Prolog
HAURA menari seperti tidak ingat dunia di tengah-tengah lantai tarian di dalam kelab malam itu. Seolah-olah dia sudah lupa apa itu halal dan haram. Sesekali, minuman keras di tangannya diteguk rakus sampai titisannya jatuh ke sisi bibir. Bicara gadis muda itu tidak jelas menandakan dia sudah mabuk teruk.
Tiba-tiba, ada yang menarik tangannya sehingga dia terdorong ke belakang. Dia menjerit meminta tolong apabila lelaki bertubuh sasa itu mencuba untuk membawanya ke lorong sunyi di dalam kelab malam itu, namun hampa. Semua orang sibuk bergembira sampaikan tak endah akan Haura.
"LEPAS LAH! ISH! KAU NI DAH KENAPA SIAL!?!!". Haura menghamburkan kata-kata kesatnya. Berharap agar lelaki itu berhenti. Namun, tidak berhasil. Tetap sahaja lelaki itu mengheretnya ke lorong gelap itu.
Badan Haura ditolak merapat ke dinding dengan agak kasar membuatkan dia meringis kesakitan.
" Sakit la, sial! Kalau kau nak sangat aku, bagitahu la! Jangan lah kasar-kasar, aku boleh bagi--". Terpotong terus kata-kata Haura apabila dia terasa benda sejuk di tengkuknya. Benda sejuk berkilat. Tajam.
Sebilah pisau rambo.
"K-kau nak apa?!". Tergagap-gagap dia dibuatnya.
"Aku nak toreh muka cantik kau ni sebab kau dan dia berlagak nak mampus dengan aku! Kau ingat kau hebat sangat ke huh?!". Suara itu kuat menengking walaupun wajahnya terlindung dek topeng putih persis karakter Ghostface itu. Membuatkan Haura gagal untuk mengecam dengan baik suara ataupun wajah si jejaka tak guna.
Haura cuba bergelut untuk melepaskan diri namun lelaki itu dengan lebih pantas menoreh bahagian lengannya membuatkan Haura menjerit kesakitan dan berhenti melawan.
"ARGHH! SAKIT! TOLONG! TOLONG!". Haura menjerit meminta tolong. Kepalanya pusing. Bau dan warna darah di lengannya itu membuatkan dia semakin pening seperti mahu pitam.
"DIAM LAH BETINA!". Belum sempat lelaki di hadapan Haura itu ingin mengangkat pisaunya sekali lagi bagi menoreh wajah Haura, dia terlebih dahulu ditumbuk oleh seorang manusia lain membuatkan sang lelaki jahat jatuh ke lantai.
"KAU SIAPA HA?!". Lelaki jahat itu memegang sisi pipinya yang terasa seperti sudah mahu lerai daripada tengkorak akibat tumbukkan padu si hero itu.
Si hero berdiam diri dan mencerlung tajam ke arah si jantan tak guna yang sedang terbaring di atas lantai itu sebelum akhirnya dia membuka mulut,
"Leave before...". Si hero kemudiannya mengeluarkan sepucuk pistol daripada bahagian belakang seluarnya dan di saat itu lah Haura pengsan. Pengsan kerana mabuk darah dan pengsan kerana terkejut melihat si hero mengeluarkan pistol.
☕
"SIAPA pula kau bawa balik rumah aku ni?". Haura yang masih terpisat-pisat matanya kerana baru terbangun daripada pengsan itu mendengar sayup-sayup suara seorang lelaki lain. Bukan si hero, bukan juga si jantan keparat tak guna yang mencuba untuk menoreh mukanya semalam.
" Ini teman wanita kau yang ke berapa?". Suara itu bertanya lagi kepada si hero tetapi si hero tetap berdiam diri. Suaranya langsung tak kedengaran. Barangkali takut mahu menjawab soalan-soalan si lelaki asing itu.
Haura bangun daripada pembaringannya di sofa itu dan duduk tegak. Tangannya naik memegang kepala yang sudah berkurang peningnya itu.
Apabila Haura membuka mata, dia melihat luka di lengannya sudah berbalut dan persekitaran ruang tamu yang kelihatan bersih dan tersusun itu. Perabot-perabotnya hampir semua berwarna putih atau kelabu sahaja. Tiada yang lain.
Jap, maknanya... Ini bukan rumah bonda!
Alamak! Haura ada dekat mana ni!?
Terus mata Haura semakin ligat memandang persekitarannya untuk mencari klu tentang keberadaannya sekarang ini. Jujur, dia takut.
Sampai sahaja matanya ke arah sebuah grand piano yang ada di hujung ruang tamu itu, dia tertangkap ada dua pasang mata yang mencerlung tajam ke arahnya. Haura gentar dengan pandangan dua lelaki itu namun dia memberanikan dirinya untuk bertanya.
"I dekat mana ni?".
Soalannya tidak diendahkan membuatkan dia mendengus perlahan. Lelaki-lelaki itu hanya merenungnya dengan pandangan dingin berais itu.
Fuh, sabar Haura Dayana. Sabar.
Okay, kita tanya lagi sekali.
"Hello, I tanya ni. I dekat mana sekarang ni?".
Juga tidak diberikan jawapan.
Haura yang sudah mulai geram itu, bangun daripada duduknya dan berjalan secara terhuyun-hayang persis orang mabuk ke arah kedua lelaki itu. Dia berhenti tepat di hadapan mereka dan kepalanya didongakkan.
Mata Haura menjamah dua jenis wajah di hadapannya.
Satu, wajah tampan berkulit putih. Lelaki itu mempunyai rambut perang yang kelihatan agak serabai, mungkin kerana dia baru bangun daripada tidur. Di leher lelaki itu tergantung seutas rantai perak yang loketnya ialah dua bentuk cincin. Lelaki pertama ini juga Haura percayai ialah heronya semalam. Kalau dia tidak silap lah.
Dua, lelaki berkulit sawo matang yang dianggap Haura asing kerana dia bukan lah si hero ataupun si penjahat. Dia si lelaki asing. Wajahnya sempurna. Matanya berwarna hitam pekat sama seperti rambutnya. Bibirnya elok terbentuk dan hidungnya mancung macam pak arab! Namun, ada satu kekurangan. Di mata kirinya ada parut merah mungkin akibat kesan terbakar yang seolah-olah berbentuk hati yang dibelah separuh. Unik!
Sudah tenung jantan, Haura!
"You all kenapa diam ni? Dah bisu? Atau memang bisu? Huh?". Dia menepuk-nepuk dada bidang tak berbaju si hero. Si hero tidak terkesan sedikitpun.
"Cantik rantai...". Namun apabila Haura yang barangkali masih tersisa mabuknya itu menyentuh cincin yang menjadi loket rantai si hero, tangan gadis itu ditepis kasar.
"Don't touch something that isn't yours". Baru lah suara si hero berbunyi. Garau, rawr! Matanya tajam mencerlung ke arah iris perang Haura.
"Chill... I tanya, I kat mana ni? Macam mana I boleh ada dekat sini?".
Tiada satu pun daripada mereka yang menjawab soalan Haura itu. Namun, lain pula perkataan yang dituturkan oleh si lelaki berparut.
"Hantar dia balik".
"Baik". Laju sahaja si hero membalas.
Haura pula terpinga-pinga. Hantar balik? Macam mana mereka tahu rumah dia?
☕
Hello sayang-sayangku!
Author dah decided yang author akan publish balik ZAYD GHIBRAN. Cerita ni akan berakhir pada bab 50 (insyaallah) dan author dah tulis sampai bab 43.
TW ⚠️: When yall baca story ni nanti, I know some of yall akan samakan cerita ni with Peluang Kedua Buatku by @oniriquefairytale (which is a really good story, go check it out kepada sesiapa yang belum baca) sebab nama karakter utama dalam cerita ni juga Haura dan berperwatakan manja sama seperti karakter di cerita tersebut. Karakter lelaki utama dalam cerita ini juga merupakan BEKAS frontliner dan green flag sama seperti karakter utama lelaki dalam cerita tersebut. Trust me, this story has nothing to do with that story. 💯 Idea saya sendiri. Mungkin ada tersama tu, saya mohon maaf. Kalau anda masih juga tak suka, boleh drop cerita ni ya? Mohon jangan kecam author, kitonyo manjo :(
Anyway...
I hope you guys enjoy cerita author yang kali ini walaupun author rasa cara penulisan author dah makin shitty pfft. Storyline dia pun SANGAT messy. So, kalau nak baca, baca lah. Kalau tak nak baca pun tak apa. Kito dok pakso <3 Kalau yang baca tu and ada apa-apa yang korang tak faham, just comment tau!
Enjoy reading!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro