Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2- TLDM

PERLAHAN-LAHAN Ghibran melangkah menghampiri si tuan puteri gedik yang tengah duduk di tepi kolam yang ada di halaman rumah banglo itu. Nak keluar, tak boleh kerana kad kredit dan kunci keretanya semua sudah dipegang oleh si pengawal peribadi bermula daripada sekarang. Harris betul-betul mahu Haura merasakan hidup di penjara! Dia betul-betul mahu mengongkong gadis itu!

Kaki si tuan puteri gedik sengaja dicelupkan ke dalam air yang memantulkan warna biru dinding kolam itu. Haura menggoyang-goyangkan kakinya untuk melepaskan geram kepada abangnya terhadap air kolam yang tidak bersalah itu. Mulutnya mengomel tidak jelas. Barangkali sedang menyumpah seranah si abang.

"Air kolam tu tak bersalah". Ghibran melipat kaki seluarnya sebelum mengambil tempat duduk di sebelah Haura. Tidak terlalu rapat, tidak terlalu jauh. Kakinya turut dicelup ke dalam air kolam yang agak bergelora dek kerana angkara Haura sebentar tadi.

"Yang you sibuk ni kenapa?". Haura membidas lantas Ghibran meletuskan tawa kecilnya. Comel juga ya bila perempuan tengah marah ni?

"Saya cakap benda betul aje, Cik Haura. Air kolam tu tak bersalah".

"Dahtu siapa yang bersalah? I? Abang?". Haura memalingkan wajahnya ke arah wajah lelaki di sebelahnya itu. Riak wajah Ghibran yang dilihatnya sekarang adalah sangat tenang. Tidak seperti riak wajah lelaki itu pada malam tiga minggu lepas.

Soalan Haura dibiarkan sepi.

" You ni siapa sebenarnya?". Tanya Haura, ingin tahu. Sebenarnya, dia pelik. Macam mana lelaki asing yang menumpangkan Haura dirumahnya tiga minggu lepas mengenali keluarganya? Selama ini tiada pula Harris, Tan Sri Amin atau Puan Sri Khalida menyebut nama lelaki ini. Ghibran seolah-olah tiba-tiba sahaja muncul.

"Wan Zayd Al Ghibran bin Wan Zulkarnain. Pengawal peribadi Cik Haura". Ini loyar buruk ke apeni? Jawapan Ghibran membuatkan Haura geram! Orang tanya betul-betul, dia jawab main-main.

"You ni memang sama menjengkelkan aje kan dengan abang?". Haura memincingkan matanya memandang Ghibran.

"Cik Haura boleh panggil saya Ghibran atau Ghib atau apa-apa sahaja yang Cik Haura suka. Saya akan bekerja sebagai pengawal peribadi Cik Haura 12 jam sehari. Lagi 12 jam, waktu rehat saya. Tapi jika ada kecemasan, Cik Haura seru aje nama saya, pasti saya akan tiba". Kata-kata terakhir itu cukup manis namun dituturkan dengan wajah kurang emosi oleh Ghibran.

"Hei! I tanya betul-betul okay?! Boleh you jawab betul-betul tak?". Haura sudah naik geram. Dia mahu tahu latar belakang lelaki ni, apa hubungan dia dengan Harris, keluarganya dan si hero. Bukannya nak tahu jadual kerja dia!

"Jawab apa? Cuba ulang soalan Cik Haura tu dengan tepat dan bermaklumat. Baru lah senang untuk saya jawab".

"Eee! Kecil besar, kecil besar je I tengok you ni tau!". Haura bangun daripada duduknya dan begitu juga Ghibran.

"Kad kredit dan kunci kereta Cik Haura akan saya pegang. Jangan risau, saya takkan guna tanpa izin Cik Haura. Jadi, kalau Cik Haura nak pergi ke mana-mana, saya lah pemandunya. Kalau Cik Haura nak beli apa-apa, saya lah pensihat kewangannya". Ghibran menyambung mendeskripsikan skop kerjanya kepada Haura membuatkan gadis itu semakin geram dengan sikap annoying seumpama robot formal milik Ghibran itu.

Entah-entah Ghibran sudah 'diprogram' sebegitu rupa oleh Harris gamaknya?

"I don't need to know your fucking working scope--".

"Language, Cik Haura".

Tak puas nak jadi robot, sekarang Ghibran nak jadi guru bahasa pula?! Ugh! Boleh gila Haura kalau macam ni!

Haura kemudian tersenyum herot sebelum bertanya,

"You betul-betul nak jadi pengawal peribadi kepada seorang Haura Dayana?". Rambutnya dikibas sekali.

Ghibran hanya sekadar mengangguk tanpa merasa sedikitpun sangsi.

"I gave you 3 months guarantee that you will end up leaving because...". Ayatnya sengaja dijeda semakin Haura mendekati si lelaki bertubuh tinggi lampai dan agak sasa itu.

"Because?".

"You akan menyesal!". Dengan sepenuh tenaga kecilnya, Haura menolak Ghibran sehingga lelaki itu jatuh ke dalam kolam. Terkapai-kapai juga dia buat seketika, nasib baik la Ghibran pandai berenang.

"Padan muka!". Haura terkekeh lucu. Perutnya dipegang sambil dia ketawa. Ghibran yang ada di dalam kolam renang itu pula hanya beriak wajah tenang. Seolah tiada apa yang terjadi. Sesekali dia tersenyum nipis. Aih Ghibran, kena tolak dalam kolam pun masih boleh tersenyum?

"Haura Dayana!". Tawanya terhenti saat namanya diseru kuat oleh seseorang daripada balkoni tingkat dua rumah itu.

Suara Harris Khaizuran.

Haura Dayana

-gadis berusia 27 tahun
-seorang model produk kecantikan
-princess-like attitude
-manja
-tak suka naik motor (including superbike)

ENDED up, Haura kena bebel dengan satu keluarganya kerana tindakannya menolak Ghibran jatuh ke kolam petang tadi. Dia ingin merajuk, membawa diri tapi terlupa bahawa sekarang dia kalau nak ke mana-mana, harus ditemani oleh Ghibran. Maka, tanpa rasa bersalah dek kerana kejadian petang tadi, dia menelefon Ghibran untuk membawanya keluar mengambil angin. Jalan-jalan cari makan.

Sekarang, dia berada di dalam keretanya yang dipandu oleh lelaki lain buat pertama kali dalam hidupnya. Sunyi sepi suasananya.

"Cik Haura nak makan dekat mana?". Soal Ghibran memecah kesunyian.

"You kan penasihat kewangan I sekarang. You aje lah yang cadangkan". Haura menjawab dengan penuh kesinisan.

"Fair enough. Apa kata kita makan dekat mamak?".

"Euw, no!". Dengar sahaja perkataan 'mamak' tu, terus Haura lantang membantah. Seumur hidupnya 25 tahun di dunia ini, dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke kedai-kedai mamak di tepi jalan. Hidupnya dilimpahi kemewahan, memang sejak daripada kecil lagi dia sudah disuap dengan sudu emas.

"Kenapa?".

"Kotor la! I tak suka!".

"Mana Cik Haura tahu kotor kalau Cik Haura belum pernah pergi?". Soal Ghibran.

"I just know it, okay?! I tak nak makan dekat mamak, full stop".

"Cik Haura nak makan dekat mana?". Ghibran bertanyakan soalan sama sekali lagi sedangkan dia sudah tahu ke mana hala tuju perbualan ini nanti. Faham sangat dia dengan perangai perempuan ni, walaupun dia tidak pernah mempunyai teman wanita. Tapi Ghibran ada seorang ibu. Ibunya juga wanita, bukan?

"Tak tahu. You pilih aje la".

"KFC?".

"Tak nak".

Okay, tuan-tuan dan puan-puan...
Perang 'nak makan dekat mana' bakal bermula sebentar sahaja lagi. Nanti kan...

"Taco Bell?".

"No".

"McDonald's?".

"Tak nak. Boleh tak you stop bagi cadangan kedai fast food, I bukannya makan benda-benda tak berkhasiat macam tu". Haura menjelingkan matanya ke arah Ghibran. Ghibran tak tahu ke Haura ni tengah jaga berat badan dan keadaan kulitnya? Mana boleh makan makanan daripada restoran makanan segera!

"Lepastu Cik Haura nak makan apa?". Soalan yang hampir sama buat kali ketiga.

"Tak tahu. Kan dah cakap, you aje yang cadangkan. Tak faham-faham lagi ke?".

"Cik Haura, you rejected all of my suggestion...".

"Siapa suruh kasi cadangan tak berasas". Amboi! Sedap kau mengutuk cadangan-cadangan Ghibran ya, Haura?

Setelah diam seketika, Ghibran bersuara kembali.

"I know, how about kita balik rumah Cik Haura semula dan saya akan masak untuk Cik Haura. Okay?".

Lepas jadi guru bahasa, sekarang Ghibran mahu menjadi cef peribadi untuk Haura pula? Untung lah Haura dapat pengawal peribadi serba boleh.

"Pandai ke you masak?".

"Tak la pandai sangat but I was a cook back in my days being a part of the navy long time ago". Ghibran tersenyum bangga.

"Navy? As in Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia? TLDM?".

Ghibran mengangguk.

"And long time ago?". Soal Haura lagi. Kali ini, dia menjadi lebih berminat untuk tahu tentang latar belakang lelaki bernama Zayd Ghibran ini.

"5 years ago".

"Umur you berapa sekarang?". Haura sesungguhnya sangsi dengan umur pengawal peribadinya ini.

"Saya berumur 32 tahun, tahun ni Cik Haura. Sama seperti Tuan Harris".

"So 5 years ago, when you were 27, you were in the navy. TLDM pula tu. Kenapa you berhenti dan buat keputusan untuk jaga perempuan gedik dan banyak songeh macam I ni?". Soal Haura lagi.

"Lain kali saya akan cerita, Cik Haura. Hubungan kita sebagai pengawal peribadi dan si tuan puteri yang harus dijaga masih panjang. Kalau masa dan takdir mengizinkan, saya akan ceritakan semuanya. Saya akan jawab semua soalan yang terbuku dekat fikiran Cik Haura sejak petang tadi itu". Balas Ghibran dengan tenang.

Zayd Ghibran

-pemuda berumur 32 tahun
-bekas anggota Tentera Laut Diraja Malaysia
-tidak dingin tetapi tenang
-patience level setinggi gunung Everest melainkan jika ada yang menganggu....
-benci lobak merah

Hello sayang-sayangku!
Second chapter is here!

Post-editing note:
Author dah tukar umur mereka berdua hehe
(kalau sayangku semua perasan la)...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro