BAB 5
LANGIT menangis pada waktu petang, Zayn sukar mendapatkan parkir di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai bagi menjalani aktiviti harian mereka.
Disebabkan parkir berdekatan kafe yang ingin dituju telah penuh, jadi Zayn terpaksa pakir agak jauh sedikit. Sebelum ingin keluar dari kereta, Zayn mencari payung di dalam kereta tetapi tiada membuatkan dia mencarut geram.
Tanpa membuang masa Zayn keluar dari kereta dan berlari merendahi hujan lebat sehingga ke bangunan yang terdapat kafe.
Zayn masuk ke dalam kafe sambil mengelap wajah basah, dia mencari kelibat teman baik untuk meluahkan rasa jengkelnya terhadap gadis bersikap pelik.
Setelah ternampak kelibat teman baik, Zayn melangkah mendekati sambil mengimbas baju basahnya yang membuatkan tubuh rasa tidak selesa.
"Dude, maaf lewat. Hujan lebat sangat, nak cari parking pun susah." Ujar Zayn yang masih fokus mengimbas baju basahnya sehingga suara lembut seseorang mematikan aktivitinya.
Zayn mendongak untuk melihat suara lembut yang excuse me itu. Sesaat dia terpana, rasa bengkak di dalam hati terus hilang.
Siapakah gadis berwajah jelita itu yang berjaya menyejukkan hatinya yang sedang membara dengan hanya sekadar satu pandangan sahaja.
Bidadari
"Bro, tepilah!" Terdengar Hariz menjerit kepada teman baik yang gatal itu.
"Sorry." Zayn tersedar, lalu memberikan ruang kepada bidadari untuk melangkah.
"Siapa itu?" Soal Zayn yang masih lagi melihat tubuh si bidadari sehingga hilang dari pandangan matanya.
"Awek aku—punya teman baik." Ujar Hariz mencicip air kopi panas.
"Yes! Aku ada peluang." Zayn tersenyum lebar kerana mempunyai peluang untuk memikat gadis jelita yang mendatangkan debaran di dalam hati walau hanya sesaat mata memanah wajah menarik tanpa sebarang solekan itu.
"Tak—dia tak sama seperti awek yang kau selalu hit. Dia lain dan kau jangan cuba nak dekati dia." Hariz memberi amaran keras.
"Awek? Siapa awek baru kau?" Soal Zayn yang tidak mengendahkan amaran Hariz terhadapnya.
"Aileen." Hariz membalas sepatah.
Zayn ternganga besar saat mendengar nama yang disebutkan oleh Hariz kerana temannya itu telah melanggar prinsipnya yang tidak akan bersama wanita yang sama untuk kali kedua.
"Betulkah apa yang aku dengar?" Zayn berkerut serius.
"Aku rasa—aku dah jatuh cinta dengan Aileen. For real this time." Beritahu Hariz resah.
"Kau rasa apa yang patut aku buat?" Soal Hariz.
"Aku perlu kejar dia atau tak?"
"Kau tahu aku tak berminat dengan soal cinta lagi tapi kalau kau rasa kali ini benar-benar kau dah jatuh cinta, then go and grab her. Bercinta dengan dia dulu. Kalau dia buat kau rasa di awangan sehingga kau lupa nak jejak kaki semula di daratan, kahwin dengan dia sebab itu memang cinta sejati kau."
Hariz mengangguk memahami, nampaknya dia perlu pantas mengambil tindakkan sebelum terlewat.
"By the way, kenapa dengan perempuan pelik?" Hariz teringat akan motif perjumpaan mereka pada petang yang hujan itu.
"Aku rasa dia mental." Zayn bersandar tubuh di kerusi jenis sofa.
"Dia ketawa bila aku cakap dia sukakan aku." Zayn mengetap gigi.
Hariz berkerut hairan.
"Ketawa dia itu—maknanya dia tak sukakan aku. Dia ketawakan aku sebab nampak aku seperti badut, perasan yang dia sukakan aku." Bicara Zayn geram.
"Baguslah dia tak suka kau. Relaks okey tak perlu tertekan. Kau jadi tak ikut rancangan aku?" Hariz menyoal, pada masa dia hairan kenapa Zayn nak bengang jika Keisha tidak menyukai jejaka itu.
"Jadi." Melihat Keisha yang bersikap pelik dan menyakitkan hati itu, Zayn akan mengikut rancangan gila Hariz walaupun pada awalnya dia tidak berminat ingin mengenakan gadis itu.
"Beritahu aku bila dan masa, aku tolong kau." Hariz mengenyit sebelah mata nakal kepada Zayn.
Zayn tidak membalas, dia merenung luar yang masih hujan sambil menyumpah Keisha di dalam hati.
"Siap kau perempuan. Berani kau terima lamaran dan ketawakan aku. Aku akan pastikan selepas ini kau tak akan ketawa lagi depan aku!"
Malam itu, gadis berambut paras bahu mengetuk pintu bilik bacaan di mana tempat ayahnya sedang berada.
Setelah mendengar suara garau yang meminta dia masuk, Keisha menolak pintu tidak berkunci itu bersama senyuman.
"Papa." Keisha mendekati Qushairy yang sedang membaca buku ilmiah.
"Ya sayang." Qushairy menutup buku, lalu memeluk bahu anak gadis kesayangan apabila duduk di sebelahnya.
"Keisha ingat nak pergi bercuti." Keisha memberitahu hajatnya ingin bertemu ayahnya pada malam itu.
"Kenapa tiba-tiba?" Qushairy hairan.
"Keisha tertekan." Keisha tidak lagi mengukir senyuman.
"Keisha okey?" Qushairy mulai tidak tenang.
"Syarikat teman baik papa itu, banyak sangat kerja kena buat sebab besar. Keisha jadi semakin letih dan tertekan." Adu Keisha.
"Begitu Keisha boleh berhenti setakat ini. Selebihnya nanti papa uruskan." Qushairy tidak suka jika anak gadisnya itu tertekan.
"Terima kasih papa." Keisha tersenyum kembali kerana lega dia tidak perlu lagi mengaudit syarikat teman baik ayahnya.
"Jadi Keisha nak bercuti ke mana? Nak papa dan mama teman?" Soal Qushairy mengubah topik.
"Nak!" Keisha mengangguk laju bersama senyuman lebar.
"Nanti beritahu ke mana Keisha nak pergi, papa uruskan nanti." Qushairy semakin erat memeluk bahu Keisha, lalu dia mencium ubun anak gadisnya.
"Papa—" Keisha merehatkan kepala di dada milik Qushairy seraya memeluk ayah kesayangan.
"Tadi Keisha jumpa Zayn di pejabat dia. We're not in good terms." Beritahu Keisha.
"Bagaimana kami nak berkahwin?" Soal Keisha.
Qushairy hanya membisu.
"Papa dengar tak?" Soal Keisha lagi yang tidak suka akan kebisuan ayahnya.
"Berikan Zayn peluang." Qushairy mengukir senyuman nipis seraya mengusap kepala anak gadisnya.
Keisha mengeluh perlahan, lalu dia meminta diri untuk masuk ke bilik tidur untuk berehat walaupun dia tidak berasa mengantuk lagi.
Setelah Keisha berlalu pergi, Qushairy mencicip air kopi yang sudah separa panas itu sambil teringat kembali bagaimana boleh meletusnya idea ingin menyatukan dua orang anak muda tersebut.
Zavian adalah teman baik Qushairy, mereka selalu berkongsi masalah bersama. Zavian mempunyai masalah keluarga yang melibatkan anak-anaknya. Jadi cara untuk menyelamatkan salah seorang anaknya adalah dengan perkahwinan.
Zavian buntu ingin mencari calon isteri buat anak lelakinya dan meminta bantuan dari Qushairy.
Kebetulan Qushairy juga ingin membantu anak gadisnya, jadi dia menawarkan anak gadisnya. Mungkin dengan perkahwinan tersebut anak gadisnya akan melupakan memori lepas dan hidup bahagia.
Pada mulanya Keisha tidak bersetuju dengan rancangan perkahwinan tersebut tetapi setelah dipujuk oleh Qushairy, barulah anak gadisnya itu bersetuju.
Qushairy tahu bukan mudah untuk Keisha tetapi dia hanya ingin melihat anak gadisnya itu bahagia, keluar dari memori lepas dan dapat tidur nyenyak kembali.
Di atas katil, Keisha merenung siling berona putih. Telinga masih terngiang bicara Qushairy.
Berikan Zayn peluang
Sebenarnya makna Qushairy itu adalah berikan Zayn peluang untuk mengenali dirinya. Keisha mengemam bibir bawah, jantungnya berdegup pantas memikirkan bagaimana kerana jejaka itu sememangnya tidak meminati dirinya. Malah dilihat seperti membencinya.
Keisha bangun dari pembaringan memeluk kedua lutut sambil terfikir kenapa Zayn membenci dia seperti jejaka itu sudah mengenali dirinya.
Sejenak Keisha tersentak memikirkan mungkin Zayn mengenali siapa diri dia yang sebenarnya sebab itu Zayn selalu merenungnya tajam dan sinis melihatnya.
Keisha mulai tidak tenang, lalu dia keluar dari bilik tidur berlari ke bilik bacaan untuk mencari ayahnya kembali.
"Papa!" Keisha menolak pintu bilik bacaan mendekati Qushairy yang kebetulan hendak keluar dari bilik tersebut.
Qushairy terkejut sesaat.
"Keisha takut! Keisha tak nak kahwin dengan Zayn! Tolong papa!" Keisha menangis teresak.
"Keisha bertenang!" Qushairy memeluk tubuh Keisha yang menggeletar itu.
"Keisha tak nak Zayn—" Keisha menggeleng di dalam dakapan ayahnya.
"Papa tak nak dengar apa-apa." Bicara Qushairy serius.
Keisha tidak bicara lagi, dia hanya menangis ketakutan tanpa henti.
*****
PEMANDU berhentikan kereta SUV hitam di kawasan pusara milik gadis kesayangan majikannya seperti setiap dinihari.
Setelah majikannya itu keluar dari kereta, si pemandu melelapkan mata kerana keletihan. Manakala pembantu peribadi di sebelahnya sibuk membalas emel.
Zayn merenung prasasti yang terukir nama gadis kesayangan di atas pusara yang berumput hijau baldu.
"Kenapa nasib I malang?" Zayn perlahan menyoal seolah gadis kesayangan dengari.
"Kenapa sukar mereka nak faham yang I tak mahu berkahwin?"
"Lagipun gadis itu pelik. I rasa naik angin bila lihat dia!"
"Kenapa you pergi tinggalkan I? Jika tak I tak akan hadapi semua ini."
"Semuanya salah you!" Zayn duduk di atas bangku diperbuat dari tekstur marmar.
"Jika tak kita berdua dah berkahwin, I tak perlu hadap semua perkara bodoh ini dan rasa tertekan!" Zayn menghela nafas berat memikirkan nasibnya yang malang.
"Bila agaknya I akan jadi seperti abang I? Langgar segala peraturan. Tak takut pada sesiapa terutamanya daddy."
Zayn teringat kepada abangnya, sejak dari dulu dia ingin menjadi seperti abangnya tetapi dia tidak kuat dan pengecut. Dia tidak berani membantah kata dan arahan ayahnya.
Tentang perkahwinan yang diaturkan, pada mulanya Zayn membantah dan tidak bersetuju tetapi apabila mendengar perjelasan ayahnya kenapa dia perlu berkahwin, mahu atau tidak terpaksa dia menerima walaupun hatinya membantah.
Tatkala melayan hati yang sakit, Zayn terdengar bunyi seperti ranting kayu yang dipijak kuat.
Zayn menoleh wajah untuk melihat dari mana datangnya bunyi tersebut.
Di dalam kegelapan hanya disimbahi cahaya bulan, dari jauh Zayn terlihat seseorang di sebalik pohon besar seperti sedang merenungnya.
Lantas Zayn berdiri dan melangkah ke arah pohon besar tersebut sehingga langkahnya bertukar kepada larian saat melihat manusia itu berlari laju melarikan diri.
Manusia yang menutup rambut dengan topi hoodie dan memakai pelitup muka itu semakin laju melarikan diri saat sedar jejaka kacukan Romania sedang mengejarnya.
Zayn tidak lagi berlari apabila melihat manusia itu berlari masuk ke dalam hutan tebal. Dia tidak mengejar kerana tidak mahu mengambil risiko masuk ke dalam hutan tebal yang gelap pada waktu dinihari.
"Tuan." Tegur Isma apabila menyedari majikannya tidak berada di tempat selalunya.
"Kenapa tuan?" Soal Isma melihat Zayn hanya membisu merenung hutan tebal.
"Ada orang menghendap aku." Beritahu Zayn.
Isma berkerut wajah.
"Tuan pasti orang itu adalah orang dan bukannya—" Isma tidak berani menghabiskan bicaranya kerana mereka masih di kawasan perkuburan.
"Jika hantu tak akan melarikan diri." Zayn memaling tubuh bergerak ke arah kereta.
Isma membuntuti langkah majikannya tanpa sebarang bicara lagi.
"Cari tahu siapa orang itu." Arah Zayn kepada Isma yang mengangguk memahami.
Di dalam kereta, Zayn merenung luar melalui jendela sambil memikirkan siapakah gerangan manusia yang menghendapnya dari jauh tanpa dia sedari tetapi yang paling penting ialah apakah motif manusia tersebut yang dia perlu mencari tahu.
Kedengaran kuat muzik instrumental berkemundang di dalam restoran mewah yang perlu ditempah awal sebulan kerana menjadi pilihan manusia-manusia mewah. Malam itu, kelihatan dua buah keluarga sedang berbual sambil menikmati fine dining.
Zayn menikmati minuman bersama wajah tiada emosi. Dia melihat Keisha yang kelihatan menawan tetapi malang langsung tidak berjaya menarik minatnya.
Keisha membalas renungan Zayn semula bersama senyuman manis.
"Jadi you berdua dah pilih tempat untuk majlis?" Soal Rosella.
"Keisha tak kisah dan ikut saja." Balas Keisha sopan.
Zayn menahan rasa sakit hati apabila mendengar suara lunak milik bakal isteri.
"Bagus sebab mama dan aunty Rose dah pilih tempat untuk majlis kamu berdua." Sampuk Melinda teruja.
Zayn seperti hendak mengamuk tetapi dia cuba mengawal diri ada tidak kelihatan kurang ajar dengan bakal mentuanya.
Kemudian, Zayn melihat pembantu peribadi Zavian mendekati tuannya itu bersama riak wajah gelisah. Dia mulai berasa pelik sehinggalah dia menerima pesanan ringkas dari Isma tentang berita yang sedang hangat bicara oleh para media.
Zayn terjeda sesaat apabila membaca berita tersebut, dia mendengar Zavian memberi arahan keras kepada pembantu peribadi untuk menyediakan pesawat.
"Daddy, we have to go now!" Jerit Zayn kepada Zavian yang termangu seolah tidak percaya dengan berita yang diterima.
Mereka yang lain mula bertanya apa yang telah terjadi. Pertanyaan Rosella kepada Zavian langsung tidak dijawab.
Zayn berharap ayahnya tidak memberitahu tentang perkara tersebut kepada ibunya tetapi Zavian tetap Zavian telah memberitahu segalanya kepada ibunya membuatkan emosi ibunya tidak stabil.
"Zach telah terperangkap dalam ribut salji. Dia mungkin terselamat atau—mati." Beritahu Zavian kepada Rosella yang terjeda.
Mereka yang lain turut tergamam sesaat termasuk Darviena yang paling Zach sayangi.
"Tak—mungkin. Tak ada apa yang berlaku pada abang Zach." Darviena menghamburkan tangisannya.
Keisha cuba untuk menenangkan Darviena yang seperti hendak pengsan mendengar berita yang telah menimpa bakal abang iparnya itu.
"Zayn, you still here. Take care of company and reporter."
"Tapi daddy—"
"Please Zayn, hanya kamu sahaja yang daddy boleh harap sekarang ini."
Zayn hanya mengangguk apabila Zavian sudah mengatakan sebegitu. Siapa dia untuk membantah kata Zavian, walaupun hati meronta dan menjerit untuk ke tempat di mana abangnya ditimpa kemalangan.
Setelah Zavian bersama isterinya sudah hilang, mereka pulang ke rumah. Keisha mengikut Darviena pulang ke rumah agam milik Zavian.
Di ruang tamu Zayn mundar mandir memikirkan keadaan abangnya. Dia cuba menghubungi teman baik yang turut mendaki bersama abangnya.
Keisha pula cuba menenangkan Darviena yang masih tidak henti menangis sambil melihat Zayn yang resah di depannya.
"Mana abang aku?!" Soal Zayn serius setelah akhirnya teman baik menjawab panggilannya.
"Tiba-tiba ribut salji, abang kau hilang bersama seorang gadis." Beritahu Hariz yang turut tidak tenang.
"Kenapa kau masih hidup?" Zayn menyoal.
"Nyawa aku masih panjang." Hariz melihat gadis kesayangan tidak henti menangis kerana teman baiknya adalah gadis yang hilang bersama abang Zayn.
"Lakukan sesuatu. Aku nak abang aku hidup. Dia tak boleh mati lagi." Zayn masih lagi tidak bersedia kehilangan abangnya seperti mana dia kehilangan gadis kesayangan beberapa tahun yang lepas.
"Aku dah hantar drone cari abang kau dengan bantuan pihak SAR." Beritahu Hariz.
"Zayn—jika abang kau mati, kau kena terima—"
Zayn mematikan panggilan kerana tidak mahu mendengar bicara Hariz yang menyaktikan hati.
Zayn mengeluh perlahan seraya duduk di atas sofa, dia termangu sesaat memikirkan jika benar abangnya sudah meninggal dunia.
Tiba-tiba momen mereka sewaktu kecil terlintas membuatkan Zayn menjadi sebak tetapi dia mengawal diri dari menangis kerana gadis pelik sedang merenungnya.
"Beritahu I yang semua ini hanya mimpi." Ujar Darviena sedih di sisi Keisha.
Keisha hanya membisu, dia seperti mereka yang lain turut terkejut dengan berita yang menimpa bakal abang iparnya.
"Abang Zach janji nak datang lihat pertunjukkan I minggu depan." Darviena menangis teresak kerana hanya sekelip mata sahaja jejaka yang berjaya mencuri hatinya telah pergi meninggalkan dirinya.
"Kita kena banyak berdoa untuk abang Zach." Keisha cuba menenangkan Darviena yang asyik menangis tanpa henti.
Keisha turut berduka kerana Zach sudah dianggap seperti abangnya. Kadang apabila dia bertemu Darviena, jejaka itu akan turut serta bersama juga membuatkan mereka mengenali di antara satu sama lain.
Setelah Darviena ketiduran, Keisha keluar dari bilik tidur dan menuju ke ruang tamu kembali.
Keisha mendekati Zayn yang sedang duduk gelisah di atas sofa, dia melihat jejaka itu sejak tadi menerima panggilan dari para media sehingga jejaka itu terpaksa mematikan telefon pintar.
"Zayn—I harap you bertabah." Keisha duduk di sebelah Zayn, dia tahu jejaka itu cuba mengawal diri supaya nampak tenang.
"I pulang dulu. Jaga diri." Keisha meminta diri apabila Zayn hanya mematungkan diri.
Setelah kelibat Keisha hilang, Zayn menghela nafas berat memikirkan bagaimana dia nak bertabah dan bertenang di atas kehilangan abangnya yang masih tidak tahu statusnya masih bernyawa atau tidak.
Zayn bersandar di sofa, lalu air matanya jatuh buat abang yang dia sayangi. Benar mereka berdua sering bertengkar tetapi hakikat hubungan mereka tetap tidak dapat berubah. Mereka adalah adik dan abang, bagaimana sadis mereka berdua tetap mereka menyayangi di antara satu sama lain.
SUDAH berapa hari berlalu tetapi mereka masih tidak menemui jejak abang kepada Zayn yang hilang di gunung Annapurna akibat terlibat di dalam ribut salji.
Sejak Darviena ke rumah keluarganya, boleh dikatakan setiap hari Keisha pergi melawat gadis itu.
Melihat keadaan Darviena yang tidak bermaya dan tidak terurus itu membuatkan Keisha teringat pada Zayn, dia berharap jejaka itu di dalam keadaan baik dan tenang menghadapi berita buruk tersebut.
Keisha ada mendapat panggilan dari bakal ibu mentua untuk menjenguk keadaan anak lelakinya sementara mereka tiada. Keisha ingin pergi melawat Zayn untuk melihat keadaan jejaka itu tetapi dia tidak berani.
Setelah dipaksa oleh ibu bapanya, Keisha cuba memberanikan diri untuk bertemu dengan Zayn.
Sekurangnya jejaka itu tahu bahawa dia mengambil berat tentang keadaan jejaka itu walaupun hubungan mereka tidak begitu baik.
Zayn tidak dapat tidur dengan tenang kerana asyik teringatkan abangnya, sekali sekala dia akan menangis kerana abangnya mungkin sudah tiada lagi di dunia. Abangnya hilang di gunung Annapurna, salah satu gunung membahaya di dunia. Jadi kebarangkalian untuk hidup setelah ditimpa ribut salji di gunung itu adalah nipis.
Zayn serabut memikirkan berita hangat yang sedang melanda keluarganya itu. Para media asyik bercakap mengenai abangnya membuatkan emosi ibunya semakin tertekan.
Ibu bapa Zayn sudah berada di negara tempat abangnya hilang. Dia tidak mengikut mereka kerana perlu menjaga syarikat dan para media yang asyik mengganggunya menyoal tentang kehilangan abangnya.
Kisah kehilangan abangnya menjadi berita hangat sedunia kerana abangnya itu adalah pelumba kereta antarabangsa yang mempunyai ramai peminat dan pengikut setia. Begitu tragis sekali jika abangnya mati akibat ribut salji tetapi bukannya kerana berlumba kereta laju di litar.
Namun Zayn tetap bersedih di atas nasib malang yang menimpa abangnya itu walaupun mereka selalu bertengkar kerana abangnya tidak mahu masuk ke dalam sangkar semula yang menyebabkan dia dipaksa berkahwin.
Zayn hanya mahukan Zach masuk ke dalam sangkar semula, bukannya mati menemui Sang Pencipta.
Zayn hiba kerana abangnya tidak patut mati lagi, dia masih memerlukan abangnya untuk hentikan semua rancangan gila yang diaturkan buatnya.
Zayn mengalir air mata kerana perasaan sedih dan hiba itu sama seperti waktu kekasih hatinya pergi meninggalkannya ke dunia abadi.
Zayn tiada lagi seorang abang yang akan memarahi dirinya, yang akan membelasahi dirinya, yang akan bicara sinis terhadap dirinya dan yang paling penting Zayn sudah kehilangan seorang abang yang sentiasa memberikan nasihat kepadanya dan menyayangi dirinya.
Zayn sudah kehilangan orang penting dalam hidupnya lagi, dia menangis sedih kerana dia tidak akan dapat melihat wajah abangnya lagi di dalam hidup.
Buat kali kedua Zayn merasai emosi yang sama, kehilangan, rasa sakit itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Zayn menyeka air mata kerana pada kali itu dia perlu menjadi kuat demi ibunya yang asyik menghubungi dirinya bercakap tentang abangnya yang masih tidak ditemui.
Zayn takut jika ibunya menjadi tidak waras di atas kematian abangnya kerana dua beranak itu sangat rapat walaupun abangnya tidak selalu berada di rumah sejak dari kecil disebabkan datuk mereka tetapi sekarang abangnya memilih untuk pulang kepangkuan keluarga kembali membuatkan ibunya gembira.
Zayn kasihankan ibunya kerana baru ingin menikmati hidup bersama abangnya tetapi hanya sekejap sahaja, dia faham emosi kecewa itu kerana dia pernah merasai sebelum ini.
Zayn memejam mata sesaat menghilangkan segala masalah yang merunsingkan sehinggalah Cindy mengetuk pintu bilik pejabatnya dan memberitahu pengawal audit luar syarikat ingin bertemu dengannya.
Zayn membuka mata kembali sejurus menangkap kelibat gadis yang membuatkan kepalanya menjadi lebih runsing. Zayn mempamerkan wajah beku saat mata mereka bertamu, dia melihat gadis itu memegang beg kertas.
"I bawakan makanan buat you." Ujar Keisha apabila sedar mata jejaka itu sekilas melihat beg kertas yang dipegangnya.
"Mummy you minta I jaga you sementara mereka cari abang you." Keisha mengemam bawah bibir apabila tiada respon.
"Aku nampak seperti budak kecil yang tak tahu cari makan sendiri bila lapar?" Zayn menyoal sinis.
"Pembantu you beritahu yang you dah berapa hari tak makan."
"Itu bermakna yang aku tak lapar." Zayn menjeling Keisha seraya fokus melihat skrin komputer riba.
"I tahu you bersedih di atas perkara yang menimpa abang Zach tapi you perlu jaga diri you juga." Keisha risau terhadap Zayn yang kelihatan tidak terurus, dia tahu keadaan jejaka itu sama seperti Darviena. Mereka kehilangan abang kesayangan.
"You perlu makan." Keisha meletakkan beg kertas di atas meja pejabat milik Zayn.
"Please stop it." Zayn menutup kasar skrin komputer riba, dia merenung Keisha tajam.
"Tak perlu berlagak seolah kita ini pasangan kekasih yang terpaling kasih sekali! Lihat wajah kau di cermin nampak sangat terpaksa bawa makanan untuk aku!" Zayn merengus geram, sepertinya dia dungu tidak dapat membaca riak wajah gadis pelik.
Keisha hendak ketawa tetapi dia menahan diri agak tidak kelihatan biadap. Dia ingin ketawa kerana dia ikhlas tetapi di salah anggap hanya sekadar sandiwara.
"Cakap saja apa yang you nak. I cuma ikut apa yang mummy you suruh." Bicara Keisha yang tidak mahu bertengkar dengan Zayn. Dia faham jejaka itu di dalam emosi tidak stabil.
"Aku harap mummy aku suruh kau terjun bangunan." Zayn bicara sinis seraya menyambung kerjanya kembali.
Keisha merenung tajam jejaka kacukan Romania yang seperti hendak mahu dia mati, lalu dia mengeluh perlahan kerana dia hanya ingin menghantar makanan sahaja bukannya ingin bertengkar. Kenapa sukar jejaka itu untuk memahami niat ikhlasnya.
"Jangan lupa makan, I pergi dulu." Keisha memaling tubuh untuk berlalu pergi.
"Kau ingat aku sedih dengan berita kehilangan abang aku?" Soalan Zayn mematikan langkah Keisha.
Keisha memaling melihat Zayn yang mengukir senyuman sinis.
"Kalau abang aku mati, orang yang perlu bersedih adalah kau dan bukannya aku." Zayn bangun dari duduk mendekati Keisha yang bingung.
"Kematian abang aku bermakna tiada perkahwinan di antara kita." Zayn mengukir senyuman sinis dan lebar.
Keisha tersentak.
Kenapa Keisha rasa dunia dia tiba-tiba menjadi kelam saat mendengar bicara jejaka itu.
Tiada perkahwinan di antara mereka
Tidak tahu kenapa Keisha rasa kecewa jika perkara itu benar-benar terjadi. Dia dan Zayn tidak berkahwin, malah menjadi musuh buat selamanya.
"I pergi dulu." Keisha meminta diri bersama hati yang kecewa.
"Wish me luck!" Jerit Zayn bersama senyuman jahat kerana dia pasti bicaranya itu telah mengganggu emosi gadis bersikap pelik.
Zayn sememangnya tidak menyukai Keisha kerana gadis itu sama seperti gadis-gadis murahan yang dia kenali tetapi bezanya gadis itu telah mendapatkannya dengan cara mudah. Mempergunakan ibu bapa mereka.
Keisha sudah hilang dari pandangan, lalu Zayn memanggil Cindy untuk membuang beg kertas yang terisi makanan.
"Tuan saya nak boleh? Saya lapar." Selamba Cindy meminta kepada majikannya.
"Hmm." Zayn duduk di atas kerusi dan fokus kepada kerjanya kembali.
"Wah sedap ini tuan, california maki!" Cindy mengeluarkan bekas makanan jernih melihat makanan yang terisi di depan majikannya.
Sesaat Zayn terjeda, dia mendongak wajah melihat bekas makanan yang ditunjukkan kepadanya.
Zayn terkejut kerana dia sudah lama tidak menjamah makanan kegemarannya itu tetapi apa yang lebih mengejutkannya adalah bagaimana Keisha tahu tentang california maki.
Zayn merampas bekas makanan dan beg kertas dari Cindy, lalu dia keluar menuju ke pantri dan membuang di dalam tong sampah.
Cindy menjerit sedih kerana tuannya telah membazirkan makanan yang kelihatan lazat itu.
Zayn mengetap rahangnya sambil mengepal penumbuk. Sejak gadis kesayangan dia meninggal dunia, dia tidak lagi menjamah makanan kegemarannya itu kerana akan membuatkan dia teringat akan momen bersama gadis kesayangan.
Zayn rasa Keisha dalam keadaan senyap sememangnya ingin mencari hal dengannya, ingin membuat jiwanya terbakar seperti mana bicaranya membakar jiwa gadis itu.
Zayn menahan rasa sebal di dalam hati, jadi benar Keisha sebenarnya datang bukan kerana simpati terhadapnya, malah sebenarnya ingin berperang dengannya.
"Siap kau perempuan, rancangan aku masih lagi menyala untuk kau." Zayn mengetap rahangnya kerana berani gadis itu membawa makanan california maki buatnya yang sengaja ingin mengganggu emosinya!
Zayn duduk di atas kerusi yang terdapat di pantri bersama perasaan merampang.
Cindy yang melihat keadaan Zayn, dia mengambil air putih buat tuannya itu supaya tenang kembali.
"Air buat tuan." Cindy meletakkan gelas di depan Zayn, lalu dia meminta diri.
PANG!!!
Cindy memejam mata saat menutup pintu bilik pantri. Dia tidak tahu kenapa setiap kali apabila pasangan itu bertemu, tuannya akan mengamuk seperti dunia bakal apocalypse.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro