
dua
🌻2🌻
" Assalamualaikum"
Alisya melangkah masuk ke dalam rumah. Ketibaan nya disambut oleh mummy arissa dan adik lelaki nya, Emir Hadif.
"Waalaikumussalam, masuk la icha. Mummy tengah siapkan makan malam. Kita makan sama² ya ?Icha tak makan lagi kan?"
Soal arissa dengan prihatin. Bukan dia tidak nampak mata sembab milik anak dara nya itu, tetapi sengaja buat tidak tahu.
Tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan dia berasa kasihan yang amat pada anak nya itu.
Segala yang diceritakan anak lelaki dia sebentar tadi membuatkan dia ingin menyerang ibu tiri alisya. Berani betul melayan alisya seperti itu!
Sudah la menumpang, sukahati saja menghalau alisya keluar dari rumah tersebut!
" Ya mummy , icha baru balik kerja tadi ada hal sikit dekat kedai " bohong icha dengan wajah sembab. Hidung saja merah².
Arissa sekadar mengangguk sahaja dan dia berlalu masuk ke dapur semula untuk menyambung siapkan makan malam buat mereka sekeluarga.
" Kak icha sihat ke?" Soal Emir yang sedang menonton televisyen.
Walaupun alisya bukan kakak kandung nya, tetapi dia tetap hormat wanita itu.
Dan mereka agak rapat sejak kecil, kerana alisya lah teman yang akan bermain dengan dia.
Bukan macam abang kembar nya itu, selalu buli dia. Mentang-mentang la dia yang paling bongsu, semua arahan mereka dia kena ikut.
Bukan kena, tapi DIHARUSKAN !
Nasib ada kakak alisya kesayangan dia ! Selalu manjakan dia dan sayangkan dia sepenuh hati.
" Sihat alhamdulillah. Emir macam mana dengan belajar? Okey ke?" Soal alisya sambil mendekati Emir yang menonton televisyen.
" Okey, cuma rimas dengan perempuan kat kolej tu. Macam tak ada lelaki lain dorang nak kejar² " rungut Emir dengan wajah menyampah.
Itu lah benda yang selalu diluh oleh Emir kalau berjumpa dengan nya.
Emir hadif yang sudah berumur 19 tahun sangat popular dikolej beliau belajar dan selalu menjadi buruan gadis² disitu.
Dengan wajah kacak ala kacukan nya itu lagi membuatkan dia dikenali serata tempat.
Biasa lah orang ada rupa kan . Siapa je yang tak nak ? Hehehe
Walhal mereka adik beradik adalah orang melayu tulen, cuma ketika mummy mengandungkan mereka, dia selalu menonton drama korea dan Cina.
Itu macam muka mereka bertiga iras² ke arah sana .. walaupun kembar tak seiras tetap wajah tetap kacak.
Dan paling kacak dalam mereka tiga beradik, abang sulung nya iaitu Zar Faaeq.
Memiliki rambut perang dan warna mata yang Hazel. Mampu mencairkan mata² wanita yang memandang.
Manakala abang kembar kepada Faaeq iaitu Fareeq pula memiliki rambut hitam lebat dan warna mata coklat seperti Faaeq.
" Biasa la, Emir kan hensem itu dorang kejar. "
" Hensem lagi abang Faaeq Kan akak?"
Alisya kematian kata. Sebut saja nama lelaki itu jantung nya berdetak laju.
Lelaki yang dingin. Hanya dingin dengan alisya sahaja.
Sedangkan dengan ahli keluarga lain elok sahaja lelaki itu bersenda gurau.
Mungkin kerana dia hanya anak angkat keluarga ini, jadi lelaki itu tidak mahu menganggap dia sebagai ahli keluarga mereka.
Tak mengapa la. Biar dia begini, sekurang-kurangnya dia sedar di mana dia berpijak sekarang.
" Icha?"
" Ha ? Ya mummy. Kenapa?"
" Jauh benar berangan. Dah sampai mana?" Usik mummy dengan senyuman.
Wanita ini lah yang menjadi bukti kebahagiaan daddy nya. Kalau bukan kerana alisya, belum tentu daddy nya akan bertemu dengan mummy di taska dahulu.
Tetapi tetap saja dia dilayan sebagai anak sendiri, bukan orang luar. Kasih sayang wanita terlalu banyak dan cukup untuk dirinya.
Tanpa sedar alisya tersenyum bahagia. Masih ada yang peduli tentang hidupnya.
Melihat perubahan mummy yang dulu nya size xxl kini ramping seperti anak dara walaupun sudah berumur 50-an.
" Eh tak ada la mummy. Tengah sembang² dengan emir tadi. " Jawab alisya sekadar menutup rasa segan diusik oleh Emir.
" Eleh ye² la tu sembang. Akak icha tu menungkan apa entah sampai emir panggil tak dengar. Berangan kan abang Faaeq la tu !" Sempat lagi Emir mengusik kakak angkat nya itu.
Bukan dia tidak tahu yang kakak nya itu suka mencuri pandang abang Faaeq dia bila berpeluang.
Tapi tidak abang nya, melayan dingin kakak icha.
Seolah olah tidak suka akan kehadiran wanita itu.
" Mana ada ! Pandai je kan. Mummy masak apa malam ni? Tiba² icha lapar " tangan mummy dipeluk sebelum menjelir kan lidah pada Emir.
Emir ketawa mengejek, puas dapat mengusik.
Sampai didapur, alisya telan liur. Banyak benar hidangan atas meja. Buat kenduri ke apa ni?
" Banyak nya mummy. Mummy masak semua ni ke?"
Ada ikan goreng, tomyam seafood, sayur kangkung, ulam², sambal belacan, dan sedikit buah-buahan sebagai pencuci mulut.
" Banyak la sebab hari ni semua anak² mummy akan makan malam disini. "
Anak² mummy tu ,Maksud nya Faaeq pun ada lah?!
Rasanya sempat ni kalau alisya minta diri untuk pulang. Kalau boleh tidak mahu dia bertemu dengan adik lelaki angkat nya itu.
" Mummy, icha-"
"Assalamualaikum sayang" kedengaran suara daddy nya memberi salam , alisya sudah tidak tenang.
Sebolehnya dia mahu mengelak dari bertemu mata dengan Faaeq.
arissa tersenyum sebelum menjemput suami nya didepan. Untung daddy dilayan bagaikan raja.
Tapi Alisya didapur sudah mengelabah. Jelas kedengaran suara Fareeq yang sedang mengusik emir sebelum di tegur oleh Faaeq sedang menghampiri ruang dapur.
Kemudian Emir ketawa suka apabila di bantu oleh sang abang yang jarang² nak tolong dia bila kena buli dengan Fareeq.
Manakala alisya sedang memikirkan idea . Macam mana dia nak lari menyorok ni? Tiba² mata nya terhenti pada pintu dapur.
Tersenyum lebar alisya apabila telah melihat pintu itu satu² nya jalan selamat untuk dia saat ini.
akan tetapi belum sempat hendak keluar ikut pintu belakang, dia sudah disapa oleh thaqeef.
" Amboi anak dara daddy, nak ke mana tu?" Soal thaqeef bila dia melihat alisya baru hendak keluar ke pintu belakang.
Alamak , plan tak jadi pulekk !!
Perlahan lahan alisya menoleh. Kini lima pasang mata sedang melihat nya. Tersenyum kambing dia sebentar. Aduhh malu weh !
" Err... nak ambik angin kejap tadi. Daddy sihat?"
Dibawa juga kaki melangkah ke arah daddy. Huluran tangan disambut thaqeef, wanita berumur 28 tahun itu tunduk menyalam penuh hormat.
Sungguh dia hormatkan lelaki itu, sudah dianggap seperti bapa sendiri walaupun statusnya hanya lah anak angkat.
" Sihat alhamdulillah, meh duduk kita makan sekali. Banyak betul mummy masak malam ni yee. " Ajak thaqeef dan semua yang ada disitu menuju ke meja makan termasuk lah dirinya.
Dan dalam terpaksa dia mengikut langkah dan duduk dimeja makan bersama-sama.
Kini dia duduk berhadapan dengan Faaeq .
Jejaka itu sedikit pun dia tidak pandang. Semua gara² Emir yang konon² nya nak ubah tempat.
Tiberrrrr sangat !
Malu ! Dan segan .
Dua perasaan bercampur aduk.
" Faaeq, baca doa makan." Arahan dari thaqeef diturut Faaeq sebagai anak lelaki sulung keluarga itu.
Usai membaca doa, mereka makan dengan tertib. Sesekali terdengar usikan emir pada mummy dan daddy.
" Eleh, daddy dulu yang mengorat mummy. Tapi mummy jual mahal. "
"Bukan jual mahal, tapi masa tu mummy merajuk dia ingat daddy ada perempuan lain. "
Ujar daddy tak nak kalah. Alisya sekadar tersenyum sahaja. Nasi yang ditelan terasa agak pahit. Entah kenapa dia teringatkan arwah mak dan bapanya
Andai saja keluarga nya lengkap pasti akan bahagia seperti keluarga daddy dan mummy.
Tapi apalah nasibnya, mak nya sudah meninggal. Abah pula sedang koma dan dia juga sudah dihalau keluar dari rumah.
Sedih.
Setitik airmata jatuh ke dalam pinggan. Meja makan yang tadi nya meriah kini sunyi sepi.
Tanpa sedar lima pasang mata itu memandang ke arah alisya yang sedang mengesat airmata.
Arissa menyentuh tangan alisya. Cuba memberi kekuatan pada anak yang dia jaga dari kecil.
Alisya yang dia jaga dari umur tiga tahun sehingga la kini memasuki usia 28 tahun, memang patuh akan arahan thaqeef dan arissa.
Segala masalah dikongsi bersama, namun selepas Alisya kembali bersama keluarga kandungnya Alisya sudah mula mendiamkan diri.
Selalu mengasingkan diri dari mereka , ada masa akan datang ke rumah tetapi hanya sebentar cuma, masa wanita itu dihabiskan di kedai bunga.
Tiada lagi luahan masalah pada arissa ataupun thaqeef.
" Kenapa Icha?" Soal arissa pada Alisya yang masih mengesat airmata.
" Icha rindu arwah ibu " Jawab Alisya dalam payah. Walaupun hanya seketika bersama mak nya, dia tetap rasa bersyukur.
Sekurang nya dia tahu dia mempunyai ibu kandung sendiri dan sempat merasa kasih sayang ibunya, Alhamdulillah.
" Nanti kita pergi kubur ibu ya? Malam ni tidur sini. Tak payahlah balik rumah sana, sini tempat Icha juga." ujar arissa sambil mengesat airmata puteri pertama nya itu .
" Maaf susahkan mummy dan daddy." Serak² sahaja suara alisya membalas.
" Icha bukan orang luar, Icha tetap anak daddy dan mummy. Ingat tu, kami tak pernah anggap Icha sebagai orang luar"
Ujar thaqeef sedikit tegas. Sambil mata mengerling ke arah anak sulung nya, Zar Faaeq yang sedang mengunyah makanan dengan selamba.
Macam tak ada apa-apa pula budak ni.
Bukan dia tidak tahu layanan Faaeq kepada Alisya. Dengan orang lain elok saja bercakap tetapi dengan Alisya ada saja benda yang tidak kena.
" Terima kasih daddy mummy. Icha minta diri dulu ya ?" Ujar Alisya sambil tersenyum pahit.
Pinggan nasi yang masih berisi dibawa ke sinki. Tangan dibasuh sebelum Alisya meminta diri masuk ke bilik.
Hilang selera makannya. Fikiran nya terus akan arwah ibu dan abah nya di hospital.
Semoga abah nya cepat sedar, dia ingin sekali memeluk tubuh tua itu dan meluahkan segalanya.
Tidak mahu terus mengingati, Alisya bangun membersihkan diri.
Usai membersihkan diri dia menyarung baju tidur bercorak kan gambar kumamon pemberian dari mummy nya semasa hari jadi dia yang ke 20.
Sudah lapan tahun dan baju itu masih elok ditubuh nya.
Baru saja hendak baring ,pintu bilik diketuk seseorang. Jam dinding dilihat, sudah pukul 12.30 malam. Siapa la yang berani datang ke teratak bilik nya ?
Ewahh ichaa, tiberhhhh!
Dengan malas dia menuju ke pintu , dibuka saja sudah terserlah susuk tubuh Faaeq dengan wajah beku dimuka pintu.
"Err Faaeq, kenapa?" Soal Alisya sedikit hairan.
Jarang la mamat ni nak ketuk pintu biliknya. Selalu yang rajin sangat ketuk pintu bilik dia ni hanya Fareeq dan Emir.
Lepas ketuk tu terus ajak teman buat assignment. Entah apa² je perangai akil.
Kalau Fareeq jejaka itu akan suruh dia buat kopi hitam. Hanya Alisya sahaja yang pandai buat kopi hitam.
" Turun " ujar Faaeq sebelum turun ke bawah dengan membawa wajah bekunya.
Sombong² nak ke mana hah?
Alisya menjulingkan mata ke atas. Geram dengan Faaeq yang sangat beku dengan nya. Sepatah je dia cakap.
Baik takyah cakap, tulis mesej je senang. Takda la nak sakit hati sangat.
Namun dituruti jua arahan Faaeq sehingga ke dapur dia lihat lampu menyala jadi dia anggap Faaeq berada disitu.
Benar, jejaka itu sedang berdiri sambil berpeluk tubuh menantikan dirinya. Diatas meja makan ada sebiji burger McD dan kentang goreng yang dihidang dalam pinggan bersama air berperisa Milo.
" Duduk . Makan. " Arah Faaeq pada Alisya. Wanita sekadar mengeluh perlahan.
Perlu ke ?
" Tak nak. kenyang. " Alisya ingin melangkah pergi namun tangkas Faaeq menghalang jalan nya.
Mata Faaeq memandang tajam wajah alisya, dan wanita itu laju menepis tangan yang dipegang oleh Faaeq.
" Makan. Nanti sakit susahkan orang. "
" Tahu lah Icha nak jaga diri Icha. " Bidas alisya dengan geram.
Aku ni memang suka susahkan hidup orang ke ??
" Sembang. Kau lupa ke kau ada gastrik? Nak bawa perangai sombong kau ke mana? Aku suruh makan kan? Makan je lah!"
Alisya terkejut ditengking oleh Faaeq. Seumur hidup tidak pernah dia ditengking begitu oleh sesiapa pun. Airmata nya bertakung semula.
Letih laa begini, asyik menangis sahaja. Letih jadi perempuan, mudah benar terasa hati.
Faaeq mengeluh perlahan. Salah nya kerana menengking wanita itu, kesudahan nya dia menyaksikan airmata wanita itu tumpah sedikit semi sedikit , jangan banjir sudah lah !
Terus tangan Alisya ditarik dan tubuh itu dibawa ke dalam pelukan. Digosok-gosok perlahan belakang wanita itu sebelum tubuhnya ditolak kuat oleh Alisya.
Alisya berlari masuk ke bilik. Tidak dihiraukan Faaeq dengan riak bersalah nya. Rambut yang tadinya kemas diserabutkan geram.
" Wuishh drama pukul berapa ni ?" Ujar Fareeq disebalik pintu dapur.
Dia sudah berada lama disitu sempat juga menyaksikan aksi kembarnya cuba memujuk kakak angkat mereka.
Bukan main ehh kau Faaeq .Ingatkan takda hati dekat perempuan. Tiberhhhh berpeluk dan berdrama didapur.
Ingat drama tibitiga ka?
" Sibuk lah kau" dengus Faaeq berang.
Tisu diambil untuk mengelap peluh. Dahh berpeluh pulak jantan ni ...
Macam mana boleh kantoi ni?
" Kau dari mana?" Soal Faaeq cuba mengalih topik.
" Aku ambik angin tadi. Lepas tu sempat la tengok drama kau dengan kak Icha"
Tisu yang dilap wajah tadi digumpal sebelum membaling pada Fareeq , tepat mengenai sasaran.
" Woii apa kau ni? Masuk tidur la, kau tak kerja ke esok?"
Faaeq keluar dari dapur, bilik tidur dituju dan di ikuti oleh kembarnya Fareeq dengan wajah tidak puas hati.
" Kau sebenarnya suka dekat kak Icha kan?" Soal Fareeq dengan kening terangkat. Sifat ingin tahu dia terlalu menggunung.
" Kau pergi masuk bilik sebelum aku kunci kau dalam bilik air. Nak?"
Fareeq menggeleng laju. Lemah dia bila diugut nak kurung dalam bilik air. Itu trauma dia semasa kecil.
Ah tak payah nak trowback. Buat malu je.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro