42- Not For Sharing!
Flashback...
TERKEJUT Haura tatkala masuk-masuk sahaja rumah, Ghibran sudah berdiri di hadapannya. Ghibran yang masih memakai uniform kerjanya dengan lengan yang dilipat sehingga ke siku. Ghibran, suaminya yang baru sahaja dia kahwini lebih kurang sebulan yang lepas yang tiba-tiba sahaja perlu balik ke pangkalan selama seminggu dan hari ini baru balik semula ke rumah.
Ya! Ghibran patut balik hari ini! Haura lupa!
"Pergi mana?". Ghibran bertanya. Tangannya memeluk tubuh sendiri. Wajahnya kelihatan tegang. Marahkah dia kepada Haura? Ala, Haura pergi beli makanan dekat kafe dekat-dekat dengan rumah mereka aje pun.
"Haura keluar beli ni! Abang nak tengok tak?". Haura mengangkat tinggi plastik yang berisi makanan yang baru dibelinya itu lalu dia kelihatan ingin berjalan mendekati si suami. Terasa teruja ingin menunjukkan makanan yang dibelinya sendiri itu tadi.
"Stop right there". Arah Ghibran membuatkan Haura terpaku. Suaranya di saat ini sangat menakutkan. Haura kahwin dengan Ghibran baru sahaja sebulan. Dia tahu yang lelaki ini jenis soft spoken tapi tak tahu pula yang Ghibran ni garang juga. Bonda, tolong Haura!
"Huh? Kenapa? Haura nak tunjuk ni dekat ab--".
"Haura kenapa keluar tak minta izin abang?". Soal Ghibran masih menggunakan nada tegangnya.
"Abang Harris cakap abang kerja, tak boleh ganggu. Jadi--".
"So what kalau abang kerja? Haura tahu tak abang risau nak mati bila abang balik tadi Haura tak ada dekat rumah? Haura tahu tak? Tak boleh ke kalau Haura text abang sepatah cakap Haura nak pergi mana? Susah sangat ke?". Makin lama Ghibran membebel, makin dekat jaraknya dengan Haura.
" Tapi abang ker--".
" Tak, Haura! Abang tak kerja. Abang balik harini. Haura lupa ke?". Secara tidak sengaja, Ghibran tertinggikan suaranya kepada si isteri yang berumur 22 tahun itu. Dia lupa... Ghibran lupa yang hati Haura ini lembut.
Dan apabila dia terlihatkan air mata yang mulai mengalir keluar daripada kedua mata cantik isterinya itu, Ghibran seakan tersentak ke dunia yang nyata. Kurang daripada lima saat sahaja setelah membuat tengkingan tadi, Ghibran kini sedar. Sedar yang dia telah menyakiti hati isteri kecilnya itu.
"Haura...". Ghibran cuba untuk mendekati lagi si isteri namun Haura mulai menjauh. That's when Ghibran knew that he fucked up. Soooo bad...
"Haura, abang minta maaf...". Ghibran cuba untuk memegang tangan si isteri namun Haura menepis kasar tangan Ghibran. Plastik yang terisi makanan yang dibelinya tadi dihempas ke lantai lalu dia merenung tajam mata Ghibran buat seketika dengan mata berairnya sebelum melangkah pergi.
Haura melangkah pergi menaiki tangga rumah itu diikuti dengan ekoran mata Ghibran. Tombol bilik dipulas lalu dia masuk dan kemudiannya menghempas pintu bilik itu dengan kuat sekali. Berdentum satu rumah.
Ghibran yang masih berada di tingkat bawah itu kelihatan mengeluh berat sebelum memincit dahinya sendiri. Masak lah kau, Ghibran! Bini dah kunci pintu. Tidur luar lah jawabnya!
Mundar-mandir Ghibran di tingkat bawah itu buat seketika sebelum dia akhirnya bergerak ke dapur untuk meneguk segelas air sejuk untuk menenangkan dirinya. Dia penat. Seharusnya dia tenangkan diri dia dahulu tadi sebelum bercakap dengan Haura. Kan dah termarah... Haih, Ghibran... Ghibran...
Ghibran mengambil gelas yang ada di dalam kabinet dapur itu sebelum melangkah ke arah peti sejuk untuk mengambil air oren sejuk yang selalu disimpan olehnya di dalam situ. Biasanya Ghibran akan menyimpan air oren, teh sejuk dan kopi. Tak tahu lah takut sudah habis diminum Haura setelah seminggu dia tinggalkan peti sejuk ini. Mungkin banyak barang yang perlu dia restock.
Belum sempat dia membuka pintu peti sejuk itu, matanya terlebih dahulu menangkap sehelai sticky note berwarna pink yang dilekatkan di situ. Pastinya bukan dia punya.
Sticky note itu dicabut daripada pintu peti sejuk lalu diambil untuk dibaca.
Harini nak pergi kafe, beli
kek strawberi kecik tu.
Tak suka strawberi tapi suka
warna pink!
Tulisan itu... Ghibran kenal tulisan itu. Itu tulisan Haura. Terus dahinya ditepuk sendiri tatkala habis nota itu dibaca.
"Haura craving ke, sayang? Kenapa tak bagitahu abang?". Ghibran mengeluh berat buat kesekian kalinya sebelum dia akhirnya membatalkan niatnya untuk meminum air tadi. Gelas disimpan semula ke tempatnya sebelum dia akhirnya membuat keputusan untuk pergi sambung memujuk Haura.
☕
Tak makan dipujuk si Haura ni. Tak tidur Ghibran memujuk semalam, tetap tak jalan! Jadi hari ini...
"Apa?". Soal Haura dengan nada malas setelah akhirnya dia buka juga pintu bilik yang dikunci itu setelah mendengar bunyi ketukan Ghibran yang tak henti-henti. Semalam dah ketuk. Hari ini ketuk lagi. Bising tahu tak?
"Abang ada kejutan untuk Haura. Ikut abang sekejap, nak?". Lembut sahaja suara Ghibran memujuk.
"Tak nak".
"Sayang...".
"Apa?".
"Abang minta maaf". Ghibran mencapai kedua tangan mulus Haura. Digosok perlahan tangan yang berkulit lembut itu. Oh, Haura! Tolong lah cair!
"Tak nak maafkan".
"Serius la? Kalau tak nak maafkan, abang jual balik lah kejutan yang abang beli untuk Haura tu". Eh eh, asal kalini bunyinya macam Ghibran pula yang nak merajuk ni? Dia nak guna reverse psychology ke acane ni? Ish ish ish...
"Beli apa?". Haura pula pantang kalau bab kejutan tu. Dia memang suka! Nak merajuk sikit pun susah!
"Jom la tengok dekat bawah".
"Hm".
Ghibran tersenyum lalu memimpin Haura untuk turun ke bawah.
"Mana?". Tanya Haura.
"Kita pergi luar".
Ghibran pimpin lagi tangan Haura sehingga dia berhenti di hadapan pintu utama rumahnya. Dia pandang Haura, Haura pandang dia. Apa nak lawan tenung mata ke ni? Mana kejutannya?
"Haura sedia?".
Haura angguk malas.
Ghibran tersenyum lalu memulas tombol pintu utama rumahnya itu lalu ianya dibuka. Maka terpampan lah di hadapan mata Haura sebuah...
"Serius la?". Haura menyoal seolah tidak percaya dengan senyuman yang paling lebar ditayangkan. Matanya bersinar-sinar kerana terlalu gembira.
"Serius lah ni, sayang. Abang beli dah lama. Memang hajat nak bagi dekat Haura sebagai hadiah perkahwinan. Abang sengaja pilih warna pink sebab abang tak tahu Haura suka warna apa lepastu abang fikir yang Haura ni perempuan. So, pink came to my mind. Then I bought you this model in pink. Semalam abang ada terbaca sticky note Haura dekat peti sejuk, memang betul lah Haura suka warna pink. Dia pula sampai pagi tadi, senang lah abang guna untuk pujuk Haura". Terang Ghibran panjang lebar.
"Banyaknya duit abang?".
"Simpanan, sayang. Memang rancang untuk guna untuk isteri abang pun dan isteri abang tu, Haura Dayana ni lah". Tangan Haura yang dipegang tadi dicium kedua-dua belah kekuranya.
"Terima kasih dan... Haura minta maaf".
"Tak apa, sayang. Abang pun nak minta maaf dengan awak".
End flashback...
☕
"JADI memang kau la yang bagi dekat aku Pinky Pie ni?". Haura bertanya lagi. Seakan tidak puas hati selepas mendapat tahu bahawa Ghibran lah pemberi Mercedes G Class merah jambu yang dimilikinya itu. Patut lah bonda beria nak berahsia!
"Iya, abang lah orangnya".
"Kenapa kena rahsiakan? Bagitahu jela aku...". Haura berpeluk tubuh. Habis semua benda suami dia ni nak rahsiakan! Entah-entah Haura dah pernah pergi daki Gunung Everest pun dia tak tahu dek kerana dirahsiakan oleh Ghibran daripada dirinya sendiri.
"Nanti tak ke pelik kalau Haura dapat tahu yang ada orang tak dikenali bagi Haura kereta? Iyala, Haura kan tak ingat abang masatu. Jadi, kalau bonda dan yang lain rahsiakan... Tak la suspicious sangat kan? Haura mesti pernah ingat yang papa yang belikan Haura kereta ni kan?". Soal Ghibran.
" Macam mana kau tahu?".
" Abang tahu sebab bonda yang cerita. Bonda cakap Haura selalu buat baik dengan papa lepas je Haura dapat tahu yang Haura ada kereta tu lepas Haura sedar daripada koma. Sebabnya... Haura dah lama minta kereta tu dengan papa dan papa tak bagi-bagi. Jadi, bila abang yang bagi Haura kereta ni dulu, Haura mesti ingat papa yang bagi. Sebab tu Haura buat baik dekat papa. Kan?". Tepat sekali tekaan Ghibran. Haura minta dengan papa, papa cakap Haura kena jadi anak yang baik dulu baru papa bagi. Tahu-tahu, suaminya yang bagi dulu. Hehe... Terima kasih, suami!
Handbrake ditarik usai Ghibran bercerita dan di saat itu juga la Haura tersedar yang dia sudah berada di hadapan bangunan studio tempat kerjanya. Kalau ikutkan, ini photoshoot terakhirnya sebelum dia ikut Ghibran ke Perak. Ikut untuk tengok samaada Perak sesuai atau tidak dengannya. Kalau tidak sesuai, terpaksa la dia berjauhan lagi dengan Ghibran dan terus tinggal bersama keluarganya di Kuala Lumpur. Kalau okay, dia akan terus menetap di Perak bersama Ghibran dan kontraknya bersama Maybelline akan dibatalkan. Pampasan? Ghibran dah cakap yang dia yang akan bayar pampasan pelanggaran kontrak Haura nanti.
"Abang hantar awak pergi kerja ni, lepastu abang kena ke Perak sekejap. Ada hal yang nak diuruskan dekat sana".
Terus Haura berdecak kesal membuatkan Ghibran tertawa kecil.
"Sekejap je, sayang".
"Perak tu jauh. Lama lah...". Keluh Haura.
"Kenapa? Haura takut Haura rindukan abang ke?". Dengan serta-merta naik rona kemerahan di pipi Haura tatkala disoal begitu oleh Ghibran.
"Ish, mana ada la! Nanti siapa nak ambil Haura balik kerja?".
"Abang suruh Anika, boleh? Dia tengah cuti sekarang". Oh, tidak! Jangan Anika! Anika itu musuh peribadi terbesar Haura. Mereka bagaikan anjing dengan kucing!
"Tak nak Anika...".
"Dahtu?".
"Abang Harris?". Ha ini cadangan bernas sikit yang diajukan oleh Haura. Dia lebih rela pulang dijemput Harris berbanding pulang dijemput lelaki datang bulan itu!
"Harris busy, Haura. Abang dah tanya dia siap-siap tadi. Anika, okay?". Ghibran memujuk seraya mengusap lembut rambut kemerahan Haura itu.
"Anika tak suka aku".
"Mujur lah Anika tak suka awak, sayang. Abang tak nak kongsi awak dengan sesiapa". Baru sahaja Ghibran nak tergelak mendengar lawak sendiri, tangan Haura terlebih dahulu dengan lajunya menepuk lengan sasa itu dengan kuat. Mendesis kesakitan Ghibran dibuatnya.
"Main-main eh. Suka main-main".
"Sorry, cheri... Tapi still balik dengan Anika, okay?".
☕
Another update cuz why not kan?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro