3- Emergency
TERPISAT-PISAT mata Ghibran apabila dia terbangun akibat dikejutkan oleh bunyi nyaring datang daripada telefonnya. Penggera kah?
Apabila Ghibran kilas ke tepi, jam di atas meja lampu di tepi katilnya itu jelas memaparkan angka 3:28 dan di tepinya ada tertulis A.M. mengindikasikan bahawa sekarang jam 3 pagi. Seingat dia, dia tiada pula mengunci jam pukul 3 pagi.
Dahtu kenapa telefonnya berbunyi?
Dengan keadaan yang masih mamai, Ghibran bangun, duduk bersandar pada kepala katil dan secara lambat-lambat, dia mencapai telefonnya itu. Matanya ditenyeh perlahan sebelum dia akhirnya dapat melihat nama si pemanggil yang terpapar di skrin.
Cik Haura
Oh, Haura yang telefon...
Haah, Haura.
EH--
EHHHHH
HAURA?!
Cepat-cepat Ghibran mengangkat panggilan itu dan skrin telefon dilekapkan ke telinganya. Baru sahaja dia ingin memberi salam, si pemanggil sudah menjerit terlebih dahulu.
"KENAPA YOU LAMBAT ANGKAT HA?!". Marah barangkali. Padahal Ghibran lewat beberapa saat aje pun. Banyak songeh betul cik kak ni.
"Maafkan saya, Cik Haura. Saya-".
"Kalau I mati tadi macam mana? You nak tanggung?!".
Dengar sahaja perkataan 'mati' itu, terus segar bugar mata Ghibran yang tadinya layu itu. Bimbang jika ada sesuatu yang terjadi kepada tuan puteri majikannya itu. Kalau betul-betul ada sesuatu yang terjadi kepada Haura Dayana, memang terbelah dua lah kepala Ghibran dibuat Harris.
"Maaf, Cik Haura".
Talian senyap seketika.
"Cik Haura kenapa telefon saya pagi-pagi ni?". Tanya Ghibran dengan tenang walaupun hati sedang bergelojak merisaukan Haura.
"I nak keluar. You datang ambil sekarang". Senada sahaja suara Haura memberi arahan. Sudah semacam dia pula majikan kepada Ghibran. Well, technically she is.
"Keluar ke mana, Cik Haura?".
"Banyak bunyi lah you ni. Datang aje la ambil". Suara di hujung talian sudah semakin geram dengan si dipanggil. Banyak pula dia tanya, suka hati kita la nak pergi mana pun!
"Tapi saya kena tahu dulu Cik Haura nak ke mana sebab nanti tamat shif saya untuk hari ini, saya perlu laporkan kepada Tuan Harris". Pujuk Ghibran. Apa lah yang susah sangat perempuan ni nak bagitahu dia nak pergi mana huh? Nanti aku juga yang hantar kan.
"Penting ke?".
"Penting apa?".
"Penting ke kena bagitahu semua benda dengan abang?".
Ghibran tersenyum kecil di hujung talian. Hilang sudah mengantuknya melayan karenah tuan puteri yang seorang ini.
"Penting sebab saya ni pekerja Tuan Harris".
"Duh, whatever. Cepat la datang ambil I".
"Ye, tapi saya--".
Tut, tut, tut...
Bunyi tut tut tut itu jelas menunjukkan bahawa talian sudah diletakkan begitu sahaja oleh Haura. Haih, apa nak jadi la budak ni.
Ghibran menggeleng-gelengkan kepalanya sebelum dia akhirnya bangun daripada katil bersaiz king itu sebelum dia melangkah masuk ke dalam bilik air yang terletak di dalam biliknya.
Lima minit kemudian, setelah siap mencuci muka Ghibran masuk kembali ke dalam biliknya dan mencapai kunci kereta yang ada di atas meja lampu, menyarungkan hoodie hitamnya. Kain pelikat yang dipakai buat tidur, tidak dia tukar. Malas. Nanti kang lambat, kena bebel pula dengan Haura. Tak mahu la dia!
☕
INI ke hal hidup dan mati yang dimaksudkan oleh Haura tu? Kau nak tahu tak hal apa?
Ghibran menongkat dagu dengan sebelah daripada tangannya sambil menemani Haura yang sedang melahap sebuah burger di McDonald's itu.
Ya, hal seumpama hidup dan mati yang membuatkan Haura menelefon Ghibran di awal pagi itu ialah hal dia ingin makan. Haura lapar! Itu aje sebenarnya. Tapi dia punya nak cepat tu, macam emergency betul-betul!
"Apa? Nak marah I ke?". Haura berkata-kata dengan mulut yang agak penuh. Matanya sibuk menjeling Ghibran. Tuan punya badan tak nak marah pun dia cakap nak marah. Haura ni kenapa? Datang bulan ya?
Ghibran menggeleng perlahan.
"Kenapa suruh saya bawa keluar makan pagi-pagi macam ni? Cik Haura tak dinner ke semalam?".
"Tak".
"Kenapa?".
"I mogok dengan abang. Dia yang masak semalam. Kalau bonda yang masak, I makan aje". Jelas Haura sambil dia meneguk minuman bergas Coca Cola itu.
"Cik Haura masih marahkan Tuan Harris?".
"Mesti lah! Suka hati dia aje nak tentukan peraturan hidup I! I tak suka tahu tak? I tak nak dikongkong. I muda lagi. Nanti you tunggu aje la abang suruh I kahwin pula huh!". Haura mendengus geram. Membebel tentang abang kandungnya kepada si pengawal peribadi yang separuh mengantuk itu.
" Tapi Cik Haura tak marahkan saya pun". Meskipun sedikit terkejut dengan pernyataan Haura itu, Ghibran tetap membalas.
"You nak suruh I marah you ke?". Haura menjeling pedas. Pantang dia kalau dia tak marah, lepastu orang sibuk nak tanya, 'eh kau marah aku ke?', 'eh kau tak marah aku pun'. Alamak ai, dah orang tak marah tu, diam jela. Puk kang!
Sekali lagi Ghibran menggeleng perlahan.
Bila tengok balik, comel juga ya cik mudanya ini? Eh-
Jangan macam-macam Ghibran, karang kena kejar tak cukup tanah kau dengan Harris nanti. Harris merupakan seorang abang yang sangat protective terhadap satu-satunya adik kesayangannya; Haura Dayana itu.
"Tak nak makan ke?". Tanya Haura kepada Ghibran apabila dia perasan akan renungan lelaki itu terhadapnya.
"Saya tunggu Cik Haura ajela. Lagipun, saya dah kenyang. Mommy masakkan untuk saya". Saja je Ghibran ni nak cerita sebenarnya. Entah kenapa, ringan sahaja mulutnya setiap kali berada dekat dengan gadis comel berumur 27 tahun ini.
Dengan serta-merta, mata Haura bersinar. Makanan yang ada di tangannya diletakkan semula ke atas dulang. Ghibran pula sudah mulai merasakan sesuatu di luar jangkaan yang bakal keluar daripada mulut si gadis itu.
"Jom!".
"Jom ke mana lagi? Dah nak pukul 4 pagi ni Cik Haura. Nanti Tuan Harris marahkan saya".
"Ish! Takyah kisahkan sangat dengan dia tu! Jom la...". Haura terus memujuk Ghibran. Pujuk untuk apa pun Ghibran sendiri tak pasti.
"Jom ke mana, Cik Haura?".
"Jom pergi rumah mommy you".
Huh! Terkejut beruk Ghibran dibuatnya. Dah kenapa pula perempuan ni nak pergi rumah mommy dia pula ni? Namun, Ghibran mengekalkan riak wajah tenangnya.
"Buat apa?".
"Mommy you masak apa?". Orang tanya dia, dia tanya balik.
"Mommy masak daging salai masa lem--".
"Jom! Jom pergi rumah you!". Terus gadis yang masih berbaju tidur itu bangun daripada duduknya yang tadinya di kerusi kedai makanan segera itu. Beria-ria dia mengajak Ghibran untuk ke rumah lelaki itu.
"Buat apa?".
"Makan la... Jom?". Haura menayangkan mata comelnya. Biasanya kalau dia buat mata comel ni dekat Harris, peluang untuk Harris tolak itu tersangat lah tipis (kecuali hal petang tadi).
"Tapi mommy dah tidur. Lauk dah sejuk". Bukannya Ghibran tak mahu mengajak Haura ke rumahnya, tetapi kedaan tidak sesuai. Ada ke orang ziarah-menziarahi rumah orang lain pagi-pagi buta macam ni?
"Jom...?". Haura berjalan semakin dekat dengan Ghibran yang sudah turut sama berdiri itu. Tangan gadis itu kini sudah memeluk kemas lengan sasa Ghibran.
"Nanti kalau Tuan Harris--".
"Ish! Asyik-asyik sebut nama Abang Harris! Bosan la!". Haura mencemberutkan wajahnya. Gaya mereka sudah seperti pasangan kekasih yang sedang bergaduh.
Kerana tidak mahu tuan puteri itu merajuk, Ghibran membuka mulutnya kembali.
"Saya telefon mommy dulu ya? Tak elok kalau tak bagitahu dia. Nanti mommy fikir bukan-bukan bila nampak saya bawa Cik Haura masuk ke rumah tanpa pengetahuan dia". Dia lalu mengeluarkan telefon pintarnya dan mulai mendail nombor Puan Zahara.
"Okay!".
☕
Selamat hari raya 🧡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro