Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

- Chapter 1-

●●●●●

"Chae Won-a, bogoshipo." Kata seorang pelajar perempuan yang sedang duduk di atas bumbung sekolahnya sambil menulis sesuatu di dalam sebuah buku yang bewarna pink.

Tiba-tiba datang seorang pelajar menghampirinya dan terus berkata "HaNa, Cikgu JinYoung panggil kau, dia suruh kau pergi bilik guru sekarang."

HaNa bangun dari tempat duduknya tadi dan terus berjalan pergi ke bilik guru.

"Cikgu panggil saya ke?" Tanya HaNa setibanya dia di bilik guru.

"Ye, sebenarnya saya risau dengan kamu. Saya tak nak disebabkan pemergian ChaeWon, kamu lupa tentang diri kamu sekarang HaNa." Kata Cikgu JinYoung.

"Kamu kena jaga kesihatan kamu juga. Yang dah pergi, biarkan pergi. Yang hidup ni kena teruskan juga hidup. Saya faham kalau kamu masih sedih, tapi saya harap kamu tak abaikan segala-galanya." Kata Cikgu JinYoung lagi

"Cikgu jangan risau, saya okey. Saya tak lupa apa-apa pun. Terima kasih Cikgu sebab ambil berat tentang saya." Kata HaNa pula.

"Sama-sama. Dah lah, kamu boleh masuk kelas sekarang." Suruh Cikgu JinYoung.

Selesai waktu persekolahan, HaNa terus berlari pergi ke tempat kerjanya. HaNa bekerja tanpa berhenti dan itu membuat dirinya lupa tentang ChaeWon untuk sementara waktu.

●●●●●

Tepat pukul 8.00 malam menandakan HaNa sudah habis kerja. HaNa berjalan  pulang dalam suasana gelap yang hanya diterangi lampu jalan.

HaNa berasa penat dan ingin duduk di bangku kayu. HaNa duduk dan mengeluarkan buku nota pinknya.

"Aku kena teruskan hidup, sampai bila aku nak macam ni kan? Kalau ChaeWon ada, mesti dia tak suka aku jadi macam ni." Kata HaNa sendiri.

HaNa membuang buku nota pinknya itu ke dalam tong sampah yang berdekatan dan terus berlalu pergi.

Dalam beberapa minit ada tangan seseorang yang mengambil buku itu.

●●●●●

Dalam perjalan pulang, HaNa mengingati kenangan-kenangan yang HaNa cipta bersama dengan ChaeWon dan tiba-tiba ia berhenti secara mengejut.

"Omo! HaNa! kenapa kau buang buku tu?!" Marah HaNa sendiri.

HaNa berlari ke tong sampah tersebut semula dan mencari buku nota pinknya itu.

"Ishh, tadi aku buang kat sini. Mana pulak ni? Jangan lah hilang, itu je yang tinggal!" Kata HaNa dengan nada yang semakin berubah.

"ChaeWon, kau dah pergi dari hidup aku selama-selamanya. Takkan lah kenangan yang kita cipta pun nak pergi tinggalkan aku?!" Nangis HaNa.

HaNa berputus asa dan pulang dengan perasaan yang tidak dapat diungkapkan.

●●●●●

BigHit Entertainment,

"RapMon, aku ada lagu untuk comeback kita. Boleh tak kau tolong tanyakan kat produser, mana tau boleh release?" Tanya Jungkook.

"Kau buat sendiri ke lirik tu?" Tanya RapMon.

"Mestilah. Kau tanyakan dulu, nanti apa-apa kau bagitau aku." Kata JungKook.

"Okey." Jawab RapMon dan berlalu pergi.

JiMin mendengar perbualan JungKook dan RapMon itu tadi terus menghampiri JungKook.

"Yahh JungKook! Kau cakap semalam, lirik tu kau jumpa dekat taman. Kenapa kau cakap yang lirik tu kau buat?" Tanya JiMin dengan nada yang agak marah.

"Macam mana kalau lepas kita release lagu tu, owner lagu tu serang kita? Kau dah kira mencuri tau JungKook." Marah JiMin lagi.

"Ishh! Lagu tu aku jumpa dalam tong sampah kot. Owner tu dah buang lagu tu. So maknanya lagu tu dah takde tuan masa tu." Kata JungKook pula.

"So sekarang aku lah tuan and owner lagu tu. Kalau apa-apa jadi pandai-pandai lah aku nanti." Kata JungKook lagi.

"Kau ni buat hal lah JungKook. Jangan nanti kau menyusahkan kitaorang pulak sudah." Kata JiMin dengan nada putus asa.

●●●●●

Beberapa minggu kemudian,

"Yahhh! JungKook. Produser pilih lagu kau jadi main track. Gempak lah kau!" Jerit V sejurus masuk ke dalam studio.

"Serious lah?! Ke kau tipu? Kau ni kadang-kadang tak boleh percaya. Betul ke J-Hope?" Tanya JungKook inginkan kepastian.

"Ye, tadi produser baru bagitau yang lagu kau jadi main track album kita kali ni." Jawab J-Hope.

"Wow, daebak! Serious aku tak sangka! Sebab kan lagu aku terpilih, cehh! Aku belanja kita makan tteobokki!" Jerit JungKook.

"Yeahhhh!" Jerit V dengan penuh perasaan teruja.

Sejurus semua ahli member keluar, JiMin terus menghampiri JungKook.

"Kau ni JungKook beringat sikit lagu tu bukan lagu kau. Aku rasa ada masa lagi ni kalau kau nak bagitau hal sebenar." Kata JiMin.

"Kau ni JiMin serabut lah aku! Aku tau lah apa yang aku buat, tak habis-habis nak cakap benda yang sama. Fade up lah aku dengan kau ni!" Marah JungKook.

"Jangan marah, aku just bagi pandangan. Aku takut nanti masalah ni jadi besar, itu jer." Kata JiMin lagi.

"Aku tak perlukan pun pandangan kau. Sekarang daripada aku dengar kau membebel macam mak nenek lebih bagus aku pergi makan." Kata JungKook pula.

"Kau nak ikut ke tak nak ikut ke suka hati kau." Kata JungKook lagi.

●●●●●

Seoul High School,

"Wehhh! BTS dah comeback! Jom stream!" Jerit pelajar-pelajar perempuan di dalam kelas HaNa.

"Wehhh cepat-cepat! Lagi 3 minit je ni!" Jerit seorang pelajar lagi.

HaNa tidak berminat dengan dunia sosial. HaNa masih sedih tentang kehilangan buku nota pinknya.

Tiba-tiba HaNa terdengar sesuatu. Sesuatu yang ia pernah dengar sebelum ini. HaNa berpaling dan itu lagu yang ia tulis di dalam buku nota pinknya.

HaNa terus membuka smartphonenya dan menaip 'BTS'. HaNa terkejut kerana tajuk lagu BTS yang terbaru ialah 'Spring Day'.

Tidak ragu-ragu, HaNa terus menekan MV mereka. HaNa mendengar lagu tersebut dengan bertemankan air mata.

"Macam mana lagu ni boleh...." Tanya HaNa sendiri.

HaNa teringat akan buku nota pinknya yang hilang dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

●●●●●

"Tak boleh! Kalau tak buat appointment, tak boleh masuk! Kau tak pergi juga aku call polis!" Marah Security guard itu.

"Saya nak masuk juga, saya ada hal penting ni!" Jerit HaNa.

"Itu bukan urusan aku! Sekarang ni, aku cakap pergi, pergilah!" Marah security guard itu lagi.

Tiba-tiba HaNa ternampak RapMon yang sedang berjalan di dalam hall BigHit.

HaNa terus mendapat idea dan menjerit "Saya peminat BTS! Saya nak bagi sesuatu ni! BTS! BTS! BTS!"

RapMon yang terdengar nama kumpulannya disebut terus menoleh. RapMon terus menuju ke arah HaNa dan security guard tersebut.

"Kenapa ni pak cik?" Tanya RapMon.

"Pelajar perempuan ni nak masuk, tak boleh sepatutnya." Jawab security guard tersebut.

"Awak tak boleh masuk, tapi awak boleh bagi barang yang awak nak bagi tu kat saya." Kata RapMon dengan nada yang sungguh baik.

"Nanti saya tolong sampaikan." Sambung RapMon.

HaNa dan RapMon menuju ke tempat yang lebih tertutup sedikit kerana takut dikhuatiri ada A.R.M.Y yang melihat mereka.

"Macam ni sebenarnya, saya datang sini bukan nak bagi barang ke apa. Saya tak kenal pun awak ni siapa. Saya just nak cakap something." Kata HaNa.

"Awak nak cakap apa?" Tanya RapMon.

"Yang sebenarnya, lagu 'Spring Day' yang awak baru release tadi tu lagu saya." Sambung HaNa.

"Jap, awak ni merepek apa ni. Lagu tu ahli member saya yang buat." Kata RapMon dengan nada yang sikit tinggi.

"Betul! Tu lagu saya, saya yang cipta lagu tu. Lagu yang mengisahkan kehilangan seorang sahabat." Akui HaNa dengan nada yang ingin menangis.

HaNa ingin mengeluarkan gambar ChaeWon tetapi terhenti.

"Kalau awak sekadar nak kan publisiti murahan macam ni. Saya rasa lebih baik awak buat benda lain!" Marah RapMon.

"Saya ni masih baik lagi ni, kalau tak saya dah panggil security guard tu halau awak!" Marah RapMon lagi.

HaNa ingin memegang tangan RapMon tetapi ditepis. RapMon terus berjalan pergi meninggal HaNa.

"Apa kau buat ni HaNa?! Lagu tu lagu kau, kau kena ambil balik lagu tu!" Bisik hati HaNa.

"Sampai bila kau nak orang keji kau macam tu? Ha?!" Bisik hati HaNa lagi.

HaNa terus berlari mengejar RapMon yang semakin jauh.

"Awak, saya serious ni. Lagu 'Spring Day' tu lagu saya. Saya nak awak pulangkan balik je lagu saya." Kata HaNa sambil memegang tangan RapMon.

"Ishh, kau ni apa masalah kau?! Aku tak akan pulangkan apa-apa pon kat kau! Pak cik halau dia ni keluar!" Marah RapMon.

"Tu lagu saya, awak kena faham. Tolonglah saya, jangan lah buat saya macam ni?" Kata HaNa.

"Bawa dia ni keluar, Pak cik!" Jerit RapMon.

●●●●●

"Hey! Tengok tu RapMon!" Tunjuk seorang gadis ke arah RapMon.

"Ehh? Kenapa tu? Kenapa RapMon macam marah sangat je tu?" Tanya seorang gadis lagi.

Mereka mendengar perbualan RapMon dan HaNa.

"Perempuan tu cakap tu lagu dia? Suka hati dia je! Snap gambar cepat, biar kita viralkan dia!" Kata gadis itu.

"Nak sangat publisti murahan kan?! Biar aku bagi dia viral betul-betul!" Kata seorang gadis yang menangkap gambar itu.

Selepas gadis-gadis itu menangkap gambar RapMon dan HaNa, mereka terus berlalu pergi.

●●●●●

HaNa pergi ke sekolah seperti biasa. Sejurus ia sampai ke sekolah, semua pelajar memandang HaNa dengan pandangan yang pelik dan benci.

Tiba-tiba datang tiga orang pelajar perempuan menarik HaNa ke dalam tandas perempuan.

"Sakitlah, kau nak apa ni?" Tanya HaNa.

"Aduhai! Dia buat tak tahu pulak?! Kau pergi serang BTS semalam buat apa?!" Tanya pelajar pertama.

"Kau serang diorang sebab kau cakap lagu baru diorang tu lagu kau?! Kau ni berangan tinggi sangat lah!" Jerit pelajar kedua sambil menolak kepala HaNa.

"Benda ni tak ada kena mengena dengan kau pun." Kata HaNa ingin meninggalkan mereka.

"Tak ada kena mengena kau cakap! Kau tau tak semua fans BTS tengah marah gila dengan kau?!" Marah pelajar ketiga pula sambil menarik HaNa dan menghepaskan ia ke dind

"Dengan orang macam ni tak payah cakap banyak-banyak." Kata pelajar pertama sambil mengangkat sebaldi air.

Baldi yang dipegangnya tadi dicurahkan ke kepala HaNa. Baju HaNa basah lenjun disebabkan oleh mereka bertiga.

HaNa hanya mendiamkam diri dan redha.

"Hahahah! Aku warning! Kau serang lagi BTS siap kau!" Jerit pelajar ketiga.

Pelajar kedua yang dari tadi hanya merakam dan tersenyum melihat HaNa diperlakukan sebegitu.

●●●●●

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro