Author's Notes
Hai sayang-sayangku 👋🏻
Dengan ini, tamat lah kisah cinta antara Zayd Ghibran dan Haura Dayana. Tapi jangan risau, tatkala saya bosan nanti, saya mungkin akan tulis special chapter. Actually, memang kena tulis pun kan? Sebab cerita ni macam tamat tanpa sebab yang kukuh.
Okay lah, itu kita bincang nanti.
Ini saya nak cakap sikit tentang cerita ni.
1. Saya tulis cerita ni di saat saya malas menulis. Jadi, gaya penulisan saya memang tak okay. Boleh dikatakan agak teruk daripada cerita-cerita saya yang lain (ini bukan minta puji ya).
2. Cerita ini sangat rushed. Semua benda nak cepat. Sekejap jadi itu, eh tahu-tahu dah jadi ini. Saya minta maaf untuk itu. Saya harap sayang-sayangku semua faham setiap apa yang saya tulis.
3. Jalan cerita ZAYD GHIBRAN ini boleh kata agak berterabur. Rushing + malas menulis. Ini lah jadinya.
4. Saya akui, saya rasa memang ada banyak silap dalam cerita ini. Mungkin ada banyak fakta yang saya nyatakan secara salah. Mohon jangan kecam. Kalau ada yang salah tu, sayang-sayangku maafkan saya tau? Saya akan cuba baiki. Comment down below.
5. Saya secara peribadinya, TAK SUKA cerita ni. Saya tak suka cerita ni sebagaimana saya suka cerita-cerita saya yang lain. Cerita ini bukan lah least favourite saya tapi ya, banyak benda dalam cerita ni yang saya kurang gemar. Dan ya, ada juga benda yang saya suka berkenaan cerita ini. Contohnya, karakternya. Saya sayang semua karakter saya sebab tu saya suka semua.
Itu sahaja.
Kalau sayang-sayangku berjaya baca sampai habis cerita ni, tahniah. Kalau sayang-sayangku suka cerita ini, tahniah.
Kenapa tahniah?
Sebab saya sendiri sebagai penulisnya pun tak suka. Anda suka akan cerita ini bermakna mental anda kuat dan bagus (apa lah yang saya melalut ni).
Okay, saya rasa itu aje kut saya nak cakap buat masa sekarang. Insyaallah kita jumpa lagi dalam buku saya yang akan datang. Tata!
Salam sayang kepada sayang-sayangku,
laurentjoon.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro