Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

31- Tempoh

NIATNYA nak melangkah ke arah ruang tamu rumah itu untuk menemui Ghibran. Dia lapar, jadi dia mahu suruh Ghibran tolong belikan makanan. Tetapi, belum sempat sampai ke ruang tamu itu, langkahnya terhenti tatkala dia melihat Ghibran sedang bersembang dengan Tok Zain. Bukan bersembang sebenarnya kalau dah muka masing-masing serius sangat tu.

Maka, Haura pun curi-curi lah mendengar perbualan mereka berdua itu.

"Kalau kamu pergi kerja, Haura macam mana? Nanti makin sedih lah dia kalau kamu tinggalkan dia lagi, Ghibran". Tok Zain menuturkan kata-kata itu dengan riak wajah yang risau. Ghibran hanya membalas dengan segaris senyuman manis. Dia tahu macam mana nak balas persoalan atuknya itu.

"Bukan dia je yang sedih, tok. Ghib pun boleh jadi gila mungkin kalau Ghib tinggalkan dia lagi sekali. Once was enough. Ghib tak sanggup lagi nak berjauhan dengan Haura. Rindu lima tahun lepas pun belum habis lagi". Haura yang sedang mengintai di sebalik dinding itu terkedu mendengar tutur Ghibran. Suara lelaki itu tulus. Tulus merindui isterinya.

"Kamu nak bawa dia ikut sekali?". Tok Zain menyoal setelah sekian lama berdiam diri.

"Kalau dia nak. Kalau Haura tak nak...".

"Haura nak!". Haura yang tiba-tiba sahaja keluar daripada sebalik dinding itu cepat sahaja memotong kata-kata Ghibran. Dia tak nak Ghibran bagi idea untuk meninggalkan dia di mana-mana jauh daripada sisi lelaki itu. Dia nak ikut!

Kedua-dua daripada lelaki di situ lantas sahaja berpaling ke arah Haura dengan muka yang macam, 'apedie nyah?'. Ha gituew.

"Awak nak apa, Haura?". Ghibran bertanya untuk memastikan apa yang dia dengari tadi.

"Haura nak ikut abang pergi kerja. Haura tak nak duduk rumah bonda. Haura tak nak duduk rumah kita sorang-sorang. Haura nak ikut". Haura lalu mengambil tempat duduk di sebelah Ghibran secara bersimpuh. Lengan Ghibran digoyang-goyangkan olehnya perlahan. Usaha 'memujuk' Ghibran untuk membenarkannya mengikuti lelaki itu. Tok Zain yang melihat perlakuan itu hanya tertawa kecil. Ada-ada saja cucu menantu comelnya ini punya akal.

"Awak nak ikut abang?".

Haura angguk.

"Kerja awak macam mana? Lepastu dekat sana panas tau. Abang takut awak tak tahan je. Dekat sana juga, abang tak selalu boleh ada dengan awak. Abang akan busy sikit mula-mula masuk kerja nanti".

"Abang tak nak bagi Haura ikut ke?". Haura mulai mencebik.

"Bukan--".

"Abang nak tinggalkan Haura lagi?".

"Hei, dengar dulu abang nak cakap apa ni, Haura sayang...". Ghibran merenung dalam anak mata Haura. Cantik sungguh mata bidadarinya itu.

"Apa?". Haura bertanya dengan muka cemberut.

"Kalau Haura nak ikut abang, Haura kena fikir dulu kesan-kesan dia nanti. Maksud abang, Haura kena fikir diri Haura dulu. Awak tu selesa ke tak nanti. Awak tu sunyi ke tak nanti bila abang pergi kerja".

"Ala... Kalau panas, Haura bawa la kipas. Kalau sunyi, Pie kan ada? Pie boleh teman Haura kalau abang pergi kerja. Kan tok, kan?". Haura meminta talian hayat daripada Tok Zain untuk membantu menyokong pernyataannya. Pantas sahaja Tok Zain bangun berdiri sambil meregang badannya. Ha nak pergi mana tu? Mengelat!

" Kamu berdua bincang la. Tok nak pergi tengok pokok pisang kat belakang rumah tu". Belum sempat lagi Ghibran atau Haura nak membalas apa-apa, terus Tok Zain berlalu daripada situ. Sebenarnya Tok Zain takut kalau dia tersalah jawab apa-apa soalan daripada Haura nanti, dia pula yang kena marah. Jadi, adalah lebih baik dia melarikan diri dulu.

Masam mencuka terus muka Haura.

"Apa-apa pun, abang nak Haura fikir betul-betul dulu. Boleh?".

"Betul-betul dah ni!". Tegas Haura.

"Haura lapar kan sekarang? Kalau lapar, tak boleh nak fikir betul-betul lagi... Abang bawa awak pergi makan dulu. Nanti kita bincang lagi, boleh?". Ghibran memegang pipi kanan Haura sekilas.

LAMPU ditekan. Maka, cerah lah keseluruhan rumah itu.

Ya, setelah lebih kurang seminggu berada di kampung, Ghibran dan Haura bercadang untuk pulang semula ke rumah mereka. Iya la, Ghibran pun kena buat banyak persiapan untuk masuk kerja balik. Haura pula ada shooting dalam beberapa hari lagi.

Haura yang menekan suis lampu utama rumah Ghibran atau dalam erti kata lain, rumah milik mereka berdua itu. Manakala Ghibran pula sedang meletakkan sangkar Pie ke halaman tepi rumah. Pie sedang tidur, jadi kena letak elok-elok supaya dia tak terkejut. Nanti mama dia marah.

Setelah cerah seluruh ruangan itu, Haura termenung buat seketika. Satu persatu memorinya bersama Ghibran di rumah ini cuba diingati namun... gagal... Ah! Kecewa betul Haura dengan dirinya! Dia benci akan fakta yang tertulis bahawa dia memerlukan Ghibran untuk mengingati segalanya. Dia terasa seperti seorang isteri yang tidak berguna!

Tatkala Ghibran masih di luar, Haura melangkah selangkah demi selangkah. Berjalan-jalan di dalam rumah itu. Masih sama... Piano besar masih ada berdekatan ruang tamu rumah itu. Haura lalu perlahan-lahan mendekati piano itu lalu duduk di atas kerusinya.

"Aku pandai ke main ni dulu?". Haura bertanya kepada diri sendiri sambil cover kekunci piano itu dipegang dan diusap perlahan. Cover itu kemudiannya dibuka dan terlihat lah kekunci-kekunci piano yang masih putih dan bersih. Walaupun sudah lama mereka tidak dimainkan, satu habuk pun tiada. Mesti Ghibran rajin membersihkan piano ni kan? Penting sangat ke piano ni untuk Ghibran?

Haura mencuba-cuba untuk menekan kekunci-kekunci piano itu sampai lah...

... kekunci piano yang paling hujung ditekan tetapi tidak bergerak. Kekunci itu tidak mahu turun tatkala ditekan oleh Haura membuatkan Haura kepelikan.

"Hm?".

Dan apabila dia lihat-lihat di sekitar kekunci terakhir itu, rupa-rupanya ada sebuah kunci yang diletakkan di antara kekunci terakhir itu dengan badan piano menyebabkan ianya tersekat dan tidak boleh ditekan. Ya, kunci nipis itu penyebabnya. Semakin berkerut dahi Haura dibuatnya.

"Kenapa pula dia simpan kunci dekat sini?".

Belum sempat Haura ingin mencapai kunci itu, ada tangan kasar lain yang mengambilnya terlebih dahulu. Terus Haura berpaling ke arah si empunya tangan.

"Jom, masuk tidur". Ajak Ghibran sambil tersenyum. Makin membuatkan Haura kepelikan. Dia memang tak nak bagitahu Haura apa-apa tentang kunci ni ke? Atau kunci ini memang tak begitu penting? Kalau tak penting, kenapa mesti sorok dekat tempat tak munasabah ni?

"Kunci apa tu?".

"An old room. Nothing important". Ghibran mengusap rambut Haura namun ditepis kasar oleh wanita itu.

"I wanna know about the old room". Tegas Haura kerana dia merasakan seolah-olah Ghibran sedang menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Tak penting pun, Haura. Bilik tu dah lama abang kunci. Dah lama abang tak masuk".

"Tak, kau faham ke tak sekarang ni? Aku nak tengok bilik tu. Rahsia apa lagi yang kau tengah sorok daripada aku ni, Ghibran? Kalau bilik tu tak penting, kenapa sampai ke sini kau nak sorok kunci tu? Kau takut sangat aku jumpa kan?!". Perubahan ketara mood Haura sudah memberikan tanda-tanda untuk Ghibran mengalah. Dia sedar, tempoh 3 harinya sudah tamat.

Ghibran langsung tidak ambil hati. Bahkan, dia menunduk dan mencium lembut dahi si isteri sambil kepala wanita itu diusap penuh kasih.

"Alright... Jom?". Ghibran menghulurkan tangannya untuk membantu Haura berdiri. Sudah tiba masanya satu persatu rahsia memori masa lalu mereka dijelaskan oleh Ghibran.

Kalau tidak, sampai bila lagi dia nak sorok kan?

Bilik apa tu? Hm...




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro