i was a rain 🌧️
Aku bagaikan hujan
Yang rela jatuh berkali-kali
Demi menyejukkan hatimu.
Tapi kau?
Kau gunakan payung agar tidak tersentuh olehku .
Aku bagaikan hujan
Kadang-kala aku amat diperlukan
Dan kadang-kala hanya menimbulkan bencana dan kesusahan di dalam hidup.
Yang orang meminta,memanggil
Tapi akhirnya mendatangkan kedukaan.
Aku bagaikan hujan
Yang menyebabkan suasana menjadi sayu.
Lambang kepada kesedihan, kegelisahan
Tiada tawa,hanya luka didada.
Aku bagaikan hujan
Kehadiranku, hanya memberi kegelapan.
Hanya orang yang sama seperti aku sahaja, yang tahu menghargai diriku.
Aku bagai hujan,
yang deras mengalir,
Membasahi pipi
Sehingga ke bahgian terdalam.
Seusai turunya hujan,
Munculnya pelangi.
Begitu juga aku,
Kau akan bahagia,
Bila aku mengundurkan diri.
Tetapi tiap rintik hujan yang mulai turun,
Akan sentiasa menemani kau,
Disaat kau menangis.
Begitu juga aku.
Jadi,
Pintalah aku, disaat kau perlu
Semoga tiap bait kataku,
Memberi sinar kepada hidupmu.
Aku bagaikan hujan
Akan berlalu pergi,
Dan tak selalu hadir.
Hanya untuk kebahagiaan yang ingin kau raih.
Cc : Osei🥀
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro