20- 12 Januari
LEPAS sahaja berbual dengan Puan Zahara, Ghibran terus membawa Haura naik ke biliknya untuk berehat. Mujur Haura turutkan sahaja. Mungkin dia tidak mahu membuat kecoh di rumah orang ini. Rumah mertuanya sendiri.
Krek...
Pintu dibuka oleh Ghibran sebelum dia ke tepi sedikit. Menandakan yang dia mendahului Haura untuk masuk ke dalam bilik itu.
"Masuk lah". Jemput Ghibran lalu Haura melangkah masuk ke kamar tidur yang dulunya sudah pernah dia jejaki itu. Lima tahun lalu, di sini lah tempat dia bermanja dengan Ghibran. Namun, semuanya seakan hilang daripada kotak kenangan terindahnya. Entah pergi ke mana.
Haura berjalan di sekitar bilik itu.
Dia perasan, di atas meja lampu, ada beberapa frame gambar. Ada gambar Ghibran yang kemas memakai uniform navy yang berwarna putih bersih. Ada gambar Ghibran bersama arwah daddy nya. Dan... Ada gambar perkahwinan mereka. Gambar itu jelas menunjukkan Haura yang memeluk lengan Ghibran seraya tersenyum manis. Senyuman paling manis yang Haura sendiri pernah lihat. Kedua-dua daripada mereka memakai busana putih; Haura memakai baju kurung putih bersama tudung bawal putih manakala Ghibran segak dengan sepersalinan lengkap baju melayu putih.
Gambar ni...
Gambar sesudah mereka menjalani majlis akad nikah lima tahun yang lepas.
Frame gambar itu kemudiannya diambil oleh Haura lalu ditiliknya dengan penuh teliti.
"Happy nya aku dulu...". Dalam tak sedar, kata itu terlepas daripada mulutnya. Gambar mereka itu diusap oleh tangan Haura dengan penuh rasa sebak di dada. Matanya pula turun pada tulisan berangkai yang tercetak di hujung gambar itu.
12 Januari 20XX
Tarikh apakah itu?
" Itu tarikh kahwin kita. Haura yang pilih". Ghibran yang duduk di birai katil itu mulai membuka mulut. Lama juga dia duduk di sini, Haura baru perasan. Agaknya terlalu ralit meneroka bilik itu tadi.
"Haura cakap 12 Januari tu takde simbolik penting pun cuma Haura sukakan tarikh tu sebab itu tarikh di mana Haura pertama kali tahu tentang kewujudan Zayd Ghibran atas muka bumi ini. 12 Januari tu tarikh di mana buat pertama kalinya Haura Dayana mendengar nama seorang Zayd Ghibran disebut oleh bonda. Haura cakap macam tu". Bagaimana... Bagaimana Ghibran boleh mengingati setiap bait bicaranya Haura sedangkan Haura tak ingat apa-apa sekalipun.
"Duduk lah sini. Kalau Haura tak kisah, saya nak bercerita tentang hari kita akad nikah dulu". Tempat duduk di sebelahnya ditepuk-tepuk oleh Ghibran.
Haura terdesak mahukan jawapan, jadi dia ikutkan sahaja. Bingkai gambar itu dibawa bersama sebelum dia duduk di sebelah Ghibran.
"12 Januari 20XX...". Setelah Haura menyelesakan duduknya, Ghibran mulai bercerita.
Flashback to 12th January 20XX...
HAURA kelihatan sungguh gementar. Iyala, ini hari bahagia dia kan? Well technically, tak la bahagia sangat sebab sebenarnya hari ni hari kahwin dia. Hari ni juga la buat pertama kalinya dia akan menatap wajah si bakal suami. Selama ni tak pernah tengok pun sebab dia malu. Haura hanya tahu nama lelaki itu sahaja.
Wan Zayd Al Ghibran bin Wan Zulkarnain.
Bonda cakap, dia orang Kelantan. Asalnya daripada Kelantan. Sebab tu namanya ada 'Wan' dekat depan. Entah betul entah tidak.
Haura meramas lembut tangan Puan Sri Khalida. Takut! Bayangkan, umur kau baru je masuk 22 tahun, tup tup ada yang masuk meminang. Engkau yang macam takde tujuan hidup ni pun terima lah. Ha, itu lah apa yang Haura rasakan sekarang. Betul kah pilihan dia ini? Who knows...?
"Haura ni jangan lah nervous sangat sampai berkerut muka tu ha". Tegur Puan Sri Khalida.
"Bonda... Macam mana kalau muka dia macam Shrek? Atau tua macam Professor Dumbledore? Haura tak nak!". Sempat lagi dia protes secara perlahan.
"Haura mengarut apa ni? Daripada mana pula datangnya Professor Dumbledore? Kan bonda dah cakap, umur dia 27 tahun. Askar lagi tu. Badan dia tough dan dia tinggi. Haura kan suka orang macam tu, kan?". Sempat lagi Puan Sri Khalida mengusik anaknya di hujung katanya itu. Makin tak keruan lah Haura dibuatnya.
" Kenapa dia nak kahwin dengan Haura, bonda? Takde perempuan lain ke?". Sempat lagi Haura bertanya. Ini kalau orang dengar ni, boleh jadi bahan ketawa.
"Mommy dia cakap, dia berkenan. Dia sendiri cakap, mommy dia yang berkenan". Jawab Puan Sri Khalida.
"Bonda percaya ke cakap Ghib tu? Percaya lah cakap Harris, yang berkenan tu dia, bukan mommy dia. Atau entah-entah, dua-dua berkenan". Sampuk Harris yang entah datang daripada mana tu. Bukan sepatutnya dia duduk di ruangan saksi ke? Kenapa melompat sampai ke tepi pengantin perempuan pula ni?
"Ish! Sibuk la you ni, pergi sana!". Haura menghalau. Ini hal wanita, Harris tak payah sibuk nak tahu.
"Eleh, orang nak kasi pendapat je. Anyway, congratulations in advance, princess. Tak sangka you kahwin dulu. Walaupun you dah kahwin, jangan lupa, you masih princess katak kesayangan I".
"Ish! Bonda! Tengok abang tu!". Rengek Haura.
"Harris... Pergi sana. Teman papa. Pengantin lelaki dah sampai tu".
Bila Puan Sri Khalida kata sahaja begitu, terus Haura memalingkan kepalanya ke arah pintu utama masjid dengan niat nak curi-curi pandang sedikit wajah bakal suaminya itu. Namun, gagal. Ramai sangat orang! Tapi dia boleh pastikan yang Zayd Ghibran itu tinggi dan agak sasa orangnya. Betul la apa yang Puan Sri Khalida cakap.
Tak sempat dia nak panjangkan leher lagi, majlis rupanya dah nak mula sejurus sahaja dia menandatangani beberapa helai borang dan selepas tok kadi memberikan briefing kepada bakal suaminya itu.
"Wan Zayd Al Ghibran bin Wan Zulkarnain...". Seru Tan Sri Amin dengan penuh keyakinan.
"Saya". Suara garau itu menyahut. Terkedu Haura dibuatnya. Garaunya... Bonda! Haura takut!
"Aku nikahkan dikau dengan putriku, Haura Dayana binti Amin dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai".
Dan tanpa ditunggu-tunggu lagi, Ghibran menjawab,
"Aku terima nikahnya Haura Dayana binti Amin dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai". Fuh, lega!
"Sah?".
"Sah!". Harris selaku saksi, menjawab dengan penuh bangga. Sempat lagi air matanya jatuh setitik dua apabila menyaksikan momen di mana puteri kataknya itu sudah sah menjadi isteri orang.
"Sah". Satu lagi saksi menjawab.
"Allhamdulillah".
Lepas je kata syukur itu diucapkan oleh semua orang, Haura sudah tidak dapat mendengar apa-apa lagi. Dia takut. Dia gementar. Dia sudah selamat menjadi isteri orang. Gila bukan?!
Bagaikan sesaat sahaja masa berlalu, dia terdengar ada seorang manusia yang sedang duduk di hadapannya. Alamak! Ini ke suaminya?!
"Aduh... Macam mana kalau muka dia betul-betul macam Shrek...". Niatnya Haura menuturkan kata itu untuk dirinya sahaja tetapi...
"Don't worry, if I were Shrek... you will be my Fiona". Tak sangka pula, dia tercakap kuat-kuat. Kuat sehingga lelaki di hadapannya yang sudah bergelar suaminya itu mendengar kata itu sehingga dia tertawa kecil.
"Assalamualaikum isteri saya". Dagu Haura dicuit sedikit agar isterinya itu mengangkat wajah, memandangnya.
"Waalaikumussalam...". Begitu dia mengangkat wajahnya, Haura terkesima.
Zayd Ghibran itu...
Indah orangnya.
"Masih lagi ingat yang saya ni Shrek?". Ghibran masih lagi tertawa kecil seraya tangannya dihulur untuk disalam oleh Haura. Lambat-lambat Haura menyambut tangan kasar itu.
Suamnya...
It felt nice to hold his hand...
Haura angkat mukanya setelah dia selesai bersalam.
" Maaf... Awak marah ke?". Bisiknya.
Ghibran tersenyum sebelum meletakkan tangannya ke belakang kepala Haura sebelum bibirnya dibawa ke dahi suci wanita itu. Diciumnya sekali. Sedikit doa dibaca sebelum akhirnya dia berkata,
"Tak marah. How can I be mad at my wife on the first day of our wedding?".
Mereka berbual seolah-olah mereka berdua sahaja yang ada di situ. Seolah-olah buat seketika, dunia itu mereka yang punya.
End of flashback...
"Dah habis... Haura nak tidur--". Belum sempat Ghibran mahu menghabiskan ayat tanyanya itu, bahunya seakan terasa berat sebelah. Dan apabila dia kalih pandang ke tepi, Haura sudah tertidur dengan kepala yang dijatuhkan ke bahu Ghibran.
Ya, di birai katil itu. Sambil memeluk bingkai gambar kahwin mereka.
"Abang cerita, awak tidur?". Tergeleng-geleng Ghibran dibuatnya.
"Takpela, tidur la. Abang tahu awak penat. Abang minta maaf". Sempat Ghibran menuturkan kata maaf itu sebelum dia membaringkan tubuh Haura ke atas katil untuk memastikan wanita itu tidur dengan selesa sebelum bingkai gambar di tangan si isteri diambil lalu diletakkan semula ke tempat asalnya.
"Sleep well, cheri".
☕
Thankyou sebab baca hehe <3
Post-edit note: I posted this '12 Januari' chapter once on the 12th of January 2024.
And I posted it again today.
Happy 6th anniversary, Ghibran & Haura!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro