4- Masak Lemak Daging Salai
SAMPAI-SAMPAI sahaja di rumah milik keluarga Puan Zahara itu, masuk sahaja ke dalam ruang tamu... Ghibran mengerutkan dahinya. Kenapa?
Kenapa suasana rumahnya ini sudah tidak semacam dunia sedang menginjak ke angka empat setengah pagi sekarang ni. Dengan lampu ruang tamu, lampu dapur, segala lampu lah cerah terpasang. Tambah lagi dengan bau masak lemak yang kuat menusuk rongga hidung.
"Daddy you kerja apa?".
"Kenapa Cik Haura tanya?". Ghibran menjawab persoalan Haura dengan sebuah soalan. Matanya masih melilau di persekitaran rumah, ingin mencari insan yang dipanggil mommy a.k.a ibu kandungnya. Tadi salamnya tidak terjawab, jadi mungkin Puan Zahara ada di dapur. Maka, dia buka kunci sendiri dan masuk ajela. Haura pula setia mengikuti setiap langkah lelaki itu.
"I terkejut tengok rumah you". Bukan lah maksud Haura ingin memandang rendah Ghibran, sebaliknya dia agak terkejut dengan rumah banglo dua tingkat yang agak besar ini.
"Bukan rumah saya, Cik Haura. Ini semua harta mommy and daddy. Arwah daddy saya sama macam saya, dia tentera laut juga dulu. Berpangkat Leftenan. Lepas dia bersara, baru saya sertai angkatan yang sama".
"Kenapa you berhenti?". Soalan yang seakan sama seperti soalan yang telah diajukan olehnya di dalam kereta tadi.
"Saya--".
"Wan Zayd Al Ghibran bin Wan Zulkarnain! Dah sampai ke? Meh lah sini!". Pekik seorang wanita daripada dapur. Barangkali Puan Zahara. Tetapi kenapa kena guna nama panjang lelaki itu? Terasa lawak pula.
Haura membuat riak wajah hairannya.
"Cik Haura jangan terkejut, mommy memang suka panggil nama panjang saya. Katanya mengingatkan dia zaman dia jadi cikgu dulu". Ghibran tersenyum manis.
"Oh...". Lagi manis senyumannya apabila melihat wajah polos adik majikannya ini. Tadi petang rasanya macam dia ni benci sangat dengan Ghibran, ini dah elok dah ni? Fast paced betul?
"Yes, mommy... I'm coming...". Ghibran menyahut panggilan ibunya sebelum berpaling semula ke arah Haura.
"Jom, Cik Haura?".
"Jom!". Haura teruja ingin merasa gulai masak lemak daging salai itu. Kegemaran dia tu! Walaupun dia ni city girl, makanan kampung tak pernah dia tolak tepi! Semua dia bedal sebab semua sedap!
☕
"KENAPA mommy bersemangat sangat ni? Ghib ingatkan mommy dah tidur". Pelik juga Ghibran apabila melihat Puan Zahara yang bersemangat lain macam di pagi buta itu apabila melihat Ghibran membawa pulang seorang wanita.
"Ala Ghib ni... Mommy saja la nak sambut teman istimewa anak mommy ni. Sebab tu--". Suara Puan Zahara perlahan dan terdengar nada sayu di hujungnya. Kenapa?
Pftt!!
Belum sempat Puan Zahara nak menyambung katanya, nasi yang ada di dalam mulut Haura terlebih dahulu tersembur keluar apabila tuan punya badan terdengar frasa itu.
" Haura, kamu okay ke?". Tanya Puan Zahara dengan riak wajah risaunya.
"Uh... Okay, Aunty". Sisa air liur yang ada di tepi bibirnya dilap perlahan. Buat malu je tersembur depan tuan rumah! Ni kalau Ghibran cerita dekat Harris, memang malu tujuh keturunan Haura dibuatnya.
"Minum air dulu. Ya Allah budak ni. Ghibran, tuangkan dia air". Arah Puan Zahara dan Ghibran yang sedang menahan tawanya itu mengikut sahaja walaupun jelingan tajam sudah siap sedia dihadiahkan oleh gadis yang sedang duduk di sebelahnya itu.
Ghibran hulur sahaja air sirap itu kepada Haura terus dia mendesis kesakitan dan mengerutkan dahinya. Tanpa disangka-sangka, cubitan ketam Haura sudah hinggap di bahagian pinggangnya.
"Ketawa kan I ya?". Bisik Haura.
"Tak ketawa pun lagi, Cik Haura". Balas Ghibran dengan ketenangan yang dibuat-buat. Wajahnya jelas ingin ketawa sekuat hati di situ namun dia tahan.
"Tapi tetap ada niat huh!".
"Saya minta maaf, Cik Haura". Ghibran berbisik kembali namun Puan Zahara sempat mendengar kata-kata itu.
"Kamu buat apa dekat dia, Ghib?". Jeling Puan Zahara.
"Eh, mana ada Ghib buat apa-apa mommy...". Ghibran mencuba untuk mempertahankan dirinya daripada terus dipersalahkan. Dia yang kena cubit, dia juga yang dipersalahkan. Ish, ish, ish. Tak patut...
"Jangan macam-macam, Ghib. Nanti girlfriend kamu ni tinggal kamu baru tahu". Pesanan berbentuk sindiran daripada Puan Zahara. Gurauan ini tampak normal tapi yang tak normalnya nada suara Puan Zahara. Sejak daripada tadi kedengaran sedih sahaja namun cuba ditutup-tutup oleh wajah cerianya itu.
Muka Haura sudah memerah menahan malu. Kenapa la aunty ni boleh panggil dia sebagai teman wanita kepada encik pengawal peribadi handsome ni?
"Dia bukan teman wanita Ghib la, mommy". Ghibran tersenyum sekilas sambil mulai menjelaskan segalanya.
"Mommy ni... Kan Ghib dah bagitahu dekat telefon tadi, adik majikan Ghib nak datang makan masakan mommy. 'Adik majikan' bukannya 'teman wanita'. Ini lah dia orangnya, Haura Dayana. Baru sehari Ghib kerja sebagai pengawal peribadi dia". Jelas Ghibran lagi seraya memperkenalkan Haura kepada Puan Zahara.
"Oh ye ke? Maaf lah, mommy ni jenis kalut sikit. Aunty minta maaf ya, Haura". Puan Zahara menayang sengih comelnya untuk Haura.
"Takpe aunty". Begitu juga Haura kepada Puan Zahara.
"Ghib cakap Haura lapar ya? Makan lah, aunty dah panaskan lauk makan malam semalam. Harapnya Haura tak kisah lah ya?". Wanita dalam lingkungan umur 50 tahun itu berkata lembut. Suka betul ya dia dengan Haura?
" Maaf sebab dah susahkan aunty".
"Takpe, sayang. Jemput lah makan". Puan Zahara lagi-lagi tersenyum.
☕
"YOU pergi mana, princess?". Masuk je rumah selepas dihantar oleh Ghibran tadi, terus Haura dikejutkan oleh figura Harris yang berdiri tegak di ruang tamu itu sambil tangannya bersilang di dada sendiri. Marah ler tu.
"You sibuk kenapa?". Haura gulingkan bebola matanya lalu berjalan melepasi ruang tamu itu. Namun, lagi-lagi suara Harris menahannya daripada terus pergi.
"I abang you, princess. Kalau bonda dengan papa tahu you keluar lewat malam macam ni, masak lah you".
"I yang masak ke you? Abang, you ingat I pergi kelab ke? You ingat I pergi parti dengan pakai pijama corak strawberi macam ni? Huh?". Bertubi-tubi Haura bertanyakan soalan kepada Harris kerana dia tahu, oleh sebab sikap over protective Harris terhadapnya, kalau boleh setiap masa lelaki tu nak bersangka buruk dengannya.
" Dahtu you pergi mana? Sekurang-kurangnya, bagi tahu la I, princess. I risau nak mati tadi tahu tak?". Harris mulai mengeluh perlahan dan melembutkan suaranya. Bercakap dengan Haura tidak boleh kasar, nanti karang dia yang kena belanja beg Prada sebagai hadiah memujuk sang puteri yang merajuk.
"Alah, esok ada juga yang inform dekat you". Haura berkata, malas. Tiada tenaga mahu bergaduh dengan Harris. Yang dia tahu, dia mahu tidur.
"What do you mean?".
"Ugh... I keluar dengan pengawal peribadi kesayangan muah muah lah". Haura menjulingkan matanya, berbicara dengan penuh sarkastik.
"Pergi mana?".
"Makan masak lemak daging salai".
"At this hour? Where? How?".
Berkerut-kerut muka Haura menadah telinga, mendengar semua persoalan Ghibran itu.
"Banyak soal lah you ni, Encik Harris Khaizuran".
"Jawab aje la, princess katak".
Kurang asam! Ada hati dia panggil Haura Dayana bak gorgos lagi kan meletops kebabom ni 'princess katak'?!
"Hei! Suka hati je eh panggil orang katak!". Marah Haura. Bergema suaranya. Pasti nanti bonda dan papa akan terbangun. Haih la, Haura Haura...
"Shh... Diam la sikit".
"Apa diam-diam? Minta maaf sekarang". Arah Haura, tegas membuatkan Harris tergelak melihat kelakuan comel adik kandungnya itu. Macam mana la suami puteri katak ni nak handle nanti.
"Berhenti gelak sekarang. Kalau tak, I merajuk". Arah Haura lagi.
"Okay, okay. I minta maaf, princess. Now, boleh bagitahu kat mana you pergi makan tadi?".
☕
Hello!
Saje nak bagitahu, author tengah tengok cerita Lovely Runner hoho. Mulanya tak nak tengok tapi Byeon Wooseok handsome dooh!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro