Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

28- Haura; Protective Wife

HAURA sebenarnya malas nak keluar daripada rumah Tok Zain ni. Niatnya dia nak duduk sahaja dalam rumah ni sambil mendengar Tok Zain bercerita tentang masa kecil Ghibran sementara menunggu mommy menyiapkan minum petang. Haura nak tolong, Puan Zahara tak kasi. Hanya disuruh Haura untuk menemani Tok Zain berborak sahaja.

Tapi...

Tengah-tengah ralit Tok Zain bercerita, Ghibran yang baru sahaja pulang daripada menolong keluarga Pak Su menghantarkan periuk belanga milik orang-orang kampung itu mengajaknya untuk pergi ke suatu tempat.

"Haura, abang bawa Haura pergi satu tempat nak?". Soal Ghibran seraya mengambil tempat duduk di hadapan Tok Zain bersebelahan dengan Haura.

"Ghib nak bawa Haura pergi mana? Haura tengah best-best sembang dengan tok, kau pula potong line ya?". Tok Zain menjengilkan matanya, bergurau.

"Ghib ingat nak bawa Haura pergi Pasar Siti Khadijah dah alang-alang balik Kota Bharu ni. Haura pun belum pernah pergi ke situ. Tok nak ikut pun boleh aje". Tawar Ghibran. Tak elok lah pula rasanya kalau dia dah ajak Haura tapi tak ajak sekali datuknya itu. Karang terasa hati pula orang tua tu.

"Hm, takpela. Aku dah biasa pergi ke situ. Haura aje ni belum pernah. Kau bawa aje la dia, Ghib. Tok temankan mommy Ghib kat rumah ni. Lagipun, Pak Su ajak tok minum petang dengan dia sekali nanti. Tu sebabnya mommy kau tu tengah sibuk menggoreng pisang di dapur tu". Terang Tok Zain panjang lebar. Bukan niatnya ingin menolak ajakan Ghibran.

Dia tahu, Ghibran mahu meluangkan masa berdua dengan isteri yang dirindui setengah mati itu. Ajakan Ghibran tadi hanya sekadar penyedap ayat. Lagi pula, dia dan Puan Zahara memang dah rancang nak lepak dengan keluarga Pak Su harini. Boleh jenguk-jenguk cucu menantu barunya; isteri Syihan itu dengan lebih dekat. Semalam tak sempat katanya. Sibuk uruskan lauk-pauk kenduri.

"Hm, kalau macam tu takpela. Haura nak ikut abang tak?". Ghibran berpaling ke arah isterinya yang sejak daripada tadi hanya berdiam diri sambil menghirup teh panas itu. Sejak bila Haura suka minum teh?

"Nak, nak!". Bersinar matanya saat diajak ke pasar besar itu. Dia suka! Jarang sekali dalam hidupnya terutama sekali kebelakangan ini, dia diajak ke pasar. Biasanya dia hanya menjejakkan kaki ke mall itu pun seorang diri atau...

ke kelab malam.

Ya. Bila diingatkan balik, jijik betul Haura dengan diri sendiri. Sepanjang lima tahun ketiadaan suami di sisi, hidup Haura berubah 360 darjah. Kelab malam itu umpama rumah keduanya walaupun dia hanya selalu berkunjung ke situ seorang diri. Sejak dua menjak ini sahaja, dia sudah jarang. Dia...

Dia mahu berubah.

"Haura nak bersiap dulu. Eh tapi...". Haura tilik dirinya daripada atas ke bawah. Bajunya dah cantik. Dia memakai sehelai baju T lengan panjang milik Ghibran yang cukup besar dengannya dan sehelai seluar hitam miliknya sendiri. Alasan mengapa dia 'mencuri' baju T milik suaminya itu adalah kerana gambar pada baju itu. Ada logo Arctic Monkeys sepanjang ibu jari di bahagian dada kiri baju itu. Haura suka Arctic Monkeys! Jadi, dia ambil lah baju itu. Rasanya tadi nak try sekejap je tapi dah TERpakai lama lah pula.

Satu saja yang tidak lengkap pada outfit Haura itu...

"Haura...".

"Haura nak pakai bawal atau tudung sarung? Ke Haura nak pakai shawl? Abang boleh tolong pakaikan". Seakan tahu apa yang bermain di fikiran Haura itu, Ghibran bertanya. Tok Zain yang mendengarkan pertanyaan itu keluar daripada mulut Ghibran tersenyum-senyum mengingatkan memori lama.

Tok Zain dan arwah isterinya dulu juga begitu. Masa mula-mula kahwin dengan arwah nenek Ghibran, isterinya itu tidak memakai tudung. Mungkin kerana sudah terbiasa dengan gaya hidup di bandar. Maka, Tok Zain la yang sering memakaikan tudung buat si isteri. Malah, sampai ke detik terakhir hayat arwah nenek Ghibran sekalipun, Tok Zain masih menjadi orang yang memakaikan isterinya tudung sehingga lah arwah nenek Ghibran itu menghembuskan nafas terakhirnya di pangkuan Tok Zain.

Tok Zain tersenyum kerana dia tidak menyangka yang tabiatnya ini turun ke diri Ghibran. Syukur, allhamdulillah.

"Haura nak cuba pakai shawl boleh?".

"Boleh... Haura pergi ambil. Abang tunggu kat sini".

"Okay!". Haura lalu berlalu masuk ke dalam bilik untuk mengambil shawl hitam yang diberikan oleh Tihani, isteri kepada Syihan kelmarin. Pelik kan? Pengantin yang kasi tetamu hadiah. Biasanya sebaliknya. Tihani cakap, Tihani suka tengok Haura yang sebelum ni freehair, cuba untuk pakai tudung. Jadi, dia hadiahkan tudung itu untuk Haura sebagai permulaan.

Mula-mula Haura pelik sebab Tihani cakap...

"Haura cantik sangat kalau freehair. Tihani selalu tengok Haura dulu. Tapi ni, Tihani tengok Haura pakai tudung, Tihani pula rasa terpegun. Bertambah cantik! Padan la Ghibran macam nak pengsan aje daripada tadi. Nanti Tihani kasi dekat Haura tudung tau lepas habis majlis ni". Ucap Tihani tatkala Haura dan Ghibran datang untuk mengambil gambar bersama pasangan pengantin baru itu di atas pelamin semalam.

Yang Haura peliknya, Tihani cakap dulu dia selalu tengok wanita itu. Tapi dekat mana? Bila masa?

Anyway, back to the current situation...

Sementara menunggu Haura untuk datang bersama shawl dan barang yang lainnya, sempat Ghibran berborak sebentar bersama Tok Zain sebelum ada yang memberi salam di pintu hadapan.

"Assalamualaikum!". Amboi, macam nak marah aje tu makcik? Apahal?

"Siapa tu Ghib?". Tanya Tok Zain.

"Entah lah tok. Biar Ghib pergi tengok".

"Ha, jom la. Tok pergi sekali".

Maka bangun lah mereka berdua lalu berjalan menuju ke muka pintu. Sampai sahaja di situ, Ghibran turun ke bawah melalui tangga kayu itu lalu berhenti di hadapan seorang mak cik separuh abad dan bersama di sebelahnya ada seorang lelaki yang teruk mukanya; lebam sana-sini. Tok Zain pula hanya mengeluh berat dan duduk di bahagian atas tangga. Malas mahu ikut campur kecuali jika ada yang berlebihan.

Ya, mak cik yang datang itu ialah ibu kepada Elman bernama Samsiah dan jejaka yang teruk mukanya itu sendiri ialah Elman.

Tengok daripada riak wajah Mak Cik Samsiah, memang ada yang dia tidak puas hati. Barangkali tentang kejadian semalam dan Ghibran sudah jangka hal ini akan berlaku.

"Waalaikumussalam, Mak Uda. Ada apa datang sini?". Ghibran menghulurkan tangannya untuk menyalam ibu saudaranya itu namun tidak dilayan sebaliknya dijeling tajam.

"Mu jangey nok wak dok tahu, Ghibran. Mu katok anok aku key mareng? (Kau jangan buat tak tahu, Ghibran. Kau pukul anak aku kan kelmarin?)". Tanpa berbasa-basi lagi, Mak Cik Samsiah terus menyembur.

Ghibran menghembuskan nafas beratnya.

"Ya, saya mengaku. Saya pukul Elman".

Pam!

Pipi Ghibran yang masih sakit akibat pukulan Elman semalam itu ditampar pula oleh Mak Cik Samsiah. Terkejut bukan kepalang Tok Zain dibuatnya. Apabila Tok Zain mahu turun memarahi Mak Cik Samsiah, Ghibran menghalang.

"Kurang ajo sungguh key mu ni? Baso dok keney budi! Maso mu takdok tangey dulu, baso berharap ko aku jugok nok suroh tulong! (Kurang ajar betul kau ni kan? Dasar tak kenang budi! Masa engkau takde tangan dulu, dengan aku juga kau berharap minta tolong!)". Ungkit Mak Cik Samsiah. Ya betul, sewaktu hidup Ghibran seakan mahu hancur dulu. Ke kampung ini lah dia datang. Bantuan Mak Udanya lah yang dia pinta. Tapi bukan daripada segi duit melainkan daripada segi nasihat kesihatan. Itu sahaja. Tidak ada yang lebih. Masakan hal sekecil itu juga mahu diungkit?

"Terima kasih sebab Mak Uda dah tolong saya tapi minta maaf, saya bukan orang yang kurang ajar. Saya bukan orang yang tak kenang budi. Saya pukul Elman bersebab". Dengan yakin, Ghibran mempertahankan dirinya. Tok Zain masih lagi dengan riak wajah geramnya. Mahu sahaja dia menengking anak perempuannya yang sudah berlaku kurang ajar itu namun masih dihalang oleh Ghibran. Bagi Ghibran, cukup la hanya dia menyelesaikan hal ini tanpa melibatkan Tok Zain.

"Hor la, doh moge mu nok backup tino bohsia tu key? (Ye la, kau kan nak backup betina bohsia tu kan?)". Dengan nada mengejek, Elman menyampuk. Berasap telinga Ghibran apabila isterinya digelar dengan gelaran sebegitu rupa oleh Elman mungkin hanya kerana lelaki itu pernah ternampak aurat rambut Haura yang berwarna merah itu.

Tipikal pemikiran orang kampung (bukan semua), asal warna rambut je, rempit/bohsia/kutu rayau.

"Perempuan yang kau tuduh bukan-bukan tu, isteri aku Elman! Aku pukul kau sebab kau tampar dia! Bukannya kau tak tahu perkara tu". Ghibran sudah hilang sabar. Dia masih boleh bertenang jika apa-apa tentang dirinya diusik tetapi jika melibatkan isterinya, dia tidak boleh menahan amarah lagi.

"Eh mu diey lah cacat! Baso brehi katok orey tu, royak jah. Dokyoh-- (Eh kau diam la cacat! Kalau dah memang suka pukul orang tu, cakap je. Tak payah--)".

"Amboi amboi Mak Uda... Sedapnya mulut you mengata suami I eh?". Belum sempat Mak Cik Samsiah nak menghabiskan kata hinaannya, Haura turun dulu daripada tangga itu. Berdesing telinganya mendengar pergaduhan mulut si tua itu daripada tadi. Rasa nak carit-carit aje mulut wanita itu dengan pisau. Tak makan saman!

Tubuh Ghibran ditolak ke tepi sedikit lalu Haura berdiri di hadapan suaminya. Kini, dia pula yang berhadapan dengan Mak Cik Samsiah dan Elman.

Haura's protective side.

Ghibran telan air liur kelat. Dia tak pernah lagi tengok Haura segarang ini dan dia tahu apa yang akan berlaku seterusnya. Tok Zain pun turut sama bimbang namun tidak akan dia halang.

"You pulak Elman, sesedap rasa je panggil I bohsia. You tu mat rempit tau. Tak sedar ke? Naik motor cabut murah you tu lepastu keliling kampung macam takde hala tuju berlagak macam samseng sangat. Bila kena tibai sikit dengan suami I yang gagah perkasa ni, mengadu dekat mak. Tak malu ke?". Haura menyindir Elman sambil tangannya mengusap bicep kiri Ghibran. Nak tergelak pun ada Ghibran dibuatnya.

" Ya, Mak Uda. I panggil anak you samseng. Oh and also, kutu rayau. Sebab dia memang kutu rayau! Tak bekerja lepastu cari pasal tak tentu hala macam semalam! You cakap apa semalam Elman? You cakap suami I cacat kan? So what kalau dia cacat? At least, kahwin jugak dia dengan I yang cantik, kaya dan bekerjaya ni. You apa ada?". Berdas-das Haura mengherdik Elman dan Mak Cik Samsiah. Biar diorang rasa! Diorang belum kenal siapa Haura Dayana. Paling pantang Haura jika ada yang sesuka hati menghina suami tercintanya ini. Eh-

Terkedu lidah kedua orang di hadapannya itu.

" Final warning ya Elman Faruki, sekali lagi you hina I dan suami I, I saman you berdua". Haura mengibaskan rambut merahnya sampaikan terkena muka Elman membuatkan lelaki itu merengus marah. Muka Mak Cik Samsiah juga seolah mahu meletup sahaja.

"Cantik kan rambut I? Warna merah lagi. Esok-esok nak cat warna kuning neon pulak. Biar silau mata you. Jom abang, kita pergi pasar. Abang pakaikan Haura tudung dalam kereta la". Haura memeluk manja lengan Ghibran. Mereka berdua lalu menyalami tangan Tok Zain dan pergi daripada situ, masuk ke dalam kereta. Elman dan Mak Cik Samsiah yang kelihatan seperti bom jangka itu dibiarkan begitu sahaja.

"Ayoh, ayoh tengok ko dok cucu natu ayoh kecek ghano tu?! (Ayah, ayah tengok ke tak cucu menantu ayah bercakap macam mana tu?!)". Aih, Tok Zain pula yang kena marah. Padahal dia diam je daripada tadi.

"Aku ada mata, Yah". Ucap Tok Zain malas lalu turut meninggalkan mereka berdua sendiri hujung tangga itu. Baik dia pergi jenguk Puan Zahara buat kuih minum petang di dapur. Tekun betul menantunya itu. Nasib baik la dia tak dengar pergaduhan mulut mereka tadi.

Haura garunk!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro