Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

35- Stranger Came

"SAYA naik mandi dulu. Nanti saya bawa Haura keluar beli barang dapur, ya?". Kata Ghibran seraya bangun daripada kerusinya setelah habis bersarapan bertemankan isteri tercinta. Sedap sangat nasi lemak tak berapa nak jadi yang Haura masak ni... sampai licin pinggan Ghibran dibuatnya!

Haura hanya mengangguk sekali sebagai tanda merespon kepada kata suaminya itu. Dia tak puas hati sebenarnya sebab... Ghibran ni... baru bangun tidur pun masih elok lagi. Kalau dia... Berserabai! Lelaki memang macam ni ke? Itu pun masih juga nak pergi mandi.

"Haura dah mandi kan?".

"Dah". Jawab Haura sepatah. Hm, maleh aku. Saja lah tu tanya macam tu. Mesti dia nak kata Haura nampak macam tak mandi ni kan?

"Alright, cheri". Ghibran tersenyum manis seraya menggosok-gosok rambut merah menyala Haura itu sebelum akhirnya berlalu mendaki tangga untuk mandi dan bersiap sebelum menemani isteri tersayang membeli barang dapur.

Hilang sahaja Ghibran daripada pandangannya, terus Haura turut bangun daripada kerusi tempat duduknya untuk mengemas meja makan yang baru sahaja digunakan mereka untuk bersarapan itu tadi. Pinggan yang sudah digunakan olehnya dan Ghibran tadi diambil dan disusun sebelum dia berjalan sedikit menjauh daripada meja itu untuk membawa semua pinggan ke dapur.

Haura sebenarnya jarang buat kerja-kerja macam ni tapi dia mahu mencuba. Mana tahu kalau-kalau dengan mulai membuat kerja rumah sebegini, dia akan ingat kembali  memori masa lampau antara dia dan Ghibran. Kan?

Namun, belum sempat nak sampai ke dapur...

Ding! Dong!

Ada yang menekan loceng pintu utama rumah mereka membuat Haura berpaling ke arah itu dengan wajah yang musykil. Siapa pula yang datang pagi-pagi ni?

Ding! Dong!

Tatkala Haura berniat ingin meletakkan dahulu pinggan-pinggan itu ke dapur kemudian baru pergi membuka pintu itu, loceng itu berbunyi lagi. Seolah-olah 'tetamu' itu menggesa Haura untuk mendahulukannya.

Haura berdecak geram sebelum meletakkan pinggan-pinggan itu semula ke meja makan dan berjalan ke arah pintu utama rumah itu.

Sampai sahaja dia di situ, dia mengeluh sekali sebelum akhirnya kunci dipulas dan tombol pintu turut dipusing. Pintu dibuka dan... matanya dijamah dengan pemandangan sebuah figura lelaki berbadan tegap sedang tersenyum ke arahnya.

Haura kenal lelaki itu.

Namanya Badrisham atau orang panggil Sham sahaja. Dia ni kalau tidak silap...

"Ahh!". Haura memegang sisi kepalanya tatkala ianya tiba-tiba sahaja terasa sakit sewaktu dia ingin mengingati semula dengan tepat siapakah lelaki bernama Badrisham yang sedang berdiri di hadapannya ini.

"Awak okay?". Soal lelaki itu dengan nada risau. Tangannya cuba untuk menggapai Haura bagi membantu wanita itu.

"Aku okay. Kau siapa?". Tiada nada mesra dalam tutur kata Haura kerana dia tahu, Sham ini bukanlah lelaki yang baik. Sekurang-kurangnya berdasarkan secebis memori yang tersisa.

"Nama saya Badrisham. Saya pernah bekerja di bawah unit yang sama dengan suami awak. Bekas Leftenan Zayd Al Ghibran". Oh ya! Prebet Sham! Itu sahaja la yang datang ke memori Haura.

"Kau nak apa datang ke sini?".

"Saya dengar Tuan Ghibran dah nak masuk semula ke pangkalan armada TLDM. Jadi, saya datang nak melawat dia lah ni. Tuan Ghibran ada?". Oh, itu ke sebabnya si Sham ni datang ke rumah orang di pagi-pagi buta ni? Nak melawat Leftenan lamanya? Itu sahaja?

Tapi, Haura masih lagi musykil.

"Tunggu. Aku panggilkan dia...". Haura ingin menutup semula pintu rumah itu namun tindakannya diberhentikan oleh suara Sham yang mulai kedengaran lagi di telinga Haura tetapi kali ini dengan membawa topik yang agak sensitif.

"Saya dengar... awak lupa sekejap pasal dia. Betul ke?". Sham menyoal dengan senyuman plastik yang tertampal di wajahnya. Kenapa...?

"Itu soal peribadi. Kenapa kau nak tahu?".

"Just curious...".

"Rasanya tak perlu kut nak buka topik peribadi aku dekat sini. Kalau kau datang nak melawat Ghibran sahaja, silakan. Tunggu dekat sini sekejap. Aku nak pergi panggil dia". Haura betul-betul sudah tidak mahu berbicara dengan lelaki itu namun Sham tetap memaksanya untuk tetap berada di situ.

"Dia yang aktifkan bom dekat kapal tu". Kenapa lelaki itu tiba-tiba sahaja membuka topik ini? Dah la datang rumah orang pagi-pagi... cerita pasal benda mengarut ini pula.

"Kau merepek apa ni?".

"5 years ago... He himself... Leftenan Zayd Al Ghibran sendiri yang aktifkan bom terakhir atas kapal lanun tu". Sham menyambung lagi ceritanya.

"Get straight to the point or pergi daripada sini". Haura sudah mulai marah. Dia tidak faham satu apa pun yang dibicarakan oleh Sham. Dia rasa lelaki ini sangat mengelirukan.

"Awak nampak kan kesan luka bakar dekat mata dia tu? Awak nampak juga kan tangan besi dia tu? Itu semua pengorbanan yang dia buat dalam hidup dia semata-mata untuk menghilangkan awak daripada sisi dia. Lima tahun lepas, kami ada misi. Ops untuk membanteras lanun. Ada satu kapal lanun yang membawa tebusan. Selepas semua tebusan berjaya diselamatkan dan hampir semua lanun berjaya dibanteras, kapten kami tak sedar yang masih ada seorang lanun berbaki...". Cerita Sham ni... Hampir sama dengan apa yang pernah Ghibran ceritakan kepada Haura sebelum ini.

"... lanun tu bom diri dia sendiri. Itu apa yang Tuan Ghibran ceritakan dekat awak kan?". Soal Sham.

" Macam mana kau tahu?".

" Semua cerita itu hanya lah penipuan. Kejadian tu, semua dia dah rancang. Dia sendiri yang aktifkan bom dekat lanun terakhir tu. Lanun tu tak bunuh diri, suami awak yang bunuh dia".

Kenyataan itu seolah merentap jantung Haura. Apa yang Sham ceritakan ini sangat lah berbeza dengan apa yang Ghibran pernah ceritakan.

"Apa kaitannya dengan aku?".

"Ada seorang tebusan berbaki di atas kapal lanun itu. Awak. Awak tebusan tu, Haura. Mesti dia ceritakan dekat awak yang dia selamatkan awak kan? Sebab tu dia dapat parut terbakar dan tangan besi tu. Betul tak?".

Haura diam.

Separuh hatinya merasakan ada yang tidak kena dengan penceritaan Sham ini. Namun separuh hatinya yang lain terasa ini lah hal yang benar. Kenapa? Kerana Ghibran tidak pernah menceritakan bahagian ini kepadanya. Jadi, minda Haura yang kosong itu seolah-olah menerima segala apa yang diceritakan oleh Sham.

"Semua tu dusta, Haura. Selepas sahaja bom tu meletup, dia terjun ke laut untuk selamatkan diri dia. Dia tak tunggu awak pun. Tapi kifarah buat dia bila api kebakaran daripada letupan tu sambar muka dia menyebabkan dia ada parut kekal tu sampai sekarang dan serpihan kapal itu juga ada yang menindih tangan dia menyebabkan dia kena pakai tangan besi sampai sekarang".

Tak. Tak mungkin.

Haura menggeleng beberapa kali.

Tidak mungkin Ghibran sanggup melakukan ini semua. Tidak!

"Siapa yang selamatkan aku kalau bukan dia?". Haura menyoal untuk kepastian.

Sham tersenyum sebelum dia menyelak sedikit lengan bajunya untuk menunjukkan sebuah kesan luka yang ada besar di situ. Lebih kepada sebuah parut.

"Saya. Saya yang selamatkan awak".

Memperkenalkan, antagonis kita!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro