46- The End of Iskandar Cempaka
Seminggu kemudian...
"MACAM mana dengan kes tu?". Tan Sri Amin membuka mulut; bertanya tatkala mereka semua sedang duduk berkumpul di ruang tamu itu. Ada juga Harris yang baru sahaja pulang daripada kerja.
"Allhamduillah, papa. Semuanya dah selesai. Badrisham memang terbukti bersalah dan dia dah mula dipenjarakan". Jawab Ghibran dengan tenang. Tangannya tak henti mengusap lembut tangan si isteri yang sibuk sedang memakan keropok keping yang digoreng oleh bondanya tadi. Keropok keping daripada Kelantan. Kiriman Tok Zain. Kebetulan orang tua itu ada datang melawat Haura dan Ghibran dua hari lepas, dia kasi banyak juga keropok keping segera.
"Kamu?". Kali ini, Puan Sri Khalida pula bertanya disertakan dengan segaris senyuman yang penuh makna. Senyuman bahagia. Barangkali suka melihat keadaan Ghibran dan Haura yang sudah semakin membaik itu.
"Ghib? Kenapa dengan Ghib?". Keliru Ghibran dibuatnya dan kekeliruannya itu membuatkan Tan Sri Amin ketawa kecil manakala Harris hanya berdehem sekali sambil tersengih-sengih. Apakah? Ada apa-apa yang Ghibran tak tahu ke? Nak tanya Haura, Haura macam sedang berada dalam dunia sendiri. Suka sangat dengan keropok keping goreng itu.
"Ghibran dengan Haura la... Macam mana? Dah okay? Bonda tanya aje. Kalau Ghib tak nak jawab, tak apa. Kan bang, kan?". Puan Sri Khalida menepuk-nepuk peha Tan Sri Amin.
"Bonda tanya apa tadi?". Ha baru lah wanita di sebelah Ghibran ini membuka mulutnya untuk bersuara. Kalau tidak, tadi asyik buka mulut untuk makan sahaja. Dia biarkan si Ghibran ni kena soal siasat dengan Tan Sri Amin dan Puan Sri Khalida sorang-sorang.
"Bonda tanya, anak bonda ni dah okay ke dengan menantu bonda yang seorang ni?". Puan Sri Khalida mengulang kembali soalannya. Matanya terarah kepada figura Ghibran.
"Mestilah dah! Ini suami Haura kut!". Haura terus sahaja memeluk kemas lengan sasa Ghibran itu seraya melentokkan kepalanya ke atas bahu suaminya itu membuatkan Ghibran ketawa kecil. Manja betul!
"Eleh, mengada. Dulu bukan main kata nak benci sampai mati lah, apa lah". Harris menyindir adiknya sendiri.
Oh, hubungan antara Haura dan Harris juga sudah baik seperti dulu kala semula. Cumanya, Haura sekarang dah ada bestfriend baru. Jadi, tak payah 'menumpang kasih' dengan Harris lagi dah.
Siapa bestfriend baru Haura?
Zayd Al Ghibran lah jawabnya!
"Orang yang takde pasangan hidup, tak layak bersuara". Haura menyindir Harris kembali seraya matanya dijeling tajam ke arah abangnya itu. Kelakuannya yang sedang memeluk lengan Ghibran itu semakin dimanjakan tampaknya. Sengaja nak menaikkan tingkat kecemburuan Harris. Iyala, abangnya itu kan masih single and available.
"Tak baik la cakap macam tu, sayang". Tegur Ghibran dengan suara kekehan yang masih tersisa.
"Hei! Abang nak backup siapa ni? Haura ke mamat single tu?". Lantas Haura membuang pelukannya daripada lengan Ghibran dan memeluk tubuh sendiri. Memek (atau mimik?) mukanya bertukar menjadi cemberut.
"Haura... Tadi cakap dah baik...". Tegur Tan Sri Amin. Kaca matanya diturunkan sedikit. Puan Sri Khalida hanya tersenyum seraya menggeleng-gelengkan kepalanya. Tangan pula mencapai tangkai cawan berisi teh panas itu untuk dihirup.
"Memang lah dah, papa. Tapi Ghib selalu aje sebelahkan Abang Harris. Tak puas hati betul!".
"Jealous arh tu...". Semakin Haura nak merajuk, semakin galak Harris mengusik. Kalau boleh, nak usik Haura sampai Haura menangis. Baru puas hati Harris MUAHAHAHA!
"Dah lah tu, Ris. Nanti dia merajuk, aku juga kena pujuk. Bukan kau. Silap-silap kena beli satu lagi Mercedes". Ghibran bersuara. Takut juga dia kalau-kalau kena beli lagi satu Mercedes untuk tuan puterinya ini.
"Buuu!". Haura menjelirkan lidahnya ke arah Harris.
"Macam budak-budak lah kamu berdua ni. Dah tua-tua pun nak bergaduh lagi". Puan Sri Khalida bersuara.
"Haura tak. Abang Harris tu, ya. Dia masih budak-budak".
"You pun sama je eh". Harris cuba untuk membela dirinya sendiri membuatkan Haura semakin geram dengan dirinya.
"Eh eh jangan nak sam-".
Ding! Dong!
Tak sempat Haura nak habiskan kata-katanya ingin memarahi Harris, loceng rumah Tan Sri Amin itu berbunyi. Kesemua manusia yang ada di ruang tamu itu berpaling ke arah pintu utama.
"Haura buka, Haura buka!". Belum sempat apa-apa lagi, Haura sudah terlebih dahulu bangun daripada tempat duduknya di sofa itu dan berjalan ke arah pintu kayu besar itu.
"Bonda ada jemput siapa-siapa datang rumah ke?". Tanya Harris.
"Jemput orang buat apa? Kita bukan buat majlis pun. Mana ada bonda jemput siapa-siapa". Tatkala Puan Sri Khalida memberi jawapan itu, kerutan di dahi semua orang di ruang tamu itu semakin bertambah.
"Ke papa yang jemput?".
"Mengarut apa kamu ni, Harris? Papa nak jemput siapa?". Tan Sri Amin turut sama membantah.
"Ke kau Ghib-".
"Abang! Anika datang!". Suara Haura berteriak daripada pintu hadapan. Almaklumlah, jarak antara pintu hadapan dengan ruang tamu rumah ini agak jauh. Terpaksa lah dia menjerit.
"Anika?". Bicara Ghibran sendiri.
"Pergi lah, Ghibran. Penting agaknya tu". Suruh Puan Sri Khalida.
"Ghib pergi sekejap".
Ghibran lalu bangun daripada duduknya dan berjalan ke arah pintu yang sama. Langkahnya besar, jadi cepat lah dia sampai ke pintu rumah itu. Di situ dia melihat Anika yang memakai kemeja dan seluar formal hitam berdiri di hadapan Haura. Terus dia mendekati sepupu alias sahabat baiknya itu.
"Anika".
"Ghibran".
Mereka menyeru nama sesama sendiri.
"Aku datang sini sebab takde orang dekat rumah kau tadi. Maaf kalau aku ganggu kau berdua". Iris Anika bergilir-gilir memandang figura Ghibran dan Haura yang sedang berdiri di hadapannya itu.
"Not a big deal. Tak ganggu pun. Kenapa kau datang ni, Nik?". Risau juga Ghibran sebenarnya. Anika sudah jarang sekali menghubunginya. Lepak bersama pun sudah kurang. Tahu-tahu datang jumpa dekat rumah mertuanya. Terkejut juga la Ghibran dibuatnya.
"Aku... Aku ada operasi. Dah nak pergi dah ni". Terkejut Ghibran apabila mendengarkan kata-kata Anika itu. Biasanya Anika akan bagitahu awal-awal. Ini dah nak pergi, baru bagitahu.
Makin banyak yang berubah tentang Anika dan perkara itu merisaukan Ghibran.
"Berapa lama, Nik?".
"Tiga bulan atau lebih. Aku datang ni nak jumpa kau dengan Haura. Aku nak minta maaf". Jujur Anika berkata.
"You minta maaf kenapa?". Haura pelik. Sejak daripada hari dia masuk wad haritu lagi Anika ada meminta maaf kepadanya namun di atas sebab yang tak diketahui.
"Minta maaf sebab... Aku... Aku tak patut nampak bayang orang yang dah tak ada dalam diri kau, Haura. Disebabkan benda tu, aku terpaksa layan kau macam aku benci kau. Aku tak ada niat pun, Haura. Aku tak pernah benci kau".
Oh...
Kerana itu...
"Nik...".
"Aku datang ni juga untuk minta balik apa yang aku pernah bagi dekat kau seminggu yang lepas. Boleh aku minta balik rantai aku, Ghib?".
☕
"ABANG...".
"Ya, sayang". Ghibran membuang baju T yang dipakai sebelum mengemaskan lipatan kain pelikatnya. Tangannya sibuk menyangkut baju T tadi ke penyangkut baju tatkala mata sesekali mengerling ke arah Haura yang kelihatan sedang berkerut dahi itu.
"Kesian Anika kan?". Ghibran dah agak dah, mesti ini topik yang ingin dibuka oleh Haura pada malam ini. Topik berkenaaan Iskandar Anika Shah dan Cempaka Maisara.
"Kesian tu kesian, sayang. Tapi nak buat macam mana kan? Abang rasa dia dah move on. Rantai tu pun dia dah tak pakai. Cuma mungkin dia minta balik untuk simpan aje. Iyala, memori kan?".
Terangguk-angguk Haura. Bersetuju dengan segala kata Ghibran itu.
"Tapi tak kan lah sampai tua dia tak nak kahwin kan?".
"Dia akan kahwin tapi bukan dalam masa terdekat. Macam abang cakap dulu, arwah Cempaka tu cinta pertama dia. Susah sikit nak lupa walaupun dah move on". Siap menyangkut bajunya tadi, Ghibran menutup lampu bilik lalu masuk ke dalam selimut bersama Haura. Lampu tidur di kedua-dua belah katil mereka itu dibuka.
"Abang dah lupa ke cinta pertama abang?". Haura datang mendekat dengan si suami lalu memeluk badan tidak berbaju itu. Kepalanya didongak untuk memandang wajah Ghibran.
Soalannya membuatkan Ghibran tergelak kecil.
"Nak lupa macam mana kalau dia dah peluk abang kemas-kemas macam ni?". Ghibran lalu membalas pelukan Haura.
"Omg, Haura ke cinta pertama abang?". Haura buat-buat terkejut.
Ghibran mengangguk.
"Haura tahu tak... Dulu abang tak suka bercinta-cinta ni. Fokus abang, abang nak kerja dan bagi duit banyak-banyak dekat mommy. Sebab tu abang tak pernah ada girlfriend dulu. Lepastu, tiba-tiba je suatu hari tu, mommy dah pinangkan anak orang untuk abang. Abang malas nak lawan cakap mommy, abang on jela. Jumpa Haura pun masa hari kita akad nikah. Tu pertama kali tau. Tahu-tahu je abang dah jatuh cinta dekat Haura bila Haura panggil abang Shrek haritu".
Rasa lawak pula bila teringat kejadian hari akad nikah mereka berdua itu.
"Tapi abang bukan cinta pertama Haura. Abang tak kisah ke?".
Berkerut dahi Ghibran dibuatnya.
"Kalau bukan abang, siapa?". Tak puas hati ni!
"Pie!".
☕
Ada bau-bau happy ending tak ni?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro