Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

BAB 3

GADIS bertubuh langsing mengekori jejaka berpakaian kot labuh makmal yang sedang menerangkan bagaimana cara proses kerja mereka.

Keisha mencatat di buku setiap kali mendengar penerangan ketua pengurusan bahagian pengeluaran. Pada masa yang sama dia turut menyoal para pekerja di bahagian tersebut untuk memastikan mereka mengikut standar prosedur pengurusan yang telah ditetapkan.

Setelah berakhir Keisha kembali ke bilik pejabat yang dikhaskan buatnya bersama tiga orang rakan yang turut mengaudit syarikat besar yang terkenal itu.

"Ada CAR?" Sheron menyoal Keisha.

"Ada." Keisha membalas.

"Supervisor bahagian pengeluaran, dia tak update record machine maintaince." Beritahu Keisha.

"Akhirnya ada juga." Sheron menaip laju papan kunci komputer riba miliknya.

Kemudian mereka berempat ketawa kerana sudah seminggu mereka mengaudit syarikat Stanislav Technologies yang merupakan sebuah kilang besar tetapi semuanya berjalan dengan begitu lancar sekali tanpa ada sebarang kesalahan dari para pekerja tetapi hari itu mereka telah berjaya menemui kesalahan pertama.

"Tapi mungkin I akan beri observation dulu." Ujar Keisha kepada mereka.

"Relaks ini baru ISO, belum lagi IATF." Ben bersuara.

Mereka mengangguk kerana sijil IATF lebih mencabar, walaupun kesalahan sedikit pun tetap akan di catat membuatkan wajah para pekerja yang di audit menjadi pucat.

Keisha mendekati telefon di atas meja, lalu dia menekan nombor yang menghubungkan kepada pengawai audit syarikat Stanislav.

"Please arrange for a short interview session with your top management or their appointed representative." Arah Keisha kepada pengawai audit syarikat tersebut.

Keisha meletakkan gagang telefon dan kembali membuat kerjanya yang masih tidak selesai lagi.

"Mari makan. Aku dah lapar." Ella memegang perutnya yang sedang berbunyi.

Lima belas minit kemudian mereka duduk di kafe yang terdapat di syarikat Stanislav. Keisha melihat dalam syarikat itu mempunyai beberapa jenis kafe yang boleh dipilih oleh para pekerja untuk mengisi perut mereka secara percuma.

Sungguh Keisha berasa seronok jika menjadi pekerja syarikat Stanislav kerana diberi pelbagai faedah dan kemudahan seperti contohnya para pekerja diberi makan percuma diwaktu pagi, tengahari dan petang. Para pekerja juga dibenarkan tidur di pod yang disediakan selama 1 jam bagi mengecas tenaga kembali. Belum lagi bercakap tentang bonus yang para pekerja dapat sebanyak 3 bulan sekali itu.

Keisha tahu semua itu kerana selama seminggu di situ dia diberikan kemudahan dan faedah sepanjang berada di syarikat tersebut, hanya bonus sahaja dia tidak dapat.
Tengahari itu mereka berempat memilih untuk makan di kafe yang berkonsepkan Itali.

Keisha memesan piza untuk berkongsi dengan yang lain kerana dia tidak begitu lapar. Beberapa minit kemudian piza dan pesanan lain datang, mereka menjamah makan sambil berbual.

Secara gelojoh Ben menikmati pasta sehingga tidak sedar tangannya tersentuh gelas Keisha membuatkan air itu tertumpah di atas meja.

"Ben!" Keisha tangkas mengambil tisu mengelap air di atas meja sebelum mengalir jatuh ke lantai. Nasib baik airnya sudah tinggal separuh.

"Maaf aku lapar sangat." Ujar Ben berwajah tidak bersalah.

Geram Keisha dengan Ben yang tidak senonoh itu, lalu dia membawa gelas kertas itu ke tong sampah kecil untuk dibuang. Kemudian dia mendekati dispenser air yang menyediakan pelbagai jenis air, dia masih dahaga.

Semasa Keisha mengisi air kosong, rongga hidungnya menghidu aroma mahal seseorang yang sungguh wangi.
Keisha menoleh wajah melihat jejaka yang memiliki sepasang anak mata rona hijau air laut sedang mengisi air di mesin kopi.

Jarak mereka berdua itu tidak begitu jauh, membuatkan Keisha kaget kerana seminggu dia berada di syarikat Stanislav, itu adalah kali pertama dia bertemu Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Stanislav Technologies yang tidak begitu mesra.

Zayn ingin memaling tubuh bersama cawan kopi latte panas tetapi tingkahnya terhenti saat sedar ada seorang gadis sedang merenungnya. Dia membalas renungan gadis berambut paras bahu itu kembali. 

Mereka membalas renungan tanpa sebarang bicara seperti malam di restoren perpisahan Adara.

Bersama kopi panas, Zayn mendekati gadis yang asyik merenungnya.

Keisha berdebar jantung bersama wajah berona merah kerana semakin lama semakin dekat wajah tampan itu dengannya.

Apabila jarak mereka tidak lagi jauh, Zayn menutup tap air yang turun seperti air terjun yang menyebabkan air melimpah ruah keluar dari cawan kertas. Zayn menjeling tajam gadis yang mengaudit syarikatnya itu seraya berlalu pergi tanpa sebarang bicara.

Wajah Keisha berbahang malu apabila sedar perbuatannya yang membazir air itu menyebabkan dia mendapat jelingan tajam dari Ketua Pegawai Eksekutif!

Keisha membuang air ke dalam sinki dan membuang cawan kertas ke dalam tong sampah kecil, lalu dia ke meja makan kembali dan mengambil dompet dan telefon pintar miliknya.

Setelah itu Keisha berlalu pergi meninggalkan teman-teman yang hairan melihat tingkahnya itu.
Keisha mengorak langkah laju bersama jantung mengepam darah dengan laju menuju ke tandas wanita.

Di dalam kotak tandas, Keisha duduk di atas mangkuk tandas jenis duduk. Dia memegang dada yang berombak laju. Wajah memerah Keisha memudar berubah pucat, dia seperti baru melihat jembalang yang membuatkan jantungnya berdegup kencang.

"Keisha, kau okey?" Ella mengetuk pintu kotak tandas, seketika tadi dia mengejar Keisha dan nampak gadis itu masuk ke dalam tandas.

Keisha membuka pintu kotak tandas, dia melihat Ella yang mempamerkan riak wajah risau.

"Sakit perut." Beritahu Keisha seraya mendekati sinki untuk membasuh tangan.

"Eurwww!" Ella mengepit hidungnya kerana tidak mahu menghidu bauan karya seni dari Keisha.

Keisha membasuh tangan sambil tertawa kecil melihat Ella melalui cermin.

"Hei tadi aku nampak Zayn Stanislav di kafe rapat dengan kau. Dia minta nombor telefon kau?" Ella menyoal perlahan walaupun hanya mereka berdua sahaja di dalam tandas.

Keisha menggeleng.

"Tapi aku harap dia minta nombor telefon aku." Keisha melihat wajahnya di cermin.

"Kau sedar apa yang kau sedang cakap?" Ella membulat mata besar.

"Jauhkan diri kau dari dia. Semua orang tahu Zayn Stanislav itu man whore." Bisik Ella, takut jika tiba-tiba ada pekerja jejaka itu masuk ke dalam tandas, tidak mahu dirinya di serang.

Keisha melihat Ella, lalu dia mengukir senyuman manis seraya melangkah keluar dari tandas.

Ella berkerut dahi, dia benar-benar hairan dengan tingkah pelik Keisha itu.

Selepas waktu rehat, mereka sekumpulan audit luar menyambung kerja kembali sehinggalah ke malam.
Waktu sudah sepuluh malam, Keisha selesai mengaudit salah seorang pekerja dari bahagian pengeluaran yang bekerja waktu shif malam.

Keisha mengemas barangan miliknya untuk pulang memandangkan teman-temannya sudah pulang dua jam yang lepas tetapi sebelum pulang dia ingin berenang dahulu di kolam renang yang terdapat di syarikat Stanislav.

Sudah beberapa malam Keisha berenang setelah selesai kerjanya tanpa gangguan sesiapa. Keisha menyalin pakaian renang di bilik persalinan wanita, setelah itu dia menuju ke kolam renang besar untuk berenang. Cahaya di kawasan itu hanya malap, tidak begitu terang.

Keisha melihat ada beberapa manusia di kolam renang turut berenang, ada yang duduk di tepian kolam sambil berbual. Mereka itu menghadiahi senyuman kepada Keisha yang sudah mereka kenali.

Keisha membalas senyuman mereka tanpa menegur, lalu dia masuk ke dalam kolam renang dan berenang laju bagi memperkuatkan otot jantung dan paru-paru.

Tiba di penghujung kolam, Keisha mengeluarkan kepalanya dari air. Dia menarik dan menghembus nafas yang tidak teratur itu agar kembali tenang.

Setelah tenang, Keisha meletakkan dagu dan kedua tangan di tepian kolam. Dia menikmati cahaya bulan yang terang melalui panel dinding kaca.

Keisha suka suasana begitu, jiwanya sedikit tenang sehingga matanya semakin lama semakin mengecil menutup. Di dalam air kolam tidak begitu sejuk, dia ketiduran di tepian kolam.

Sedang asyik ketiduran, Keisha terasa seperti ada sesuatu yang merayap dibelakang tubuhnya. Kedua mata Keisha membuka besar saat terasa ada sesuatu yang merentap kuat rambut paras bahu miliknya menyebabkan dia tenggelam di dalam air.

Keisha bergelut bersama jeritan apabila kepalanya bertubi-tubi di tolak masuk ke dalam air sehingga membuatkan dia tidak dapat bernafas dengan normal lagi.

Di dalam air kolam sejuk Keisha menelan air di dalam kuantiti yang banyak sehingga tubuhnya menjadi berat.
Kedua mata Keisha memejam bersama nafas terhenti, oksigen tersekat daripada memasuki saluran pernafasan kerana tubuhnya semakin tenggelam ke dasar kolam.

Suasana sunyi, halwa telinga tidak lagi mendengar sebarang bunyi. Tubuh menjadi kaku tidak dapat bergerak lagi.

Beginikah rasanya kematian yang sudah lama dia menunggu?

...
...
...

Mulut Keisha memuntahkan air yang ditelan, dia terbatuk-batuk membuang air yang perit ditekaknya.

Suasana tidak lagi sunyi, Keisha mendengar suara-suara yang kedengaran risau melihat keadaannya. Nafas Keisha tidak teratur, dia memegang dada yang sakit teramat sangat seperti ditekan kuat.

"Are you okey miss?"

Keisha menoleh melihat jejaka yang menyoalnya.

"Cik pengsan dalam air tadi, nasib baik tuan cepat menyelamatkan cik." Beritahu jejaka yang bertanya keadaannya.

Keisha bingung, lantas dia melihat tuan yang telah menyelamatkannya dari lemas seketika tadi. Wajah pucat Keisha semakin pucat saat mata menangkap tuan yang telah menyelamatnya.

Zayn merenung tajam gadis yang baru sahaja dia selamatkan dari mati lemas.

Zayn terjun ke dalam kolam renang yang luas dan panjang, kedalamannya sama seperti kolam olimpik.
Zayn akan berenang di kolam renang yang dapat diakses oleh semua para pekerja syarikat jika kerjanya di pejabat selesai pada lewat malam. Pada waktu malam tidak ramai yang berenang, jadi tiada yang mengganggunya.

Zayn berenang seperti kebiasaan, apabila dia hendak tiba ke penghujung kolam. Dia terlihat jasad yang semakin jatuh ke dasar kolam. Zayn terkejut tetapi dia cuba tenang dan berenang laju mengejar jasad yang semakin tenggelam.

Setelah berjaya membawa jasad seorang gadis ke permukaan air, Zayn keluar dari kolam renang dan membaringkan jasad yang tidak bergerak lagi itu.

Isma yang sentiasa memerhati mendekatinya untuk membantu. Terlihat beberapa manusia turut mampir.

Zayn melihat wajah milik gadis yang dia kenali itu, bibir bertukar menjadi biru, tanda gadis itu tidak bernafas kerana bekalan oksigen sudah jatuh paling rendah.
Tanpa membuang masa Zayn memberikan bantuan CPR atau rawatan pemulihan sistem jantung, paru-paru dan penafasan.

Zayn menekan kuat dada gadis itu memberikan bantuan pada setiap dua minit dia akan berhenti untuk memeriksa nadi gadis tersebut. Masih tiada respon dari gadis itu, Zayn terus memberikan bantuan CPR melalui mulut kerana sel-sel otak akan mulai mati dalam masa empat minit.

Beberapa minit memberikan bantuan kecemasan, akhirnya gadis itu sedar dan memuntahkan air yang di telan.

Zayn merenung gadis yang sedang terbatuk-batuk sambil memegang dada yang sakit kerana ditekan kuat olehnya seketika tadi.

Saat mata mereka bertamu, Zayn tidak mengerti kenapa mata gadis itu akan membulat besar seolah terkejut melihatnya seperti sebelum ini.

Malah Zayn turut berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan gadis itu yang membuatkan matanya ingin merenung gadis itu apabila setiap kali dia terserempak dengan gadis tersebut.

Keisha cemas apabila sepasang anak mata berona cantik itu merenungnya tajam seperti hendak membunuhnya.
Tanpa sebarang bicara Keisha bangun melarikan diri walaupun tubuh masih lemah membuatkan mereka yang lain menjerit risau melihatnya.

Zayn membisu, matanya mengekori tubuh lemah yang melarikan diri itu sehingga hilang dari pandangan.

Keisha masuk ke dalam bilik persalinan wanita, lalu dia masuk ke dalam bilik mandi dan menutup pintu.
Keisha duduk di atas lantai seraya memeluk kedua lututnya yang menggeletar, air mata mulai mengalir ketakutan terhadap perkara yang terjadi seketika tadi.

Keisha tidak sedar waktu bilakah dia pengsan di dalam air kolam sehingga dirinya hampir maut. Jadi rambutnya direntap kuat dan kepalanya ditekan masuk ke dalam air hanyalah sekadar mimpi ngeri.

Mimpi ngeri yang setiap malam dia akan bermimpi tetapi kali itu berbeza. Beza pada kali itu kerana mimpi ngeri itu membawa kepada maut realiti tetapi ada satu perkara yang membuatkan Keisha semakin cemas iaitu jejaka kacukan Romania yang telah menyelamatkan dirinya.

Keisha terkejut kerana ada beberapa manusia di situ kenapa jejaka itu juga yang ditakdirkan menyelamatkan nyawanya.

Tangan Keisha menyentuh dada yang sakit akibat ditekan kuat oleh Zayn.

Memori lepas mengganggu minda kembali membuatkan Keisha semakin tidak tenang. Dia memarahi jejaka yang telah menyelamatkan nyawanya kerana telah menyelamatkannya.

Keisha sepatutnya mati di dalam kolam renang, dia tidak patut diselamatkan kerana apabila sedar di dunia realiti hidupnya tidak tenang kembali.

Keisha semakin memeluk erat kedua lutut bersama tangisan memikirkan bagaimana dia ingin tidur selepas ini. Tidur atau tidak, mimpi ngeri tetap mengejarnya tanpa henti. Keisha tidak tahu ke mana dia hendak melarikan diri lagi kerana semua ruang dimensi seperti sudah tertutup buatnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro