Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

6- Talk With Her

GHIBRAN perasan yang daripada tadi Haura tidak berhenti merenungnya. Sepanjang perjalanan daripada rumah keluarga Tan Sri Amin sampai lagi lima minit nak sampai ke tempat kerja Haura, gadis itu asyik tenung aje Ghibran.

"Cik Haura kenapa tenung saya macam tu?". Akhirnya dia bertanya juga. Takut la dia bila Haura tenung figuranya macam nak tembus aje. Renungan tajam yang seolah menyimpan suatu amarah. Padahal tadi dekat rumah Tan Sri Amin, mood Haura elok sahaja; terlebih gembira.

" You still tak nak cerita?". Dia dah mula dah, dia dah mula dah. Nadanya bukan berbunyi seperti pertanyaan sebaliknya lebih mirip kepada arahan. Dia mengarahkan Ghibran untuk menceritakan sesuatu kepada. Hal yang cukup besar baginya.

Hal tiga minggu lepas.

" Cerita apa, Cik Haura?".

" Tiga minggu lepas".

Ghibran diam seketika sebelum dia dengan tenangnya berkata,

"Apa yang Cik Haura nak tahu?". Senyuman nipis dihidangkan buat Haura. Tak nak la dia berkasar dengan Haura walaupun dia sebenarnya tidak suka bercerita tentang topik tiga minggu lepas. Baginya yang sudah lepas, biar lah lepas.

"Kenapa you lain? Tiga minggu lepas you kerek, dingin. Sekarang you baik, ramah. Siapa lelaki yang selamatkan I masa dekat kelab tu? Macam mana you boleh kenal dengan keluarga I?". Tiga persoalan yang diajukan oleh Haura kepada Ghibran. Sudah semacam sesi debat ala parlimen.

" Kalau saya cerita, Cik Haura jangan tidur pula".

"Kalau you tak nak cerita, I lompat keluar kereta ni". Ugutnya sambil berpeluk tubuh. Wajahnya dikerutkan. Nak acah serius lah tu padahal Ghibran dah macam nak tergelak dekat situ tengok wajah comel Haura.

Orang kalau buat muka serius, nampak macam dragon. Haura buat muka serius, nampak macam anak burung baru menetas.

" Saya jadi lain sebab saya mengikut perjalanan waktu. Kalau tiga minggu lepas, Cik Haura masih bukan adik kepada majikan saya dan saya masih bukan pengawal peribadi Cik Haura. Jadi, saya kekalkan perwatakan saya yang asli. And if you meet me outside of that 12 hours of my working time, saya tak kan semesra ini dengan Cik Haura. Kalau waktu bekerja, iya saya kena rapat dengan Cik Haura. Kalau luar waktu bekerja, mungkin tidak". Jawapan Ghibran sedikit sebanyak membuatkan Haura berkecil hati. Jadinya, Ghibran 'berkawan' dengannya hanya atas dasar kerja? Haura fikir Ghibran ikhlas...

Haura diam membantu di tempatnya. Gedik-gedik juga, tapi kalau orang tu cakap macam dia tak ikhlas berkawan dengan kita, terasa lah hati ini. Sudah la Haura tidak pernah punya teman rapat. Sampai hati Ghibran...

"Cik Haura?". Ghibran menegur saat Haura tidak merespon apa-apa.

"Ya?".

"Boleh saya sambung?".

Haura hanya mengangguk.

"Lelaki yang selamatkan Cik Haura haritu namanya
Iskandar Anika Shah. Sepupu saya but I am older. Dia selamatkan Cik Haura haritu atas dasar kemanusiaan. Dia tak tahu nak bawa pergi mana, jadi dia bawa Cik Haura pulang ke rumah saya kerana dia juga tinggal di situ. Dia tiada niat jahat pun". Jelas Ghibran lagi. Ingin membersihkan nama Anika jika Haura ada berfikir bukan-bukan tentang jejaka itu.

Tiba-tiba Haura teringat akan kejadian di mana dia diserang oleh lelaki bertopeng Ghostface itu. Anika datang menyelamatkannya dengan menggunakan sepucuk pistol. Jadi, apa pekerjaan Anika? Bagaimana dia boleh mempunyai senjata api itu?

"Macam mana dia boleh ada pistol? Don't tell me that he is in some sort of mafia shit. Hidup ini bukan novel".

"Ya, hidup ini bukan novel tapi tetap saya perlu ceritakan pada Cik Haura kan?". Ghibran memarkirkan keretanya di hadapan sebuah bangunan studio sebelum handbreak ditarik. Tali pinggangnya dibuang dan dia berpaling ke arah Haura.

Lah, dah sampai rupanya.

" Jawab aje la soalan I". Haura menjeling pengawal peribadinya itu.

"Lain hari pula lah ya? Nanti Cik Haura lambat nak tandatangan kontrak projek baru tu. Okay?". Ghibran seakan mahu memujuk Haura agar ceritanya disambung pada lain hari kerana dia perlu mencari akal dulu bagaimana nak jawab dua soalan terakhir Haura itu.

Tetapi oh tetapi, tidak semudah itu ya Ghibran...

" No". Kan aku dah cakap nyah.

"Okay, after you sign the contract?". Usaha kedua.

" Tidak sama sekali. I nak tahu sekarang". Haura masih berkeras.

Tak mengeluh tak apa, Ghibran tiba-tiba sahaja mengeluarkan sesuatu daripada poketnya. Sesuatu yang sangat kecil persis seperti rantai kunci tapi sesuatu ini juga menyerupai rantai panjang.

"Saya tak pakai jam tangan sebab saya suka guna jam klasik ni". Ghibran suakan jam itu di hadapan Haura. Menunggu si gadis untuk mengambilnya. Tunggu punya tunggu, tiga saat kemudian Haura ambil juga. Dia pandang jam itu pelik.

"Apa kena mengenanya?". Soal si gadis tanda tidak puas hati.

"Bila jarum jam tu tunjuk dekat nombor 12 awal pagi nanti, Cik Haura angkat telefon Cik Haura. Okay?". Ghibran tersenyum.

"Kenapa pula? You ingat I ni Cinderella ke?".

"Nak jawapan tak? Kalau nak, angkat telefon pukul 12 pagi nanti okay? Maafkan saya, Cik Haura. Saya tak boleh nak bagitahu sekarang. Saya kena susun ayat dulu supaya saya tak tersilap cakap. Sebagai jaminan, saya bagi barang yang paling saya sayang dekat Cik Haura. Jam tu arwah daddy yang bagi untuk saya. Cik Haura simpan lah dulu. Bila jarum jam tu tunjuk pukul 12, angkat telefon Cik Haura. Saya janji, saya akan jelaskan segalanya. Esok, saya ambil balik jam itu. Okay?". Lembut sahaja Ghibran berkata-kata. Mana taknya, dia mana pernah meninggikan suara dengan mana-mana wanita sekalipun. Dia diajar untuk menghormati yang namanya 'wanita'.

Tapi, Haura pelik.

Tadi cakap hubungan mereka sekarang ni (dalam waktu bekerja) hanya setakat ini sahaja. Tiada apa yang spesial, tidak lebih daripada pengawal peribadi dan cik muda. Tidak masuk ke kategori kawan pun. Tapi... Mengapa Ghibran sanggup memberikan jaminan berupa jam pemberian arwah ayahnya kepada Haura?

Ah!

Sulit betul untuk Haura fahami lelaki ini!

Namun akhirnya, Haura akur. Buat pertama kalinya dia tak berdegil sangat. Kalau dengan Harris, memang akan dia kautim, ugut, merajuk cukup-cukup sehinggalah apa yang dia nak, dia dapat.

"Yela". Haura lalu menyambut pemberian Ghibran itu.

"Terima kasih". Aih, dia terima kasih pulak dah?

"Kenapa you berterima kasih bagai ni?".

Ghibran hanya tersenyum sebagai jawapan. Sebenarnya, dia tak tahu macam mana nak konstruk ayat tentang mengapa dia tiba-tiba berterima kasih kepada Haura.

"Macam-macam la you ni. Dah la, I nak masuk studio untuk sign contract. It might take about one hour because I have to read that contract carefully. You nak ikut atau nak tunggu dekat luar atau nak balik dulu?". Tiga pilihan diberikan oleh Haura kepada Ghibran.

" Tuan Harris suruh saya ikut Cik Haura".

"Hm, okay. Tapi... Saya ada satu soalan". Ada satu benda lagi yang menganggu fikiran Haura.

"Ya, Cik Haura. Tanya lah".

"Pangkat you masa dekat TLDM dulu apa?".

"Leftenan". Bangga Ghibran menjawab dengan senyum lebarnya. Jujurnya, dia memperolehi pangkat itu pada usia dia yang ke 26 tahun. Muda kan? Orang cakap kerana dia pakai cable sebab arwah ayahnya juga pernah mempunyai pangkat yang sama dalam angkatan yang sama. Namun, those are all bullshit. Dia perolehi pangkat itu kerana usahanya sendiri.

Yang sedihnya, tak sampai setahun pun dia galas pangkat itu... ada sesuatu terjadi yang membuatkan dia menamatkan perkhidmatannya sebagai salah seorang Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia.

"Kenapa Cik Haura tanya?". Ghibran berkata lagi.

"Kenapa you panggil Abang Harris dengan panggilan 'Tuan Harris' sedangkan pangkat you dulu lagi tinggi daripada kedudukan abang I tu sekarang. Tak jatuh ke 'darjat' you?". Sembari menyebut perkataan 'darjat' itu, Haura mengangkat kedua tangannya separas bahu dan membuat gaya quotation marks.

Soalan Haura berjaya membuatkan Ghibran tertawa.

" Itu dulu, Cik Haura. Pangkat tu dah takde dengan saya. Sekarang saya sama saja seperti Cik Haura, Tuan Harris dan yang lain. Dan... Katakan lah kalau sekarang saya masih galas pangkat itu dan saya ditakdirkan dalam masa yang sama untuk menjadi pengawal peribadi Cik Haura, saya tetap akan panggil Tuan Harris dengan panggilan itu. Pangkat yang saya ada tidak akan membezakan saya dengan manusia yang lain". Dengan penuh ketenangan, Ghibran berterus-terang. Betul lah apa yang dia cakap.

"Kenapa cakap macam tu?". Tanya Haura.

"Macam mana?".

"Pangkat yang saya ada tidak akan membezakan saya dengan manusia yang lain". Haura mengulang semula ayat terakhir Ghibran.

"Bukan kah kita semua sama di sisi Allah S.W.T? Kita semua makhluk-Nya yang wajib beriman kepada-Nya kan? Jadi, pangkat dan darjat itu semua tak penting. Sesama manusia, kita tiada beza. Tak guna kita nak angkuh dan riak dengan semua tu".

Haura menggulum senyuman manis buat Ghibran kerana...

Dia dan lelaki itu mempunyai cara pemikiran yang sama. Yang sepatutnya ada pada setiap makhluk Yang Maha Esa.

Some people should learn from Ghibran...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro