34- "I Have The Shoulders..."
NIAT Ghibran ingin menegur Haura yang sedang bermain dengan Pie kesayangannya itu terhenti tatkala dia terdengar perbualan si isteri dengan si arnab comot. Perbualan yang mampu meruntun hati seorang suami milik Ghibran. Perbualan yang menempa rasa sakit di hati miliknya.
"Pie... Kenapa tiada siapa bagitahu yang dulu mama ada baby? Mereka akan ingat mama akan meroyan ke bila mama tahu yang mama tak dapat jaga baby mama dengan baik?". Langkah Ghibran terhenti tidak jauh daripada Haura tatkala perbualan sebelah pihak itu kedengaran.
" Tak la, Pie. Mama okay je. Tengok? Mama masih boleh bercakap dengan Pie kan? Kalau mama tengah sedih giler sekarang, mesti mama tak layan Pie dah". Ghibran mendengar tawa kecil Haura. Dia nampak isterinya itu mengusap lembut si arnab gebu.
"Satu lagi kan Pie... Kenapa mereka tak nak bagitahu mama sejak sebelum-sebelum ni lagi yang mama ada suami? Apa mereka ingat mama akan marahkan papa ke kalau mama tahu pasal semua ni? Papa handsome kut! Lambat lagi mama nak marah!". Ghibran tersenyum manis tatkala omelan itu keluar daripada mulut Haura. Namun buat seketika sahaja. Seketika kemudian, senyuman Ghibran pudar. Dia tahu setiap kali Haura memikirkan hal itu, hati wanita itu terluka. Ya, Ghibran tahu itu.
" Mama pun satu... macam mana la mama boleh lupa pasal suami mama sendiri...". Dan wanita itu mulai menyalahi dirinya sendiri.
"Memang la mama marahkan papa awak tu sikit... Tapi kalau dia jelaskan semuanya kan senang? Takdela mama nak marah-marah dia lagi, kan? Mama tak nak marah papa awak tu dah. Mama kesian dekat dia". Kan dah cakap, hati Haura ini lembut. Di awal mula dia tahu akan rahsia besar ini, memang dia sangat memarahi Ghibran. Tapi semenjak dia tahu akan sakit yang lelaki itu lalui juga sama dengan kesakitannya sendiri, dia tak sanggup... Dia tak sanggup nak membenci lelaki itu lagi. Tidak bolehkah semua ini berhenti? Dia mahu berhenti membenci suaminya sendiri...
Haura mengeluh sekali sebelum dia memasukkan semula Pie ke dalam sangkar yang baru dibelinya sejurus selepas pulang daripada kampung haritu.
"Pie masuk lah dulu. Mama nak...". Katanya terjeda sendiri. Dia malu...
"... mama nak teman papa awak sarapan. Nanti dia dah busy. Dah takde masa". Haura tersenyum sekilas ke arah si arnab sebelum mengunci sangkar itu. Sebaik sahaja dia berpaling ke belakang untuk berlalu pergi...
"K-kau? Kau buat apa dekat sini?". Tergagap-gagap dia apabila terlihat Ghibran yang berdiri tegak di hadapannya dengan memakai baju T kosong dan sehelai kain pelikat. Baru bangun agaknya. Bangun-bangun aje terus cari isteri, aww...
Ghibran tersenyum nipis sebelum membalas...
" Saya datang nak jenguk Pie. Pie pun rabbit saya juga kan?". Tipu. Sebenarnya kau datang nak jenguk isteri tercentah en en en?
"Kau dengar ke apa yang aku cakap tadi?". Haura sudah cemas. Kalau Ghibran dengar, malu lah dia! Dah la dia mengomel dekat arnab tadi! Mahunya Ghibran cakap dia dah gila nanti.
"Dengar". Haish, Ghibran pun. Jujur sangat!
"Apa yang kau dengar?".
"Haura nak teman saya sarapan. Betul ke?". Ghibran berjalan mendekati si isteri. Juntaian rambut yang jatuh ke pipi wanita itu diselitkan ke belakang telinga. Di pergelangan tangan Ghibran ada seutas getah rambut berwarna hitam. Mahu sahaja dia mengikat rambut si isteri namun dia biarkan dulu. Nanti kalau buat secara tiba-tiba, mengamuk pula kesayangannya itu.
Pipi Haura pula sudah memerah. Kalah warna rambutnya sendiri. Namun masih juga tak nak kalah berlawan mata dengan si suami.
"Diam je. Tak jadi ke? Tak jadi, tak apa. Saya pergi makan dekat warung janda seberang jalan tu jela. Boleh?".
Pap!
Terus sahaja bicep Ghibran ditepuk kuat oleh Haura membuatkan lelaki itu meringis kesakitan.
"Aduh, Haura... Sakit la lengan saya...".
"Pergi la makan kedai janda tu, aku tak nak masak untuk kau lagi dah. Aku balik rumah bonda. Aku marah kau teruk-teruk lagi. Nak ke?". Ugut Haura. Kedua tangannya digepal. Geram dengan Ghibran! Orang tengah-tengah emosi a.k.a bersedih ni, dia boleh buat lawak macam tu!
" Teruk juga ya cemburu isteri saya ni?". Ghibran tertawa kecil.
" Huh!". Haura mahu melangkah pergi namun lengannya dipegang oleh Ghibran.
"Maaf. Saya tak berniat nak buat Haura marah. Saya dengar Haura mengomel dekat Pie tadi. Saya tahu Haura tengah sedih. So, I wanted to make a joke to make you smile. Not expecting you to be mad. Maafkan saya, boleh?".
Haura jeling suaminya tajam. Kalau boleh dia punya eyes roll tu sampai nak tercabut biji mata tu. Punya lah geram dekat Ghibran. Ghibran pula dalam usaha memujuknya itu mengusap perlahan tangan si isteri yang digenggam itu.
" Teman saya sarapan?".
"Tak nak".
"Tadi saya dengar awak cakap dekat Pie, awak nak teman suami awak yang handsome ni sarapan. Saya salah dengar ke?". Ghibran membuat wajah kelirunya. Haura pula hanya mendiamkan diri.
"Kalau Haura teman saya sarapan, saya boleh cerita pasal kita dulu. Haura nak ingat pasal kita kan?".
Perlahan-lahan Haura mengangguk. Dia nak marah lebih lama dekat Ghibran namun tawaran lelaki ini sangat menarik. Dia betul-betul nak ingat balik memori lama mereka berdua dan hanya seorang sahaja yang boleh membantunya mengingati semuanya semula.
Zayd Al Ghibran.
"Kau nak cerita pasal apa?". Haura berjalan dengan tangan yang masih digenggam oleh Ghibran.
"Honeymoon. Macam mana kita hidup dulu. Kita selalu dating dekat mana".
"Kita dating?".
"Of course, we are husband and wife. Mesti lah ada hari di mana kita akan keluar sama-sama. Luangkan masa sama-sama. Haura lah biasanya yang paling suka ajak saya keluar. Pergi picnic lah, cafe hunting lah, pergi tengok calon haiwan peliharaan baru lah". Terang Ghibran. Memang betul kesemuanya. Haura lah yang sering memberi idea untuk dates mereka dulu.
"Kau ikut je?".
"And you are my dearest wife, Haura. Of course lah saya ikutkan". Ghibran mencuri-curi cium pipi Haura sekilas.
"Lepastu--".
"Aip, kalau nak dengar saya sambung cerita... Lap air mata tu dulu. Dan Haura... Saya dah tak nak awak menangis sorang-sorang lagi, boleh? Saya dah tak nak awak bersedih sorang-sorang lagi. Saya ada, okay? Awak ada saya, Haura". Bicara Ghibran itu membuatkan langkah Haura terhenti. Jadi... Betul lah... Ghibran telah mendengar segalanya...
"Kau sanggup?".
"Hm?".
"Kau sanggup beri bahu kau sebagai tempat aku bersandar untuk menangis setiap kali aku bersedih? Kau sanggup?". Haura merenung mata Ghibran. Setiap kali dia merenung ciptaan indah itu, setiap kali itu lah Haura terpegun. Parut kesan terbakar yang ada di salah satu mata Ghibran itu sangat cantik. Langsung tidak mencacatkan rupa paras suaminya itu.
" Kalau itu bayaran untuk saya duduk semula dekat hati Haura, untuk Haura ingat saya balik, untuk Haura ingat 'kita' balik, untuk Haura panggil saya dengan nama panggilan 'abang' balik... Sampai lenguh bahu ni pun tak apa. Saya sanggup". Ghibran menepuk-nepuk bahunya sendiri.
"Terima kasih".
"Saya sayang awak juga, Haura". Ghibran mencium sekilas dahi Haura. Sayang. Ya, dia sayang Haura Dayana. Dia sayang isterinya yang satu ini.
☕
Cak!
Tak dua minggu pun hehe...
Update ni sebab author dah tak tahan nak update T-T
Oh dan...
Cerita ni dah nak tamat!
I'm currently writing chapter 45 nak masuk 46 dah hehe.
Cerita ni akan habis pada chapter 50 (+ satu epilog dan satu special chapter).
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro