16- What Is This All About?
"KENAPA you dukung juga I tadi?". Rasanya ni dah kali ke seratus ribu Haura bertanyakan soalan yang sama kepada Ghibran mulai daripada dia diletakkan ke dalam kereta tadi, sampai di klinik dan sekarang di restoran sebuah hotel yang ternama di ibu negara; SN Forever Hotel, tak henti-henti bibir munggil itu bertanyakan soalan yang sama.
"Awak dah siap makan?". Mahu mengelak daripada menjawab soalan Haura itu, seratus ribu kali juga lah Ghibran mereka alasan yang berlainan. Mahu kering otaknya nanti.
Dan kali ke seratus ribu juga lah Haura mengeluh apabila soalannya kekal tak terjawab. Harini, dia malas nak bergaduh. Kakinya sakit, tangannya juga sakit. Tiada tenaga lah dia nak bergaduh mulut dengan Ghibran hanya kerana soalan yang tidak penting itu.
Eh, iya ke tidak penting?
"Dah".
"Good".
"Malam ni, I nak tidur hotel. Tolong sewakan bilik untuk I. Tak kisah katil apa pun. Bayar guna kad kredit I". Arah Haura secara bersahaja. Dia malas nak balik rumah harini. Kalau dia balik nanti, mesti Harris soal siasat dia macam-macam. Tanya itu, tanya ini. Lepastu bergaduh. Jadi, untuk mengelakkan daripada mereka bergaduh, baik Haura tidur luar je malam ni.
"Already did". Terkejut Haura apabila mendengar suara Ghibran yang tak pernah tak tenang itu. Seolah-olah Ghibran ni manusia yang tiada masalah hidup. Lagi-lagi Haura dibuat terkejut oleh jejaka itu apabila key card sebuah bilik di hotel itu ditolak di atas meja makan itu ke arah Haura.
"Bila masa...?".
"Saya memang selalu juga tinggal dekat sini and the owner is a friend of mine. Ini kunci bilik saya, ambil lah. Awak boleh guna dulu bilik tu selama mana yang awak nak". Usai berkata begitu, Ghibran bangun daripada duduknya dan berdiri betul-betul di sebelah Haura. Tangan kanannya dihulurkan kepada gadis itu.
"Huh...?".
"Jom, saya hantar awak ke bilik".
Oh Ghibran nak hantar Haura ke bilik...
Okay...
EH--
JAPJAP, apedie?
"Ha?! Kenapa pulak? You nak kita kena tangkap basah ke apa? I tak nak kahwin lagi and most importantly, I tak nak kahwin dengan you". Makin gelabah Haura dibuatnya. Apa yang pelik sangat Ghibran harini, ni? Jantan ni demam ke?
"Saya yakin dan pasti kaki awak tu masih belum boleh berfungsi sepenuhnya. Nak jalan ke kaunter receptionist tu pun tak lepas agaknya". Ghibran nenyindir Haura di hujung ayatnya.
"Don't you dare underestimate me!". Haura yang sudah semestinya degil itu mencuba untuk bangun daripada duduknya dan berdiri tegak namun belum lagi sampai 3 saat, sudah dia terjatuh duduk balik di atas kerusi meja makan itu. Kakinya sekarang terasa berdenyut-denyut.
" Oww!".
Ghibran ketawa kecil sebelum menghulurkan tangannya buat kali kedua.
"Jom? Don't worry, I won't do anything to you".
"Boleh percaya ke ni?". Haura memincingkan matanya. Susah betul dia nak percayakan manusia bernama Ghibran semenjak dia berkelakuan pelik ini. Tapi takpe... Kita tengok nanti macam mana.
Ghibran menganggukkan kepalanya beberapa kali. Beberapa saat kemudian, Haura yang tampaknya sudah yakin dengan Ghibran itu menyambut tangan jejaka itu dan berdiri semula dibantu oleh tenaga si jejaka.
"Nak kena papah je ke atau nak dukung?". Ghibran ni karang, ada juga kena hempuk ni. Makin lama, makin suspicious. Makin gatal!
Pap!
Haura menampar kuat lengan lelaki itu.
"Apa you nak orang sebar dalam media sosial cakap puteri raja mengada ni kena dukung dekat tengah-tengah hotel ni?". Nak aje Haura cubit-cubit otot perut Ghibran tu. Susah sangat nak faham!
"Okay then. Papah it is". Sebelah tangan Haura lalu dipautkan ke belakang lehernya dan gadis itu kemudiannya dipapah menuju ke lif untuk naik ke tingkat 16. Tingkat di mana biliknya berada.
☕
"THERE you go...".
Berat juga Haura ni ya? Walaupun hanya dipapah, rasa nak tercabut juga bahu Ghibran dibuatnya. Apabila gadis itu selamat diletakkan ke atas sofa bilik hotel itu, baru lah Ghibran dapat menarik dan menghembuskan nafas lega. Fuh! Penat!
Dia kemudiannya mengambil tempat duduk di sebelah Haura sebelum--
"Aduh! Sakitnya awak cubit, Haura". Yup, Haura cubit juga akhirnya otot perut milik Ghibran itu.
"Tahu pun sakit! You buat apa lagi dekat sini? Keluar lah". Haura ni sebenarnya tengah risau. Dia takut kalau-kalau tiba-tiba ada Jabatan Agama Islam datang lepastu cekup mereka berdua yang boleh dikatakan tengah bersekedudukan ini.
Ghibran menghelas nafas beratnya dan buat pertama kali sepanjang Ghibran menjadi pengawal peribadi Haura, jejaka itu menayangkan wajahnya yang sedang kerisauan. Biasa tenang aje lelaki ini. Apa yang dah jadi?
"Saya ada benda nak bagitahu awak, Haura". Ghibran memulakan bicaranya.
"Ha? Bagitahu esok je tak boleh ke?". Makin lama, makin laju detak jantung Haura. Ya, dia juga curious nak mati sekarang ni. Tapi dia risau juga jikalau ada yang mengetuk nanti.
"Tak boleh. Makin lama saya simpan, saya takut... makin kuat amarah awak kepada saya lepas awak tahu semua ni".
"You merepek apeni, Ghibran? I tak faham la. Bagitahu esok jela erh? I mengantuk, nak tidur. You balik lah dulu. Nanti--".
Ding! Dong!
Ini dia, mimpi buruk Haura Dayana.
Loceng pintu bilik hotel yang ditekan itu menandakan ada yang sedang datang berkunjung. Kebarangkaliannya untuk menjadi pihak daripada Jabatan Agama Islam sangat lah tinggi kerana Haura yakin ada saja mata-mata yang melihat dirinya dipapah dan dibawa ke bilik oleh Ghibran tadi.
"Ghibran! I dah cakap dah! Macam mana ni? Macam mana ni?". Dalam pada Haura menggelabah tak tentu pasal itu, Ghibran yang sedang tertunduk mukanya itu memegang erat tangan kanan Haura.
Terhenti sekejap tingkah laku Haura yang tadinya kelihatan seperti tidak senang duduk itu.
" Apa... Apa yang you buat ni? Lepas lah, I nak menyorok". Dia cuba untuk melepaskan genggaman tangannya daripada Ghibran namun ianya terlalu ketat. Ghibran memegang tangan gadis itu seolah tidak mahu lepas sahaja. Dah kenapa dengan jantan ini?
Dan yang membuatkan Haura lebih panik lagi, tatkala loceng di pintu bilik itu semakin banyak kali ditekan, Ghibran bangun dan menarik tangan Haura untuk bangun sekali.
"Apa you ni?!". Marah lah gadis itu dibuatnya.
"Let's face the truth, Haura Dayana".
"What nonsense are you talking about right now?!". Gadis itu semakin kuat cuba untuk merentap tangannya daripada tangan Ghibran. Namun, semakin kuat juga Ghibran menggengam.
"Sebelum tu, abang minta maaf sebab rahsiakan semua ni daripada Haura". Dahi Haura dicium sekali sebelum gadis itu dipapah ke arah pintu bilik.
Terpaku Haura dibuatnya.
'Abang'?.
Haura yang seakan sudah pasrah dan masih terkejut dengan semua benda yang terjadi pada malam itu, mengikuti sahaja langkah Ghibran sehingga lah mereka akhirnya sampai betul-betul di depan pintu bilik itu.
Tangan Ghibran memulas tombol pintu dan ianya dibuka seluas mungkin. Memaparkan beberapa orang lelaki berkopiah dan berjubah. Ada yang berbaju melayu serta bersongkok.
Jabatan Agama Islam.
"Assalamualaikum, kami daripada Jabatan Agama Islam menerima aduan yang ada lelaki serta perempuan yang bukan mahram--".
Belum sempat lelaki tua berjanggut itu meneruskan katanya, Ghibran bersuara terlebih dahulu.
"Saya tak tahu siapa yang melaporkan tentang situasi ini kepada tuan-tuan semua tapi saya yakin yang itu ialah fitnah semata-mata".
Tangan Ghibran menyeluk poket seluarnya sendiri sebelum sebuah buku merah kecil dikeluarkan daripada poket itu lalu dipegang olehnya. Tangan Haura semakin kuat digenggam. Kepalanya Ghibran masih tertunduk.
"We are married...".
☕
Haaa suspen tak? HEHEHEHEHE...
Semoga sayang-sayangku semua enjoy dengan chapter yang kali ini dan selamat berteka-teki!
(p/s: patut tak saya republish HAIDAR ZAHEERA yang masih under construction tu?)
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro