3
🌼3🌼
Alisya bangun awal pagi ini untuk menyediakan sarapan buat keluarga besar ini .
Semalam hampir sahaja hatinya jatuh dengan kelakuan diluar jangkauan Faaeq.
Kalau dibiar mahu jadi aksi terlarang. Sudahla hubungan mereka haram, tapi lagi masih nak dijadikan haram yang berganda ganda.
Haishh ,mujur saja tidak ada yang melihat adegan itu.
Kalau tidak, malu 7 keturunan pun belum tentu habis .
" Awalnya kak icha bangun hari ni. " Sapa satu suara , dan dia tahu itu siapa.
Emir si macho yang menjadi kegilaan ramai gadis kecuali dirinya 🤣
Gila ke apa nak bercinta dengan adik sendiri???
" Akak sediakan sarapan buat semua. Dah mandi ke ? Dari mana ni?" Soal aku sambil sibuk berangkut makanan yang sudah siap untuk dihidangkan.
" Wahhh , lama tak rasa air tangan akak , tak sangka hari ni boleh merasa juga. " Karipap yang sudah siap digoreng diambil sebiji sebelum mengunyah dengan nikmat
" Sedap nya .. "
sempat isyarat ibu jari diberi pada aku , menandakan karipap itu sangat sedap dan kena dengan selera dia.
" Emir keluar jogging tadi dengan along dengan angah. Diorang ada kat luar, tengah sembang kot. "
Airsuam menjadi pilihan Emir, sempat meneguk air itu sehingga habis .
" Emir naik mandi dulu, melekit. Sedap karipap, simpan tau untuk Emir sama . Jangan habiskan. " Laju Emir berlari naik ke tingkat atas untuk bersiram.
Aku meneruskan untuk siapkan sarapan, mummy orang kedua masuk ke dapur dan menolong aku . Sempat berbual dan bergurau senda dengan mummy.
" Wahh meriahnya dapur, dah lama daddy tak tengok dapur kita semeriah macam sekarang ni " ujar daddy yang sudah berlabuh duduk dikerusi.
Mummy tersenyum sebelum menuangkan air kesukaan daddy.
" Mummy buat lawak. Dia cakap nak tambah kedai bunga lagi " ujar aku sambil menyusun pinggan untuk semua.
Pelbagai sarapan aku siapkan hari ini. ada karipap kesukaan emir, ada roti telur kesukaan mummy dan Fareeq, dan popia goreng kesukaan daddy dan Faaeq.
Hebat tak aku ? 😎
" Aik daddy , sejak bila nak tambah bunga lagi ni? Tak cukup ke dua kuntum yang dah sedia ada ni?" Sampuk Fareeq yang masuk ke dapur bersama Faaeq dan Emir.
Serentak pulak masuk tiga beradik ni.
" Daddy dah tak nak tambah, yang sekuntum ni pun dah cukup sedap mata memandang. Kan sayang ?" Aku ketawa melihat daddy usik mummy.
Bahagia nya mereka dengan usikan.
" Betul. Tapi mummy rasa tak salah kalau tambah bunga lagi dalam rumah ni. Kumbang pun tiga² masih solo kan ?"
Aku menggeleng kepala perlahan, tahu dah mummy akan buka soal kahwin walaupun dalam bahasa kiasan.
" Kumbang mana yang mummy maksud kan ni? Kalau kumbang yang tengah dah berpunya tau mummy. Dah tak solo, dan bakal bergerak dengan single terbaru iaitu Berdua "
tungkas Fareeq sebelum ketawa puas di ikuti dengan gelak tawa daddy serta Emir.
Aku juga ikut ketawa , bila berkumpul ramai² ni masing² dah boleh bukak gelanggang Maharaja lawak mega.
Ada saja perkara kelakar.
" Mummy! Emir tengah fokus belajar sekarang takda masa nak cari bunga² ni. Suruh along la cari bunga kesukaan dia , single lama² pun tak elok kan my?"
Zar Faaeq yang sedang mengunyah popia goreng itu hanya buat tidak kisah. Sikit pun tak terusik dengan kata2 adik bongsu nya itu.
" Faaeq macam tak berminat je, takpe. Mummy akan carikan kumbang untuk bunga mummy sorang ni. Icha masih belum berpunya ke?"
Dah aku pula yang kena. Aku yang baru hendak mengambil karipap terus terbantut.
Kini lima pasang mata melihat aku dengan menantikan jawapan.
Cuma mata yang sepasang tu lebih ke arah tajam memerhati aku.
Ah sudah ! Nak jawab apa ni weh?
" Err icha .. ehemm .. belum berpunya. " Jawapan aku membuatkan mummy dan daddy tersenyum puas.
Dan seseorang itu juga kelihatan suka dengan jawapan aku.
" Wahh kak icha single lagi ke ? Takkan cantik macam ni tak ada boyfriend? " Tanya emir seolah berminat dengan diri aku yang sememangnya single ini.
Aku terlalu sibuk dengan kedai bunga sampai tak ada masa untuk mencari kumbang ,ehh tiberhh !
" akak sibuk dengan kedai , takda masa nak bercinta ni " jawab aku jujur
" kalau macam tu couple dengan Fareeq jom ?" Soalan dari Fareeq itu buatkan semua terpaku sekali dengan aku terdiam.
Tukk !
" Adoiiii !!"
Bagai kembali tersedar dari lamunan yang panjang, jeritan Fareeq membuatkan semua ketawa.
" Sakit la Zar Faaeq! Ketuk kepala aku pulak dah kenapa?" Bebel Fareeq sambil menggosok kepala yang diketuk abang kembar dia.
" Kau tu gatal kenapa ? Bukan ke dah ada bunga?" Ujar Faaeq dengan mata tak lepas memandang Fareeq.
" Alahh orang lelaki kan boleh kahwin empat , haa empat!"
Empat jari tunjuk pada Faaeq sebelum jejaka itu menjentik salah satu jari milik Fareeq .
" Icha jadi bini tua , dia boleh dapat payung emas. Haa nampak ? Aku baik kan?! aku letakkan Icha sebagai isteri yang tua sebab mudah dia dapat payung emas, apalagi yang kurangnya kan icha ?"
Aku sekadar tersengih kekok. Siapa je nak jadi isteri tua kau Fareeq.
Budak ni kan, banyak main!
" Sudah! tak payah nak mengarut. Mummy betul ke nak tambah kedai lagi?" Soal daddy apabila teringat kan kata2 aku sebentar tadi .
Masing2 kembali fokus dengan cerita daddy dan mummy yang dibincangkan tadi.
Aku auto tarik nafas lega. Terlepas dah seksaan topik Kahwin.
" Masih dalam perancangan. Sebab mummy ada nampak banner kedai depan jalan sana ada nak jual kedai kosong. Tempat situ pun macam ramai orang. Dan mummy ingat nak suruh icha stay disitu nanti. Tak payah ulang alik jauh² nak ke kedai satu lagi tu. Macam mana ?"
Mummy memberi cadangan nya pada aku. Aku berfikir seketika. Daddy juga turut melihat ke arah aku.
" Eh tak apa mummy, icha okey je ulang alik walaupun jauh. Icha dah biasa berulang la mummy."
Ujar aku cuba menolak.
" Bahaya la kak. sebab kawan Emir cakap tempat yang akak berulang alik sekarang banyak kes samun. Dua hari lepas kawan emir dah kena samun, habis juga barang² dia kena kebas. " Emir menyampuk dengan tiba².
Terus cerita emir membuatkan aku rasa seram sejuk pula.
Sememangnya jalan yang dia berulang alik kerja itu agak berbahaya, tapi syukur buat masa ini dirinya masih dijauhkan dari perkara perkara begitu.
" Daddy pun ada dapat kes macam tu baru² ni. Tak apa lah, mummy settle kan tentang kedai bunga baru tu, daddy tak nak bahayakan nyawa orang yang daddy sayang. Icha faham kan ?"
Aku akur dengan kata² daddy. Jika itu yang daddy mahukan terpaksa lah aku turutkan.
" Baiklah daddy , icha faham. Tapi hari ni icha kena pergi kedai bunga sekejap. Ada nak siapkan tempahan sikit. Boleh ya ?"
Daddy dan mummy sekadar mengangguk, memberi persetujuan.
" Kalau macam tu Emir temankan kak icha ya ? Kebetulan hari ni kita free. Boleh ?" Ayat kita free tu sengaja di nada kan dengan manja.
Dia memang nak ikut Alisya ke kedai bunga tu.
Apabila Emir dah offer diri maka apalagi cara untuk aku menolaknya?
" Hati² keluar kejap lagi, daddy pun ada hal di balai. Mummy pun nak keluar jugak kan?" Soal daddy sambil menguis sisa serpihan roti telur di bibir mummy.
Alooo suwitttt angattt !
" Yaa abang, nak settle stock bunga yang saya order hari tu. Saya drive sendiri je kejap lagi "
" No, abang tak harap sayang bawak kereta sendiri. Nanti tumpang abang je, satu jalan kan?"
Kami berempat hanya menjadi penonton, daddy kalau dengan mummy memang dia tegas. Takut kisah² lalu berlaku lagi.
"Amboiii daddy dengan mummy, tak reti nak hormat orang² single ni ke ?" Fareeq membuka mulut.
Dah berbulu dia tengok aksi pasangan halal ni.
" Kamu nanya ??!"
Balasan dari daddy membuatkan seluruh ruang makan itu bergema dengan gelak tawa kami.
Riuh !
....
Aku berhenti kan kereta dibahu jalan kerana emir hendak ke 7E untuk beli air slurpee kesukaan dia. Aku melihat telefon mana tahu andai ada order baru yang masuk.
Sedang ralit membalas pesanan, tiba² seseorang masuk dari pintu belakang dan menghalakan sebilah pisau dileher aku.
Terdiam terus aku. Tidak sempat membuat apa² tetapi cepat saja aku mendail nombor seseorang secara random!
" Kau pandu terus, cepat! Kalau tak aku bunuh kau !!"
Aku yang gelabah dan takut hanya menurut, telefon aku terjatuh dibawah dan sempat aku lihat panggilan aku sudah dijawab.
" Okey².. saya ..saya bawak. Encik jangan bunuh saya !"
Baru pagi tadi bercerita pasal kes samun ini, tiba² terjadi pada aku .
Allahuakbar!
Siang² pun ada yang buat kerja menyamun !
Jauhkan aku dari perkara perkara yang tak diingini berlaku.
" Ki..kita nak kemana encik?" Soal aku takut².
Pisau masih lagi melekat dileher aku. Rambut aku yang tidak sempat dirapikan kini agak serabai .
Ya, aku seorang perempuan yang belum memakai tudung. Dan selalu mengambil remeh akan hal berkaitan aurat.
Apakah ini salah satu dosa yang aku harus tanggung sekarang diatas kekhilafan aku sendiri? Dan tiba² aku merasakan seperti pedih dileher aku.
"Ikut je jalan tu, kau jangan nak buat benda pelik² kalau tak nak kena bunuh!" Ugut penyamun itu dengan menekan pisau di leher aku.
Sakit !
Aku hanya memandu mengikut arah yang ditunjuk oleh penyamun itu dan dalam hati aku berdoa agar ada yang datang menyelamatkan aku.
Dapat aku rasakan darah meleleh keluar dari leher. Sakit !
.
.
" Macam mana boleh jadi macam ni ?? Kau lalai la emir !"
Jerkahan Faaeq bergema apabila diberitahu oleh emir bahwa alisya memandu kereta dengan seorang lelaki dibelakang mengacu pisau.
Emir nampak tetapi dia diseberang jalan pada masa itu, terus dia call abang kembarnya untuk memaklumkan perkara itu.
Faaeq pula sempat menjawab panggilan dari alisya tetapi hanya bunyi pelik sebelum dia meletakkan panggilan itu.
Fareeq yang disebelah menenangkan Faaeq yang membara, tengok saja abang nya seorang yang beku tetapi lelaki itu boleh menjadi seganas singa jika keadaan memaksa.
" Benda nak jadi Faaeq, jangan marah emir. "
" Emir dah suruh akak lock pintu kereta mungkin dia lupa. Emir minta maaf along "
mohon emir perlahan, rasa bersalah berganda-ganda.
Kalaulah dia tidak menyuruh alisya berhenti semata mata untuk mengisi keinginan perut nya mungkin benda sebegini tidak berlaku.
Faaeq diam sambil mata mengikut arah yang ditunjuk oleh alat pengesan yang mengesan kedudukan alisya sekarang.
" Eh itu kan tempat pelupusan sampah hujung bukit? Sunyi doh tempat tu, Jauh jugak dia buat kerja eh. Kau sabau jap. Aku call daddy !" Ujar Fareeq sambil mendail nombor daddy.
Apa² hal daddy juga perlu tahu, mungkin anak2 buah daddy boleh bertindak dahulu.
" Ye daddy , location tu memang jauh dari tempat awam. Haa kitaorang dah ontheway ke sana, lima minit lagi sampai. Okey daddy . Waalaikumussalam"
Fareeq mematikan panggilan. Selesai satu perkara.
" Daddy cakap apa?" Soal Emir ingin tahu
" Daddy dah kerahkan anak² buah dia ke sana. Ehh tu kereta icha !"
Masing² turun dari kereta. Emir dan Fareeq menuju ke kereta alisya.
Sementara Faaeq tidak menuju ke kereta tetapi dia masuk ke dalam semak yang mencurigakan. Seperti ada jejak lama yang ditinggalkan.
Sendirian dia masuk ke semak itu, sehinggalah dia sampai disatu pondok yang terbiar sebelum terdengar suara jeritan alisya.
" Jangan sentuh aku lahh! Tolonggg !!"
Faaeq melajukan langkah, tidak tunggu lama pondok itu diterjah sebelum melihat seorang lelaki menindih tubuh Alisya.
Laju dia menarik lelaki itu dan menumbuk dengan bengang!
Kalau boleh dia nak belasah sehingga mati.
Alisya menangis sambil menutup tubuhnya yang sudah terdedah.
Tidak dia sangka lelaki itu akan merogolnya, jika ingin samun segala barang dia berikan tetapi bukan maruahnya!
Airmata nya jatuh bagai tiada hentinya.
Terus kejadian 25 tahun yang lalu kembali. Dia juga diculik semasa kecil.
Allah !
" Kak Icha ! "
Emir menerpa ke arah alisya sebelum membuka baju kemeja yang dipakai dan menutup tubuh alisya yang terdedah.
Sempat dia melihat Fareeq menghalang tubuh Faaeq dari membelasah penyamun itu sampai mati.
" Dahh Faaeq. Biar polis settle dia, kau sabar !" Fareeq menahan tubuh Faaeq yang membara.
Kan dah cakap , ganas dia takleh bincang. Kalah singa !
" Lepaslah , bagi aku belasah dia. Berani sentuh² hak aku! Kau ni layak mati la setan !!"
Marah Faaeq sambil cuba untuk memukul kembali. Kaki dia naik terajang penyamun itu.
" Zar Faaeq .. " panggil alisya perlahan apabila Fareeq dilihat gagal untuk menghalang kembarnya sendiri.
dengar saja suara sedih itu laju dia menghampiri alisya sebelum mencempung tubuh itu keluar dari pondok buruk.
Emir dan Fareeq membangunkan penyamun itu sebelum dibawa keluar. Kelihatan daddy dan beberapa anak buahnya datang. Daddy segera mendapat kan alisya yang sudah pengsan.
" Bawak icha ke hospital, nanti daddy bagitahu mummy. " Bahu Faaeq ditepuk sebelum Faaeq berlalu pergi dengan kereta.
Didalam kereta tubuh alisya dilihat sebelum dia menghentak stereng kereta dengan kuat . Tangan icha digenggam kuat, cuba mencari kekuatan.
"Icha , kau kena kuat! Bangun weh !!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro