Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

You&I(Abyss)


Aku pandang kosong bangunan-bangunan pencakar langit yang sedang menghiasi ruang pandanganku saat ini dari atas bumbung bangunan ini.

Tapi air mata aku, tangisan aku... masih saja ingin jatuh. Hati aku sesak, memori aku sakit, tiap kali aku ingat tentang tu.

Tentang... aku yang masih ingat pada orang yang dah lupa aku.

"Sya..."

Hati aku pasti akan sakit, tiap kali aku teringat akan memori masa lalu aku, tiap kali dipanggil dengan nama itu. Meskipun sekarang Dongmin yang memanggilnya.

"Dahlah panggil aku nama tu. Aku benci," ungkapku datar pada Dongmin.

Kemudian wajah Dongmin di sebelahku kembali aku cari pandang.

Rautnya yang bersih dan terlihat polos itu aku cuba tatap.

Lama aku tenung wajahnya, dalam masa sama tangisku masih tak putus-putus jatuh.

"Kenapa? Kenapa kau pilih untuk ingat aku, sedangkan orang lain yang dah kenal lama aku, pilih untuk lupa aku?"

Walaupun aku tahu Dongmin bukan siapa-siapa untuk aku, dan dia tak pernah kenal aku terlalu rapat... tapi aku tetap nak luah soalan tu pada dia.

Sebab aku tahu nanti, soalan aku tu... akan jadi angin lalu je dalam memori dia.

"Tapi tadi diorang ingat-"

"Diorang ingat aku waktu kitorang bertemu je! Bila kitorang tak bertemu, keadaan aku pun tiada siapa yang tahu?" pantas aku selar bicara Dongmin yang satu itu, dengan bicaraku.

Tapi itu memang kenyataannya. Lebih 5 tahun aku tunggu pertanyaan khabar dari diorang, tapi satu pun tak tanya khabar aku. Usahkan tanya khabar, bila aku cuba chat diorang di socmed pun diorang layan acuh tak acuh. Sedangkan bila mereka bersama orang yang mereka rapat, kenangan antara mereka satu dunia dijaja.

Siapa je tak sakit hati? Tapi aku... Jujur aku sakit hati dengannya.

Tiba-tiba aku perasan, Dongmin senyum padaku.

Tapi kenapa dia senyum?

"Awak tanya kenapa saya pilih untuk ingat awak? Jawapannya sebab saya suka berkawan dengan awak, Sya. Walaupun saya agak terasa hati bila awak tak cam saya tadi, sedangkan saya cam awak. Tapi saya nak awak tahu, saya suka dapat berbual dengan awak lagi."

Pandanganku jatuh tetap ke senyuman Dongmin, yang terlihat ikhlas untuk aku itu.

Senang saja Dongmin ukir senyumnya untuk aku, sedangkan aku yang dengar jawapan dia yang satu itu makin rasa sakit.

Air mata aku makin galak jatuh.

Tak.... Aku dah tak ada rasa sedih untuk menangis sekarang. Aku benci, aku jengkel dengan mereka.

Tapi kenapa air mata aku masih nak keluar?

Ah, tolonglah!

Jangan buat aku nampak lemah!

Namun tiba-tiba aku dihulur sehelai kain sapu tangan oleh Dongmin.

Aku tak lekas menyambutnya. Aku hanya pandangnya kosong. Tangisku turut cuba ditahan.

Ya.... Aku tak nak menangis lagi, hanya untuk orang yang tak pernah ingat aku.

"Maaf... sebab saya mudah terasa hati dengan awak tadi. Saya tak nak awak turut lupa saya, Sya."

Aku kembali pandang Dongmin, saat mendapat bicara tersebut darinya. Dan aku lihat dia turut mengangguk, seperti mengiyakan apa yang dikatanya.

"Saya nak selamanya awak ingat saya, Sya. Sebab saya pun... selamanya akan ingat awak, sebagai kawan saya," dan senyum manisnya untuk aku makin lebar diukir kali ini.

Kerongkong aku terasa perit, hati aku kembali sebak, bila mendengar kata itu darinya.

Dan tangis aku....

Kembali jatuh.

Aku tak dapat tahannya lagi.

Dan dari atas bumbung bangunan ini kini, aku menangis...

hanya kerana, Dongmin nak ingat aku.

Tak....

Mungkin bagi orang lain mengingati seorang kawan itu hal biasa.

Tapi bagi aku, kawan itu adalah makhluk mitos.

Senang diungkap, tapi susah didapat...

Itulah kawan yang selalu ada dalam kamus hidup aku.

Tapi sekarang...

Lee Dongmin, orang yang tiada kena mengena dalam hidup aku, cuba jadikan mitos kawan itu sebagai realiti.

Siapa juga tak gembira?

Tak... mungkin hanya aku yang akan bahagia dengannya.

Walaupun kami berdua dipisahkan jurang yang dalam, disebabkan dua dunia yang berbeza.

Tapi kami...

Boleh saling ingat.

Kan?

.The End.
Note: Faham maksud Abyss kali ni?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #abyss