Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

26- Lembut Hati

KEHULU-KEHILIR Ghibran pada hari itu. Macam dia pula pengantin yang disambut. Padahal pasangan yang diraikan pada hari itu ialah Syihan dan Tihani. Haura pula hanya duduk di salah sebuah meja di bawah kanopi itu untuk makan. Tadi dia dah banyak menolong di dapur, lepastu dipaksa oleh mommy untuk makan dahulu. Majlis pun dah habis, boleh lah dia berehat kata mommy. Mommy ni paksa si menantu, anak sendiri duduk diam sekejap pun tak nak. Sibuk duk angkat periuk itu, periuk ini.

Jujur, Haura sedikit merisaui lelaki itu. Marah-marah dia pun, sikap lembut hati Haura masih tidak padam. Siapa aje sanggup melihat seorang lelaki yang kurang keupayaannya membuat kerja-kerja berat seperti itu? Anak-anak muda lelaki lain ada saja, yang nak harapkan Ghibran dan Anika saja sejak daripada tadi tu kenapa? Ish, Haura marah ni!

Baru Haura mahu bangun untuk pergi ke arah Ghibran untuk menyuruhnya berehat sebentar, dia terduduk kembali ke atas kerusinya apabila di hadapannya berdiri tiga orang lelaki. Haura lihat lelaki-lelaki itu atas bawah. Ni mesti sepupu-sepupu Ghibran dan Anika juga ni.

"Bini Ghib ko ni? (Isteri Ghib ke ni?) ". Tanya salah seorang lelaki yang bernama Elman itu. Sejurus dia berkata begitu, ketiga-tiga orang lelaki terdiri daripada Elman, Sufian dan Zanif tadi kemudiannya duduk di kerusi yang mengelilingi meja bulat di bawah kanopi itu. Meja yang sama dengan Haura.

Haura tidak menjawab, sebaliknya dia dengan pantas bangun untuk pergi namun tangannya ditarik sehingga dia terduduk kembali. Tangannya ditarik oleh Elman.

"Mu nok gi mano? Duduk lu. Soaley aku mu toksey jawab ko? (Kau nak pergi mana? Duduk lah dulu. Soalan aku, kau tak nak jawab ke?)". Pekat sungguh kedengaran dialek Kelantannya itu. Betul la sangkaan Haura. Tak sepupu Ghibran, mereka bertiga mungkin budak-budak kampung ini.

" Jangan nak kurang ajar eh". Marah Haura.

"Wooo, takut er... (Wooo, takutnya) ". Mereka mengejek Haura lalu tertawa seperti orang gila di situ. Entah apa yang lawak sangat pun Haura tak tahu.

"Kurang ajo mari mano? Aku tanyo jah, mu ni bini jatey cacat tu ko? (Kurang ajar dekat mana? Aku tanya je, kau ni isteri lelaki cacat tu ke?)". Usai bertanya begitu, Elman tertawa lagi diikuti oleh Zanif dan Sufian. Tertawa mereka sangat mengjengkelkan. Suka sangat mengutuk orang eh? Tunggu engkau cacat, memang aku kutuk kau cukup-cukup.

Haura kurang faham apa yang diperkatakan oleh Elman itu tetapi pertanyaan terakhir itu cukup menusuk ke dalam rongga telinganya. Kurang ajar. Cukup kurang ajar dan tidak beradab cara Elman bertanya dan cukup membuatkan Haura geram.

Sekali lagi Haura cuba untuk tidak menampar muka si Elman itu dan hanya bangun daripada kerusi lalu berjalan pergi. Baru sahaja dua tiga langkah dia berjalan, suara Elman berbunyi lagi.

"Gapo dio ado kat Ghib tu sapa mu kenang gitu seme skali? Doh la cacat. (Apa yang ada dekat Ghib tu sampai kau suka dekat dia macam tu sekali? Dah la cacat)". Tak tertahan lagi telinganya mendengar gelak tawa jahat mereka bertiga dan hinaan terhadap suaminya yang keluar daripada mulut Elman itu, Haura berjalan kembali ke arahnya lalu pipi lelaki yang mengutuk Ghibran tadi ditampar kuat oleh si wanita sehingga terteleng kepala Elman ke tepi. Merah telapak tangan Haura kerana menampar Elman, merah lagi pipi si kena tampar.

"Sekali lagi I cakap, you jangan nak kurang ajar. Yes, Ghibran tu suami I. Yes, dia ada kekurangan. Kalau you rasa takde benda baik yang boleh keluar daripada mulut you tu, baik you diam!". Tengking Haura kuat sehingga beberapa orang yang ada di situ melihat ke arahnya.

Sampaikan Ghibran dan Anika yang sedang mencuci kawah di bahagian tepi rumah Pak Su itu turut mendengar tengkingan kuat daripada Haura itu.

" Ghib, pergi tengok isteri kau tu. Aku rasa tiga ekor kutu rayau tu kacau dia la". Suruh Anika. Anika kenal sangat dengan Elman, Zanif dan Sufian itu. Trio kutu rayau. Trio yang paling tidak menyukai dirinya dan Ghibran. Sepupu mereka juga padahal.

"Kau sambung kerja aku jap, Nik. Nanti aku datang balik". Kata Ghibran lalu meninggalkan paip air yang masih mengalir itu kepada Anika sebelum dia bergegas ke arah Haura yang tadinya duduk di bawah kanopi di rumah Tok Zain itu.

Jarak antara rumah Tok Zain dan rumah Pak Su langsung tidak jauh. Ghibran berlari sepuluh saat aje sudah sampai. Sebab tu lah sampai ke situ boleh didengar suara tengkingan Haura tadi.

Sampai sahaja di hadapan rumah Tok Zain, dia menghampiri Haura yang sepertinya hendak dipukul oleh Elman itu.

Baru Elman mahu mengangkat tangannya untuk menampar kembali Haura, Ghibran menahan tangan itu menggunakan tangan kiri besinya. Tangan yang sentiasa dibalut dengan sarung tangan itu tetapi hari ini dibuka untuk memudahkan kerja membasuh periuk tadi.

"Jangan sentuh isteri aku, Man. Sikit calar dekat pipi dia, lunyai kau aku kerjakan". Ghibran memberi amaran mesra.

"Mu sapo nok royak gitu ko? Bini mu ni tapo aku dulu, mu tahu ke dok?! (Kau siapa nak cakap macam ti dekat aku? Isteri kau ni yang tampar aku dulu, kau tahu ke tak?!) ". Kerana masih geram dengan Haura yang sudah meninggalkan kesan merah di pipinya itu, tangannya direntap kasar lalu terlepas daripada pegangan Ghibran. Tangannya yang dipegang tadi kemudiannya...

Pang!

... menampar kuat pipi Haura sehingga pecah hujung bibir gadis itu.

"Kau dah melampau, Man".

Dush!

Satu tumbukan dilepaskan ke muka Elman sehingga jantan itu jatuh tergolek ke atas tanah. Hujung bibirnya berdarah. Tumbukan tangan kiri besi Ghibran itu lebih padu daripada tumbukan biasa. Yela, besi kan? Memang ekstra sakit lah jawabnya.

"Bini kurey ajo, laki cacat! Memey padey doh tu! Base bodo! (Isteri kurang ajar, suami cacat! Memang sesuai dah tu! Dasar bodoh!)". Elman bangun dan menumbuk kembali wajah Ghibran. Maka, berlaku lah sesi tumbuk-menumbuk di bawah kanopi itu. Nasib baik lah majlis sudah habis dan para tetamu sudah pulang.

TEKUN Haura merawat pipi Ghibran yang sedikit tercalar akibat beberapa tumbukan yang diberikan oleh Elman itu. Hidung Ghibran juga berdarah, perlu dirawat. Bibir lelaki itu juga banyak yang pecah.

"Kenapa Haura nangis?". Tak perasan pula dia, ada air matanya yang sedang mengalir. Ghibran pula yang perasan.

"Diam, Ghibran".

"Haura risaukan saya?".

"I don't want you to take any hit for me ever again". Haura memberi amaran kepada Ghibran.

"Kalau ada orang sentuh isteri saya, memang la saya marah. Dia pukul Haura, saya pukul dia balik. Fair and square". Kata-kata Ghibran itu membuatkan Haura tertunduk. Tangannya yang sedang merawat luka Ghibran itu dijatuhkan ke atas pehanya sendiri. Dia menangis lagi.

"Lepastu kau tak kisah la muka kau teruk macam ni ha?! Kau tak kisah lah kalau kau sakit?!!". Pekik Haura kuat. Marah betul dia pada Ghibran.

"Kalau untuk Haura, saya--".

Dush!
Dush!
Dush!

Berkali-kali Haura menumbuk dada lelaki itu sambil menjerit, "Diam, Ghibran! Diam!". Dan Ghibran tiada niat sedikitpun untuk menghalang. Jika dengan memukulnya Haura boleh tenang, maka pukul lah dia. Jika dengan memarahinya Haura akan lega, marah lah dia.

Seketika kemudian tindakan Haura itu terhenti sendiri apabila dia sendiri yang penat. Figuranya jatuh ke dalam pelukan si suami. Mukanya disembamkan ke dada bidang tidak berlapik Ghibran itu lalu dia menangis sepuasnya. Teresak-esak seperti tiada hari esok.

"Sedihnya isteri saya ni. Siapa buat?". Ghibran memujuk seraya menggosok-gosok kepala Haura.

"Dia cakap... Dia cakap abang cacat.... Dia cakap suami Haura cacat... Huwaaa!!!". Makin kuat pula Haura menangis. Sedih bila mengingati balik peristiwa di mana Elman menghina Ghibran tadi.

"Saya boleh guna perkataan tu sekarang?". 'Abang'.

Haura mengangguk. Kemudian, Ghibran sambung memujuk si isteri.

"Abang memang cacat pun, Haura. Suami awak memang cacat". Betul lah kan? Buat apa nak malu? Dia memang sudah tidak sempurna.

"Ish! Abang tak cacat! Abang cuma... Cuma istimewa! Abang special! Abang ada tangan besi yang orang lain tak ada. Abang bukan cacat... Kenapa dia cakap abang cacat?". Habis basah lencun dada bidang Ghibran dengan air mata si isteri. Comel pula Ghibran tengok isterinya yang menangis ini.

" Jangan lah nangis, Haura... Dah dia cakap abang cacat, abang nak buat apa lagi? Nak suruh abang pukul dia lagi?".

Haura semakin mengeratkan pelukannya lalu menggeleng laju.

"Tak nak... Nanti abang sakit...".

"Tahu takpe. Abang lagi sakit bila tengok Haura nangis teruk macam ni. Tak kesiankan abang?". Tanya Ghibran lembut. Nak pujuk budak manja, kena pujuk baik-baik. Kalau tak nanti, dia pula kena marah.

"Sikit...".

Ghibran ketawa kecil mendengar jawapan Haura itu.

"Sikit pun jadi lah. Awak lapar tak? Kalau awak lapar, berhenti nangis dulu. Lepastu abang bawa awak makan dekat tepi pantai nak?".

Haura menyedut segala hingusnya yang tersisa di hidung dek kerana menangis terlalu kuat sebelum mendongakkan kepalanya tanpa melepaskan pelukan. Aduhai, comelnya. Lemah Ghibran kalau macam gini.

" Lapar... Haura nak makan goreng-goreng boleh?". Pinta Haura, manja. Macam kanak-kanak riang. Comel sangat. Ghibran suka! Biar pun Ghibran jangka yang sikap Haura ini akan bertukar menjadi dingin balik seketika kemudian, dia tetap bersyukur.

"Seafood?".

Laju Haura mengangguk.

"Okay, jom. Tapi sebelum tu, awak lepas dulu badan abang ni boleh? Abang nak pakai baju. Takkan lah nak drive tak berbaju pula kan?". Haura yang sudah mulai malu itu melepaskan badan Ghibran sebelum duduk semula di birai katil.

Sambil Ghibran memakai baju, sambil dia bertanya,

" Awak nak pakai tudung tak? Kalau awak nak pakai, abang boleh tolong pakaikan". Tudung bawal yang tersangkut di belakang pintu bilik itu dikerling oleh Ghibran.

Isterinya; Haura Dayana, memang cantik tidak bertudung. Dengan rambut merahnya yang ikal itu, sungguh cantik. Tapi tadi, saat kedua kalinya (selain hari akad nikah) Ghibran melihat Haura memakai bawal kelabu itu, subhanallah, hampir sahaja pengsan Ghibran di situ juga. Cantik sangat! Ayu giler!

"Haura panas...".

"Tak nak pakai?".

"Haura pakai tudung sarung boleh? Mommy ada kasi tudung sarung tadi". Bersinar-sinar mata Haura saat meminta.

"Boleh, pakai lah. Abang suka tengok awak pakai tudung. Lagi comel". Pipi Haura dicubit geram oleh Ghibran.

Maaf tak update semalam...
Kita demam wak sobsob...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro