-Chapter 6-
●●●●●
Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi, HaNa ingin keluar membeli makanan tetapi ia takut untuk keluar bersendirian.
"Ishhh kau ni perut, waktu-waktu macam ni lah kau lapar. Tak boleh ke kau tahan kejap, sampai esok pagi?" Tanya HaNa sendiri.
HaNa melawan ketakutannya dan berjalan mencari gerai di tepi jalan untuk membeli makanan.
"Tak ada pun kedai yang buka, aduhhh! Macam mana ni? Depan tu ada kut, jalan lah sikit lagi." Kata HaNa.
HaNa terus berjalan sehingga ia terjumpa gerai, ia terus membeli makanannya dan ingin pulang ke rumah.
"Aduhh, tadi aku lalu mana ehh. Kiri ke kanan? Ha! Tengoklah waze dalam phone kan lagi senang nak cari." Kata HaNa sambil mencari phonenya di dalam sweater.
"Alamak! Phone aku mana eh? Takkan lah aku tak bawa! HaNa! Kenapalah kau ni bodoh sangat?!" Marah HaNa.
HaNa tetap berjalan sehingga jam menunjukkan pukul 3.45 pagi. Ia ingin bertanya pada orang tetapi pada malam begini tiada sesiapa yang terlihat normal baginya.
●●●●●
"Aku rasa aku macam pernah nampak lah perempuan tu, tapi kat mana eh?" Kata V sendiri.
"Kau pandang apa V?" Tanya SuGa.
"Perempuan tu, aku macam pernah nampak dia. Tapi aku tak ingat kat mana." Tunjuk V ke arah seorang perempuan.
"Mana?" Tanya SuGa.
"Tuu, kau ni buta ke? Yang pakai sweater kuning tu." Tunjuk V sekali lagi.
"Ehhh, tu bukan ke...." Kata SuGa.
SuGa terus pergi ke arah ahli membernya yang lain dan berkata "Korang, tu bukan ke perempuan yang kita selamatkan dulu? Apa yang dia buat kat sini."
Ahli member yang lain terus melihat ke arah yang ditunjukkan oleh SuGa.
Tiba-tiba JungKook terus berkata "HaNa."
"Haah lah, macam mana dia boleh ada kat sini?" Tanya Jin pula.
Tanpa berkata apa-apa lagi, JungKook terus berlari ke arah perempuan yang dimaksudkan.
Sampai di tempat tersebut, perempuan itu menundukkan muka di lututnya dan itu membuatkan JungKook tidak dapat melihat mukanya dengan sepenuhnya
"HaNa." Panggil JungKook.
HaNa yang mendengarkan namanya dipanggil terus mendongakkan kepalanya dan ia terkejut melihat JungKook.
"JungKook!" Kata HaNa lalu bingkas bangun dari tempat duduknya itu.
"Kau buat apa kat sini?" Tanya JungKook.
"Aku sesat, tadi aku pergi beli makanan. Sekarang aku tak ingat jalan balik." Jawab HaNa.
"Tak! Sekarang aku tanya kau, kau buat apa kat LA ni?!" Tengking JungKook.
"Kau ni kenapa tiba-tiba nak marah aku." Tanya HaNa dengan nada yang ingin menangis.
"Kalau kau tak nak tolong, tak apa! Aku boleh balik sendiri, kau tak payah nak tengking-tengking aku macam tu!" Marah HaNa sehingga ia menangis dan ingin pergi meninggalkan JungKook.
Ahli member yang lain hairan melihat HaNa yang ingin meninggalkan JungKook. Mereka terus berjalan ke arah JungKook.
HaNa menangis dalam perjalanan ingin pulang ke hotel dan berkata "Dia peduli apa aku nak pergi mana pun! Aku tak kacau hidup dia pun! Aku pun tak minta tolong dia!"
Tiba-tiba tangan HaNa ditarik, HaNa ditarik kedalam dakapan seseorang yang ia sangat kenal, JungKook.
"Aku bukan marah, aku tanya kau macam tu sebab aku risau. Macam mana kau boleh ada kat negara asing, malam-malam macam ni." Bisik JungKook di telinga HaNa.
Throwback
"JungKook, asal dia blah macam tu je?" Tanya Jin sambil memandang ke arah JungKook.
JungKook tidak menjawab. Mereka memandang antara satu sama lain seperti ingin bertanya tetapi mereka tidak berani.
RapMon menghampiri JungKook dan berkata "Kau pernah kata yang dia cakap kau tak penting pun bagi dia kan? Tapi kenapa dia ada kat sini? Dia ada kat sini sebab kau tu penting bagi dia, faham?"
"Betulah apa yang RapMon cakap tu JungKook, takkan lah dia saja-saja je nak datang sini kalau bukan sebab kau." Sokong JiMin.
"Kalau aku jadi kau, aku dah kejar dah dia. Takkan lah kau nak biar orang yang kau sayang tinggalkan kau kan?" Kata J-Hope pula.
JungKook tetap tidak berganjak walaupun seinci dan ia tetap mendiamkan diri.
"Kitaorang gerak dulu, nanti kalau apa-apa kau tau kan nak cari kitaorang kat mana?" Kata RapMon.
Mereka meninggalkan JungKook tetapi V datang semula ke arah JungKook dan berkata "Aku rasa baik kau kejar di cepat, dah malam sangat ni bahaya tau perempuan keluar time-time macam ni."
JungKook terkejut bahawa ini merupakan kali pertama V yang suka bercakap benda yang merepek, bercakap dengan waras kali ini.
JungKook terus berlari mengejar HaNa yang semakim menjauh meninggalkannya.
End Throwback
"Aku rindu sangat-sangat kat kau, HaNa." Bisik JungKook ke telinga HaNa lagi.
HaNa yang terkejut terus memejamkan matanya kerana ia juga rindu akan lelaki yang berada dihadapannya ini.
HaNa dan JungKook duduk di tepi tembok satu banggunan, mereka hanya mendiamkan diri.
"Kenapa kau datang sini?" Tanya JungKook memulakan perbicaraan.
"Aku datang sini sebab esok aku nak pergi konsert BTS, tapi aku rasa tak payah kut." Jawab HaNa sambil tersenyum memandang JungKook.
"Kenapa? Sebab kau dah jumpa diorang malam ni eh?" Tanya JungKook lagi.
"Nampaknya macam tu lah." Jawab HaNa lagi.
HaNa menarik nafas dan menghembuskan terus berkata "Aku datang sini sebab dulu ada seorang lelaki cakap kat aku, jangan tinggalkan orang yang kita sayang sebab dia perlukan kita kalau kita tak ada. Dan orang yang aku sayang tu ada kat sini, aku datanglah sini."
"Siapa orang yang kau sayang tu?" Tanya JungKook.
"Pak guard hotel aku tu, aku sayang sangat kat dia." Gelak HaNa.
Mereka berdua ketawa berdekah-dekah sehingga JungKook memandang tepat kearah HaNa dan berkata "Sudi tak kau jadi girlfriend seorang lelaki yang tak sempurna ni?"
"Sudi, kalau kau hantar aku balik hotel aku. Sudi tak kalau kau hantar aku balik?" Tanya HaNa debgan suara nakalnya.
"HaNa, aku serious ni. Sudi ke?" Tanya JungKook sekali lagi.
"Mestilah aku sudi." Kata HaNa.
JungKook bingkas bangun dari tempat duduknya dan menjerit "Do HaNa! You'r mine!"
HaNa hanya tersenyum kerana sekarang ia sudah menjadi kepunyaan seseorang.
"Oii! Kau gila ke apa, jerit tengah-tengah malam ni." Marah HaNa.
"Lagi satu aku nak bagitau kau ni, nanti bayar balik duit aku, aku datang sini guna semua duit aku dalam bank tu." Kata HaNa.
"Aikk, pahal aku pula nak kena bayar kat kau, kau yang datang sini." Kata JungKook pula.
"Eh eh eh pak cik ni, aku ni datang sini sebab kau tau." Kata HaNa lagi.
"Yelah, nanti aku bayar balik tapi dengan satu syarat. Boleh?" Tanya JungKook.
"Syarat? Apa dia?" Tanya HaNa pula.
"Panggil aku, JungKook oppa dulu. Kalau kau nak bayar duit kau lah."
"Ishhhh! Sekali je aku cakap tau, dengar betul-betul. JungKook oppa!" Jerit HaNa dan terus berlari pergi meninggalkan JungKook.
"Oiii! Dia ni memang tak berubah lah, HaNa!" Jerit JungKook berlari mengejar HaNa.
Setelah JungKook menghabiskan persembahannya keesokkan harinya, JungKook mengumumkan bahawa ia telah bercinta dengan seorang gadis.
Walaupun ramai fans yang hampa tetapi mereka cuba untuk menerima HaNa.
THE END
●●●●●
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro