengan pil tidur itu mengukir senyuman terhadap bakal suami yang tiba-tiba muncul, lalu dia menarik tangan berotot itu sehingga jatuh baring di sebelahnya.
Setelah itu Keisha memeluk erat tubuh bakal suami, dia meletakkan kepala di dada bidang milik jejaka itu dan sambung tidur kembali.
Di atas katil Zayn berwajah bengang, dia mengetap rahang apabila tubuhnya dipeluk erat oleh Keisha yang selamba tidur di atas dadanya. Zayn tidak dapat bergerak lagi apabila kakinya dikunci oleh Keisha membuatkan dia bertambah bengang.
Zayn merengus geram kerana rancangan dia pada malam itu tidak berjaya, malah dia yang seperti dikenakan oleh gadis pelik. Tiba-tiba ada idea yang lebih menarik melintas fikiran Zayn membuatkan wajah bengang miliknya memudar.
Zayn mengukir senyuman sinis, dia membiarkan keadaan mereka seperti itu kerana idea yang tiba-tiba datang itu.
"Siap kau perempuan, jangan ingat aku akan lepaskan kau walaupun rancangan aku tak berjaya." Zayn geram menunjal dahi Keisha.
Kemudian, Zayn merenung wajah menawan yang tenang tidur di atas dadanya. Melihat wajah tenang itu terus dia rasa ingin melelapkan mata yang sudah lama tidak terlelap dengan sendirinya.
Malam yang bising mendengar ombak menghempas pantai, mereka berdua berpelukan erat tidur dengan tenang. Tiada mimpi buruk yang mengejar mereka lagi pada malam itu.
BEBOLA mata bergerak-gerak saat terasa diri sudah tidur dengan begitu lama. Secara perlahan Keisha membuka mata, terasa cahaya menebusi masuk ke dalam bilik melalui beranda.
Keisha bangun dari pembaringan, dia mengeliat sedikit sambil menguap. Setelah itu dia menghempas tubuh di atas katil semula, tidak tahu kenapa dia rasa selesa dan tenang tidurnya semalam.
Keisha memaling tubuh dan memeluk bantal dakap yang menemani dirinya sepanjang malam bersama senyuman lebar, hatinya berbunga kerana tiada mimpi ngeri menghantui diri seperti setiap malam.
Malangnya momen bunga itu hanya terasa sesaat sahaja apabila Keisha menyedari bantal dakap yang dipeluknya erat itu adalah—
"ARGHHHHHHHHH!!!!" Keisha menjerit nyaring seraya melepaskan bantal dakap bernyawa yang dipeluknya itu.
Keisha melompat dari katil, dia mencari sesuatu untuk menutup tubuh atasnya yang terdedah seksi.
Zayn terjaga dari tidur saat mendengar jeritan nyaring yang mengganggu tidurnya pada pagi itu.
Zayn memisat mata seraya melihat gadis yang sedang merenungnya bersama wajah terkejut.
"Apa—yang you buat dalam bilik I?" Berdebar Keisha menyoal kerana tiba-tiba dia bangun tidur wajah tampan milik jejaka kacukan Romania menghiasi pandangan.
"Kau yang ajak aku." Zayn bersandar di kepala katil bersama senyuman sinis melihat kecemasan gadis di hadapannya.
"Tak mungkin." Keisha menggeleng.
"Nak bukti?" Zayn mengeluarkan telefon pintar miliknya, lalu dia semakin mengukir sinis.
Keisha berkerut wajah, lalu dia mendapatkan telefon pintar miliknya di atas meja yang terdapat di sisi katil.
Keisha membuka bahagian pesanan ringkas tetapi tiada bukti yang terpapar dia menghantar pesanan ringkas kepada jejaka itu.
Kemudian, Keisha membuka bahagian sejarah panggilan dan melihat ada nombor tidak dikenali yang dia menghubungi semalam.
Keisha berasa hairan kerana dia tidak menghubungi sesiapa pun sebelum masuk tidur, lalu dia menekan nombor itu untuk mencari tahu siapakah manusia tersebut.
RING RING RING!
Keisha membulat mata besar, secara perlahan dia menoleh melihat dari mana datangnya bunyi telefon yang sedang berdering.
Zayn mengangkat tinggi sedikit telefon pintar miliknya yang sedang berdering, tunjuk kepada gadis yang di dalam keresahan.
"Bagaimana?" Keisha benar-benar terkejut kerana selama ini dia tidak pernah ada atau menyimpan nombor telefon bakal suaminya itu.
Hari yang Zayn mengajaknya untuk bertemu pun melalui pembantu peribadi jejaka itu yang datang menemuinya memberitahu hajat jejaka tersebut.
"Kau tanya aku?" Zayn berkerut hairan. Sebenarnya Zayn telah meminta bantuan Hariz yang hebat di dalam bidang teknologi untuk membantunya mengodam telefon pintar milik Keisha.
"Tak perlu nak berlakon. Kau tahu aku ada di sini atas urusan kerja. Semalam kau hubungi aku, ajak buat seks." Ujar Zayn selamba.
"Kau buat aku teruja sebab kau sama seperti perempuan-perempuan murahan yang aku tiduri." Zayn mengukir senyuman jahat.
"Sama." Zayn semakin tersenyum jahat.
Keisha menggeleng laju kerana bicara jejaka itu sama sekali tidak benar.
"Keluar." Keisha menghalau Zayn
Keisha menahan rasa gelisah di dalam diri kerana takut apa yang dikatakan oleh jejaka itu adalah benar yang tanpa diri sedari, dia telah menghubungi jejaka itu. Nampaknya penyakit dia semakin teruk.
"Sepanjang malam kau peluk aku dan sekarang kau nak halau aku tanpa seks?" Zayn tidak berganjak dari katil.
"Aku nak seks." Zayn berkeras mahukan sesuatu dari gadis yang kelihatan tidak keruan itu.
"I akan berikan selepas kita berkahwin." Keisha membalas tanpa melihat Zayn lagi.
Zayn terasa berbulu telinga miliknya saat mendengar ayat selepas kita berkahwin itu. Lantas dia bangun mendekati Keisha yang berundur ke belakang sehingga dinding berpanel kaca menghalang unduran gadis itu.
Keisha menyumpah dinding yang berada di belakangnya itu, dia masih tidak mampu membalas renungan menakutkan itu.
"Siapa kau nak tentukan selepas berkahwin?" Tangan Zayn menyentuh rahang milik gadis yang menyakitkan hatinya itu.
"Kalau aku nak sekarang maknanya sekarang." Tangan Zayn jatuh di bahagian dada Keisha, lalu dia menyentuh dan meramas buah dada milik gadis itu tanpa rasa bersalah.
Jantung Keisha terasa seperti ingin terhenti, dia mendongak wajah membalas renungan jejaka yang sedang meramas kuat buah dadanya.
"Lepas." Wajah Keisha berbahang malu kerana kali pertama di dalam hidup ada manusia yang menyentuh dan meramas buah dadanya.
"Kau yang nak kahwin dengan aku sangatkan. Kau hadaplah perangai aku." Zayn mengukir sinis.
"I cakap selepas kahwin." Keisha mengetap gigi.
"Kau pasti ada perkahwinan di antara kita?" Zayn merapatkan wajah mereka, tangannya masih lagi gatal tidak melepaskan buah dada yang membulat cantik itu.
"Lepas atau I jerit." Keisha memegang tangan yang semakin kuat meramas buah dada sebelah kirinya.
"Buah dada kau makin tegang. Kau teruja?" Zayn mengukir sinis kerana gadis itu sama sahaja sikapnya seperti perempuan murahan.
"You pasti I seorang saja yang teruja?" Keisha beranikan diri menyoal bersama wajah memerah malu dan geram.
Zayn berhenti tingkah nakalnya itu, lalu dia melepaskan ketawa kuat seperti manusia hilang akal.
"Mimpi." Zayn menunjal dahi Keisha yang perasan itu.
"Kau itu sama saja seperti perempuan murahan yang selalu aku buat seks, langsung tak mengujakan." Bicara Zayn jahat.
Keisha mengetap gigi.
"Aku lepaskan kau pagi ini." Zayn melepaskan Keisha apabila teringatkan sesuatu, lalu dia berlalu keluar dari bilik chalet yang dihuni oleh gadis bersikap pelik.
Setelah Zayn hilang dari pandangan, keisha jatuh rebah di atas lantai. Dia menyentuh buah dada miliknya yang diramas seketika tadi bersama tangisan.
Keisha tidak sangka Zayn begitu berani sekali bertingkah tidak senonoh terhadapnya, lagi menyakitkan hati bahawa jejaka itu samakan dia dengan perempuan murahan yang selalu jejaka itu tiduri.
Keisha benar-benar buntu memikirkan bagaimana dia boleh menghubungi Zayn dan mengajak jejaka itu melakukan seks.
Keisha rasa dia perlu bertemu doktor sebelum sakitnya menjadi semakin parah di mana dia melakukan sesuatu tanpa dirinya sedar.
Namun Keisha berasa sedikit lega kerana Zayn tidak menyentuhnya ketika mereka bersama di atas katil. Dia tahu mereka tidak melakukan seks sebenar kerana keadaan mereka tidak menunjukkan aksi itu terjadi di antara mereka.
Keisha berhenti menangis, dia bangun menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Dia ingin bertemu ibu bapanya dan mengajak mereka pulang kerana bakal suaminya telah mengganggu percutiannya.
Satu jam kemudian, Keisha masuk ke kawasan kafe mencari ibu bapanya yang sedang bersarapan pagi.
Keisha berhenti melangkah saat terlihat jejaka yang mengganggu emosinya duduk bersama ibu bapanya.
"Morning." Keisha menegur ibu bapanya yang beriak wajah tegang. Dia pasti Zayn adalah puncanya.
"Apa yang Keisha dah buat semalam?" Melinda serius menyoal anak gadisnya.
"Keisha—"
"Tak perlu selindung, Zayn dah beritahu segalanya." Ujar Melinda geram.
"Papa rasa hairan." Qushairy mulai bersuara.
Keisha turut berasa hairan mereka ingin marahnya tentang hal apa sebenarnya.
"Sejak bila keisha ke kelab malam?" Soal Qushairy hairan.
"Keisha—kelab malam?" Keisha menyoal kembali bersama wajah terkejut.
"Mama malu betul dengan Keisha. Nasib baik ada Zayn semalam nampak Keisha di kelab malam hotel, kalau tidak tak tahu apa yang akan terjadi pada Keisha." Marah Melinda kerana kawasan hotel itu seperti di dalam hutan, jika ingin pulang ke bilik chalet mereka harus menaiki kereta buggy kerana kawasannya yang berbukit.
Sekilas Keisha menoleh melihat wajah sinis milik Zayn yang sedang menikmati kopi panas tanpa rasa bersalah telah menipu kedua ibu bapanya.
"Sebenarnya—Keisha ke kelab malam sebab tahu Zayn ada di sana." Keisha mengukir senyuman nipis.
"Jadi Keisha tahu Zayn turut berada di sini sebab kerja tapi tak beritahu kami?" Melinda menyoal seperti polis.
Keisha mengangguk betul, walhal dia sememangnya tidak tahu di atas sebab apa tiba-tiba Zayn muncul tidur di sebelahnya dan mengganggu percutiannya.
Melinda mengecilkan anak mata merenung anak gadisnya, lalu dia membisik sesuatu di telinga Qushairy membuatkan suaminya itu tertawa kecil.
Keisha dan Zayn hairan melihat pasangan yang kelihatan romantis itu.
"Ahem, walaupun Zayn ada di sana tapi mama masih tak suka Keisha ke sana. This is my last warning." Melinda menjeling anak gadisnya seraya menjamah makan kembali.
Keisha geram.
"Mama, Keisha perlu jadi seperti Zayn." Keisha berwajah serius.
Zayn jengkel melihat si Keisha yang tiba-tiba ingin menjadi sepertinya.
"Kita semua tahu Zayn seorang jejaka liar, kaki kelab malam dan kaki perempuan. Keisha kena jadi seperti Zayn sebab tak lama lagi kami akan berkahwin." Keisha mengukir senyuman lebar seraya memeluk lengan Zayn.
Qushairy dan Melinda terkelu lidah.
Zayn berwajah bengang kerana selamba Keisha mengutuknya.
"Don't touch me." Zayn menarik lengannya.
"Jadi Tan Sri Qushairy, masih nak kahwinkan saya si jejaka liar dengan anak gadis Tan Sri?" Zayn menyoal sinis.
Qushairy mengeluh perlahan.
"Zavian is my best friend. Jadi uncle tahu segalanya sebab apa kamu perlu berkahwin. Zavian dah banyak menolong uncle, jadi sekarang dah tiba masanya untuk uncle balas jasa daddy kamu semula."
"By sacrifice your daughter?" Zayn merenung tajam Qushairy.
"I did not sacrifice my daughter." Qushairy membalas renungan tajam itu kembali.
"She won't be happy after this marriage, are you okay with that?" Soalan tajam dari Zayn membuatkan mereka bertiga terkelu lidah.
Qushairy tidak menjawab.
"Tan Sri Qushairy and Zavian, no wonder both of you is best friend." Zayn mengukir senyuman sinis seraya bangun dari duduknya untuk berlalu pergi.
Mereka berdua itu sama kerana tidak sayangkan anak kandung mereka.
"I'm okay with it." Bicara Keisha mematikan niat Zayn untuk melangkah.
"I setuju berkahwin dengan you bukan sebab nak you gembirakan I. I tahu perkara itu lengkara." Keisha bangun bertentangan mata dengan Zayn.
Zayn membisu membalas renungan si bakal isteri yang bersikap pelik tetapi dia rasa bukan gadis itu sahaja yang bersikap pelik, malah ibu bapa gadis itu juga. Zayn melihat mereka bertiga itu seperti mempunyai motif di atas perkahwinan yang diaturkan.
"Whatever." Zayn mengenakan kaca mata hitam seraya berlalu pergi, dia tidak ingin mendengar suara merdu yang menyakiti halwa telinga miliknya terusan bicara.
Keisha mengeluh perlahan seraya menggeleng melihat Zayn yang semakin hilang dari pandangan.
"Zayn akan buat pelbagai cara untuk hentikan perkahwinan ini. Terutamanya untuk buat Keisha nampak seperti seorang gadis jahat." Keisha duduk kembali.
"I will talk with his daddy's." Ujar Qushairy.
"Kita masih boleh hentikan perkahwinan ini?" Melinda bersuara kembali.
"I want to marry him." Tegas Keisha, melihat sikap Zayn sebegitu rupa membuatkan dia semakin ingin perkahwinan di antara mereka berdua terjadi.
"Mama hanya nak lihat Keisha bahagia." Melinda menyentuh tangan anak gadisnya yang berada di atas meja.
Keisha tidak membalas, dia hanya mengukir senyuman nipis.
Bahagia?
Bahagia dia sudah lama mati sejak memori lepas yang sentiasa mengejarnya di dalam mimpi pada setiap malam. Keisha tidak mahu lagi bahagia, dia hanya mahu menghilangkan memori lepas yang sentiasa menghantui hidupnya itu sahaja.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro