4
Suasana dalam wad Vvip yang menempatkan alisya disitu sangat dingin.
Arissa menangis bagaikan nak runtuh hospital, tetapi dipujuk dengan jayanya oleh sang suami.
Emir masih lagi diam, dia tahu dalam hal ini dia yang bersalah walaupun Thaqeef dan Arissa tidak menyalahkan dirinya 100% tetapi tetap saja masih salahnya.
"Dokter cakap apa daddy?" Soal Fareeq yang terlewat sampai di hospital.
Dia menguruskan sesuatu ditempat kerja tadi.
" Icha terkejut lagi tu, macam dokter cakap lepas ni dia mungkin akan trauma dengan sentuhan seseorang. " jelas thaqeef yang satu² nya mempunyai suara saat itu selain arissa.
"Sayang jangan menangis, malu la tua² menangis macam budak kecik tak dapat coklat-aduhhh yang !!"
Dalam menghemburkan tangisan, dia ingat tangan isterinya tak mampu berfungsi ke?
Hello, ini arissa okeh!
" Abang ingat saya budak² ke?" Bebel arissa bersama tangisan.
Orang sedih mengenangkan anak, dia boleh kata macam tu.
" Sayang bukan budak² tapi sayang mummy segala budak.. hehehe " pujuk thaqeef, dipeluk arissa lama.
Manakala Fareeq sudah berbulu dengan aksi itu. Tang mana² pun boleh aihh depa dua orang tu !
" Malam ni Emir jaga icha ya? Esok siang mummy bawak makanan , ganti dengan mummy ya?" Arissa memberi cadangan.
Laju saja mendapat anggukan dari Emir.
Inilah masa dia untuk menebus kesalahannya siang tadi.
"Bol-"
" biar Faaeq jaga icha malam ni. " Faaeq bersuara setelah agak lama dia sekadar menjadi pemerhati dalam bilik itu.
Matanya sesekali melirik ke arah alisya yang masih belum menyedarkan diri. Emir yang terbantut untuk menjawab tadi hanya akur.
Takut benar dia hendak membantah, nanti mau naik penumbuk along nya. Hilang wajah kacak dia nanti.
Oh nononono !! Ni aset yang dia ada. Harus dijaga dengan baik.
Kedua pipi nya ditepuk bangga. Ya harus dijaga aset ini.
" Tak payah la. Baju pun tak tukar lagi . Biar emir saja la yang jaga malam ni. "
" Ada baju dalam kereta, kejap lagi Faaeq tukar. Mummy daddy balik rehat dulu, pasal icha kalau dia dah sedar Faaeq call daddy"
Kata putus dari Faaeq tidak mampu dibantah oleh sesiapa termasuklah daddy. Kalau itu keluar dari mulutnya maka itulah yang dia mahu.
Anak daddy , biasa lahhh 😎
sepp sikit 🤚
" Kalau macam tu kami balik dulu. Ingat, kalau ada apa² call daddy terus. Faham?"
Faaeq hanya mengangguk sambil menyalam tangan kedua ibu bapanya.
Fareeq dan Emir juga ber ura ura mahu keluar bilik.
Langkah emir terhenti dihadapan abang kembar nya.
Matanya melihat ke arah alisya yang tidur lena sebelum menatap takut Faaeq.
" Kita minta maaf along. Kita betul² rasa bersalah dengan kak icha. " Menunduk Emir memohon maaf pada Faaeq.
Faaeq memejamkan mata nya seketika sebelum menepuk bahu emir dengan segaris senyuman.
Kau faham tak muka serius tetapi masih mampu tersenyum segaris? Haa bayangkanlah macam mana muka aakif masa tu.
" Sokey, aku minta maaf sebab marahkan kau tadi. Pergi balik dan renungkan perangai tigasuku kau tu. "
Emir mencebir bibir tanda tidak puas hati dengan kata² Faaeq.
Nasib baik abang dia, kalau lahh mummy lahirkan dia dahulu mesti dia ada kuasa untuk tundukkan abang nya yang dingin ini.
Contoh macam ni ,
" Kau ke aku yang tigasuku? Kau balik sekarang!"
Ceyy sempat lagi berangan ye Emir Hadif !!
Tapi tulah, kalauu lahh .. cerita dia kalau !
Fareeq menepuk bahu Emir sebelum ketawa dengan kata² Faaeq. Nasib kau lah dapat abang sebegini.
" Aku gerak dulu, kalau ada apa2 hal bagitau okey? Icha , cepat sedar weh..ada orang dah rindu kau !" Berlari keluar Fareeq selepas menuturkan kata² itu.
Lagi² bila dia nampak Faaeq dah mula nak naik kaki nak tendang dia.
Faaeq kembali menoleh ke arah alisya yang masih belum sedarkan diri. Lama juga pengsan.
Betul² terkejut ni.
Faaeq membuat keputusan untuk keluar menukar baju nya.
Sempat pesanan ditinggal pada jururawat disitu untuk segera menelefon dia jika alisya sudah sedar.
" Cepat sedar sayang "
...
Aku membuka mata perlahan-lahan sebelum melihat sekeliling. Pelik.
Bilik siapa ni? Apasal putih je, lain macam.
Aku cuba untuk bangun secara duduk sebelum aku lihat seseorang sedang tidur di atas tikar sembahyang.
Aku cuba melihat dengan jelas siapakah jejaka itu sebelum aku menutup mulut rapat.
Tidak mahu membuat sebarang bunyi. Kemudian aku lihat sekeliling, di hospital mungkin? Dengan tangan kanan dicucuk jarum untuk masukkan air.
Sah² la hospital alisya oii !!
Aku turunkan kaki perlahan-lahan, kalau boleh tidak mahu buat sebarang bunyi. Aku tidak mahu menganggu tidur Faaeq yang nampak nyeyak itu.
Mesti dia penat kan teman aku? Tah² kena paksa dengan mummy sebab , sebab apa eh?
Eh entah la !
Yang mummy pun satu kenapa paksa lelaki itu teman dia? Hmmmm
Aku dengan Perlahan lahan heret botol air yang bersambung dengan tangan aku dibawa ke dalam tandas.
Nak buang hajat, tak boleh tahan lama² nanti terseksa !
Pintu di tutup perlahan sebelum dia melepaskan hajat yang tertangguh!
Faaeq yang tersedar dari lena membetulkan urat-urat yang sedia ada. Pandangan nya jatuh ke katil alisya yang kosong sebelum dia menguap.
Laju dia menoleh kembali ke arah katil Alisya.
Eh kosong?
Kelam kabut dia bangun sebelum mengatur langkah keluar dari wad tersebut .
Jururawat yang berada di kaunter di soal mengenai keberadaan alisya.
" Tak ada encik, mungkin pesakit dalam bilik air ?" Ujar jururawat yang bernama Aisyah.
Faaeq mengangguk sebelum kembali semula ke bilik alisya. Mata dihala ke arah pintu bilik air.
Kedengaran bunyi sesuatu dari dalam bilik air. Dia menunggu disitu dengan sabar.
Manakala Alisya sedang bergaduh dengan diri sendiri 😌
"Aduh ! Auchh .. " aku mengetap bibir.
Jarum yang tercucuk ditangan tersangkut pada tombol pintu. Nafas dihembus geram, sakit pun dapat !
" Kau ni pintu dah kenapa?? Tak nampak aku ke? Sakit nyaaa " bebel aku tanpa sedar.
Lahh boleh pula waktu-waktu begini nak berdrama depan pintu.
Aku lihat tangan yang terkena pintu, ada darah yang sudah bercampur dalam tiub itu dengan air.
Setelah dibetulkan aku membuka pintu dengan perlahan, masih lagi berjaga jaga untuk tidak mahu kejutkan Faaeq dari lena.
Buka sahaja pintu aku beristighfar panjang. Wajah Faaeq yang masih mengantuk menghiasi mata aku.
Terkebil-kebil aku memandang Faaeq sebelum dia membantu aku ke katil.
Tangan aku di paut sebelum aku menepis perlahan.
Faaeq hanya menjeling sebelum kembali membantu aku.
Peduli apa dia dengan tepisan dari Alisya.
Masih belum terbiasa dengan sentuhan ataupun trauma? Entah lah. Tapi rasa macam sesuatu sangat.
Disangkutnya botol air ke besi apa benda entah sebelum membetulkan bantal untuk aku beradu. Aku masih diam tanpa kata.
Teringat kejadian yang menimpa diriku tadi petang. Salah aku kerana lalai tidak mengunci pintu kereta dengan baik semasa Emir turun.
Tapi aku bersyukur kerana diselamatkan oleh hero² aku ini.
" Terima kasih Faaeq " ucap aku seikhlas hati.
Aku kuatkan hati untuk pandang Faaeq yang masih diam membisu.
Mata nya tajam menikam aku, tetapi tidak lah dengan pandangan yang dingin.
" Kenapa kau tak lock pintu?" Soalan dia pada aku bagaikan mahu aku tercekik sahaja.
Itu yang dia tanya? Cakap la sama-sama. Ini tak..
" Err terlupa " takut² aku menjawab. Memang salah aku pun.
" Benda macam tu jangan buat main la Alisya! Bahaya tahu tak?"
Aku telan liur dengan payah. Suara dia tak la kuat tapi garang dan tegas terselit sekali dalam tu.
Buatkan aku hilang untuk berkata-kata.
Aku hanya menunduk sambil jari kalut mencubit segala kain yang ada, semua aku bedal.
Nak jawab apa ni?
" Boleh tak jadi kuat? Jangan lalai dengan benda² macam tu. Bahaya !"
Melihat aku hanya diam Faaeq menghembuskan nafas yang aku rasa agak berat? Mesti dia terpaksa untuk jaga aku disini.
" Maaf sebab menyusahkan Faaeq. Awak balik la rumah , kejap lagi akak call kawan minta datang sini teman "
Dia melihat aku tajam. Tangan disilang ke dada dengan wajah serabut.
" Kau halau aku balik waktu macam ni?" Sempat matanya melirik ke arah jam yang terletak elok di dinding.
Pukul 2 pagi .
Aku mengetap bibir, erk salah waktu pula nak halau.
" Tidur la, tak payah nak call siapa² suruh datang. " Dia berlalu pergi ke arah sofa dan melabuhkan duduk disitu.
Aku hanya mengalah. Selimut ditarik sebelum merebahkan badan. Masih rasa sengal² tapi tak apa nanti kurang la.
Aku pejam mata tapi suara Faaeq memberi pesan buatkan aku rasa bagai dikongkong !
" Nak ke mana kejutkan aku, jangan keluar sorang². Bahaya !"
...
Aku terjaga apabila seseorang menyentuh pergelangan tangan aku. Aku yang agak trauma menjerit kerana takut.
Faaeq yang nyenyak tidur terus terjaga dek jeritan aku sebelum dia menghampiri aku. Aku buka mata apabila Faaeq memanggil nama aku berkali kali.
" Alisya ! "
" Saya takut !" Ujar aku kalut sebelum melihat seorang jururawat yang kelihatan terkejut dengan reaksi aku.
" Maaf cik, saya nak tukar botol ni. Air dah habis " jururawat itu menunjukkan sebiji botol berisi air yang baru.
Faaeq pandang aku sebelum meraut rambut nya. Kenapa hensem pulak mamat ni? Mula bersih tak ada sebarang jerawat.
Berbeza betul dengan muka aku. Pantang sikit makan benda yang tak kena mesti timbul keturunan jerawat tu!
Aku mengangguk perlahan sebelum meraup wajah. Rasa trauma disentuh itu masih ada dan membuat kan aku teringat kejadian yang hampir dirogol semalam.
" Saya minta maaf cik. Saya ada -"
" Ehh tak apa. Salah saya tadi, saya tukar ya? "
Aku hanya melihat sebelum jururawat itu meminta diri untuk keluar. Faaeq pandang aku sebelum dia duduk di kerusi .
" Kau memang suka buat aku risau kan?" Soal dia dengan wajah beku.
" Maaf lah, akak tak sengaja. " Ujar aku perlahan , mata aku mula berair .
Nak nangis !
" Boleh tolong tak?"
Aku panggung kepala. Dia ni dah kenapa mintak tolong orang sakit ? Tak nampak ke aku tengah sakit ni?
Eh mamat ni. Terus masuk balik air mata aku.
Tak jadi nak menangis!
" Tolong apa ?" Perlahan aku menyoal kembali.
" Tolong stop gelarkan diri kau kakak dengan aku, geli !"
Ujar Faaeq sebelum bangun dan menuju ke bilik air.
Aku termangu! Geli ?
Dia tak suka aku bahasa kan diri sebagai kakak?
Habis tu nak gelar aku apa? Anak mentibang? Mak tiri?
" Mak tiri minta maaf" macam ni ke?
Ishhh !! Sakit pula hati aku.
...
Tengahhari tu aku dilawat oleh sahabat baik aku, Alesha zahra. Macam² makanan dia bawa melawat aku. Dah macam nak buat kenduri.
" Macam mana boleh jadi ni cha? Aku nak datang semalam tapi kereta rin pulak rosak. Sorry cha !" Ujar alesha dengan raut wajah bersalah.
Sejujurnya alesha zahra satu² nya sahabat baik dia yang ada. Mereka berkawan dari zaman sekolah sampai lah sekarang, walaupun berbeza umur 3 tahun.
" Takpe lah Ara. Aku baik² je ni kau tu yang suka gelabah teruk. "
" Gila kau tak gelabah! Member aku kot, tengok leher kau. Sakit tak?"
Aku juling mata ke atas. Soalan budak ni kan, yang menyakitkan hati je.
" Kau rasa sakit tak kalau kena toreh dengan pisau?"
" Tak . Sebab aku tak pernah kena. Tu tanya kau !"
Aku mengulum senyum sebelum tawa kami berdua meletus.
Yang bodoh² tu kami lah.
" Ehem !"
Tawa kami terhenti, aku pandang Faaeq yang melangkah masuk di ikuti dengan emir yang tersengih.
" Akak icha !"
" Emir minta maaf pasal semalam. Kalau emir tak turun mesti semua ni tak jadi kan? Sorry akak !"
Emir tunduk salam tangan aku sebelum aku tersenyum membalas dengan serabai kan rambut hensem dia.
" Akak ! Habis la rambut orang. Tak hensem dah "
" Biarlah tak hensem, takda siapa nak kejar² emir kalau tak hensem. Kan?" Aku mengusik emir yang sudah mencuka.
" Akak tahu tak ni aset kebanggaan emir. ibarat maruah Emir, kena lah smart² baru hensem adik akak kan? "
Aku sekadar menggeleng kepala. Alesha juga ketawa melihat tingkah kami.
" Emir kau stay sini jaga icha. Kejap lagi aku datang balik." Faaeq bersuara dan emir hanya mengangguk senang hati.
Akhirnya dia akan jaga kakak kesayangan dia.
" Icha tak boleh balik lagi ke?" Soal alesha ingin tahu.
" Doktor cakap tak boleh lagi, sebab akak punya jahitan dekat leher tu kena cuci. Takut kuman merebak. Kena tahan sehari lagi,esok InshaAllah boleh balik"
Panjang lebar huraian dari Emir. Faaeq macam biasa lah hanya diam jadi penonton.
" Tak apa, malam ni Ara jaga dia. Kebetulan Ara free. " Alesha Zahra sudah menawarkan diri, maka aku pun tersenyum senang hati.
Kalau boleh tak mahu menyusahkan Faaeq dah.
Lelaki itu banyak kerja perlu dibuat.
Bukan free setiap masa.
Mana yang tak tahu, Faaeq ni bekerja macam daddy, tapi lain uniform lah. TUDM, kau hado?
Sementara Fareeq pula bekerja dengan syarikat uncle adem.
Korang Ingat tak uncle adem ? Tolong pi baca balik part mummy kena culik tu ye.
" Tak menyusahkan akak ke?" Soal emir pula.
Aku pandang Faaeq, mamat ni dah kenapa tengok aku ?
Geli tak habis lagi ke? Aku juling mata ke atas tanpa sedar.
" Akak memang suka menyusahkan diri sendiri!"
See ? Jawapan bodoh² dari alesha tak pernah menghampakan aku. Dan ya aku ketawa dengan jawapan itu.
" Kau jangan nak suka sangat, sakit² pun sibuk nak gelakkan orang. " Kata² dari Faaeq terus mematikan ketawa aku.
Auto terhenti.
" Kelakar lah akak Ara ni, mesti single kan?"
" Engko baru tahu ke ? Orang single memang kelakar !" Maka meletus ketawa mereka berdua.
Aku dah tak jadi nak gelak, satgi kena maroh !
"Eh kak Ara jom teman emir pergi cafe, haus la pula. Abang jaga kejap kak icha tau. " Terus mereka berdua keluar tanpa menunggu balasan dari aku.
Aduh, sumpah la? Sekarang ni tinggal aku dengan bapak singa ni.
Dah la geli² aku bahasa kan diri kakak.
" Kau nak apa² tak? Kejap lagi aku hantar. "
" Tak ada apa² pun. Esok dah boleh balik kan? "
Faaeq mengangguk membalas pertanyaan aku.
" Pergilah balik, awak pun ada hal kan? Tak payahlah risau pasal akak -"
" Stop boleh tak? Aku tak suka kau gelarkan diri akak tu semua. Faham??"
Aku mencebik. Dah tu nak gelarkan aku apa??
" Kalau tak suka bagi tahu, tak payah nak marah² macam saya ni tak ada perasaan! Tahulah saya ni hanya anak angkat dalam keluarga Faaeq . Balik lah ! Tak payah susah² kan diri datang sini . "
Aku meluahkan rasa, sumpah aku terasa. Aku terus pejam mata dan membelakangi Faaeq sebelum terdengar pintu bilik dihempas kuat.
Airmata aku mengalir laju, sakit nya bila dilayan bagai kan orang asing.
" Tolong sedar diri icha, kau bukan siapa² !"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro