Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

-Chapter 4-

●●●●●

"Adoi! Mana lah perempuan ni? Diorang cakap dia sekolah kat sini, asal tak ada pulak ni? Dah ramai orang keluar ni." Tanya JungKook sendiri di dalam kereta.

JungKook melihat HaNa yang sedang berjalan keluar melalui pagar sekolah terus menarik HaNa dengan pantas ke dalam kereta Sport miliknya

JungKook terhenti di hadapan pintu kereta apabila HaNa menepis tangan JungKook.

"Wo! wo! wo?! Apahal ni main tarik-tarik?! Kau siapa? Tiba-tiba je tarik tangan aku ni?!" Marah HaNa.

"Takkan kau tak kenal aku kut, aku lah yang cium kau malam tu." Kata JungKook.

HaNa melihat JungKook dari atas hingga ke bawah sehingga ia tersedar sesuatu.

"Owhhhh, Pak cik!" Kata HaNa dengan selambanya.

"Tak payah nak pakcik-pakcik sangat lah, sejak bila aku kahwin dengan mak cik kau pun aku tak tahu. Masuk kereta cepat!" Perli JungKook

"Garang nau!" Perli HaNa semula.

JungKook memecut kereta Sport miliknya dengan laju meninggalkan kawasan sekolah.

Setelah sekian lama membisu, JungKook terus berkata "Kau tak kenal aku? Kan aku dah suruh kau search JK?! Kau tak search ke?"

"Kau ingat aku ada masa nak search benda alah tu bagai?" Jawab HaNa.

"Benda alah kau cakap, aku idol tau! Kau patut bangga dapat jumpa idol, bukan senang nak jumpa idol. Siap duduk sebelah lagi, bawakan kereta lagi!" Kata JungKook dengan sedikit marah.

"Ada aku suruh kau bawa aku ke? Lagi satu kita nak pergi mana ni ha? Dah lah pakai macam perogol bersiri, aku seram tau tak bila kau tarik-tarik tadi." Kata HaNa pula.

"Ishhh, tak gila lagi aku nak buat anak dara orang macam tu. Kau ikut je mana aku nak bawa kau, kau jangan risau." Kata JungKook.

"Mana tau, tiba-tiba datang pula gila kau, kita tak tahu." Kata HaNa.

JungKook hanya tersengih mendengar jawapan HaNa.

"Aku akan buat kau bahagia, HaNa." Bisik hati Jungkook.

●●●●●

JungKook membawa HaNa ke sebuah tempat yang sungguh jauh dan dipenuhi pokok-pokok yanh tinggi. Sejurus sampai di tempat yang dituju Hana terus bertanya "Cantiknya pantai ni! Kita kat mana ni pakcik? Rumah siapa ni?"

"Banyak tanyalah kau ni. Cantik tak tempat ni?" Tanya JungKook pula.

"Cantik! Tapi kenapa kau bawa aku datang sini? Kau nak jual aku eh? Kau jangan nak memandai eh, aku call polis sekarang." Kata HaNa.

"Kau ingat kau laku kalau aku jual kau? Dua ringgit pun tak dapat lah. Kau ni budak sekolah tau, tak boleh ke kau guna kata-kata formal kat aku?" Tanya JungKook.

"Call lah, kau ingat aku takut? Kat sini yang ada signal aku sorang je, ni tempat aku." Kata JungKook dengan berlagaknya.

HaNa membuka telefonnya dan cuba untuk mencari signal, apa yang dikatakan JungKook memang benar. HaNa hanya menjeling ke arah JungKook.

"Aku kenal kau pun tak, ada hati nak suruh aku guna kata-kata formal. Nama kau pun aku tak tahu." Jawab HaNa.

"Nama aku JungKook, Jeon JungKook. Ni rumah aku, kalau kau nak masuk, panggil aku oppa dulu." Kata Jungkook.

"Kau gila ke apa? Memang tak lah aku nak panggil kau oppa!" Marah HaNa.

"Kalau macam tu, kau tunggu je lah harimau datang makan kau. Aku bukan kisah pun, kat sini mana ada orang duduk selain aku." Kata Jungkook.

JungKook berjalan ingin masuk ke dalam banglonya dan meninggalkan HaNa sendirian.

"Wei! Kejap lah, okey-okey aku panggil. Oppa!" Jerit HaNa sewaktu lari melintasi JungKook dan menjerit di tepi telinganya.

HaNa berlari dan terus masuk ke dalam banglo milik JungKook itu.

"Oiii! Pekak lah telinga aku! Telinga aku ni nak pakai lama kau tau tak?!" Marah JungKook.

"Kisah pula aku!" Jerit HaNa pula.

"Budak ni tak boleh bawa bincang betul lah." Kata Jungkook sendiri.

HaNa memasuki banglo yang besar itu dengan perasaan yang teruja. Itu merupakan kali pertama HaNa masuk ke dalam rumah yang sebesar itu.

Sedang HaNa melihat-lihat rumah tersebut, JungKook melihat gelagat HaNa seperti budak kecil yang sungguh comel.

"Oi! Yang kau jakun sangat ni kenapa?" Tanya JungKook sambil duduk di sofa mewahnya.

HaNa menoleh dan membuat muka marah dan berkata " Suka hati aku lah! Yang kau sibuk asal?" Tanya HaNa pula.

"Ni rumah aku, mestilah aku sibuk. Nah, minum air ni." Kata JungKook sambil menghulurkan air kepada HaNa.

HaNa menuju ke arah JungKook dan mengambil air yang diberikam oleh JungKook.

JungKook melihat HaNa pelik apabila HaNa membelek-belek gelas air yang diberikan olehnya itu tadi.

"Halamak perempuan ni! Kau ingat aku nak letak benda ke dalam air kau?" Tanya JungKook.

"Lek ahh, aku tengok je. Yang kau marah-marah ni kenapa. Aku ni perempuan, aku kena jaga maruah aku. Kalau lah kau buat sesuatu kat aku, aku bagitau publik. Kau ingat publik nak percaya cakap aku. Kau kan artis yang famous sampai liar negara." Terang HaNa.

JungKook tersengih dan berkata "Kau makin matang eh sekarang. Tapi untuk pengetahuan kau, aku tak akan pernah buat apa-apa kat kau."

HaNa hanya tersenyum sambil mengangkat keningnya.

Tiba-tiba HaNa teringatkan akan sesuatu. HaNa terus bangun dari sofa empuk itu dan ingin berlari keluar dari rumah.

JungKook yang terkejut terus mengejar dan menarik tangan HaNa.

"Kau kenapa ni?" Cemas JungKook.

"Aku dah lambat nak pergi kerja, aku dah lama tak datang kerja. Nanti aku kena buang macam mana?  Bukan senang nak cari kerja sekarang ni." Jawab HaNa.

"Kau boleh hantar aku balik tak?" Tanya HaNa pula.

"Tak payahlah pergi kerja, biar aku yang tanggung kau. Aku tanggung semuanya yang berkaitan dengan kau. Kau dah tak payah nak duduk apartment buruk tu lagi." Kata JungKook.

"Kau gila ke apa?! Kita ni tak ada apa-apa tau. Aku anggap kau sebagai kawan, tak lebih dari tu!" Kata HaNa.

"Dan untuk pengetahun kau, apartment yang kau cakap buruk tu tempat aku menangis, marah,  gembira. Semua benda aku buat kat apartment buruk tu. Sekarang kalau kau tak nak hantar aku, aku boleh balik sendiri." Sambung HaNa dengan nada yang agak marah.

"Okey, aku hantar kau." Kata JungKook dan mengambil kunci keretanya di belakang pintu.

●●●●●

Di dalam kereta, suasana menjadi sunyi sepi. JungKook berasa bersalah dengan kata-katanya tadi.

"HaNa, aku nak minta maaf pasal tadi." Kata JungKook dengan nada yang bersalah.

HaNa hanya mendiamkan diri dan ia hanya memandang keluar tingkap dengan pandangan yang sayu.

"HaNa, aku...." Kata-kata JungKook terhenti.

"Aku suka kawan dengan kau, serious aku dah lupakan apa yang jadi dulu. Tapi please aku minta sangat-sangat dengan kau, jangan pernah kesian kan aku." Rayu HaNa.

"Aku tak akan cakap benda tu dah, aku janji." Kata JungKook pula.

"Lepas ni bawa aku pergi makan ais-krim, boleh?" Tanya HaNa.

"Boleh, boleh, boleh. Bukam setakat ais-krim je aku bagi, dengan kedai-kedai aku bagi." Jawab JungKook.

"Serious?!" Teruja HaNa.

"Ha? Aku main-main je, tapi kalau kau...." Kata JungKook.

"Relax lah, aku gurau je. Sekarang ni aku nak pergi kerja je, aku dah lambat sangat ni." Cemas HaNa.

"Sabar lah, aku tengah bawa selaju boleh ni." Jawab JungKook pula.

"Apa benda lah, bawa Sport tapi lembab macam siput!" Jerit HaNa.

"Hoi! Kau ni boleh tak jangan jerit, naik pekak telinga aku! Nasib lah ada sport aku, kalau tak kau tak pergi kerja tau!" Jerit JungKook pula.

"Yelah-yelah" Hampa HaNa.

●●●●●

HaNa telah melabuhkan punggungnya ke atas katil. Tiba-tiba telefon pintar milik HaNa berbunyi menandakan mesej telah masuk.

HaNa terus mengambil telefon bimbitnya dan melihat siapakah gerangan yang mesejnya pada malam-malam begini.

--------------------------------------------------------
Buat apa tu?

Siapa ni?

Ni aku lah PakCik kau, alah yang baru kahwin dengan makcik kau tu.

Owhh, ada apa chat aku malam-malam ni?

Takkan lah nak chat pun tak boleh, aku baru nak sweet-sweet.

Tak payah nak sweet sangatlah, ada apa kau chat ni? PakCik JungKook oii.

Nak tanya esok kau free tak? Kan esok kau cuti sekolah. Aku nak bawa kau pergi satu tempat best.

Free, tapi macam biasa, aku petang kerja. Kau nak bawa aku pergi mana?

Rahsia. Esok pagi aku ambil kau dekat rumah kau.

Okey, Sorry aku dah mengantuk sangat ni. Apa-apa kau chat esok eh.

Yelah, goodnight! Sweetdream, purple you! Take care!

Goodnight, You too.

-------------------------------------------------------

"Aikk, dia tau ke rumah aku kat mana? Lantak dia lah, aku dah mengantuk gila ni." Kata HaNa sendiri.

"Pandai-pandai lah kau cari rumah aku esok, pakcik oii." Kata HaNa sendiri lagi.

HaNa bangun dari tempat tidurnya dan menutup lampu biliknya. HaNa baring dan terus tertidur kerana kepenatan dengan rutin hariannya.

"Goodnight HaNa." Kata JungKook.

Rupa-rupanya JungKook berada di bawah apartment milik HaNa. Ia melihat lampu bilik HaNa telah ditutup menandakan HaNa telah beransur tidur.

"Mesti kau penat sangat sampai tak ada masa nak bergembira macam budak-budak yang sebaya dengan kau." Kata JungKook sendiri.

JungKook berasa bersyukur dengan dirinya yang melalui hidup seperti remaja yang sebaya dengannya.

JungKook tidak perlu berusaha bekerja untuk menanggung yuran sekolah dan sebagainya tetapi tidak bagi pelajar yang bernama Do HaNa.

"Kau unik, HaNa. Kau sangat unik dekat mata aku." Kata JungKook sendiri lagi.

●●●●●

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro