Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

satu

🌹1🌹




Pintu kereta ditutup sebelum dikunci. Dengan senyuman yang tersisa dia melangkah masuk ke rumah teres dua tingkat itu.

Masuk sahaja didalam, mata nya sudah disapa dengan sebuah beg yakni miliknya sedang terletak elok dihadapan pintu rumah.

Dengan wajah bingung dia memandang setiap ahli keluarganya dengan keliru.

" Ibu, ada orang nak pindah rumah ke?" Soal wanita itu sekadar gurauan.

Namun tiga manusia itu memandang dia bagaikan pesalah.

Bingung jadinya.

" yang pindah keluar dari rumah ni, kau ! Tu beg baju kau, ambil dan berambus dari rumah ni!" Puteri Adya selaku kakak tiri wanita itu bersuara.

" Tapi kenapa? Saya tak faham." Alisya mengerut kehairanan . Dah kenapa dia harus keluar dari rumah keluarga nya sendiri?

Puan kamelia mendengus kasar. Wajah anak tiri nya dipandang dengan riak benci. Sangat benci , apatah lagi mirip wajah bekas madu nya yang sudah mati!

Lagi² suami dia asyik lebih kan isteri tua, sedangkan seharusnya dia yang mendapat lebih layanan, bukan Aisyah si bini tua .

Mujur sahaja wanita tua itu sudah mati, rasa aman hidup nya. Tidak perlu berkongsi suami.

Ah marah benar dia !

" Mak kau dah mati. Kau pun bawak² la sedar diri sikit. Rumah ni milik aku sepenuh nya. Kau bukan siapa² dalam keluarga ni lagi. " Kata puan kamelia dengan sombong.

" Selama ni hidup kami baik, tapi bila kau diambil semula masuk dalam keluarga ni, semua makan pakai minum kau aku sediakan. Tak malu ke ? Elok la mak kau mati, kurang sikit aku nak tanggung manusia dalam rumah ni !!"

Alisya terkaku. Benar mak kandung nya sudah meninggal baru beberapa hari sahaja selepas kemalangan bersama bapa nya.

Tapi bukan sebegini pengakhiran jalan cerita keluarga dia. Dia baru hendak merasa punya keluarga yang lengkap, tapi siapa diri nya untuk menidakkan kerja tuhan?

Semasa kemalangan jalan raya puan Aisyah tercampak keluar dari kenderaan yang dipandu oleh encik Abdullah, tetapi bapanya pula sekarang dalam keadaan koma dan masih belum sedarkan diri.

Encik Abdullah telah berkahwin dua selepas tiga tahun encik Abdullah berkahwin dengan maknya, puan Aisyah.

Awal perkahwinan semua nya biasa dan indah, sehinggalah puan Aisyah disahkan tidak boleh mengandung dan puan Aisyah mencadangkan agar suaminya berkahwin untuk mendapatkan zuriat.

Lalu encik Abdullah pun berkahwin dengan puan kamelia, tetapi lain pula selepas encik Abdullah berkahwin dengan puan kamelia , bagaikan ada keajaiban puan Aisyah pula disahkan mengandung.

Namun lain pula bila puan aisyah melahirkan Alisya, bayi kecil itu diculik oleh seseorang dan ditinggal kan disebuah masjid, yang kemudiannya dia dijaga oleh keluarga thaqeef, daddy angkat Alisya.

Macam mana kena culik? Dan siapa penculik nya itu sampai sekarang masih menjadi tanda tanya.

Bagaikan lesap sahaja kisah ini.

Selepas Alisya berumur 25 tahun, encik Abdullah menuntut hak nya iaitu satu² nya anak gadis dia dan isterinya daripada keluarga angkat alisya.

Masing² bersetuju dan dengan syarat alisya dibolehkan pulang ke keluarga angkatnya jika terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku.

Seperti sekarang ini.

Dan Alisya membuat keputusan untuk menetap bersama keluarga asal nya kerana dia tidak mahu membebankan keluarga angkatnya lagi, thaqeef dan arissa.

Walaupun dia dilayan baik, namun alisya masih berasa dia tidak layak untuk bersama keluarga itu kerana daddy dan mummy nya sekarang sudah mempunyai tiga orang anak.

Kembar lelaki dan seorang adik lelaki.

Jadi dia membuat keputusan untuk bersama dengan keluarga kandungnya semula.

Itu lebih baik bukan ?

Tetapi dua tahun kemudian encik Abdullah membawa ibu tiri nya duduk sebumbung dengan mereka. puan Aisyah dan alisya tidak membantah, mereka terima seadanya keluarga baru itu.

Awal nya ibu tirinya itu melayan mereka sangat baik, namun sejak kebelakangan ini maknya dijadikan bagai orang gaji bila encik Abdullah keluar bekerja.

Alisya pula bekerja dikedai bunga milik mummy nya. Walaupun kedai tersebut sudah menjadi miliknya sepenuhnya, tetapi dia masih menganggap bahawa dia pekerja mummy nya.

" Abah tu masih hidup. Kenapa ibu layan saya macam ni. Saya ada hak ke atas rumah ni. Ini rumah abah !" Bantah alisya dengan tegas. Mata nya menahan tangis.

Satu persatu ujian mula mendatang. Sudah kehilangan ibunya, ditambah abah pula sedang bertarung nyawa. Sekarang dihalau pula oleh mak tiri.

Macam cerita fantasi pula.

Cinderella !

Puan kamelia tersenyum sinis. Isyarat mata diberi pada anak gadis nya yang berusia 20 an itu. Kisah pula dengan kata² wanita itu. Sedikit pun tidak merasa tergugat.

Puteri Ayda dan puteri Adyla merupakan kembar , sebagai mana jahat nya ibu mereka , begitu lah perangai anak² nya .

Beg roda milik alisya disepak keluar oleh puteri ayda selaku sang kakak , manakala Tangan Alisya ditarik oleh puteri Adyla dengan kasar dan dihumban keluar tubuh itu.

" Kau berambus. Jangan jejak kaki kat rumah kitaorang lagi. Lantak la mana kau nak duduk lepas ni, kau dengan mak kau sama je. Dua² menyusahkan hidup mak aku!" Jerit puteri ayda puas.

Alisya mengesat airmata nya. Tergamak ibu tirinya menghalau dia. Sedangkan rumah ini milik kedua ibubapanya!

Kejam !

" Tentang abah kau, pandai-pandai la aku nak jaga. Aku bagi amaran ya, Jangan sesekali kau jenguk abah kau disana. kalau aku tahu kau jumpa abah kau, kedai bunga kau tu nanti aku bakar !!" Ugut puan kamelia.

Berharap agar wanita itu tahu apa yang dia katakan , akan ia lakukan juga !

Alisya menangis. Sedih yang teramat, baru saja kehilangan mak sudah dihalau pula oleh ibu tirinya yang jahat.

Tidak sangka akan jadi begini. Orang yang dia harap untuk menumpang kasih sayang , memperlakukan dia begitu. Berbeza sekali layanan dengan keluarga angkatnya.

Sangat berbeza!

Kemana dia mahu pergi? Nafas berat dilepaskan. Dipandang beg yang dilempar sebentar tadi.

Nasihat arwah ibunya, jangan melawan, bangun kalau jatuh. Semuanya akan baik² sahaja.

Itu sebab dia hanya akur walaupun rumah itu hak keluarga dia, sedangkan ibu tirinya sekadar menumpang!

Tidak mahu menunggu lama dengan berat hati beg roda ditarik ke arah kereta dan Dia bersandar dikereta Axia pemberian daddy nya.

Mujur saja harta yang satu ini tidak disita oleh keluarga tiri nya. Kalau ini juga disita oleh keluarga tirinya ada juga yang akan makan penampar.

Tanpa sedar Airmata jatuh berderai lagi. Sungguh berat dugaan yang dia terima hari ini. Akhirnya tangisan alisya menjadi peneman malam itu.

"Ibu ... Mummy .. iskk .iskk "

🤍🖤

Dari jauh jejaka itu melihat segalanya. Hendak membantu tetapi hati menahan. Dia ingin melihat dengan jelas tentang 'kebahagiaan' yang wanita itu ceritakan pada keluarga nya.

Punya ibu tiri yang bagus dan baik, melayan dia dengan sempurna kononya. Mengapa sanggup berbohong ? Apa yang wanita itu dapat?

" Ini yang kau cakap bahagia? Macam sampah diorang layan kau, tapi kau masih menangis tak melawan?"

Lantas nomber telefon seseorang didail dan dia memberitahu sesuatu pada pemanggil di talian sebelum dia melihat wanita itu bercakap ditelefon dengan suara yang dikawal.

Seolah tiada apa yang berlaku.

..

Alisya melepaskan lelah. Dia baru mendapat panggilan dari mummy nya yang tiba-tiba menyuruh dia pulang ke rumah keluarga itu.

Kata mummy, dia rindukan anak nya yang tidak dia jumpa beberapa hari yang lalu. Macam pelik tapi tak apa la. Buat sementara dia duduk disana, nanti dia sendiri akan cari rumah sewa.

Lantas kereta dihidupkan, sempat dia menoleh ke arah rumah teres dua tingkat itu sebelum memecut kereta nya menuju ke rumah mummy arissa.










Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro