37- Flashback Part. One
Author's notes: Chapter ni secara kesuluruhannya akan jadi chapter flashback. Jadi tulisan dia akan jadi senget macam ni hehe. Jemput membaca, sayang-sayangku!
☕
HAURA muram. Sampai hati si suami buat dia macam ni. Kan dah janji nak buat aktiviti sama-sama. Tahu-tahu boleh pula dia cakap yang dia ada kerja. Tengah berbulan madu kali kedua kut!
Ceritanya... Sebagai tanda berterima kasih dan bersyukur atas rezeki yang diberikan oleh Allah S.W.T ini yang mana Haura mengandung, Ghibran sudah berjanji ingin membawa isterinya itu untuk pergi berbulan madu kali kedua di sebuah pulau. Dah sampai dah pun. Cumanya...
"Abang minta maaf, Haura. Kapten tiba-tiba call abang tadi. Abang tak boleh nak teman awak". Ghibran dengan penuh rasa bersalah meminta maaf kepada si isteri yang sudah monyok itu. Kalau dah monyok macam ni, nak merajuk lah tu. 100% susah nak pujuk! Haura ini masih muda, makin susah lah macam ni! Pandai-pandai kau lah, Ghibran...
"Lepastu siapa nak teman Haura? Haura seorang diri je dekat sini".
"Abang dah telefon Harris. Dia on the way. Nanti dia temankan Haura atau kalau Haura nak balik sekalipun, abang boleh suruh dia hantarkan Haura balik". Haura tetap sahaja bersedih. Dia tak nak balik... Dia nak bercuti dengan suaminya di pulau ini. Lagipun, mereka baru sahaja sampai. Tapi Haura tak nak juga bercuti dengan Harris je. Harris sahaja buat apa! Dekat rumah hari-hari pun boleh tengok muka dia. Ghibran ni lain lah... Limited... Kena kongsi dengan government... Nama pun tentera laut. Sekejap ada, sekejap takde. Macam chipsmore!
"Tapi kita baru je sampai... Abang dah janji dengan Haura".
"Abang minta maaf, sayang". Ghibran memandang sayu si isteri sambil menggosok pipi Haura. Aduhai, sungguh dia tak sampai hati nak tinggal isteri comel dia ni. Tapi nak buat macam mana kan? Dia juga ada tanggungjawab kepada negara.
"Macam ni... Sementara tunggu Harris datang, abang bawa awak jalan-jalan dekat pantai dulu, nak?".
"Tak nak... Haura nak merajuk dengan abang". Haura tepis lembut tangan kiri Ghibran yang masih memegang pipinya itu lalu pergi berbaring secara tertiarap di atas katil bilik resort yang sudah Ghibran tempah khas untuk mereka itu.
Ghibran nak tergelak pun ada tengok perangai Haura yang satu ini.
"Haura... Abang tahu perut awak tu tak besar lagi tapi tak elok baring tertiarap macam tu. Kesian dekat anak kita, kesian juga dengan awak nanti. Perut sakit". Nasihat Ghibran lembut lalu berjalan ke arah Haura. Dia duduk di birai katil itu lalu dengan lembutnya dia memusingkan badan si isteri agar Haura kini berbaring secara terlentang.
"Kan elok sikit tu".
"Huh!". Haura yang masih dengan rajuknya berpaling ke arah lain. Dia bukan apa sebenarnya, cuma dia takut kalah dengan senyuman manis lelaki berkulit sawo matang itu.
"Jom pergi jalan-jalan dekat pantai? Kalau Haura tak rela pun, paksa kan diri tu teman abang. Nanti abang dah tak ada--".
Cepat-cepat Haura memalingkan kepalanya ke arah Ghibran apabila ayat terakhir itu terluncur keluar daripada mulut si suami.
"Abang jangan cakap macam tu lagi eh. Haura tak nak abang meninggal sebelum Haura".
"Ajal tu kan kuasa Allah. Abang tak boleh nak halang kalau dah Dia nak tarik nyawa abang. Besides, 'tak ada' tak semestinya meninggal, sayang. Boleh jadi tak ada sebab Haura dah tak nak ingat abang ke. Boleh jadi tak ada sebab Haura dah benci abang ke. Boleh juga jadi tak ada sebab Haura dah tak nak tengok muka abang. Jadi, abang kena menjauh daripada Haura. Betul tak?". Semua kebarangkalian yang disebut oleh Ghibran itu membuat hati Haura menggelegak kemarahan. Iya la, mana mungkin dia akan lupakan suami tercintanya ni kan?
" Ish, Haura tak akan lupa dan benci abang la! Abang jangan cakap bukan-bukan eh. Haura pukul abang kejap lagi". Haura memberi amaran keras.
"Berdosa pukul suami...". He gave her a mischievous smile. Mengusik!
"Ish! Benci lah abang ni!". Makin baran Haura dibuatnya.
"Aip, baru sesaat lepas Haura cakap yang Haura tak akan bencikan abang". Ghibran tergelak kecil melayan karenah isterinya ini. Nama pun kahwin dengan wanita semuda 22 tahun, Ghibran kena la mempunyai kesabaran level ekstra sikit.
Haura diam.
"Haura Dayana...".
"Apa?".
"Teman abang jalan-jalan".
"Tapi abang kena belanja ABC durian". Haura cuba untuk mengajukan syarat. Syarat Haura memang selalunya berkait dengan makanan dan minuman sahaja. Jadi, jangan risau. Tak susah pun.
"Boleh, Haura".
"Okay, jom!". Terus Haura bangun daripada pembaringannya sambil tersenyum lebar. Amboi, semangat nampak! Tadi merajuk sangat!
Ghibran membuat keputusan untuk hanya tersenyum manis. Malas nak usik sebab dia takut nanti Haura manja ini merajuk lagi. Fuh, tak sanggup nak hadapi!
☕
"YOU nak balik ke tak ni, princess? Ghibran dah pergi kerja". Ya, Harris sudahpun sampai ke lokasi percutian Haura. Baru sahaja dua jam yang lepas. Dan baru sahaja juga la Ghibran bertolak ke Perak untuk menunaikan tanggungjawabnya terhadap negara. Setelah dipujuk, akhirnya Haura akur dan merelakan Ghibran pergi.
"Malas lah. Lagipun kesian dekat you. You mesti penat drive kan?".
"Tahu takpe. Sebab you lah ni. Mengada sangat!". Harris menyerabaikan rambut hitam asli milik Haura itu membuat si wanita membuat muka tidak puas hati. Abangnya ini selalu sahaja mencari pasal.
"Yang you datang juga kenapa? Takde siapa paksa pun".
"Excuse me, Mrs. Ghibran. Tiada siapa paksa? What do you mean? Suami you tu yang paksa I. Kalau tak, lambat lagi lah I nak teman princess katak macam you ni dekat sini". Sebenarnya dia nak je. Saja manusia bernama Harris Khaizuran ni nak mengusik adiknya sendiri. Satu spesis lah dengan Ghibran tu. Suka cari pasal dengan Haura. Bezanya, Harris ni lagi teruk!
"Dah, pergi lah balik bilik you tu. Rehat. We will be having so many activities to be done tomorrow!". Ucap Haura dengan penuh keterujaan.
"Aik? I didn't sign up for this".
"I made you did. Semua aktiviti yang kita akan buat esok, semua yang I dan Ghibran dah rancang dan booked. Disebabkan dia tak ada, tak boleh nak teman I buat semua tu... You lah yang akan jadi mangsa! You teman, okay? You kan abang terbaik kesayangan muah muah I... Kan kan kan?". Haura memeluk erat lengan Harris di lobi resort itu.
" Whatever says you, princess. Asal you bahagia sudah. Kalau tak mati I kena cekik dengan suami you nanti". Ayat terakhir itu ditutur dengan sangat perlahan.
"Apa you cakap?".
"Tak ada apa. I nak masuk bilik dulu, nak rehat. You should too. Penat anak buah I ada mak aktif macam you ni". Harris menepuk perlahan kepala Haura. Pat pat pat.
"Okay! Nanti malam teman I dinner tau".
"Jatuh lah publisiti I nanti".
"Kenapa pula?". Haura memandang Harris dengan pandangan tidak puas hati.
"Nanti peminat I ingat I dah taken dengan you". Harris membuat muka toya. Iya la, dah selalu sangat peminat-peminat atau media dekat luar sana ingat Harris dan Haura ini pasangan romantik. Padahal mereka ni adik-beradik kandung! Layanan Harris kepada Haura memang macam tu sejak daripada mereka kecil lagi kerana Haura merupakan satu-satunya adik perempuan dan adik Harris. Anak bongsu pula tu. Jadi, memang sejak kecil Haura sudah dimanjakan sebegitu rupa. Bukan sahaja oleh Harris malah oleh ibu bapa mereka juga. Apa yang Haura nak, semua Haura dapat.
"Welkk! Geli!".
"Tapi tak apa. Demi princess kesayangan I ni, I sanggup teman".
"Macam tu la abang yang bagus! Nanti I belanja aiskrim!". Haura tersenyum manis.
☕
First one!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro